Bab 24
“Eli, I nak
tanya youlah..I know this is not the
right time to ask, but I think I have to know!“ tanya Johan sebaik sahaja
pintu bilik Eli tertutup rapat.
Persoalan
yang membuak-buak di dalam kepala otak Johan, inginkan jawapan. Sudah tidak
dapat ditahan-tahan lagi, bagaikan cultured yeast yang sedang mengembang!!
Nasib baik Megat
Amir meninggalkan mereka berdua, inilah peluang untuk Johan bertanya..
“I tahu,
you mesti hendak tahu hal tu..pasal Danny kan?“kata Eli yang sudah duduk
bersandar di kepala katil.
Johan hanya
angguk.
Cukuplah
dengan apa yang akan Eli beritahu.
Dia tidak
perlu mengajukan soalan. Eli sudah dapat membaca apa yang tersimpan di dalam kepalanya.
Lagipun, dia
tidak mahu merunsingkan Eli yang masih boleh dikategorikan sebagai pesakit.
“Danny anak
I. You want to know, whose is the father?
Khalid..“ jawab Eli tenang.
Dia sendiri
yang memberi soalan, dia juga yang memberi jawapan
Ternganga
Johan mendengar berita yang baru Eli sampaikan.
Jadi mereka
berkahwin juga rupanya?
Tidak patut
betul! Tak merasa aku nasi minyak mereka, bisik hati Johan.
Tetapi
kenapa pula Eli begitu marah apabila Johan menyebut nama Khalid di pertemuan
pertama mereka dahulu?
Siap
beritahu yang dia masih single!
Mereka
sudah berpisah agaknya..bisik hati Johan lagi.
“I tak
sangka Joe, Khalid rupanya bukan lelaki
yang I ingat I kenal. You know what? He
left me, after knowing, I’m carrying his baby..kejam betul dia. Betul-betul
I tak sangka!“kata Eli.
Eli yang
bermulut celupar, tiba-tiba menjadi sopan dan sedang menahan diri dari
menangis.
Agaknya sudah
kering air matanya menangis.
Johan masih
mendiamkan diri. Membiarkan sahaja Eli meluahkan apa sahaja yang hendak dia
luahkan.
Johan tekun
mendengar, bagaikan sedang mendengar drama melalui radio, Johan hendak tahu
cerita seterus.
“Dia tidak
mengaku itu anak dia, kerana dia kata I ada ramai kawan lelaki. Sesiapa aje
boleh jadi bapa kepada budak itu. Sampaikan dia ada juga sebut nama you.
Sedangkan I hanya terlanjur dengan dia, seorang aje.“Air mata Eli sudah melilih
perlahan.
“Bodoh
betul I masa itu, ikut nafsu syaitan..“kata Eli perlahan.
Namun Eli
masih lagi menahan tangisnya. Dia
nekad, tidak akan menangis teresak-esak hanya kerana lelaki tidak guna itu.
Berbaloikah membuang air matanya kepada seorang ayah kepada anaknya yang takut
hendak bertanggungjawab?
Namun hati
perempuan, air mata tetap mengalir, walau setabahmanapun hati perempuan itu.
“Did you remember our last trip to Hanover?Our
trip just after of final exam..remember? That is the time its happen..“kata
Eli, lalu menyika air mata yang mengalir perlahan.
“Tapi Joe, I never regret having Danny in my life. He
is my precious jewel. I will never trade my Danny with anything else in the
world, I love him..Cuma I kasihan dia, satu hari nanti dia akan sedar,
lelaki yang dia panggil papa, hanyalah uncle dia sebenarnya“kata Eli lagi.
Masih
menahan sabak, air matapun tidak jadi mengalir.
“You know Joe, that day, the day of the
accident, I‘m on the way to your clinic sebab I nak tanya jika you still in touch with him. I nak dia
tengok sendiri, anak dia. Lepas tu, terserah jika dia masih tidak mengaku tak
mengapa. Bukan I hendak dia bertanggujawab, cuma I hendak dia tahu ada darah dia yang mengalir di dalam tubuh
Danny, itu aje. I will raise him myself“
kata Eli dengan tenang.
Sudah tidak
mengeluarkan air mata lagi.
Sungguh
kental dan keras hati perempuan gedik ini.
Johan masih
mendiamkan diri.
Johan jatuh
kasihan pula dengan kesah si Eli.
Johan baru
hendak berkira-kira menyambung perhubungan mereka, nampaknya sudah terbantut.
Demi anak kecil yang bernama Daniel.
Johan
nekat, Khalid perlu dicari.
Patutlah
Johan perasan, wajah Daniel sangat seiras dengan wajah temannya, Khalid.
Serta merta
terbayang wajah Rissa bermain di depan mata Johan.
Di dalam
hati Johan berkata “Rissa, tunggu papa pulang..“ tiba-tiba Johan terkenang
anaknya yang kini sering dia tinggalkan.
Itu baru
beberapa bulan menjadi ayah, dia sudah rindu, walaupun bukan dari darah
dagingnya sendiri, perasaan sayang tetap ada.
Kenapa pula
ada orang sanggup meninggalkan anak sendiri bertahun-tahun, sampai tidak
mengaku anak sendiri? Johan
tidak faham!.
“Eli, I want to help you, but I’m sorry I tak
tahu Khalid di mana! I pun lost contact dengannya lepas balik Malaysia. You dah
cari di kampung dia di Melaka?“tanya Johan.
“Dah! Bapa
diakan army? Mereka selalu merantau..Alamat Melaka tu masa bapa dia still in the army. Sekarang dah tamat
perkhidmatan agaknya.. Alamat terakhir yang I ada, I dah cari dan I diberitahu
mereka sudah pindah“kata Eli sayu
“Dia
bertugas hospital mana huh! I pun tak tahu.. I betul-betul dah putus hubungan
dengan dia..Anyway, I will try and trace
him… “kata Johan lagi.
“Dont get me wrong, Joe. bila I marahkan
you bila you mention his name last time.
Sebenarnya I hendak lupakan dia. Sebab itu I join kelab riadah. I buat outdoors aktiviti. I buat kerja amal
sikit-sikit. Seboleh-bolehnya I tak mahu dengar lagi nama dia, tapi tak boleh..tak
berjaya. Tiap kali I pandang Danny, I terbayangkan wajah dia! Sebenar, I masih
sayangkan dia rupanya..“kata Eli lemah.
“Buat masa
ini, I akan cuba trace dia. Dan you Eli, jika perlu apa-apa bantuan beritahu I!
I cuba bantu mana yang I boleh..Itupun jika you sudi. For the sake of Danny, poor boy!“ kata Johan.
Tertolek
Johan, apabila terdengar pintu dibuka orang.
Danny dan
papa Emernya..
“Mummy..look what papa have bought me?“kata
Danny, berlari ke arah Eli.
Danny
dengan megahnya menghulurkan candy berbentuk bendera Malaysia, 3 batang kesemuanya.
“One for mummy, one for my new uncle and one
for me..“ Danny terus menghulurkan satu kepada Eli dan satu kepada Johan.
Candy
bendera yang ada di tangannya di kibar-kibarkannya.
Nampak
megah aje dia, masih kecil tetapi sudah bersemangat patriotik.
Johan
senyum melihat telatah Danny.
Bendera
candy terus berkibar megah ditangannya.
Megat
Amirpun ada mempunyai satu. Dia
hanya tersenyum dari jauh melihat telatah si anak buah.
“Thank you
Danny, uncle love it..“jawab Johan
dengan senyum.
“Danny dah
kata thanks dengan papa?“tanya Eli.
“Sudah
mummy..masa kat bawah tadi, kat papakan?“tanya Daniel kepada Megat Amir.
Megat Amir
hanya angguk.
“Eli.. I think I better leave now. Esok I
datang lagi. Bila doktor beritahu you discharge..?“tanya
Johan.
“Bila ya
bang.? Tak silap I, sama ada esok atau lusa kan bangkan? I bukan tenat manapun.
Pengsan sebab gegaran otak aje sikit..nasib baik tak serious?“ jawab Eli.
Megat Amir
hanya angguk.
“Tuhan dah
beri amaran, suruh I tutup aurat. No more
short skirts.. sebab dah banyak parut..“Eli masih lagi boleh berlawak.
“Terima
kasih doktor kerana jenguk Eli. Dia
tu, macam tulah!“kata Megat Amir lagi sambil berjabat tangan.
“Okey Danny..see you next time..“ sambil Johan
mengesek kepada si Danny yang diam sahaja diperlakukan sedemikian.
Kemudian
dia bersuara, “Bye..uncle doktor“
Memanggil
Johan dengan nama uncle doktor, mungkin dia terdengar Megat Amir memanggil dia
dengan panggilan doktor.
Tercuit
hati Johan. Itulah kanak-kanak, apalah yang dia tahu.
Yang pasti,
bekas kawan baiknya perlu di cari.
Khalid, di
mana kau?
Kau rugi
tidak dapat melihat anak kau membesar di depan mata tau!
Kau kena
muncul segera!!
1 comment:
Entah mengapa, saya bagaikan tidak ada bahan ceritan untuk menyambung coretan ini.. lembab. Di dalam kepala sudah ada idea cerita baru! Tetapi saya tidak mahu mulakan kerana saya hendak habiskan jugak cerita ni, kerana ianya sudah lama tertangguh!!
Post a Comment