Sunday 16 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 25



Bab 25

“Noni.. Johan ada?” tanya Didi, apa sudah beberapa jam Johan keluar, tentunya sudah sampai ke kliniknya.
Didi hanya ingin memesan Johan agar singgah ke pasaraya untuk membeli lampin pakai buang Rissa yang tinggal sedikit.
“Eh.. puan, Doktor Joe kan cuti hari ni?” jawab Noni.
“Ya, saya tahu, dia cuti kecemasan, tapi dia dah keluar nak singgah klinik kejap katanya tadi!” jelas Didi lagi.
“Ohh..kalau macam tu, dia belum sampai lagilah nampaknya..” jawab Noni, mengharap bossnya, doctor kacak itu akan menjenguk.
“Tak apalah Noni, kalau dia sampai tolong minta dia call saya, ya?”
“Yalah puan..tapi puan, kejap lagi klinik dah nak tutup!” jawab Noni, berhemah.

“Kalau Noni jumpa dia..” lemah sahaja jawapan yang Didi berikan kepada si Noni
“Yelah puan..”lemah sahaja jawapan yang diterima.

Ya tak ya jugak, jam sudah hampir 9 malam.
“Takkan lama sangat abang ke hospital lawat kawan dia tu, dah hampir 3 jam dah..” sangsi pula Didi rasakan.
“Teruk agaknya dia..tak apa, aku sms aje!”Didi  menjawab kepada soalan sendiri.
Longlai sahaja Didi yang sudah berpakaian kaftan tidurnya, berjalan menuju ke dapur, menyediakan makan malam sementara waktu Rissa tidur.

Tersengut-sengut Didi di sofa, suami yang di tunggu tidak juga muncul.
Clinik sudah satu jam di tutup. Jam sudah menunjukkan 10 malam.
Ke mana pula dia ni huh?
Sempatkah dia menerima pesanan dari Noni?
Sempatkah dia membeli pampers?
Dia baca ke tidak sms yang aku hantar?
Bersusun soalan yang bermain di kepala Didi, semuanya mempunyai tanda soal?
“Sayang.. kenapanya terlentuk kat sini..?”terkejut Didi, apabila Johan menegurnya.
Dia tidak sedar dalam tersengut-sengut, dia terlena duduk rupanya. Terlentuk di atas sofa.
“Dah lama balik?”tanya Didi dalam suara mamai.
“Tak sampai seminit pun..” jawab Johan, terus di campaknya kunci rumah dan kunci kereta di dalam bekas di tepi pintu.
“Abang dah makan..?”tanya Didi sambil melihat sekeliling, mengharap Johan membeli barang yang telah di pesan.
Tetapi sayang, dia tidak nampak apa-apa.
“Belum, Didi panaskan aje lauk mummy tu..” jawab Johan.
“Abang singgah klinik tak?”sengaja Didi menyoal.
“Pergi..!” jawab Johan.
Didi tarik nafas, dia tahu Johan tidak bercakap benar. Jika dia singgah ke klinik, tentu dia bertemu Noni dan Noni akan menyampaikan pesanannya. Dan juga tentu Johan sudah membawa pulang barang pesanan itu.
Tetapi elok juga Didi tidak memanjangkan cerita ini, baik sahaja dia tunggu dan bertanya kemudian. Manalah tahu, Johan memang ke kliniknya setelah klinik sudah tutup, dan pastinya dia tidak bertemu Noni.
Didi masih mahu bersangka baik dengan suami.
Siapa lagi yang harus percaya, jika tidak suaminya.
“Hey! Menung apa tu sayang.., nasinya mana?” tegur Johan yang agak hairan melihat Didi yang seperti memikirkan sesuatu sahaja.
Semua sudah tersedia di atas meja, tetapi nasinya tiada.
“Ya..ya.. kejap, saja Di nak ambil last, bagi dia panas sikit..” bohong Didi.
Nasib baik Johan termakan dengan pembohongan Didi yang tertangkap mengelamun memikirkan ke mana sebenarnya suaminya berada,
Didi dapat rasakan, si suami tidak bercakap benar.

***


“Bang..”
“Humm..”
“Teruk ke kawan abang kat hospital tu?” soalan Didi kepada si suami yang baru selesai solat, sedang mengantung sejadah.
“Teruk jugak!, tu yang abang lama jugak kat hospital tadi..” jawab Johan.
“Di… abang.. “Johan seperti hendak menyampaikan sesuatu tetapi terbantut.
Didi kerut muka.
Johan terus berbaring di sebelah isteri.
“Apa dia bang..”Didi ingin mengetahui apa yang hendak di sampaikan si suami.
“Aaah..tak ada apa-apa”Johan ragu-ragu, mungkin belum masanya untuk Didi mengetahui siapa sebenarnya si pesakit.
Terutama, tentang  apa sebenarnya hubungan mereka sebelum ini.
Perlukah Didi tahu? Johan risau, takut Didi salah sangka.
“Ni ah.. abang tak sempat beli pampers yang sayang pesan..kedai dah tutup..”jawab Johan.
“Ohh.. tak pe bang..kita beli esok aje” jawab Didi lega.
“Tidur la..esok kita fikir apa rancangan kita..”tanya Johan
“Hemm.. tak pergi mana-manapun tak apa, abang tu bukannya sihat betul lagi..”
“Kita bawa Rissa kat One City aje,  belah petang.. boleh juga dia main kat indoor playground tu..”kata Johan.
Didi angguk.
Hati Didi terasa lega dan tenang.
Firasat yang si suaminya tidak jujur di buangnya jauh.
Johan masih suami methalinya.
Yang Didi tidak ketahui ialah Johan hanya sampai di klinik setelah satu jam klinik di tutup. Dia hanya mengetahui pesanan Didi hanya melalui sekeping kertas kuning yang si Noni lekatkan di atas lap topnya.
Kasihan kau Didi..
Tertipu lagi!!

1 comment:

Rose Ezadora said...

Sudah ada idea untuk cerita ini. Cuma tak pasti sama ada sesuai atau tidak..macammanapun harap pembaca dapat memberi komen. Sama ada sesuai atau tidak jalan ceritanya..