Bab 25
“Noni..
Johan ada?” tanya Didi, apa sudah beberapa jam Johan keluar, tentunya sudah
sampai ke kliniknya.
Didi hanya ingin memesan Johan agar
singgah ke pasaraya untuk membeli lampin pakai buang Rissa yang tinggal
sedikit.
“Eh.. puan, Doktor Joe kan cuti hari
ni?” jawab Noni.
“Ya, saya tahu, dia cuti kecemasan, tapi
dia dah keluar nak singgah klinik kejap katanya tadi!” jelas Didi lagi.
“Ohh..kalau
macam tu, dia belum sampai lagilah nampaknya..” jawab Noni, mengharap bossnya,
doctor kacak itu akan menjenguk.
“Tak apalah Noni, kalau dia sampai
tolong minta dia call saya, ya?”
“Yalah puan..tapi puan, kejap lagi
klinik dah nak tutup!” jawab Noni, berhemah.
“Kalau Noni jumpa dia..” lemah sahaja
jawapan yang Didi berikan kepada si Noni
“Yelah
puan..”lemah sahaja jawapan yang diterima.
Ya tak ya jugak, jam sudah hampir 9
malam.
“Takkan lama sangat abang ke hospital
lawat kawan dia tu, dah hampir 3 jam dah..” sangsi pula Didi rasakan.
“Teruk agaknya dia..tak apa, aku sms
aje!”Didi menjawab kepada soalan
sendiri.
Longlai sahaja Didi yang sudah
berpakaian kaftan tidurnya, berjalan menuju ke dapur, menyediakan makan malam
sementara waktu Rissa tidur.
Tersengut-sengut Didi di sofa, suami
yang di tunggu tidak juga muncul.
Clinik
sudah satu jam di tutup. Jam sudah menunjukkan 10 malam.
Ke mana pula dia ni huh?
Sempatkah
dia menerima pesanan dari Noni?
Sempatkah dia membeli pampers?
Dia baca ke tidak sms yang aku hantar?
Bersusun soalan yang bermain di kepala
Didi, semuanya mempunyai tanda soal?
“Sayang.. kenapanya terlentuk kat sini..?”terkejut
Didi, apabila Johan menegurnya.
Dia tidak
sedar dalam tersengut-sengut, dia terlena duduk rupanya. Terlentuk di atas
sofa.
“Dah lama
balik?”tanya Didi dalam suara mamai.
“Tak sampai
seminit pun..” jawab Johan, terus di campaknya kunci rumah dan kunci kereta di
dalam bekas di tepi pintu.
“Abang dah makan..?”tanya Didi sambil
melihat sekeliling, mengharap Johan membeli barang yang telah di pesan.
Tetapi sayang, dia tidak nampak apa-apa.
“Belum,
Didi panaskan aje lauk mummy tu..” jawab Johan.
“Abang
singgah klinik tak?”sengaja Didi menyoal.
“Pergi..!”
jawab Johan.
Didi tarik
nafas, dia tahu Johan tidak bercakap benar. Jika dia singgah ke klinik, tentu
dia bertemu Noni dan Noni akan menyampaikan pesanannya. Dan
juga tentu Johan sudah membawa pulang barang pesanan itu.
Tetapi elok juga Didi tidak memanjangkan
cerita ini, baik sahaja dia tunggu dan bertanya kemudian. Manalah tahu, Johan
memang ke kliniknya setelah klinik sudah tutup, dan pastinya dia tidak bertemu
Noni.
Didi masih
mahu bersangka baik dengan suami.
Siapa lagi yang harus percaya, jika
tidak suaminya.
“Hey! Menung apa tu sayang.., nasinya
mana?” tegur Johan yang agak hairan melihat Didi yang seperti memikirkan
sesuatu sahaja.
Semua sudah tersedia di atas meja,
tetapi nasinya tiada.
“Ya..ya.. kejap, saja Di nak ambil last,
bagi dia panas sikit..” bohong Didi.
Nasib baik Johan termakan dengan pembohongan
Didi yang tertangkap mengelamun memikirkan ke mana sebenarnya suaminya berada,
Didi dapat rasakan, si suami tidak
bercakap benar.
***
“Bang..”
“Humm..”
“Teruk ke kawan abang kat hospital tu?”
soalan Didi kepada si suami yang baru selesai solat, sedang mengantung sejadah.
“Teruk jugak!, tu yang abang lama jugak
kat hospital tadi..” jawab Johan.
“Di… abang.. “Johan seperti hendak
menyampaikan sesuatu tetapi terbantut.
Didi kerut muka.
Johan terus
berbaring di sebelah isteri.
“Apa dia
bang..”Didi ingin mengetahui apa yang hendak di sampaikan si suami.
“Aaah..tak
ada apa-apa”Johan ragu-ragu, mungkin belum masanya untuk Didi mengetahui siapa
sebenarnya si pesakit.
Terutama,
tentang apa sebenarnya hubungan mereka
sebelum ini.
Perlukah
Didi tahu? Johan risau, takut Didi salah sangka.
“Ni ah..
abang tak sempat beli pampers yang sayang pesan..kedai dah tutup..”jawab Johan.
“Ohh.. tak
pe bang..kita beli esok aje” jawab Didi lega.
“Tidur
la..esok kita fikir apa rancangan kita..”tanya Johan
“Hemm.. tak
pergi mana-manapun tak apa, abang tu bukannya sihat betul lagi..”
“Kita bawa
Rissa kat One City aje, belah petang.. boleh
juga dia main kat indoor playground tu..”kata Johan.
Didi angguk.
Hati Didi terasa lega dan tenang.
Firasat yang si suaminya tidak jujur di
buangnya jauh.
Johan masih suami methalinya.
Yang Didi tidak ketahui ialah Johan
hanya sampai di klinik setelah satu jam klinik di tutup. Dia hanya mengetahui
pesanan Didi hanya melalui sekeping kertas kuning yang si Noni lekatkan di atas
lap topnya.
Kasihan kau
Didi..
Tertipu
lagi!!
1 comment:
Sudah ada idea untuk cerita ini. Cuma tak pasti sama ada sesuai atau tidak..macammanapun harap pembaca dapat memberi komen. Sama ada sesuai atau tidak jalan ceritanya..
Post a Comment