Lagi coretan Inikah Kesudahannya bab 6-10
BAB 6
(Sambungan
kesah semalam)
Di sebelah petang, selepas menunaikan
solat Zohor, Zamri cuba memberanikan dirinya untuk mendekati Murni. Manalah
tahu dia dapat membantu mana yang boleh. Tidak sanggup rasanya membiarkan Murni
yang dia tahu, jiwa kacau sekarang ini. Dia bersedia membantu, jika Murni sudi
berkongsi masalah yang dihadapi dengannya, sebagai seorang kawan. Zamri tidak
ada niat lain, dia ikhlas.
Perlahan dia mengetuk pintu bilik Murni
dan terus masuk apabila melihat Murni memandangnya tanpa bicara tetapi
memberikan senyuman yang tidak ikhlas. Nampak dirinya sudah tenang sedikit,
tidak seperti semasa di Restaurant tadi. Zamri lega.