Kepada pembaca yang mengikuti coretan Bila Senja Berlalu, saya sudah ubah tajuk kepada Inikah Kesudahannya.
Coretan yang sudah di edit.
BAB 1
Murni bergolek ke kiri dan ke kanan di atas
katil, bersendirian di dalam bilik yang hanya diterangi oleh biasan cahaya
bulan. Cahaya bulan yang mencuri-curi, menyelinap masuk dari celah langsir tingkap
cermin yang tidak ditutup sepenuhnya. Murni resah dan gelisah, mata pula degil
tidak mahu lelap pula malam ini. Entah apa kenanya. Kerana cuaca panaskah? Sudah
hendak menyalahkan cuaca pula. Itu tidak mungkin, kerana cuaca malam ini agak
dingin. Malah Murni boleh nampak cuaca yang berkabus diluar, sungguh dingin
sehinggakan Murni terpaksa menghidupkan alat pemanas di dalam bilik tidurnya. Alat
pemanas yang selalunya hanya menjadi perhiasan, tetapi malam ini alat itu
terkejut kerana dipaksa menjalankan tugas. Tugas yang sudah lama tidak
dijalankannya. Nasib baik masih lagi berfungsi.
Jarang berlaku cuaca dingin yang agak
panjang, tetapi tahun ini luar biasa pula. Apa hendak dikata, global warming membuat cuaca diseluruh
alam sudah tidak tentu arah. Didalam resah sempat pula Murni tersenyum.
Tersenyum kepada diri sendiri kerana baru perasan, sejak bila pula menjadi ahli
kaji cuaca? Itulah, gara-gara influence
dari TV yang dia selalu tonton, menonton rancangan National Geographic.
Ahh.. apa hendak dipedulikan kesah
cuaca, masalah yang ditanggungnya kini lebih berat lagi dari masalah global
warming. Terhenti Murni dari tersenyum. Terus mukanya menjadi kelat. Tersedar
dirinya sama sahaja dengan keadaan cuaca yang kini sudah tidak tentu arah.
Tangan mencapai telefon pintar yang
diletakkannya di atas meja sisi. Bukan dia hendak membuat panggilan, sekarang sudah
lewat malam, sudah pasti semua orang sedang tidur dan melayan mimpi mereka masing-masing.
Kecuali hendak kena marah atau kena tengking kerana mengejut orang yang sedang
di alam mimpi, jika berani cubalah? Silap-silap, mahu panggilan tidak
berangkat. Tujuan Murni mengambil telefon pintarnya, bukannya apa, Dia mengambil
alat itu kerana dia ingin melihat waktu, sudah jam berapa sekarang ini. Salah
satu fungsi yang amat mudah dengan menggunakan telefon, melihat waktu. Mata dijeling ke skrin, serta merta menyala apabila
dileret hujung jarinya. Tertera waktu digital jam, angka 03.08 begitu jelas
sekali.
“Hah! Dah
pukul 3…” Bulat mata Murni, skrin telefon dirapatkan kemuka, betul-betul
didepan matanya seperti tidak percaya lagaknya yang waktu memang menunjukkan
angka 3. Sudah seperti cerita P.Ramlee pula. Murni membayangkan P.Ramlee sedang
mendendangkan lagu “Pukul Tiga Pagi“.
Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mataanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang
Besok bangun lagi senda gurauan
Bangun pagi-pagi hai renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan
Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah jangan main mataanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang... bujang
Bukan mata keranjang... sembahyang
Murni tersenyum lagi.. Wajah P.Ramlee sewaktu menyanyikan lagu tersebut.
dengan misai nipis yang melintang
sebagai Si Hero memujuk Sarimah yang jelita sebagai Si Heroine.
Murni tersengeh, yang kena pujuk si Sarimah,
yang Murni siapa pula hendak memujuk! Dia bukannya dia ada Hero di dalam hidupnya! Wataknya lebih mencabar kerana dialah Hero dan
dia jugalah Heroine. Kasihan…
Cepat-cepat di padamnya P. Ramlee dari
kotak ingatannya bersama lagu Pukul Tiga Pagi. Berbalik semula kepada angka jam. Angka jam direnung dengan mata yang bulat. Angka
tetap bertambah, walau berapa lamapun ditenung. Tik..tik..tik..setiap saat
angka berganti mengikut gerak nadi. Buang masa Murni sahaja. Masa merenungpun
sudah mengambil beberapa saat yang terbuang begitu sahaja. Kemudian telefon
diletakkannya semula di meja sisi. Hanya terdengar keluhan panjang seirama
dengan detik jam berganjak tanpa jemu.“Tik..tik.. tik.. berganjak dan terus
berganjak.
Dari angka
3, kini sudah menunjukkan angka 4 pula. Hanya beberapa jam sahaja lagi subuh
akan mengintai. Murni harus memaksa dirinya supaya melelapkan matanya.Paksa dan
paksa lagi sehingga berjaya. Walaupun sudah beberapa kali dia mencuba dan memaksa,
tetapi tetap juga gagal. Dia resah sebenarnya, keresahan itu yang
menghalang dirinya dari lena. Cuba jangan layan, boleh tak?
Apa lagi yang perlu di buatnya. Solat
sunat dua rakaat telah usai dilakukannya, ayat-ayat mudah sentiasa dihujung
bibir. Dapat juga dia merasa sedikit tenang, tetapi hanya buat seketika. Namun,
lagi dia cuba menghilangkan masalah itu dari fikirannya, lagi kuat perasaan
bimbangnya dan resahnya terasa.
“Ishy..
kenapalah aku bertembung dengan dia…. Kenapa dia!..kenapa! Murni memarahi
dirinya sendiri dengan bercakap sendirian. Itulah soalan yang berulang-ulang diucapkannya
disepanjang malam yang dingin ini.
“Habislah
aku kali ni..!” terkeluar kata-kata, Murni bercakap sendirian dengan nada geram
bercampur risau.
Pertemuan yang
dimaksudkan ialah pertemuan yang tidak dirancangnya dengan seseorang petang tadi.
Pertemuan itu betul-betul telah memenuhi ruang fikirannya sehinggakan dia tidak
mampu melelapkan mata. Dia bingung, geram, marah dan bimbang. Semua perasaan
bercampur aduk didalam kepala otaknya yang kecil.
Rasanya,
dia tidak mampu menanggung semuanya ini yang datang disaat-saat dia sudah mula
melupakan apa yang telah berlaku. Bukan mudah untuk dia mengubat luka dihatinya,
bertahun-tahun berusaha mengubatinya, tetapi akhirnya hatinya terluka kembali
hanya dengan satu pertemuan. Pertemuan yang tidak dia duga.
“Badri,
kenapalah kau datang sini. Kenapa?” gerus Murni dengan nada geram. Namun bila
difikir-fikirkan, elok sahaja dibawa bertenang. Jangan diikutkan perasaan itu.
Perlahan-lahan
dia bangun, selipar malam dari kain yang berwarna merah jambu disarung dan dia berjalan
lesu, lantas menekan suis lampu. Terus terang
pemandangan yang tadinya kelam. Cahaya lampu memenuhi setiap ruang.
Langkah
lesu dihayun lagi, mengheret kakinya perlahan menuju ke dapur. Tangan mencapai
mug yang tersangkut di mug tree. Bekas plastik yang berisi air masak dituang ke
dalam mug. Mug kegemarannya, mug berwarna puteh yang dibelinya di IKEA satu
ketika dahulu. Kerusi ditarik perlahan agar tidak berbunyi, dia tidak mahu perbuatannya
mengganggu insan lain yang ada didalam rumah yang sedang lena. Murni duduk
sambil menghirup perlahan air kosong yang terasa dingin seperti baru keluar
dari peti sejuk. Dia tidak dahaga sebenarnya, tetapi sesuatu perlu dilakukan
untuk mengalihkan fikirannya dari terus memikirkan hal itu.
Mata memandang hambar kearah mug, dengan
harapan dapat mengurangkan sedikit perasaan tidak tenteramnya sekarang ini. Namun
tetap gagal, Murni tetap buntu, apa lagi yang harus dilakukanya. Yang terdengar hanyalah keluhan dan suara resah
gelisah. Terasa sejuk seluruh badan, sebaik sahaja air di dalam mug habis
diteguk. Sudah tahu cuaca sejuk yang pergi balun air sejuk siapa
suruh!. Bukankah lebih elok, jika dia membancuh air teh panas, bukannya susah!.
Air panas sentiasa ada didalam flask, cuma perlu tuang ke dalam mug dengan goyang
teh uncang, semudah A, B, C. Kenapalah tak terfikir semua itu?. Murni
mengelengkan kepala diatas kesilapannya memilih. Malas punya pasal… orang
sedang bingung, kepala tidak boleh berfikir waras. Ditambah dengan kedinginan
cuaca diluar, lagilah otak menjadi beku…hemm..
Jari Murni mencari-cari butang pyjamanya,
lalu membutangkan semua butang pyjamanya sehingga menutup leher. Grr..terasa
sejuk.
“Sejuk betul musim tengkujuh tahun ini”
bisiknya didalam hati.
Setelah habis air didalam mug
dihirupnya, mug yang kosong diletakkannya ke dalam sinki, Murni perlahan
berjalan pula ke bilik bersebelahan biliknya.
Pintu dibuka perlahan, tidak mahu
mengganggu lena penghuni bilik itu. Bilik Mila, anak gadisnya. Esok dia perlu
bangun dalam keadaan segar untuk kesekolah. Sama juga seperti dirinya yang perlu
segar untuk menjalankan tugas di Pejabat Daedah Bukit Frazer. Tetapi, adakah
dia akan segar untuk bertugas esok? Sedangkan malam ini dia tidak tidur
semalam. Mengambil tugas si burung pungguk berjaga malam.
Sempat pula dia menghitung yang dia sudah
lebih 8 tahun dia berada di Bukit Frazer yang telah menjadi kampung angkatnya
kini. Setelah jemu berpindah randah dari satu daerah ke satu daerah, akhirnya
memilih tempat ini sebagai lokasi terakhir pelariannya. Tetapi.. ada tetapinya,
adakah dengan pertemuan ini dia bakal berpindah ke lokasi lain, sekali lagi?
Murni menarik nafas panjang. Sudah terbayang, seksanya berkemas untuk berpindah
dan seksanya untuk memulakan hidup ditempat baru. Dia belum ada jawapan lagi
kepada soalannya sendiri. Mungkin dia terpaksa berpindah lagi, dan mungkin juga
tidak! Jika boleh dia mahu pilihan yang kedua, “Mungkin juga tidak”. Tetapi itu
hanya harapannya sahaja.
Tangan lembut Murni mengusap perlahan
kepala si anak. Mila sedikit bergerak, apabila menyedari ada sesuatu mengganggu
lenanya. Perlahan matanya terbuka. Terkejut juga pada mulanya, tetapi merasa
lega apabila dia tahu orang yang mengusap kepalanya, hanyalah mama.
“Hemm..
ma.. kenapa ma…. dah siang ke?” tanyanya
dengan suara yang mamai.
Murni
tersenyum “belum lagi sayang… masih malam, saja mama nak tengok anak mama tidur,
dah.. dah.. sambung balik tidur tu..” Murni melindungkan perasaan runsingnya
dari pengetahuan si anak gadis dengan senyuman.
Sekarang bukan
masanya untuk Mila ketahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Mungkin apabila
dia dewasa sedikit, apabila dia boleh mengerti apa itu kehidupan. Bukannya
sekarang, dia masih mentah untuk menelan kesah hidup mamanya yang berwarna
warni. Tetapi warna yang terlihat jelas adalah warna hitam. Murni juga tidak
mahu Mila mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga mereka berdua
beranak, tercampak jauh dari saudara mara. Murni sedar, mungkin sekarang dia
boleh bercerita dongeng kepada Mila, tetapi akan tiba waktunya nanti Mila
akan mengetahui cerita yang sebenar.
Bukan lagi cerita dongeng atau rekaan. Masa itu akan tiba, apabila dia mula
bertanya itu dan ini untuk mengetahui lebih detail mengenai dirinya yang
sebenar. Terutama tentang hal bapanya. Selama-lama ini Murni hanya memberitahu
yang si bapa sudah meninggal, bukan meninggal dunia, tetapi meninggalkan mereka
berdua. Sengaja Murni hanya menyebut perkataan “meninggal” tanpa ada perkataan
“dunia” dihujung. Adakah Murni sudah bersedia untuk menjawab soalan yang bakal Mila
tanya tatkala itu? Wallahhualam.. hanya masa yang akan menentukannya kelak.
“Hemmm… “ Mila membetulkan kedudukan tidur yang tadi
mengerekot ke kedudukan yang lebih selesa. Menyambung semula lenanya dengan
lebih selesa.
Spontan,
Murni menarik tinggi stokin yang dipakai oleh Mila dan menarik perlahan selimut
agar dapat menutup seluruh tubuh si anak sehingga ke paras leher. Teddy
bear berwarna perang yang menjadi penemannya sejak kecil, dipeluknya kejap.
Terus kembali lena, menyambung semula mimpi yang terganggu tadi agaknya.
Perlahan Murni menutup semula pintu
bilik Mila. Murni kembali semula ke biliknya setelah menutup semula suis lampu
dan sekali lagi memaksa matanya agar terlelap. Harap-harap kali ini dia dapat
melelapkan matanya. Separuh malam sudah berlalu begitu sahaja, jangan pula dia
tidak terlelap langsung, jawabnya dia tidak akan cergas esoknya untuk
menyelesaikan kes-kes berurusan dengan tanah yang bertimbun-timbun di pejabat. Kena
berjawab pula dengan Tuan DO nanti. Murni juga cuba mengelak dari dituduh sebagai
pegawai Kerajaan yang hanya tahu makan gaji buta. Buat semua kerja lambat. Tuduhan
sebegitu sudah biasa didengar, sebut sahaja orang gomen, itulah anggapan orang
ramai, buat semua kerja selalu lembab!.
Mahu tidak mahu, dipaksanya juga memejamkan
mata. Layu dan layu dan layu, mata menjadi kuyu. Perlahan-lahan mata tertutup
rapat, hanya terdengar tarikan nafas
halus, terlelap juga akhirnya dia.
BAB 2
Terkejut Murni apabila terdengar laungan
azan subuh. Laungan azan dari surau di kawasan perumahannya. Alhamdullillah, jadilah,
dapat juga dia melelapkan matanya untuk beberapa jam yang berbaki. Bingkas
bangun untuk menunaikan suruhan yang wajib dan dia ingin mengadu kehadratnya. Hanya DIA yang maha mengetahui dan hanya DIA jugalah tempat Murni
mengadu. Murni berdoa panjang pagi itu, banyak doa yang hendak dipanjatkan
kepadaNYA. Semoga doa-doa itu dapat direstui dan doanya dimakbulkan.
Amin..yarabullalamin..
Pagi ini
dimulakan seperti biasa, sama seperti pagi-pagi sebelumnya. Murni tidak mahu Mila
mengesyaki ada sesuatu kelainan pada dirinya. Begitu juga kerisauannya
dilindung dari pengetahuan Kak Melah, perempuan yang telah membantu menguruskan
urusan rumahnya semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki di atas bukit ini.
“Mil... dah
siap ke belum?“ jeritan lembut dari Kak Melah kepada Mila dari hujung tangga di
tingkat bawah.
Malas dia
hendak naik ke tingkat atas semata-mata menjenguk si gadis genit itu bersiap
untuk ke sekolah. Kerap turun naik tangga membuat kakinya lenguh, dia bukannya
muda lagi, dua tahun lagi akan mencecah setengah abad. Rambutpun sudah berterabur
uban di sana sini di atas kepala. Di dalam rumah yang penghuninya semua
perempuan, tak betah Kak Melah menyarung tudung.
“Kejap..
kejap.. Mak Melah..Mil dah nak siap dah ni..” Mila menjawab, suara keluar dari
dalam biliknya nyaring. Begitulah jawapannya, sekejap konon. Sekejap yang
dimaksudkan, mahu mengambil masa sepuluh minit, silap haribulan lebih dari
sepuluh minit. Entah apa yang diteleknya setiap pagi, tak tahulah!.
“Cepat
sikit Mil.., mama Mil dah lama tunggu kat meja ni..” bersuara lagi Kak Melah, meminjam
nama Murni dengan harapan agar Mila turun segera. Selalunya tektik yang diguna berjaya.
Kak Melah terus
berjalan menuju ke meja makan. Murni sudah memulakan sarapan yang telah d isediakan
oleh Kak Melak, kakak angkatnya yang seorang ini.
“Kak..
biarkanlah si Mil tu.. mari akak duduk sini, sarapan sekali..” pelawa Murni dengan
cawan kopi sudah berada tinggi di tangan.
Hanya menunggu untuk dihulur ke mulut.
Terus kopi
dihirupnya perlahan. Sementara air kopi masih panas, jika sudah suam, sudah
kurang aroma kopi tersebut, sudah tidak enak lagi. Sudah hilang umph kopi. Murni
hanya mengambil secawan kopi setiap pagi, walaupun dia mengetahui kaffine tidak
baik untuk kesihatan. Entah kenapa, jika tidak meminum kopi, bagaikan
kehilangan sesuatu pula. Badan dirasakan lemah. Sebenarnya bukan disebabkan
kerana tidak meminum kopi, badan menjadi lemah. Tetapi disebabkan apa yang
telah disimpan didalam kepala yang membuat diri yang tidak lemah, menjadi lemah,
psikologi.
“Kejap lagi
turunlah dia tu…” menyambung percakapannya dengan tangan memegang garfu yang
sudah berisi mee goreng, lalu terus menyuapkannya ke mulut.
“Hemm…” Melah
hanya mengangguk lalu terus menarik kerusi dan meloloskan dirinya duduk untuk turut
sama bersarapan.
Pagi ini
Kak Melah sudah menyediakan mee goreng berencah udang sebagai sarapan. Bekalan
untuk Mila juga sudah disediakannya di hujung meja, sudah dimasukkannya ke dalam
beg punjut kecil, bersama dengan sekotak kecil air jus Ribena sebagai bekalan
Mila sewaktu rehat nanti. Jadi, tidak perlulah dia bersusah payah membeli
makanan di kantin sekolah. Tetapi biasalah, budak-budak, apa yang dibawa dari
rumah selalu tidak di makan. Makanan di kantin sekolah juga menjadi pilihan.
Terdengar
seperti orang berlari menuruni tangga. Sudah tahu siapa gerangan. Si gadis
genit sudah siaplah tu!
Tercegat, Mila
muncul dengan uniform sekolah, berbaju kurung puteh dan berkain biru gelap
serta menyandang beg galas. Beg jelas nampak sarat dengan buku dibelakangnya
mencungap-cungap apabila dia sampai di meja makan. Kak Melah membantu Mila
menurunkan beg dan diletakkannya di kerusi yang masih kosong, hanya menunggu
untuk Mila duduk..
“Makan cepat ni.., nanti tak sempat..”
Kak Melah menyorong pinggan yang sudah berisi mee ke hadapan Mila yang sudah
sedia dengan sudu dan garpu ditangan.
Mug berisi air
kopi panas juga sudah tersedia di sisi Mila.
Mila menyuap mee dengan rakus, sedap
rasanya Mee Mak Milah. Bagi dirinya, apa sahaja yang di masak Mak Melah,
semuanya enak.
“Mil..Millll, makan tu perlahan-lahan,
nanti tercekik..” nasihat Kak Melah kepada Mila yang rancak menyuap rezekinya
pagi ini. Laju sahaja suapannya, bagaikan sebulan tidak makan.
Kak Melah melayan Mila seperti anaknya
sendiri. Memangpun Mila anaknya, anak angkat tidak rasminya. Mila membesar di depan
matanya. Dari berumur beberapa jam sehinggalah sekarang, Kak Melahlah orangnya
yang membantu Murni, sakit dan pening mereka.
Ringkas sahaja sarapan mereka setiap
pagi, tetapi mereka sentiasa makan bersama untuk menefaatkan masa yang
berkualiti di antara diri dan anak gadisnya. Masa bersama begini diperuntukkan
Murni untuk bertanya apa yang perlu diberitahu atau apa yang masih belum
mendapat jawapan pasti. Mengambil tahu apa yang berlaku di sekolah atau di rumah
perlu Murni ketahui. Dia tidak mahu membiarkan Murni merasa dirinya tidak
diperdulikan.
“Hal sekolah Mil, macammana? Mil belajar
apa sekarang?” tanya Murni kepada Mila yang sedang asyik menyuap mee ke mulut.
Memang selalu, soalan yang sama ditanya,
pertanyaan mengenai soal pelajarannya di sekolah.
“Okey aje
ma.. oh ya.. hari ni Mil balik lambat sikit, Mil ada koku.. macam biasa Mil
tumpang Nana balik nanti” bersuara dengan sedikit mulut yang penuh.
Murni hanya
mengangguk, mengerti anaknya akan balik lewat kerana aktiviti kokurikulum
sekolah. Aktiviti yang diwajibkan kepada setiap pelajar untuk mengambil
bahagian. Tambahan pula Mila memang suka menghadiri aktiviti ini,
sekurang-kurangnya masa dapat dihabiskan bersama kawan baiknya Husna dan
kawan-kawan lain yang sebaya dengannya di sekolah. Tidaklah dia duduk terperap bersendirian
di rumah. Kak Melah pastinya sebok dengan urusan kerja mengemas, manalah dia
ada masa hendak melayan Mila dua puluh empat jam. Murnipun hanya akan sampai
dirumah selepas jam 5.30 petang setiap hari, adakalanya lambat sedikit. Sedangkan
Mila dari jam 2.00 petang sudah tercogok di rumah. Dari itu baiklah dia aktif
dengan kokurikulumnya. Ibu Husna, Fifi memang selalu menghantar Mila pulang
setiap kali adanya aktiviti sebegini. Tambahan pula mereka berjiran, di dalam satu
kawasan perumahan quarters Kerajaan. Fifi,
surirumah sepenuh masa, sudah tentu dia dapat melapangkan masanya untuk
menghantar dan mengambil Husna dari sekolah setiap hari. Sekurang-kurangnya
dapat juga Mila menumpang sekali sekala jika ada aktiviti seperti ini. Murni
juga cuba sekali sekala memainkan peranan mengambil pulang Husna dan Mila. Tidak
manis jika asyik sentiasa menumpangkan anaknya dengan orang sahaja tanpa
penglibatan darinya. Nanti dikatakan hanya pandai mengambil kesempatan pula.
Hati jiran perlu dijaga, sebelum dibenci orang, eloklah dielakkan sebelum ianya
terjadi.
Terdengar
bunyi hon di luar pagar. Bunyi hon dari bas Pak Kudin. Kak Melah segera
mencapai beg galas di atas kerusi. Mila terus menghirup air kopi yang berbaki sambil
berdiri dan terus berlari mengambil cardigan yang tersangkut di dinding di tepi
pintu lalu menyarungnya. Pantas Kak
Melah pula menyarungkan semula beg kebelakang Mila yang sudah secara spontan
menunggu dan kemudian bersalaman dengan Murni dan Kak Melah sebelum dia beredar.
Mila
berlari keluar menuju ke arah bas sekolah yang sedang menunggu tanpa menoleh. Hanyunan
beg di belakang agak melambatkan pergerakannya. Murni dan Kak Melah juga
berjalan laju, melambaikan tangan walaupun Mila tidak melihat. Mila
menoleh dan membalas lambaian, hanya selepas berada di tangga bas.
Pak Kudin, pemandu bas memang sudah
biasa dengan situasi ini, semua keluarga penumpangnya berbuat demikian. Memang
dicepatkannya masa untuk ke sekolah agar tidak terlambat. Jika setiap penumpang
sudah mengambil 10 saat melambai keluarga mereka, 20 orang pasti memerlukan
lebih kurang 5 minit. 5 minit yang penting agar tidak terlambat sampai ke sekolah,
ditakuti nanti pagar sekolah sudah tertutup jika terlambat lebih 5 minit
tersebut yang telah terlebih digunakan.
Nasib baik juga di Bukit Fraser ini
tidak ada kesesakan lalu lintas, hanya jika berkabus tebal yang akan mengganggu
sedikit perjalanan kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan. Seperti berlaku
bulan Oktober ini yang agak dingin sehinggakan kabus agak tebal hampir setiap
pagi. Murni mengesekkan kedua belah
tangannya untuk menghasilkan haba dari geseran, agar panas sedikit tangannya.
Pagi ini memang sejuk, seperti berada di negara empat musim pula rasanya.
Bukan dia tidak biasa dengan cuaca begitu.
Manakan boleh dilupakan oleh Murni, 5 tahun merantau di United Kingdom demi
untuk mendapatkan sekeping kertas yang dipanggil scroll ijazah 15 tahun lalu. Dan
disitulah juga bermulanya sejarah hidupnya, sehinggakan dia terpaksa membawa
diri sehingga kini. Jauh dari
keluarga dan jauh dari seseorang yang dia amat risau jika bertemu.
Kenapa
perlu difikirkan perkara yang sudah berlalu. Semua yang terjadi sudah tidak
boleh diundurkan lagi. Murni cuba tidak mahu melayan
perasaannya yang memang sudah berkecamuk. Kerisauan bagaikan terlukis
diwajahnya, tidak dapat disorok.
“Murni sihat ke hari ni..” terkejut
Murni dari lamunan kesah silamnya sewaktu menyambung bersarapannya.
Suara dan pertanyaan Kak Melah membawa
Murni kembali ke alam nyata. Tidak lagi berada di kesah silamnya yang tidak
semanis madu. Malah banyak yang pahit seperti hempedu.
“Kenapa akak tanya macam tu..” sedikit
hairan dengan soalan Kak Melah
“Tak la.. akak tengok Murni gelisah
sikit hari ini..tak sihat ke?” hebat betul Kak Melah ni, sehingga dapat
menganggak yang Murni memang sedikit gelisah.
“Nampak
ketara sangat ke yang aku gelisah..” bisik hati kecil Murni dengan mimik muka
hairan, berkerut-kerut mukanya memikirkan yang dia tidak dapat lindung kerisauannya.
“Muni sihat
aje.. akak janganlah risau..” Murni cuba menyakinkan Kak Melah yang masih
menghabiskan mee goreng yang digorengnya pagi ini. Murni tidak tahu sama ada
pembohongannya berjaya atau tidak kerana, dari raut muka Kak Melah nampak
seperti dia tidak mempercayai jawapan yang diberikan Murni. Jawapan Murni tidak
cukup menyakinkan dirinya. Namun Murni belum bersedia untuk berkongsi dengan
sesiapapun mengenai hal ini. Biarlah dia tanggung sendiri.
Murni hanya
akan bergerak ke pejabat jam 8.00 pagi. Sekarang baru jam 7.20 pagi. Mila
keluar awal, maklumlah sekolah bermula jam 8.45 pagi dan Pak Kudin perlu
mengambil beberapa penumpang lagi disepanjang jalan. Walaupun sekolah Mila
tidaklah jauh mana dari rumah, sama jauhnya dengan pejabat Murni. Tidak sampai
15 minit ke destinasi, sama ada sekolah mahupun kepejabatnya. Tetapi di arah
bertentangan.
Selalunya,
kebiasaan ada sahaja cerita sensasi yang disampaikan oleh Kak Melah kepadanya
di meja makan. Berbagai-bagai isu dibangkitkan, kadangkala isu politikpun diselitkan. Boleh tahan juga hebatnya
dua perempuan ini membahaskan isu-isu negara dari pandangan dan pendirian
mereka masing-masing. Lagak seperti politikus. Tambah-tambah waktu hendak
Pilihanraya Umum tahun ini. Adakala terdengar suara mereka tertawa, entah apa
yang melucukan, hanya dua wanita ini yang mengetahui.
Tetapi
tiada suara tertawa ataupun apa-apa perbahasan diantara mereka berdua pagi ini.
Kemunculan Badri mengatasi segalanya di kepala Murni, perkara ini perlu di ambil
berat, sehebat masalah negara kini, sehebat kehilangan pesawat MH370.
BAB 3
Sepatutnya
Murni tidak perlu runsing dengan pertemuaan itu, kerana dia hanya bertemu Badri
bukannya bekas suami. Badri hanya kawan baik bekas suaminya. Jika pertemuan
tersebut tidak disampaikan oleh Badri kepada bekas suami, sudah tentunya rahsia
Murni akan terus tersimpan rapi sampai bila-bila. Tetapi persoalannya, adalah
Badri akan bertindak mendiamkan diri? Murni sangkal, kerana mereka berdua memang
berkawan baik sejak dari Universiti di UK lagi. Sama-sama merantau jauh mencari
ilmu. Malah dia cukup kenal dengan Murni, dari era zaman bercinta, berkahwin
sehinggakan waktu diceraikan, Badri masih menjadi kawan baik si bekas suami. Kecualilah
jika mereka sudah putus hubungan atau berlaku sesuatu yang memutuskan hubungan
mereka yang mana Murni tidak ketahui sepanjang 8 tahun berlalu. Murni membuat
berbagai andaian. 8 tahun, satu jangka masa yang panjang, macam-macam boleh
berlaku.
Kenapa
perlu dia memeningkan kepala kepada perkara yang belum terjadi. Sepatutnya, jika
terjadi nanti barulah harus difikirkan untuk mencari cara penyelesaiannya. Namun
Murni tidak boleh bertindak sedemikian. Dia harus bersedia, bersedia dengan apa
sahaja perkara yang akan berlaku kelak. Murni perlu bertindak matang. Sediakan payung sebelum hujan, kalau tidak ada
payung dan hari hujan, tentulah dia akan basah. Bukan sahaja dia akan basah
oleh air hujan, tetapi juga dia akan basah oleh air matanya.
Sebenarnya
dia sudah hidup gembira disini. Dia sudah tidak mahu berpindah randah lagi
semata-mata untuk menghilangkan diri dari dikesan oleh bekas suaminya. Melarikan
diri seperti pendatang tanpa izin, melarikan diri dari pihak berkuasa. Cukup-cukuplah
dengan pelarian ini. Dia sudah jemu. Disini jiwanya aman, jauh dari bekas
suaminya, jauh dari keluarga bekas suaminya dan juga jauh dari orang yang
mengenali dirinya. Jauh daripada manusia yang mengetahui kesah silamnya. Kesah
silam yang telah menghancurkan kebebasan hidupnya.
Murni malu,
malu dengan tindakan bekas suaminya yang sampai hati melafazkan talak, bukan
satu, bukan dua.. malah sekali gus tiga.
Memang dari
mata kasar, apa yang berlaku nampak seperti Murni melakukan satu kesalahan yang
besar, namun bekas suaminya sepatutnya mendengar penjelasan Murni dahulu sebelum
bertindak melulu.
Memang
jantan tidak guna ini hendak memalukan dirinya sampai sanggup menjatuhkan
maruahnya dengan menceraikan dirinya dengan talak tiga. Dia tidak sedar sepanjang
dua tahun usia perkahwinan mereka, Murni makan hati berulamkan jantung, menelan
segala perbuatan ibu mertuanya dan adik ipar perempuannya, sejak dia bergelar
menantu di rumah itu. Itulah nasib yang terpaksa diterimanya kerana menjadi
menantu yang tidak direstui keluarga suaminya. Ingatkan karekter Nyonya
Mansoor, di dalam filem P. Ramlee, “Ibu Mertuaku” hanya ujud di layar perak,
rupanya tidak. Karekter itu ujud di zaman modern, malah lebih lecek.
Terang-terang
Murni mengetahui musibah yang berlaku kepada dirinya dulu, adalah angkara ibu mertuanya.
Itu kesah yang sudah menjadi sejarah. Biarkan ia kekal menjadi sejarah dan
pengajaran kepada Murni.Murni tidak perlu menghukum sesiapa, apalah kuasa yang
dia ada. Biarkan Allah sahaja yang membuat pembalasan. DIA lagi mengetahui.
Kerana itu
Murni bertindak melarikan diri dan membawa hati yang luka, tanpa sempat
memberitahu bekas suaminya yang sepatutnya berita gembira baginya. Namun
tindakan melulu bekas suaminya itu bukan sahaja mengecewakan Murni tetapi juga
satu lagi insan yang bakal tidak berbapa. Insan yang bernyawa di dalam perutnya.
Lokasi
pelariannya hanya diketahui oleh keluarga Murni, Atie, kawan baiknya dan beberapa
orang keluarga terdekat sahaja. Bukan
niat Murni untuk bersifat kejam kepada anaknya, atau bersifat mementingkan diri
sendiri kerana menyembunyikan keujudan anak dari bapa bayi itu sendiri, tetapi
adalah lebih baik begini dari terus ditohmah dengan berbagai-bagai tuduhan. Silap
haribulan bekas suaminya tidak mengaku yang dia bapa kepada anak malang ini.
Jika ini yang berlaku, akan menambah lagi sakit hati Murni yang sudah sedia
sakit. Dari itu lebih baiklah di sembunyikan sahaja. Murni hanya mampu berdoa
kepada Tuhan. Tuhan akan sentiasa berada bersama orang yang teraniaya.
Di bukit
ini, Murni dapat merasakan kebahagian dan ketenangan. Malah Murni gembira kerana
ditemukan dengan kawan-kawan baru, yang dapat memahami betapa peritnya hidup
seorang perempuan yang sedang mengandung, hidup seorang diri di tempat baru
dan peritnya seorang perempuan menyara seorang
anak bersendirian. Bukan perit dari segi ekonomi, kerana pendapatannya kukuh,
tetapi perit dari segi emosi dan perasaan. Berada jauh dari keluarga, kesunyian
dan bersendirian tanpa seorang lelaki yang boleh dipanggil suami yang
sepatutnya berada disisi disaat-saat dia memerlukan.
Murni bersyukur,
pertemuannya dengan keluarga Kak Melah. Perempuan ini telah membantu Murni dari
hari pertama dia menjejakkan kakinya di sini sehinggalah ke saat ini. Sekurang-kurang
perempuan yang bernama Siti Ramlah ini dapat juga meringankan masalah yang
dipikul oleh Murni.
“Hah…
lupakan la.., aku kena kuat semangat, jangan ikutkan hati.. ini hanya perkara
kecil, perkara lebih besar dari inipun aku boleh handle.!.” Murni bercakap
sendirian pagi ini, semata-mata cuba memotivasikan dirinya sendiri. Sedangkan
sebenarnya dia cuba menafikan, apa yang sedang berkocak difikirannnya.
Pantas dia berjalan ke pejabatnya,
dengan senyuman diberikan kepada rakan-rakan yang ditemuinya sejak dari tempat
dia memakirkan kereta. Kini, sudah 8
tahun, wajah-wajah ceria teman-teman dipejabatlah yang memberikan semangat
untuk dia terus maju kehadapan dan meninggalkan bekas-bekas luka yang sudah
hampir pulih. Hanya tinggal parut dihati. Parut yang tidak mungkin akan hilang
dan akan sentiasa meninggalkan bekas untuk selamanya. Andai kata, dia terpaksa
meninggalkan tempat ini, mampukah
Murni berbuat demikian. Atau dia redah sahaja dengan apa yang bakal mendatang.
“Murni, kau seorang wanita yang cekal
Murni! Hadapi sahaja
apa yang akan berlaku. Lambat laun, kau kena hadap juga” berkata-kata hati
Murni dengan kata-kata semangat.
“Ya, aku
boleh hadapi semua ini dahulu dan akan aku hadapinya di masa hadapan”masih
dengan kata-kata semangat.Mampukah Murni berterusan begini?
BAB 4
Tumpuan
diberikan sepenuhnya ke atas plan tanah yang Murni bentang di atas meja. Kertas
blueprint geran terbentang memenuhi meja tulisnya. Alat-alat tulis seorang juruukur juga tersusun
di atas meja. Kertas yang berwarna puteh tetapi banyak garisan berwarna biru di amatinya berhati-hati dan
teliti. Tidak mahu tersilap memberikan koordinate untuk kebenaran pembalakan
kepada Syarikat Andira. Dia perlu meletakkan Koordinate yang sama seperti yang
telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Parah nanti dirinya jika tersilap
meletakkan nombor, mahu banyak bukit
yang akan gondol ditarah oleh Syarikat itu kelak. Poket taukeh balak kembung,
alam sekitar merana jangka panjang.
Dia
mengerti akan risikonya jika dia melakukan kesilapan. Bukan sahaja dia mungkin
akan dibuang kerja, malah kerosakan jangka panjang akan berlaku. Disebabkan
bukit-bukit sudah botak, maka sudah tidak ada tadahan hujan. Akibatnya akan berlaku tanah runtuh dan banjir kilat
kerap berlaku. Tahu-tahu sahajalah, jika ini berlaku akan mengakibatkan pula
kemusnahan yang lain kepada ternakan atau hidupan liar yang akan menjadi
mangsa. Silap-silap boleh mengorbankan nyawa manusia. Itulah, akibat silap satu
perkara, akan mengakibatkan kemusnahan yang lain pula kelak. Manusia sering
menjadi tamak, tanpa memikirkan orang lain. Peluang yang diberi selalu
disalahgunakan. Dari itu Murni harus berhati-hati, tidak mahu perkara yang
tidak diingini terjadi.
Teringat
Murni kesah semalam,berlaku semasa Murni menghadap blueprint yang sama dalam
cuba menyelesaikan kerjanya. Fikiran melayang, seperti filem yang diulang
tayang. Dikepala seperti ada punat Play yang
pandai-pandai mengulang tayang kesah semalam. Bukan Murni minta, jika boleh
mahu sahaja dipadamkan dari kotak ingatan, tetapi dia tidak berdaya.
(Kesah semalam)
“Kusyuk nampak” terkejut Murni apabila
terdengar suara lelaki, teman tetapi mesra, bernama Zamri, teman sekerjanya.
Murni tidak
perasan sudah berapa lama lelaki itu berada didepannya kerana dia asyik leka
menandakan koordinate. Ketukan pintu dari lelaki itu langsung tidak
didengarnya.
Murni
dengan perlahan meletak pensel mechanical dihadapannya hanya mampu tersenyum
menunggu bicara Zamri selanjutnya. Lega rasanya Murni menatap wajah tenang
Zamri yang tersenyum manis dihadapannya. Murni hanya membulatkan
matanya menunggu bicara lelaki yang seorang ini.
“Soory.. you tak sedar ke I ketuk pintu
tadi?” suara lembut Zamri berbicara, apabila soalan pertamanya tadi tidak
mendapat jawapan.
Zamri tidak menyangka yang kehadirannya
masuk ke bilik tidak disedari oleh tuanpunya bilik rupanya. Dia sudah menjadi
penceroboh nampaknya. Pencoroboh? Kasar pula bunyinya. Mungkin istilah tetamu
tidak diundang, itu lebih lembut.
Mata Murni tidak berganjak ke arah wajah
tenang seorang lelaki kacak berkulit sawo matang, berambut lurus pendek yang
disikat kemas tetapi rambutnya sedikit menjungkit ke belakang. Lelaki yang
bernama Zamri, style dan bentuk badan sasa, sekali pandang seperti pelakon
Korea Lee Min Ho pulak. Cuma Lee Min Ho puteh langsat, tetapi mamat ini warna kulit
orang melayu tulin, sawo matang. Kacak sangat ke Lee Min Ho tu.. sampaikan hendak
dibandingkan dengan lelaki yang di hadapannya? Iras sahaja, jangan hendak
perasan!
“Hem.. I tak dengar..you ketuk perlahan
agaknya” lemah sahaja suara Murni dan tumpuan Murni beralih semula kepada
kertas di atas meja.
“La… tak
dengar ke..I ketuk pintu tu ..apa?
tu..lah kusyuk sangat. dan I minta maaf, kalau masuk tanpa kebenaran you
okey?” Zamri menjelaskan yang dia mengetuk pintu sebelum masuk. Persoalan sama
ketuk atau tidak, itu tidak Murni persoalkan. Hajat menjenguk yang menjadi
tanda tanya.
Mungkin
terlalu perlahan sehingga tidak dapat didengari, atau memang Murni berada
diplanet lain sewaktu dia mengetuk pintu, wallahualam.
“Muni, lunch nanti you free tak? Temankan
I kat Smokehouse….dah lama I tak makan steak kat sana..teringin pulak! “ Zamri,
menyambung bicara dengan mempelawa Murni untuk makan bersama, lagi setengah jam
akan tiba waktu makan tengahari. Tersengeh-sengeh
sahaja dia menunggu jawapan. Ha! baru Murni tahu, hajatnya ingin makan
berteman.
Zamri redha
dengan jawapan yang bakal diterimanya. Sudah biasa dengan penolakkan dari minah
yang seorang ini. Susah betul untuk diajak keluar, terutama dengan lelaki.
Sudah tahu jawapannya, jawapan yang pasti mengecewakan. Cuma
dia tidak akan putus asa. Sekadar bertanya, bukan rugipun. Manalah tahu hari
ini anginnya baik, tiba-tiba setuju.
Murni ada sebab untuk menolak pelawaan
lelaki ini. Dia selalu mengelak pelawaan Zamri kerana malas hendak menadah
telinga dengan gossip yang bakal diterimanya. Murni sudah lali dengan gossip
antara dirinya dan Zamri. Mulut manusia
memanglah begitu, pantang melihat dua insan yang berlainan jantina berkawan
rapat, sudah tentu dikatakan menjalinkan hubungan intim. Tambah-tambah kepada
perempuan seperti Murni. Walaupun Zamri masih bujang dan dia pula sudah 8 tahun
berstatus single. Atau lebih
tepat berstatus ibu tunggal, gelaran sedikit manis dari sebutan janda. Memang
best sangat untuk dijadikan bahan bualan dan hot topik. Dia orang hendak kata
apa, katalah, bagi diri Murni tidak luakpun.
Mungkin juga
kerana factor umur, kerana Zamri yang lebih muda 4 tahun darinya yang sudah
mencicah 33 tahun, membuat Murni selalu menggelak. Murni hairan, entah siapa
yang ditunggu sehingga umurnya lewat begitu untuk berumahtangga tidak Murni
peduli. Dia boleh sahaja meminta ditukarkan ke tempat lain setelah
perkhidmatannya masuk ke tahun kelima, tetapi dia tidak tindakan demikian.
Entah-entah memang sedang mencari, atau mungkin juga terlalu memilih. Lantaklah
apa Murni perlu kesah. Yang penting dia seorang rakan sepejabat
yang sangat prihatin dan suka membantu.
Jika difikirkan banyak juga pertolongan yang telah dihulurkan Zamri
sejak bersama satu pejabat sepanjang 8 tahun ini.
Sebenarnya tidak ada apa yang kurang
kepada lelaki ini. Sejak 8 tahun berkawan dengan Zamri, Murni sudah dapat nilai
lelaki ini. Jika hendak diikutkan, semua kritiria yang dicari oleh seorang
perempuan untuk calon suami, semua ada pada Zamri. Kacak,.mempunyai kerjaya
yang kukuh, gentleman dan sabar. Namun kenapa sehingga kini, dia masih
membujang. Sepengetahuan Murni, banyak juga calon-calon yang cuba mendekati
dirinya, namun tidak kekal lama, paling lama dua bulan. Sampaikan ada juga yang
siap rekomen calon adik atau sepupu mereka untuk diperkenalkan. Akhirnya Zamri
tetap mencari Murni, si janda beranak satu ini.
Faktor umur
yang sedikit muda tidak sepatutnya dijadikan masalah besar. Malah Zamri nampak
matang dalam serba serbi. Kemungkinan kehidupan bujang ditempat begini yang
membuatkan dirinya matang dari usia sebenar. Mana tidaknya, tidak ramai lelaki
yang sebaya dengannya di pejabat ini. Yang ada ramai yang sudah senior, atau
yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi hendak bersara. Jadi, terpaksa
ikut cara orang senior. Matured sebelum waktunya. Dah tu, berkawan dengan
lelaki yang sudah berusia, maka terpaksa mengikut rentak orang berusia. Begitu juga pekerja perempuan, ramai yang
sudah beranak pinak atau yang sudah layak dipanggil kakak. Termasuk diri Murni,
yang layak dipanggil kakak oleh Zamri.
Orang muda
lebih suka memilih untuk bekerja di Kuantan atau di Kuala Lumpur, tempat yang
lebih glamour. Bagi orang muda yang sukakan kesebokan, tempat ini
dipanggil tempat jin bertendang. Duduk
di atas bukit ini, hendak buat apa, malam hanya boleh duduk di rumah, bukan ada
panggong wayang pun, kelab-kelab langsung tidak ada. Akibatnya aktiviti malam
ialah mengira bintang dilangit itupun jika cuaca cerah dan tidak dingin, jika
seperti sekarang ini, lupakanlah sahaja hendak membuka tingkap.. sejuk
giler!!
Panjang pula Murni bermonolog.
“Occasion apa?” soal Murni.
Tidak tergamak untuk menolak
mentah-mentah. Tidak mahu mengecilkan hati lelaki dihadapannya yang sabar
menunggu jawapan, dengan mata tertancap kearah Murni yang tunduk ke arah kertas
puteh besar di hadapannya. Murni tidak mahu menolak mentah-mentah, jika hendak
menolak pelawaan tersebut, perlu alasan yang boleh masuk dek akal. Itulah
sebabnya Murni bertanya lebih detail, sekurang-kurangnya Murni ada juga
menunjukkan interestnya. Jawapan tidak perlu diberikan serta merta, elok KIV
dahulu sehingga benar-benar puas hati dengan tujuan pelawaan. Yang sebenarnya
jawapan sudah ada, cuma tidak mahu menjawabnya dengan tergesa-gesa.
“Hemm…
actually my 8th anniversary kat sini…ingat lagi tak? You pun
baru lapor diri masa tu, tak silap I, you report duty one week earlier…in that case the occasion is to celebrate
our 8th anniversary here.. macammana?” Beriaya-iya pelawaan
Zamri.
Murni hanya tersenyum, dia mengangkat
kepalanya memandang kearah Zamri, sambil mengangguk perlahan.
“Hem.. dah lapan tahun kita kat sini
rupanya ya?diam tak diam dah 8 tahun…8 tahun” Murni hanya menganggukkan lagi
kepalanya, dan berulang-ulang menyebut angka 8 seperti tidak percaya dia sudah
berada 8 tahun di bukit ini. 8 tahun jugalah dia sudah lari dari lelaki yang
Mila sepatutnya memanggilnya ayah.
“ha ah dah
8 tahun kita kat sini dan dah 8 tahun kita berkawan..” jelas Zamri.
Murni
senyum sumbing. Yang si Zamri mengenangkan tarikh tersebut tarikh bermulanya
dia dipertemukan, tetapi si Murni teringatkan tarikh dia meninggalkan bekas
suami pula. Atau lebih tepat, tarikh mendapat gelaran “J“.
Mengimbas
kembali kesah mereka yang masih terkial-kial mengenal kerja mengenai urusan
tanah. Jauh berbeza dengan tugasnya di Putrajaya sebagai seorang Pegawai Tadbir
dan Diplomatik yang di tugaskan lebih kepada menghadiri mesyuarat dan membuat
laporan.
“Let
me think about it?, I will let you know later.. boleh! siapa
lagi ikut?” Murni ingin tahu lebih detail dengan rancangan Zamri. Dari
percakapan Murni, seperti memberi harapan sahaja. Tetapi sebenarnya belum ada
jawapan yang pasti dari Murni. Masih fifty
fifty.
“Hemmm…I ajak Latiff sama Hamdan, tapi dia
orang kata dia ada hal pulak.. yang lain you tahu-tahu aje lah.. ramai yang
balik rumah makan lunch sama keluarga masing-masing.. kita ni aje yang tak ada
keluarga..” panjang lebar pula Zamri memberi jawapan kepada soalan Murni yang
pendek.
Sengaja dia menjelaskan sejelas-jelasnya
agar Murni tidak salah sangka. Dan berharap Murni menerima pelawaannya kali
ini. Harapan yang ada jawapan fifty fifty juga.
“Excuse me.. pembetulan!..apa pulak
kita? You sorang aje yang tak ada keluarga.. I kan ada Mila?” jawab Murni
dengan wajah yang agak kurang senang dengan ungkapan perkataaan
Zamri..”kita..tak ada keluarga”.
“oh.ya..ke...sorry..sorry.. I lupa,
sorry..sorry, I sorang aje yang tak ada keluarga..kat sini, maksud I orang yang
masih single and available.. macam
you and I” sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah terlajak kata-kata
dan kata-kata itu tidak Murni senangi. Nampaknya dia sudah dapat jawapannya,
jawapannya “Sorry.. next time aje..”. Itu jawapan yang fifty. Dia masih ada
harapan lagi fifty.
Dia berharap apa yang keluar dari
mulutnya kali ini adalah perkataan dan jawapan yang betul supaya Murni menerima
pelawaannya.
“You tak takut kena gossip ke?.. nanti
merah lagi telinga, keluar lunch dengan I ni yang ada title “J”..” sambil
tersenyum, Murni masih mampu menyakat Zamri.
“Cik Muni..ooi you ni nak teman I ke
tidak?..ada ke I suruh you isi apa-apa form untuk tentukan you tu ada title “A”
ke “B” ke “C” ke..untuk lunch dengan I, ada? And another thing, pasal title “J” tu.. ada title tu lagi bagus, taklah
setakat A, B, C malah sampai J …”
kedua-dua tertawa dengan lawak antarabangsa dari Zamri.
Zamri masih mampu menjawab jawapan bodoh
kepada soalan bodoh Murni.
“Lunch aje kut.. bukannya dating.. kalau
dating tu lain la..” sambungnya lagi dengan suara meminta simpati.
Nasib baik Zamri tidak membuat muka
kesihan, jika itu yang berlaku, mahu luruh agaknya hati Murni.
“Kalau dating I tak ajak orang lain, I go straight to you..just the two of us”
serious sahaja bunyinya, menyambung percakapannya perlahan sambil pandangan
dihalakan kekakinya sendiri.
“Kenapa nak pergi straight kat I, kalau
you nak dating?, bukannya you nak date I kan?” seloroh Murni lagi.
“I cerita pasal lunch ni, bukan pasal
dating..sebab you salah seorang yang I ajak..kalau I ajak you date pun apalah
salahnya..kecuali kalau you tak sudi… atau you sudah ada someone in your mind? ” jelas Zamri lagi.
“Ishy you ni.. mana ada? Okey..okey…
kita drop cerita dating mendating ni ya..” Murni tidak mahu menjadi panjang
meleret-leret.
“Iya la.. Iya la..I teman you.. kat mana
tadi?.. Smokehouse..you ajak you belanja.. boleh?” Murni jatuh kasihan pula
melihat yang Zamri ikhlas dengan pelawaannya.
Bukan Murni tidak mampu hendak membayar
sehingga meminta Zamri untuk membayar, sengaja dia hendak mengena Zamri agar
tidak mempelawa dirinya lagi.
“No problem la..Muni.. memang I nak
bayar pun, tapi you janganlah order yang mahal sampai lawan taukey sudah la..”
Zamri bersuara.
“Habis tu.. tak kan you nak I order sky
juice aje kut!” kedua-duanya ketawa berderai.
“Ia lah.. ia lah.. you orderlah apa yang
you suka” Zamri mengalah, tidak kuasa bertekak dengan Murni, yang penting Murni
sudah menerima pelawaannya.
Zamri
meninggalkan bilik Murni, dengan hati yang berbunga-bunga. Selang beberapa tapak berpatah balik ke bilik
Murni. Pintu bilik Murni di buka rakus.
“Dengan
kereta I ya..” dan terus menutup pintu bilik semula, tanpa menunggu jawapan
dari Murni yang memang sedari tadi masih memandang rakannya beredar keluar dari
biliknya dengan senyuman yang meleret.
Hati Zamri gembira dengan persetujuan Murni. Bukan senang si Murni ini hendak
menerima pelawaan orang, tambah-tambah pula hanya berdua begini.
Nafas
dihela perlahan, sambil menggelengkan kepalanya perlahan, Murni membetulkan
tudung lilit hijau bercorak batek lukis, mencapai semula pensel mechanical dan
cuba menghabiskan tugasnya yang terganggu tadi sebelum keluar bersama Zamri
seperti yang telah dipersetujuinya. Sepetri
paksa rela sahaja gamaknya. Murni tiba-tiba menukar jawapan yang telah dia set
di dalam minda. Ada apa yang terlukis di muka si Zamri hari ini yang membuat
Murni tiba-tiba setuju. Entah..sebab kasihan kot! Atau ada sebab lain!
BAB 5
(Masih
lagi kesah semalam)
Suasana di Restaurant Smokehouse sedikit
riuh hari ini, tidak seperti selalu, aman damai. Ada sekumpulan pengunjung dari
luar Fraser Hill rupanya. Mungkin dari bandar, kemungkinan besar dari Kuala
Lumpur, melihat dari cara mereka berpakaian mereka nampak memakai pakaian seperti
pemain golf, sudah pastinya pegawai-pegawai atasan kerajaan ataupun ahli-ahli
korporat yang mengatur tournament golf di Fraser Hill Royal Golf Club. Club
Golf tertua di Malaysia.
Murni tidak perlu ambil pusing urusan
mereka. Murni hanya memikirkan akan menekmati steak ribeye dengan jus air
tembikai yang akan dipesannya nanti, kerana Zamri yang akan membayar. Dah tu,
siap syarat, tak boleh melebihi taukeh. Murni senyum, siapa taukeh sebenarnya!.
Murni dan Zamri mengambil tempat duduk
yang sudah ditempah Zamri, seat yang agak tersorok d isudut paling belakang.
Kedudukan meja yang paling tepi ke dinding cermin. Pandangan menghala ke mercu
tanda Bukit Frazer, monument jam kecil di tengah bulatan roundabout. Zamri ni
biar betul!, sengaja hendak mengena atau kebetulan.. bisik hati Murni yang
sedikit curiga dengan Zamri kerana sebaik sahaja sampai di Smokehouse, pelayan
sudah menunggu dan terus membawa mereka ke meja yang sudah di reserved.
Tempahan khas, kad reserved di atas meja di ambil pelayan, lalu berlalu pergi.
Ah.. biarkanlah, kenapa mesti sangsi
kepada Zamri, dia lelaki jujur, bukan hari ini kenal dengannya, sudah bertahun.
Murni sudah masak dengan hati budinya. 8
tahun bersama sudah dapat menebak hati budi si Zamri. Murni cuba melawan
perasaannya yang sedikit berkata-kata.
Dendangan lagu dari jukebox, lagu ”Ándai
Ku bercinta lagi oleh Penyanyi Mojo” sedang berdendang, tetapi sesekali
tengelam oleh bunyi riuh kumpulan tersebut. Pasti pilihan para pengunjung asing
yang memilihnya, kerana lagu berentak agak rock, namun irama lagu ini dapat
menceriakan mood pendengar. Cuma keadaan bunyi bising orang berbual yang
menganggu alunan irama yang indah, jadi tengelam timbul.
Rosak mood betul kumpulan ini, sudahlah
ramai, masing-masing bercakap kuat, seperti di pasar borong pula keadaannya. Sehinggakan
bait-bait ayat yang indah dari dendangan Mojo itu tidak dapat didengar dengan
aman. Murni memang mengemari lagu ini dengan liriknya yang jiwang, nasib baik
lagunya berirama rancak, jika irama perlahan pasti tenggelam terus. Terdengar
bercampur-aduk..lirik pada chorus yang Murni suka..
“Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?”
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?”
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Berapa lama lagi harus ku merintih
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Yang lain dia tidak ingat,
yang part chorus itu sahaja yang selalu dinyanyikannya sendirian di dalam
kereta jika ianya ke udara,
Murni humming mengikut irama yang hanya
sedikit didengarnya. Pandangan
di hulurkannya ke luar, melihat sekumpulan anak muda sedang mengatur posisi
untuk bergambar berlatar belakangkan jam besar. Entah yang keberapa puluh ribu
kali jam itu menyaksikan dirinya dirakamkan.
Zamri yang di hadapannya hanya tersenyum. Dia gembira jika Murni
gembira. Kenapalah pulak ramai orang hari ini.
Jarang berlaku suasana begini, selalunya pengunjung dapat menekmati
makanan dengan disulam oleh halwa telinga, lagu-lagu pilihan pengunjung
sendiri.
Pengunjung
akan menghidupkan jukebox dengan memilih lagu-lagu mengikut turutan token
syiling yang dimasukkan. Murni juga tidak ketinggalan untuk memilih lagu
kegemarannya. Dia bercadang untuk memilih lagu dari penyanyi Selena “I could
fall in love” dan “Kenangan Terindah” oleh Samsons. Duit
syiling 50 sen dua keping sebagai token sudah berada digenggamannya.
“Zam, I pergi..” sambil tangan menunjukkan
hala Jukebox. Zamri yang sebok melihat buku menu hanya mengangguk laju. Dia
mengerti kemana Murni hendak pergi, apabila melihat Murni menunjukkan duit
syiling ditangannya.
“Ehhh..nanti.. you nak order apa?” tegur
Zamri kepada Murni yang baru sahaja mengangkat punggung untuk bangun.
“Set nombor 2 dengan air tembikai..”
jawab Murni dan terus bangun. Murni tahu kenapa Zamri menahannya bergerak,
terus sahaja dia memberitahu apa yang perlu di order untuk dirinya.
Perlahan dia menuju ke Jukebox yang
terletak berhampiran dengan kumpulan pengunjung berpakaian golf tersebut. Murni
tahu, Zamri memerhatikan dirinya yang beredar dengan tangan masih memegang buku
menu yang sudah terbuka dihadapannya. Sekurang-kurangnya, Mojo ada peminat yang dapat mendengar dendangannya
dengan jelas.
Murni
meneliti senarai lagu-lagu yang sudah dipilih oleh pengunjung dan juga meneliti
senarai lagu yang harus dipilihnya.
Dari
pengamatan Murni dari senarai lagu yang telah dipilih, jika tidak bising,
senarai lagu-lagu pilihan pengunjung yang sudah tersenarai memang semuanya lullaby
merdu belaka, memang boleh menjadi halwa telinga. Murni senyum, dan
mencari-cari pula lagu yang sudah di kepalanya. Jari telunjuk melurut perlahan,
satu persatu senarai lagu yang ada, kerana dia perlu ingat nombor kod bilangan
lagu yang akan dipilihnya kelak. Takut tersalah tekan nombor, dan akan mendendangkan
lagu yang bukan pilihannya.
“Assalamulaikkum.. cik ni Murni ke..?” garau
suara seorang lelaki, bersuaradengan jelas sekali. Menyebut namanya.
Tiba-tiba Murni terketar dengan satu
suara yang dia memang kenal, menghala ke corong telinganya. Seperti bermimpi,
hatinya berkata-kata, betul ke suara itu suara… ah.. bukan. Murni masih cuba
menidakkan. Terhenti jarinya melurut di skrin Jukebox. Dia tidak berani
menoleh, di hati cuma dia berharap ianya bukan suara orang yang dikenalnya. Biarlah
Bukan!
Ternganga Murni, apabila dia menoleh
perlahan, terfana melihat salah satu wajah yang cuba dia elak dari berjumpa
selama ini, kini sudah berada tegak berdiri di hadapannya.
“Bad..” hanya satu ayat dari mulut
Murni, tegak seperti patung cendana.
“Ia.. I.. ah..jadi betullah you ni
Murni..?” jawabnya dengan riak terkejut, terkejut yang didepan matanya
perempuan yang tidak pernah terlintaspun akan dia temui.
Murni tunduk, tetapi dia tidak patut
berkelakuan lemah, dia harus tunjukkan yang dia happy di sini. Mendongak semula
dan tersenyum, senyum dibuat-buat. Dia perlu berlakon, kalau boleh, seperti
pelakon yang boleh menang anugerah pelakon wanita terbaik.
“Heyyy.. you apa khabar?..you masih
macam dulu.. malah makin cantik I tengok.. lama tak jumpa kan.. ada tak 10 tahun..”
bersuara lagi Badri, beramah mesra pula dia, sedangkan Murni gelisah. Dup dap
dup dap jantung mengepam darah ke kepala. Mukanya sudah memerah. Darah sudah mengalir laju menyonsang ke kepala…terkejut.
Murni hilang kata-kata. Hanya senyuman palsu yang mampudiberi
buat masa ini.
“Muni.. you okey ke?..” Badri perasan
yang Murni tidak selesa apabila bertemunya.
“Ya..ya..I’m okey.. you buat apa kat
sini?..” akhirnya Murni mampu bersuara, bersuara walaupun nadanya agak sedikit
bergetar.
“Hemm.. I ada tournament golf dengan
Mega Bistari” jawabnya seperti bangga menyebut Mega Bistari, syarikat terulung
masa kini.
“I perasan masa you masuk dengan lelaki
tu. Tadi tu…suami you ya?.. tapi I tak yakin, you atau orang lain, takut salah
orang pulak..manalah tahu, pelandok dua serupa” jelas Badri lagi.
“Salah tegur, takut kasut naik ke muka,
baru padan muka I kan? Nasib baik betul..” tersengeh sahaja Badri apabila
mengetahui memang betul Murni yang dia kenal sedang berdiri dihadapannya.
“Dia bukan.ehh.excuse me..I have to go..” Murni meninggalkan Badri dengan jawapan
tergantung dan tanpa menjawab banyak soalan yang dikemukakan tadi apabila
melihat tangan Zamri melambainya.
Murni
berjalan pantas ke meja Zamri. Meninggalkan Badri yang berdiri tegak, tidak
mengerti apa yang telah berlaku. Ditinggalkan dengan seribu tanda tanya.
Cepat-cepat
Murni menghenyakkan punggungnya dan hanya memandang ke arah pinggan steak
ribeye di depan mata.
Tiba-tiba
Murni hilang selera, sehinggakan dia lupa dia ke Jukebox tadi bertujuan hendak memilih
lagu. Semuanya
terbatal. Terus dia menjamah steak ribeye yang sudah menunggunya. Berpura-pura
tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia malas hendak menjawab, apabila Zamri menyoalnya nanti.
Yang dia tahu Zamri melambainya, tidak mahu steaknya sejuk, tidak enaklah pula
nanti. Steak yang sepatutnya begitu enak, kini menjadi hambar. Steak sejuk ke,
steak panas ke.. bagi Murni, semuanya tidak terasa apa-apa. Perbualannya dengan Zamri juga sudah tidak tentu arah. Zamri juga
hairan dengan perubahan sikap Murni yang tadinya ceria tiba-tiba muram. Cepat
betul mood perempuan ini berubah, seperti binatang sesumpah, seminit ceria,
seminit muram. Dia tidak faham betul dengan mood perempuan, selalu sangat ada
mood swing, terutama perempuan yang duduk di hadapannya sekarang.
Berkerut-kerut mukanya cuba memahami kenapa lain benar kelakuan Murni tatkala
ini. Tadi elok sahaja moodnya ceria semasa ke sini, kini sudah lain!. Nampaknya
lakonan Murni tidak menjadi, lupakanlah. Memang tidak layakpun menjadi pelakon
terbaik. Usahkan menjadi pelakon terbaik, pelakon tambahan yang jadi pemegang
tombakpun dia tidak layak.. hancuss.
“Siapa tu Muni..you kenal ke..?” Zamri cuma
ingin tahu, hendak menjadi polis pencen pulak.
“Hem..” pendek sahaja jawapan Murni.
“Kita makan cepat sikit boleh?, I nak
balik cepat la.. I nak
habiskan kerja I..” pinta Murni dan tangan kanan terus menolak pinggan yang
masih penuh berisi ke tengah meja, kemudian menghirup jus tembikai laju.
Berharap jus tembikai tersebut dapat sedikit sebanyak melegakan dirinya yang
sudah tidak tentu arah.
“Hey..kawan relax la.. baru pukul 1.30
tengahari ni..” Zamri cuba mententeramkan Murni.
“Yalah I tahu.. Cuma I nak kita sampai
awal sikit kat ofis.., lagipun kita belum zohor lagi ni..” memberi alasan untuk
cepat meninggalkan restaurant dan sebelum Badri datang lagi kepadanya bertanya
itu dan ini.
Murni belum sedia untuk menjawab apa-apa
sahaja soalan daripada lelaki itu. Terutama sekali hendak membuka pekong di dada,
menceritakan kesah silamnya yang sudah lama dicampaknya jauh dari sudut
hatinya. Murni ingin menjadikan ianya rahsia hidupnya. Biarlah dia sahaja yang
tahu..umpama lagu Dato Siti Nurhaliza “Biarlah Rahsia”.
Zamri
mengetahui ada yang tidak kena dengan perempuan ini. Nampaknya dia terpaksa
mengikut rentak Murni yang meminta dia beredar segera. Telahan Zamri, ini mesti
ada kena mengena dengan lelaki yang dia lihat bercakap dengan Murni tadi.
Tetapi apa kan daya, dirinya hanya rakan sekerja, tidak mahu pula dia bertindak
kepoci untuk bertanya lebih-lebih. Lainlah sekiranya Murni
dengan rela hatinya menceritakan kepadanya atau meminta pertolongannya.
Walaupun di dalam hatinya membuak-buak ingin mengetahui siapakah lelaki
tersebut. Kerana lelaki itu mampu membuat emosi perempuan di hadapannya
mengelabah, serba tidak kena, dalam sekelip mata.
Selesai sahaja Zamri makan dan membuat
pembayaran, mereka bingkas bangun dan terus meninggalkan restaurant,
tergesa-gesa.
Di dalam kereta, kedua-duanya senyap
sunyi, tiada yang menyoal dan sudah pastilah tiada yang menjawab. Perjalanan
yang hanya 5 minit dirasakan 5 jam oleh Murni. Dia mahu cepat-cepat sampai ke pejabat.
Dia mahu cepat sampai ke
biliknya. Dia mahu bersendirian, kalau boleh dia mahu hilang. Jika dia ada kuasa sakti mahu rasanya dia
membuat dirinya halimunan. Hilang dari pandangan manusia, terutama manusia yang
baru dia temui, manusia yang bernama Badri.
Di kepala
otaknya, soalan kenapalah dia menerima pelawaan Zamri hari ini. Jika dia tidak
ke restaurant itu tadi, tentu dia tidak akan bertemu dengan lelaki itu. Tetapi
itu semua sudah berlaku.
Murni lupa
pertemuan itu bukan dirancang oleh Zamri, manalah dia tahu ada lelaki lain yang
sedang menunggu Murni di restaurant tersebut. Bagi Zamri, Murni menerima
pelawaannya sudah cukup membuat hatinya girang dan berbunga. Bukan senang
hendak mengajak perempuan ini keluar, selalunya ada sahaja alasan. Kiranya hari
ini bonus buat diri Zamri, tetapi bala bagi diri Murni.
Murni juga lupa, pertemuannya dengan
Badri sudah tertulis, jika tidak di restaurant, mungkin di tempat lain. Menerima
pelawaan Zamri bukan penyebabnya. Hanya DIA sahaja yang tahu, Cuma menunggu
detik, masa, tempat pertemuan dan cara pertemuan, namun pertemuannya dengan
Badri tetap akan berlaku.
Kegelisahan Murni sejak pulang dari
lunch hanya diperhati oleh Zamri dari luar bilik. Zamri hanya mampu melihat
sahaja setakat ini. Dia tahu Murni gelisah, tetapi dia tidak terdaya membantu
kerana dia tidak tahu menahu apa yang membuatkan Murni gelisah. Gelisah seperti kucing kehilangan anak.
Didalam hati Zamri, ingin rasanya dia menghulurkan sedikit bantuan jika bantuan
darinya itu dapat sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang dialami Murni
kini. Namun berulangkali di benak hatinya berkata-kata, dia mengaku dia tidak
berdaya membantu. Zamri sanggup membantu Murni apa sahaja, kerana tanpa
pengetahuan Murni yang dialah menyebab yang dirinya masih berada di atas bukit
ini.
No comments:
Post a Comment