Lagi coretan Inikah Kesudahannya bab 6-10
BAB 6
(Sambungan
kesah semalam)
Di sebelah petang, selepas menunaikan
solat Zohor, Zamri cuba memberanikan dirinya untuk mendekati Murni. Manalah
tahu dia dapat membantu mana yang boleh. Tidak sanggup rasanya membiarkan Murni
yang dia tahu, jiwa kacau sekarang ini. Dia bersedia membantu, jika Murni sudi
berkongsi masalah yang dihadapi dengannya, sebagai seorang kawan. Zamri tidak
ada niat lain, dia ikhlas.
Perlahan dia mengetuk pintu bilik Murni
dan terus masuk apabila melihat Murni memandangnya tanpa bicara tetapi
memberikan senyuman yang tidak ikhlas. Nampak dirinya sudah tenang sedikit,
tidak seperti semasa di Restaurant tadi. Zamri lega.
“Dah habis locate coordinate..” tanyanya sambil tangan menarik kerusi di hadapan
meja Murnim rapat mengadap Murni. Terus duduk tanpa perlu dipelawa. Tidak mahu
dia terus memberitahu tujuannya singgah. Tengok mood si Murni dahulu, baru dia
berani bertanya. Zamri tidak mahu soalannya akan membuat Murni tidak selesa.
Maklumlah hendak bertanya mengenai soalan peribadi orang. Kena berhemah, takut
nanti silap-silap kena halau keluar.
“Belum.. banyak lagi la.. Zam.. ha.. apa
cerita?” Murni cuba
melindungkan kerunsingannya, berlakon seperti tidak ada apa-apa berlaku. Mechanical
pensel dan pembaris diletakkannya perlahan di atas kertas yang terbentang.
“I?..I memang tak ada cerita .. tapi I
rasa you yang ada cerita kut…!” sambil
jari telunjuknya di halakan ke mukanya sendiri.
Zamri cuba menyerkap jarang, harap-harap
Murni tidak melenting. Bukan niat dirinya hendak terus bertanya, tetapi Murni
yang sudah mulakan, jadi baik sahaja harung terus.
“I.. cerita!..cerita apa pulak Zam.. you
ni ada-ada aje la..” jawab Murni sambil tersenyum, macamlah Zamri tidak boleh
membaca fikirannya yang sedang berkecamuk itu.
“Sorry la.. I tahu.. as a friend, I tahu
you are hiding something..I kenal you
dah lama Muni.. I bukan kenal you semalam.. kita dah kenal you lebih dari 8
tahun tau? Dari riak muka you I dah tahu you ada masalah.. tell me if you don’t mind to share?” kata Zamri straight to the point, malas dia hendak
berselindung. Jika berselindung, bukan ada faedahnya, malah lagi kusut.
Murni termalu, hebat lelaki ini membaca
fikirannya rupanya.
“Tak da la.. I’m okey..percaya la!”
Murni masih berselindung, masih ragu-ragu hendak bercerita, takut membuka
pekong di dada sendiri pula. Namun riak muka sudah nampak yang dia berbohong.
“Come
on.. Muni, its about that man kan!, the guy yang you
jumpa tadi tu kan..? is he your ex or
some one from your past..” tidak malu langsung Zamri bertanya.
Sudah alang-alang bertanya, baik bertanya
sampai mendapat jawapan.
Murni sudah menjelaskan yang dia okey,
tetapi Zamri masih mendesak, cuba mengorek cerita yang masih Murni cuba simpan
hanya untuk dirinya. Hati Murni sedikit geram kepada Zamri yang memaksa
untuknya memberi jawapan.
Memaksa betul lelaki ini. Tidak faham
atau sengaja tidak mahu faham, bisik hati kecil Murni.
“Kenapa you interested sangat nak tahu?”
Murni mencapai semula mechanical pensel yang tadinya diletakkan di atas kertas.
Tunduk
seakan-akan tekun membuat kerja. Malu juga dirinya apabila Zamri membicarakan
tentang hal dirinya. Lelaki ini tidak ada apa-apa hubunganpun dengan dirinya,
selain dari hubungan sebagai rakan sekerja. Tetapi mengapa dia sangat mengambil
berat tentang dirinya, sejak dulu lagi. Hishy .. tak faham betul dia ni..!
“Muni, I
ikhlas ni..nak dengar masalah yang you hadapi..jika you sudi berkongsi la..I
don’t mind” Zamri perlahan bangun dan merapatkan dirinya ke arah Murni yang
masih duduk. Murni mendongak apabila melihat badan Zamri mara kehadapannya. Sudah
tunjuk berani pula, bukan main rapat lagi. Naik seram rasa Murni, dibuatnya.
“You
know where to find me, if you need me” Zamri bersuara perlahan seakan
berbisik. Dia berdiri dan
mengatur langkah, berjalan keluar dari bilik Murni tanpa menoleh. Murni
ternganga, terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Harap-harap tiada
siapa di luar biliknya, perasan apa yang telah Zamri lakukan sebentar tadi.
Pasti sangkaan mereka serong, sudahlah pergi makan tengahari bersama, selepas
balik dari lunch, mereka masih masih bersama, tidak puas-puas ke berdua-duaan. Kena
pula jika mereka melihat Zamri berbual dengannya dengan keadaan rapat dan
berbisik-bisik. Pasti ada mereka adaa
modal hendak bercerita tentang Murni dan Zamri yang digelar belangkas.
Sebaik
sahaja Zamri berlalu, fikiran Murni berlegar-legar memikirkan apakah sebenarnya
yang temannya yang satu ini hendak darinya.
Murni
memang perasan Zamri cuba mendekati dirinya sejak dari dulu lagi. Sekarang
ini sudah semakin galak, sudah tidak segan-segan lagi. Tetapi Murni tetap
dengan prinsip hidupnya dan cuba mengelak dengan semua lelaki yang cuba
mendekatinya, termasuk Zamri. Pengalaman silam mengajarnya supaya dia berhati-hati.
Banyak faktor yang perlu diambil kira.
Pertama kerana factor umur.
Kedua Murni takut pengalaman pahitnya
akan berulang, takut pisang berbuah dua kali. Dan yang ketiga, dia belum
bersedia untuk membuka hatinya untuk mana-mana lelaki dalam hidupnya demi
anaknya, takut berbapa tiri.
Keempat, dia janda manakala Zamri masih
teruna. Pasti keluarganya tidak merestui hubungan mereka. Keluarganya pasti
mahukan yang terbaik untuk anak terunanya, bukan dengan janda beranak satu.
Nanti Zamri dapat anak instant pula.
Tetapi bila difikirkan kasihan pula
kepada Mila yang tidak pernah merasa hidup mempunyai seorang bapa. Kenapa Murni
harus bersikap selfish, hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja! Tidak
mengapa, mungkin sekarang Mila masih anak-anak untuk mengerti. Dia akan
mengerti dengan sendirinya nanti apabila dia dewasa kelak. Buat masa ini
biarkanlah keadaan seperti sekarang ini. Tambahan pula, Murni tidak merasakan
apa-apa perasaanpun terhadap Zamri, walaupun sudah lebih 8 tahum berkawan
rapat. Mungkin juga kerana Murni tidak pernah memberi sedikit ruangpun
dihatinya. Ditutupnya rapat-rapat, serapat-rapat yang dia boleh untuk semua
lelaki, termasuk Zamri. Nekat hendak membesarkan Mila sendirian, lalu dikunci
hatinya rapat-rapat. Bukan dia seorang sahaja yang membesarkan anak-anak
sendirian di zaman ni. Berlambak diluar sana. Anak-anak mereka berjaya juga.
Malah lebih sempurna dari anak-anak yang dididik bersama keluarga. Jika ada
keluarga tetapi berantakan setiap masa, lagi membuat anak-anak hilang arah. Membesarkan
anak-anak sendirian bukan bererti gagal dalam hidup. Malah sebenarnya berjaya
dalam hidup kerana dapat melepasi segala masalah hidup sendirian. Malah menjadi
insan itu lebih tabah, kuat dan berdikari. Itu kata Murni untuk mengukuhkan
lagi prinsip hidupnya, iatu bersendirian untuk membesarkan Mila. Tetapi
benarkan prinsip hidupnya itu?
Murni
terkejut dari lamunan kesah semalam, apabila telefonnya mengisyaratkan seperti tanda
ada pesanan ringkas yang baru diterima. Tangan mencapai telefon dan pesanan
ringkas dibaca.
Murni melepaskan
nafasnya, ingatkan sms dari siapa. Rupanya dari entah egen mana mempromosikan
syarikat mereka. Telefon diletak semula di hadaannya. Murni kembali ke alam
nyata. Mana mungkin berterusan begini, jika terus begini semua kerja tidak akan
siap. Murni berastagafar panjang. Mukanya diraup beberapa kali sambil
mengelengkan kepalanya. Nekat di hatinya, tidak mahu memikirkan persoalan itu
lagi. Periok nasi harus dijaga. Terus dibuangnya kesah semalam jauh-jauh.
Dikosongnya fikirannya, tidak ada nama Badri, tidak ada nama bekas suaminya dan
juga tidak ada nama Zamri. Habis dipadamnya di kotak mindanya. Tumpuan padu diberikan
kepada kerjanya.
Akhirnya
Murni dapat menyelesaikan kerjanya menanda coordinate bagi Syarikat
Andira. Kerjanya harus dilangsaikan.
Esok Murni akan memulakan tugas yang baru pula. Urusan pecah geran Encik Mohd
Taha Julmi yang dipanggilnya Pak Cik Taha. Seorang lagi insan yang rapat
dengannya, kerana dia adalah bapa Kak
Melah.
BAB 7
Mata
melihat jam di skrin telefon. Sudah jam 5.30 petang. Bekerja di tempat-tempat
begini jarang ada tugasan lebih masa yang terlebih-lebih sehingga memerlukannya
pulang lewat malam. Semua pekerja balik on time, atau
terlebihpun paling lama sejam, itu sahaja. Sebelum menutup pintu bilik, mata
melilau mencari-cari seseorang. Pandangan ditala ke bilik Zamri, Murni lihat
biliknya sudah kosong dan gelap. Nampaknya, Zamri sudah pulang awal juga hari
ini, sama seperti semalam. Selalunya dia akan singgah ke bilik Murni untuk berjalan
beriring ke ruang pakir. Kenapa dia tidak berbuat demikian hari ini, dia
marahkan Murnikah?. Murni hairan dan rasa bersalah pula dihatinya. Adakah dia
bersikap kasar atau adakah perbualannya yang sambil lewa melayan Zamri sejak petang
kelmarin. Atau perbuatannya telah mengores hati kawannya yang seorang inikah?. Perlukah
Murni menerima bantuannya, pertolongannya yang ingin dia hulurkan? Bolehkah dia
percaya kepada lelaki ini? Banyak sangat persoalan yang Murni fikirkan.
Persoalan yang hanya Zamri boleh menjawabnya.
Murni
nampak ada kejujuran pada diri Zamri yang sudi berkongsi masalah demi
meringankan masalah yang ada dikepalanya.
Tetapi mampukah Murni hendak meluahkan semua masalahnya kepada seorang
lelaki yang tidak ada apa-apa ikatan dengannya? Berbagai soalan timbul diruang
otaknya. Silap-silap Murni akan ditertawakan, mencurah segala masalah peribadi
kepada seseorang yang tidak ada ikatan. Dia bukan saudara
Murni, bukan juga abangnya, tidak juga tunang atau bakal suami? Lagilah bukan!
Title itu sudah sah-sah bukan…Dia hanya
sekadar saudara seislam. Habis tu, hendak berkongsi rahsia yang selama ini di
simpannya kemas. Wajarkah membuka rahsia itu? Seperti membuka kotak pendora
sahaja gamaknya. Murni masih memikir-mikir akan tindakannya. Dia harus pasti
100 peratus, bukan 50 atau 99 peratus. Harus cukup 100 peratus pasti.
Dengan longlai Murni menuju ke pakir
sendirian hari ini, tanpa teman seperti selalu. Ditempat pakir kelihatan hanya
tinggal 3 buah kereta sahaja yang masih terpakir. Kereta Suzuki Swift puteh
Murni, kereta Perdana hitam Pegawai Daerah, Encik Megat Qalif dan kereta Viva
merah saga Kamarul, Pembantu Am pejabat,
yang lebih ringkas di panggil Office Boy.
Pakcik Pengawal sudah sedia mengangkat
papan penghalang untuk memberi laluan kepada kereta Murni, sebaik sahaja
dilihat Murni menggerakkan perlahan keretanya menuju keluar. Tangan diangkat
sebagai tanda terima kasih sebaik sahaja melepasi pondok pengawal. Murni
tersenyum, Pak Badar, pengawal bertugas hari ini dan dia membalas lambaian.
Alhamdullillah, selesai tugasnya hari
ini tanpa ada apa-apa yang ditakuti Murni berlaku. Cuma masalah dengan Zamri
yang masih menjadi tanda tanya, Zamri merajuk dengannya agaknya. Tidak mengapa,
esok Murni akancuba menyelesaikannya. Diharap missi memujuknya akan berjaya.
****
Murni menjeling kearah bilik Zamri
sebaik sahaja sampai di pejabat. Kelihatan bilik itu sudah terang, sudah sampai
rupanya pakcik yang merajuk itu. Awal pula nampaknya dia sampai. Namun langkah
diteruskan menuju ke biliknya sendiri. Tetapi didalam hati sudah berdendang
ceria, entah mengapa, melihat bilik Zamri yang sudah terang bagaikan memberi
cahaya kepada dirinya. Beg
yang disandang dileraikan dan dimasukkan ke dalam laci di tepi meja. Tangan
pantas menekan punat komputer untuk menghidupkannya. Murni menunggu sebentar
sementara komputernya menyala dan sedia berfungsi untuk diguna. Laju sahaja dia
menyemak pesanan-pesanan yang masih hitam, menunjukkan pesanan masih belum
dibaca. Satu persatu sehingga habis semua pesanan dibaca. Yang perlu diambil
tindakan dicetaknya dan diletakkanya ke tepi, untuk diambil tindakan kemudian.
Sehelai demi sehelai kertas yang sudah dicetaknya dibaca sekali lagi. Agar dia
betul-betul faham message yang hendak disampaikan.
“Ada meeting dalaman pulak hari ni..
tergempar aje Tuan Megat ni.apa hal agaknya?.” Murni berleter sendiri perlahan,
takut pula didengar oleh kakitangan yang lain complaint pasal boss.. Kena berhati-hati, cakap siang pandang-pandang, cakap
malam dengar-dengar.
“Ada benda
urgent agaknya tu…!” Murni sendiri menyoal, dan dia sendiri memberi jawapan.
“Meeting
pukul 10.00 pagi, apa agaknya yang hendak Tuan Megat bincangkan?” Murni
tertanya-tanya lagi. Berulang-ulang soalan yang sama, sedangkan dia sendiri
sudah memberi jawapan. Bila ada mesyuarat, tentu ada benda yang hendak
dibincangkan.
Memang
jarang sekali mesyuarat diadakan oleh Tuan Megat Qalif, Pegawai Daerah.
Mesyuarat hanya akan diadakan jika betul-betul perlu. Selalunya memberitahu
kedatangan pegawai baru atau pemberitahuan pertukaran pegawai. Paling
tidak, Tuan Megat ingin bertanyakan perkara-perkara yang memerlukan laporan, perkembangan
yang perlu dia tahu. Agar dia tidak seperti orang bodoh, kerana tidak
mengetahui apa yang telah dilakukan oleh anak buahnya sendiri. Tidak
mengapalah, apa-apapun boleh aje, janji tidak melibatkan dirinya.
Teringat
Murni akan Zamri. Bingkas bangun dan dia menuju keluar, menuju ke bilik Zamri.
Sudah tinggal beberapa tapak sahaja lagi untuk sampai ke pintu bilik Zamri,
Murni terhenti, dia perlu memikirkan buat kali keduanya, sama ada betulkah
tindakannya ini. Dia masih ada peluang untuk
membatalkannya. Bibir diketap, mata memandang ke syiling sambil terkebil-kebil.
Bukan dia hendak memujuk, dia tidak pandai dalam hal seperti itu. Hanya sekadar
bertanya khabar. Kenapa pulang awal kelmarin dan semalam, tanpa menunggunya
seperti selalu. Murni membetulkan baju kurungnya dan kemudian membetulkan
kedudukan tudungnya, manalah tahu sudah senget ke.. kaki dihayun berjalan ke bilik
Zamri. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niatnya.
Pintu bilik Zamri diketuk dan dia terus
masuk apabila melihat Zamri hanya melihat dirinya yang berjalan kearahnya tanpa
berkelip, malah membulatkan matanya.
Seumpama orang melihat sesuatu yang aneh. Murni buat muka selamba
sahaja, lantaklah apa yang dia sedang
fikirkan, yang penting penjelasan perlu diraihnya.
Murni duduk tanpa dipelawa, sama sahaja
seperti Zamri apabila berkunjung ke biliknya. Zamri masih mendongak, memandang
kearah Murni, tanpa suara. Dia terkejut, apa hal pula Murni datang berkunjung
menemuinya. Dia hanya memerhati tanpa sebarang kata dari saat Murni masuk
sehingga dia duduk dikerusi di hadapannya. Suasana sepi, dua-dua menunggu siapa
yang akan memulakan perbicaraan.
Di kepala Zamri memikirkan, Murni mimpi
apa malam tadi? Tidak
pernah-pernah dia kebiliknya. Yang selalu berkunjung adalah dirinya kebilik
Murni, tetapi hari ini sudah lain. Terbalik kot. Murni pula yang datang
mencarinya. Bagaimanapun hatinya gembira dengan kehadiran Murni di depan mata.
“Mimpi apa malam tadi, tak pernah-pernah
you masuk bilik I, pagi ini you muncul, apa hal?” Zamri bersuara dengan riak
hairan, beralah, dia yang memulakan bicara. Hendak diharapkan Murni, sampai
esokpun dia boleh buat diam sahaja.
“Eh.. I dah tak boleh jumpa you ke?
kalau macam tu I…” Murni seperti hendak bangun.
“Taakkk… saja tanya.. ishy.. susah
betullah perempuan ni.. tak boleh tanya sikit, nak sentap aje?” bersuara lagi
Zamri, tetapi tersenyum.
Hatinya girang sebenarnya dengan
kemunculan Murni. Kemunculan yang tidak diduganya, kini sudang duduk di depannya
tanpa perlu dijemput.
Murni duduk semula. Memang dia tidak ada
niatpun untuk beredar, saja acah..hendak lihat apa reaksi Zamri. Menahannya pergi atau akan membiarkannya beredar. 99%
akan memilih jawapan pertama. Sah.. jawapan pertama yang dipilihnya.
“Dua petang
berturut-turut you balik tak beritahu I yang you balik awal, tup-tup time balik
I tengok bilik you dah gelap, you tak sihat ke..atau you marahkan I?” Tanya
Murni, menyampaikan apa tujuan sebenarnya ke bilik Zamri pagi ini.
“Hemm..
pasal tuuu “ jawab Zamri pendek dan mendatar.
Pasal dia
balik awal, ingatkan hal yang lebih penting. Zamri mengalihkan pandangannya ke
skrin komputer. Mudah sahaja soalan Murni tu, soalannya kenapa dia balik awal?
“You sakit ke?” ulang Murni, apabila
Zamri tidak menjawab soalannya. Lama Murni menunggu jawapan.
“I tak sakit, tapi you mungkin..” jawab
Zamri lemah, tanpa memandang kearah Murni yang membuat muka pelik.
Kenapa Zamri memberitahu dirinya yang
sakit, sedangkan soalan “sakit” ditujukan kepada dirinya.
“I? you kata I yang sakit.. you ni kan
Zam..kalau nak berguraupun biarlah betul!” ceria sahaja bunyi Murni menafikan
yang dirinya sakit seperti yang dimaksudkan Zamri.
“Ye la.. kelmarin you memang sakit, I
yang tengokpun tak tahu nak buat apa, sebab I tak tahu you sakit apa? Kalau you
pening I boleh belikan panadol, kalau sakit perut I boleh belikan pill Chi Kit
Teck Aun. I yang memandangpun hampir sakit tengok you, you tahu tak!.” Panjang
lebar pula Zamri bermukadimah, dengan mata terbeliak masih tepat memandang Murni. Semua jenis ubat
yang dia tahu disebutnya..
“I nak bantu, you tak terima, jadi baik
aje I bawa diri..” bunyi rajuk si lelaki bernama Zamri.
“Jadi you balik awal, bukan you marah I
lah, tapi sebab lain..” soal Murni.
“Hemm.. nak marah you buat apa?.. tapi
ada jugak sikit marahkan you. You degil sangat. Degil, tak mahu terima bantuan
orang, konon hebat nak selesaikan masalah sendiri..” kata Zamri, memerli Murni.
M
urni sudah rasa kurang selesa. Memang
tidak disangka yang Zamri memang betul-betul ingin membantunya. Muka Murni
sudah memerah. Kena hentam oleh kata-kata Zamri. Nanum dia akur, ada benarnya juga apa yang dikatakan
Zamri.
“Ahhh.. dah lah tu.. I tak apa-apa
la....ha ni..apasal Tuan DO nak buat meeting kejap lagi nii.., You have any idea, why?” pandai pula Murni
memusing cerita, tidak mahu memanjangkan cerita.
Dia segan, Zamri perasan rupanya keadaan
dirinya yang tidak tentu arah sehari dua ini.
“Ahhh.. dah mula lah tu.. nak pusing
cerita lain lah pulak. Nak corner cerita
lain la tu...” Zamri mengalihkan pandangannya ke skrin komputer semula., malas
dia hendak melayan Murni yang sudah mengubah tajuk perbualan.
“Muni, as I said earlier, if you have any problem, you can tell me, I
boleh jadi pendengar yang baik, you tau tak? kita kan kawan, namapun kawan,
so.. ini lah masanya kita perlukan kawan untuk membantu, jangan simpan
sorang-sorang, nanti bersarang kat dalam dada tu, lagi susah.. bahaya, makan
diri” bersungguh-sungguh Zamri menasihatkan kawannya yang sudah sedikit
blushing. Blushing menahan malu.
“Okey lah Zam.. see you later kat meeting room nanti” Murni bangun, tidak mahu
menjawab apa yang telah Zamri katakan. Lagipun dia tidak mendapat jawapan kepada
soalannya, malah dia pula yang disoal siasat, baik sahaja dia pergi, sebelum
ceritanya terbongkar. Dia masih dengan prinsip dirinya, cuba menyelesaikan
masalahnya sendiri. Kalau boleh tidak mahu rahsianya selama ini di ketahui oleh
orang lain.
Belum sempat berjalan Zamri bersuara
lagi “Muni, I ikhlas okey.. ikhlas.. kalau you ada apa-apa masalah tolong share
dengan I. I will lend my ear or even my
shoulder if you need… I’m serious Muni.. serious..” Zamri mengulangi kata-katanya dengan
bersungguh-sungguh.
Murni
terhenti menapak tetapi tidak menoleh, Murni pejamkan matanya. Dia terharu
mendengar ungkapan ambil beratnya dan kemudian meneruskan perjalanannya keluar
menuju ke biliknya sendiri. Dada sudah mulai sebak, cuma air mata yang
ditahannya dari mengalir.
Sesampainya
dibilik, Murni memikirkan apa yang dikatakan Zamri kepadanya. Ini bukan pertama
kali Zamri merayu sedemikian. Sudah banyak kali. Sudah tidak terkira. Namun
Murni buat endah tak endah sahaja. Kepercayaannya kepada insan yang bernama “lelaki“
masih menebal. Apa jadi jika dia akan dikecewakan kali kedua. Tentunya luka
lebih parah lagi. Malah mangsa juga akan bertambah. Jika dahulu, hanya dia
seorang yang menanggungnya. Tetapi sekarang, Mila juga akan terbabit. Tambahan
pula Murni perhatikan Mila sudah terlalu rapat dengan uncle Zamrinya.
Yang
terakhir dua bulan lalu, insiden Mila jatuh sungai semasa aktiviti mencari
rama-rama bersama kawan-kawan di airterjun Jeriau. Nasib baik Zamri dan Hamdan
sedang memancing di tempat berhampiran ketika itu. Terkejut Murni waktu itu,
apabila melihat Zamri mencepong Mila yang sudah basah kuyup. Mila
pula sudah tidak sengan dengan uncle Zamrinya. Mila tergelincir semasa projek
mengumpul rama-rama anjuran sekolah. Hari itu rama-rama entah ke mana, yang dapat dahi yang berbentuk
rama-rama, berbekas kesan terantuk batu. Nasib baik cuma lebam, tidak luka.
Zamri memang suka memanjakan Mila. Milapun sayangkan uncle Zamrinya, selalu
sahaja nama lelaki itu menjadi sebutannya. Menumpang kasih kerana dia tidak
pernah ada lelaki yang boleh dipanggil bapa sepanjang hidupnya.
Memang Murni banyak
berfikir panjang selepas incident itu tetapi dia cuba keraskan hatinya dengan
menutup rapat pintu hatinya yang keras itu. Jika boleh tiada sesiapa yang
berani membuka hati itu. Tanpa dia sedar hati yang dikatakan keras itu sudah
perlahan-lahan terbuka. Dibuka oleh teman baiknya sendiri, lelaki yang
bernama Zamri.
BAB 8
“Jom..”
tiba-tiba suara Zamri yang memegang fail coklat. Muncul tanpa
memberi salam, Dia sudah tercogok di hadapan pintu bilik Murni. Badannya berada
separuh di luar dan separuh di dalam bilik Murni. Main terjah sahaja, nasib
baik Murni sudah biasa dengan perangai Zamri. Murni bingkas bangun mencapai
foldernya juga. Sudah habis merajuk rupanya pakcik ini, sudah ceria seperti
biasa dan sudah menyemput Murni seperti biasa. Berhasil juga rupanya kunjungan
tidak rasminya pagi tadi ke bilik Zamri.
“Ehh..dah
pukul 10.00 ke Zam.?.” Murni tersenyum memandang kawannya di celah daun pintu
yang di rengang oleh badannya.
“Belum
lagi, lagi 10 minit..” matanya meleret kearah Murni yang berbaju kurung cream
berbunga merah kecil.
Comel betul
nampaknya dia di mata Zamri. Kena dengan warna tudung merah jambu lembut polos.
Tidak nampakpun gaya seorang ibu kepada seorang anak yang sedang meningkat
remaja. Yang hairannya, dia tidak perasan pula penampilan Murni sewaktu Murni
berkunjung ke biliknya pagi tadi. Tetapi sekarang segala-galanya dia perasan,
segala keterampilan Murni dari kepala sehingga k ekaki, nampak cantik dan kena
padan dengan si pemakai. Macammana Zamri tidak gila dengan si perempuan ini. Mereka
berjalan seiring menuju ke bilik mesyuarat di tingkat atas.
“Eh,,,kejap kejap.. I lupa bawa map yang
I dah letak coordinate tu.. nanti nak
lapor kat boss..” kata Murni seperti orang tergesa-gesa.
Teringat Murni yang dia perlu melaporkan
semua kerja-kerja yang telah selesai dan yang masih belum selesai kepada Tuan
DO didalam mesyuarat itu nanti.
Zamri hanya tercegat sambil mengelengkan
kepalanya, melihat Murni yang berpatah balik ke biliknya dengan berlari-lari
anak, nasib baik mereka belum berada jauh.
Memang Murni sudah kerap terlupa
sekarang ni..entah apa yang difikirkannya sehingga dia jadi begitu. Yang Zamri
tahu, pastinya bukan urusan kerja, mahupun mengenai dirinya.
“Okey…. Jom” sapa Murni dengan
termengah-mengah ke arah Zamri yang setia menantinya. Kertas yang bergulung di
kepitnya.
Murni yang tidak mengetahui dirinya
diperhatikan hanya selamba mengambil tempat duduk bersebelahan Zamri, walaupun
banyak lagi kerusi yang kosong di bilik mesyuarat yang besar itu. Beberapa pasang mata yang sudah berada di dalam bilik
mesyuarat hanya memerhatikan sahaja kelakuan mereka. Ini bukanlah perkara luar
biasa, mereka sudah lama mengerti akan keakraban mereka berdua sejak dari dulu
lagi. Sudahlah datang tadi berdua, hendak dudukpun dekat-dekat sebelah
menyebelah. Seperti tidak boleh dipisahkan sahaja.
Sejurus
muncul Tuan Megat, terus dia mengambil tempat di kerusi paling hujung, yang
sudah memang dikhaskan kepada sesiapa sahaja yang mempengerusikan mesyuarat.
Seperti biasa Tuan Megat memulakan
mesyuaratnya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. Kemudian mengesahkan minit mesyuarat yang
lalu. Selang setengah jam tibalah perbincangan mengenai perkara-perkara
berbangkit. Mengikut agenda yang disediakan oleh Shiha, Pembantu Khas Pegawai
Daerah, ada dua perkara berbangkit yang akan dibincangkan. Perkara pertama,
ialaha perbincangan mengenai aktiviti tahunan dan yang kedua penyusunan semula
struktur Jabatan. Tanpa banyak bicara, semua agenda dibincangkan dengan teratur dan dipersetujui
tanpa bantahan dari semua yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan agenda
Lain-lain hal. Senarai agenda yang inilah selalunya banyak perkara-perkara yang
tidak perlu dibangkitkan akan berbangkit. Ini mengakibatkan mesyuarat yang
sepatutnya hanya mengambil masa satu jam, melalut sampai berjam-jam.
Aktiviti
tahunan yang dicadangkan iaitu Hari Keluarga Tahunan bagi Pejabat Daerah Bukit
Fraser. Aktiviti tahunan yang memang dinanti-nantikan oleh semua pegawai dan
kakitangan Pejabat Daerah Bukit Frazer. Tambahan pula peruntukan akan
ditanggung sedikit oleh Kerajaan Pusat.
Penstrukturan
semula, pula kali ini hanya melibatkan kakitangan sokongan, dimana kerani di
Bahagian Pentadbiran akan ditukarkan ke Bahagian Kewangan dan Bahagian
Pentadbiran mengambil tempat ke Bahagian Kewangan. Tujuan pertukaran ialah untuk
memberi peluang semua pegawai mengetahui semua skop kerja.
Memandangkan
waktu sudah hampir waktu rehat tengahari, Tuan Megat menamatkan mesyuarat dengan
bertanya setiap pegawai yang hadir, jika mereka ada perkara yang hendak mereka
bincang atau hendak mereka maklumkan. Bagi diri Murni tiada apa yang hendak
dibangkitkan, kepada yang lain juga mengambil langkah selamat iaitu dengan
mengelengkan kepala.
“Saya
hairan, setiap kali meeting tak ada orang yang bersuara kecuali saya,
sepatutnya, inilah masa jika ada perkara yang hendak dibincang diketengahkan?
Tapi bila dah tamat mesyuarat ada saja soksek soksek kat belakang!” tegur Tuan
Megat.
Semua yang hadir saling pandang
memandang diantara satu sama lain. Hangat ponggong diperli oleh boss, pedas! Memang
betulpun apa yang dikatakan boss. Keluar sahaja dari bilik mesyuarat barulah
ada isu yang hendak dbangkitkan, seperti ada sahaja yang tidak puas hati.
“Murni, you think you can manage to handle AJK makanan sorang-sorang? Saya
rasa Sheha boleh tolong.. atau you prefer Zamri?” Tanyanya lagi, apabila
melihat Murni ternganga sahaja apabila Tuan D.O memberikan arahan.
Terus Murni memalingkan badannya kejiran
sebelah..Zamri. Apa hal pulak Tuan D.O ni.. yang mana satu sebenarnya, Sheha ke
atau Zamri? Bagi dirinya, mana-manapun boleh, tak ada hal punya. Atau Tuan DO
menyakatnya. Sudah pandai main perli pulak ni, atau arahan serious. Terfikir-fikir
Murni, boss ni, yang mana satu!
“Murni.. which one? Who do you choose?” tiba-tiba Tuan Megat bersuara sambil
tersenyum Tuan DO mengulangi soalannya
kepada Murni, apabila Murni masih ternganga, tidak tahu apa jawapan yang paling
tepat yang harus diberikan kepada bossnya. Murni angkat kening kearah Zamri,
Zamri pula angkat bahu.
Tangan DO menaikkan kaca mata yang
melurut dihidungnya naik ke atas pangkal hidung. Tangan yang memegang pen
digoyang-goyangnya sementara menunggu jawapan dari Murni yang serba salah..
Shiha atau Zamri.
“I pilih Shiha, Tuan, senang sikit…sebab
bab masak memasak ni elok orang perempuan la.. tapi bab makan mungkin boleh
calon lelaki..”jawa Murni selamba. Semua yang hadir tertawa apabila Murni
memberi jawapan. Tepat jawapannya,
sehinggakan Tuan DO tersenyum meleret.
Zamri hanya diam dan memandang ke arah
Murni sambil mencebikkan muka. Apa! ingat dia tidak pandai soal masak memasak
ke? Walaubagaimanpun, nasib baik kau pandai jawab Murni, boss saja menyakat tu
sebenarnya.
“Ya lah.. Murni sama Shiha dan mungkin
beberapa orang lagi untuk AJK makan, semua setuju ya?” balas Tuan DO.
Yang lain hanya mengangguk sambil
tersenyum sinis dengan jawapan innocent Murni. Memang betul apa? Hal masak memasak
eloklah orang perempuan yang handle, kerana jika orang lelaki yang ditugaskan lain
pula yang jadinya.
“AJK logistic?. Ada apa-apa cadangan?”
tanya Megat Qalif lagi.
“Saya dan Misran okey aje Tuan..” balas Loqman, sambil memandang kearah temannya Misran yang duduk
berselang 3 kerusi darinya.
“AJK games dan aktiviti?” tanya Tuan DO
lagi.
Latiff memandang Hamdan, Hamdan pula
memandang Zamri.
“Kami pun tak ada masalah Tuan,
insyallah kami akan fikirkan apa akvititi dan games yang akan diadakan kelak..”
akhirnya Latiff bersuara bagi pihak kedua-dua rakan sejawatnya.
“Hemm…
in that case I conclude this meeting and the meeting is adjourn” Megat
Qalif bingkas bangun dan diikuti oleh yang lain-lain lalu meninggalkan bilik
mesyuarat.
“Esok you ada hal tak?” tanya Zamri
kepada Murni sambil berjalan perlahan dengan fail masih di tangan masing-masing.
Kawan-kawan lain sudah lama hilang dari
pandangan, cuma kelihatan Kamarul sedang mengemas bilik mesyuarat supaya bilik
tersebut kemas dan bersih untuk diguna untuk mesyuarat yang akan datang atau
untuk kegunaan lain-lain aktiviti.
“Tak ada
apa-apa kut.. kenapa?” Murni bertanya kepada soalan Zamri dengan muka hairan.
“Nak ajak
you dan Mila gi tengok wayang kat Raub… cerita Ice Age 3.. ingat
tak kita tengok Ice Age 2 last year,, “ tanya Zamri beriya-iya.
“Hemmm.. tengoklah.. you jangan beritahu
Mila.. kalau you tanya dia, hendak saja dia tu.. especially pergi dengan you..” kata Murni.
Zamri hanya tersengeh sahaja apabila Murni berkata sedemikian.
Tersusun giginya yang puteh dan
kelihatan gigi taringnya yang kecil, jarang dia tersengeh sebegitu lebar.
Terbayang Zamri kepada wajah comel Mila,
jika dia mengujakan rancangan itu terus kepada Mila. Pasti dia dapat jawapan
yang tidak mengecewakan, dan Murni kena akur. Dia memang mengetahui Mila sayang
kepadanya, begitu juga dia. Zamri
sudah menganggap Mila seperti anak angkatnya. Anak angkatnya yang tidak rasmi.
Bagaimana hendak dijadikan anak secara rasmi, susah sungguh hendak meyakinkan si
ibu untuk menerimanya sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Dia sudah
berusaha, dari Mila bayi sehingga Mila sudah sekolah, jawapannya masih sama.
Murni takut.. takut pisang berbuah dua kali. Takut dikecewakan. Jika dahulu,
hanya dia yang kecewa, tetapi kini akan melibatkan hati anaknya juga. Dia tidak
mahu Mila pula akan kecewa, dia tidak sanggup melihat hati kecil itu
dikecewakan.
Sedangkan
Murni tidak perlu fikir perkara yang belum berlaku. Dia boleh sahaja mencuba.
Mungkin Zamri memang tersurat untuk dirinya, Kenapa perlu membuang masa, masa
yang kini sudah 8 tahun terbuang.
Di dalam
perkara ini Zamri tidak pernah berputus asa, dia akan menunggu sehingga Murni
berkata “ya”. Bilakah waktu itu, dan akan tetap dinantinya, soal hati dan jodoh tiada siapa
dapat menduga. Semuanya dengan keizinan NYA jua.
“Ya la … I tahu.. that’s why I tanya you
dulu.., Muni ..Muni.. keras betul hati you.. I sanggup jadi bapa Mila..tapi you
pulak tak mahu..” sempat pula Zamri mengusik Murni.
“You jangan mengada-ngada, boleh tak!..”
geram sahaja bunyi suara Murni, tetapi dia tahu, itu hanya gurauan dari Zamri
sahaja. Sudah acap kali perkataan sebegitu didengarnya. Sedangkan Zamri memang
betul-betul bermaksudkan apa yang dikatanya. Hanya Murni yang tidak mahu faham.
Murni terus masuk ke dalam biliknya
sebaik sahaja sampai. Zamri pula menuju ke biliknya, tetapi kemudian berpatah
balik dan terus menolak pintu bilik Murni. Murni yang belum sempat sampai ke
tempat duduknya berpaling apabila mendengar pintu biliknya ditolak rakus.
“Jangan
lupa esok… kira jadi aje la.. I pick you up at 11.00, boleh kita makan lunch
sebelum show pukul 3.00” Zamri seperti memaksa, tanpa menunggu jawapan Murni
yang terdiam, berdiri tidak berkotek. Hisy.. lelaki ini sudah pandai membuat
keputusan bagi pihaknya pula, tetapi jika ini akan mengembirakan hati Mila,
apalah salahnya.
“Hemm..
elok juga pergi jalan-jalan. Lapangkan kepala yang beserabut ni.
Sekurang-kurangnya, hilang sekejap masalah si Badri tu.” Bisik Murni.
“Terima kasih Zam.. you always around when I need a shoulder to cry on..” ucapan yang hanya mampu terungkap di dalam hati.
BAB 9
Terdengar
horn kereta berbunyi. Mila terus berlari membuka pintu depan, tanpa melihat
horn dari kereta siapa. Dia sungguh yakin, itu kereta uncle Izam. Mila, jika
pasal uncle Izamnya, bunyi keretapun dia sudah kenal. Mila sudah lama bersedia,
sebaik sahaja Murni memberitahu akan keluar bersama uncle Izamnya, Mila sudah
mengeluarkan baju apa yang akan dipakainya esok lalu digantungkannya di tombol
pintu.
Mila tidak
menghiraukan mamanya kerana dia tahu mama memang selalu bersiap lambat.
“Kak.. saya
pergi dulu.. ada apa-apa ke hendak pesan kat Raub.?.” Murni bersuara sedikit
kuat, mengetahui Kak Melah berada di dapur, berkemas sebelum pulang.
“Tak ada
apa apa, jaga diri baik-baik… kunci jangan lupa bawak, akak pun kejap lagi nak
balik dah ni..!” jawab Kak Melah dengan nada yang agak kuat juga untuk mempastikan
Murni mendengar apa yang dia pesan.
“Ya..ya
ada ada bawa.., jumpa Isnin nanti kak..” Murni terus berjalan keluar,
meninggalkan Kak Melah yang berjalan dan kemudian berdiri di tepi pintu.
Tangan melambai Mila yang sudah sedia
duduk di seat belakang pajero Zamri, Murni masih terkedek-kedek menuju ke arah
kereta. Murni nampak Zamri memerhatinya dari dalam kereta.
“Ape kenanya pulak, macam tak pernah
tengok kita macam ni…”omel Murni.
“Ahhh.. lantaklah!” getus Murni.
Seperti tahu-tahu sahaja, Murni
mengambil tempat disebelah pemandu. Masih awal lagi, apa yang hendak
dikejarkan. Turun ke Raub, tidak sampaipun 1 jam pemanduan.
“Shall we..!” Zamri memandang ke arah
Murni yang sedang menarik tali pinggang keledar.
“Hemm..” jawab Murni tanpa melihat wajah
Zamri yang masih memandang ke arahnya. Terukir senyuman manis Zamri. Senyum yang keluar dari
hatinya yang gembira.
“Mila.. okey tak kat belakang tu..!”
tanyanya lagi, mengambil berat anak angkatnya yang duduk di tempat duduk
belakang.
“Mil.. okey uncle..” jawab Mila ceria.
Di dalam kereta bermacam-macam cerita
dibangkitkan oleh Zamri, banyak ditujukan kepada Mila. Hendak pikat ibu, kena
pikat hati anak dahulu..pandai..pandai Zamri bermain politik.. nak hidup.
Zamri terus memandu ke gerai makan yang
selalu mereka singgah. Dia sudah hafal, apa kegemaran Murni dan juga Mila. 8
tahun berkawan, dia sudah masak dengan hati budi Murni. Terus sahaja pesanan
dibuat, tanpa ragu-ragu, kerana Zamri tahu apa yang akan dipesan adalah
kegemaran mereka semua. Memang mereka kelihatan seperti satu keluarga, cuma
tidak rasmi sahaja.
“Ehhh.. Zam.. Zamri kan..?” tiba-tiba
suara lelaki dibelakang Zamri. Zamri
bingkas bangun, menoleh.
“La..
Sofian..rupanya,, apa khabar kau?” Zamri menghulurkan tangan kepada Sofian,
Murni juga turut berdiri.
“Ha..Murni
.. ni Sofian, class mate I masa sekolah menengah dulu” Zamri memperkenalkan
rakan sekolahnya kepada Murni.
“Dua-dua
kena tangkap sebab hidap rokok dalam toilet sekolah.. ingat tak Pian?“ kata
Zamri sambil kedua-duanya tertawa.
“Itu kesah
dulu.. nakal juga kita masa tu..ah..“ kata Sofian, mereka tertawa lagi.
“Lama kita tak jumpa ya.. ada 10 tahun kut.. sejak kau tukar kat atas bukit tu..
jarang jumpa. Nama aje sama-sama orang Pahang.. apa kau buat kat sini.., kau
tak balik Jengka?” panjang lebar Sofian mengulas bertanya khabar kepada Zamri.
Zamri hanya mampu tersengeh menayang giginya seperti iklan ubat gigi colgate.
Memang pakai ubat gigi colgatepun.
“Mari la
join kita orang..” Zamri mempelawa Sofian.
“Ohh.. terima kasih, tak bolehlah nak ganggu
keluarga kau.. aku pun nak pergi sana..dia orang pun tunggu aku kat sana,
keluarga aku..” sambil tangan menunjuk kearah meja keluarganya.
“Ya la.. contactlah aku.. ni kad aku..”
Zamri menghulur kad nama yang sudah dikeluarkan dari dompetnya semasa berbual
tadi.
“Jumpa lagi Zam..kahwin tak jemput aku pun
ya!..cantik bini kau?” sambil tangan menepuk bahu Zamri.
Zamri tidak membetulkan salah sangka
temannya yang menyangka mereka adalah satu keluarga. Biarkan.. sengaja dia
hendak melihat reaksi Murni. Melentingkan minah tu apabila dikatakan dirinya sebagai
isteri. Lets wait and see.
Sofian berlalu setelah mengambil kad
nama dari tangan Zamri menuju semula kemeja dimana keluarganya sudah sedia
menunggu.
“Zam.. kawan you tu dah salah sangka, I
rasa dia ingat kita satu keluarga..” perasan rupanya Murni. Zamri dengan
selamba menyambung makan tanpa rasa bersalah.
“Tak apa la.. memangpun niat I nak kita
jadi kita satu keluarga, you tu saja yang susah sangat nak terima..ala..
lagipun bukannya luak pun.. biarlah kan aje la.. ” jawabnya lagi bersahaja,
menerusan makan.
Murni
terhenti menyuap makanan. Zamri ni memang buat dirinya hilang selera. Mila yang
tidak mengerti apa-apa hanya sebagai pemerhati. Kenapalah dua orang ni..
agaknya memang susah jadi orang dewasa, fikirnya.
“Hujung
bulan ni I nak balik kampung, you nak ikut? “ tanya Zamri kepada Murni yang
sudah tidak menjamah makanannya. Masih geram dengan tindakan Zamri, tidak
membetulkan salah sangka kawannya. Siapa yang hendak mengaku isteri dia
agaknya!
Pinggan makanan sudah ditolaknya ke tengah.
Zamri menolak semula pinggan ke hadapan Murni. Suka sangat merajuk perempuan
ini sejak dua menjak ini, tidak boleh salah cakap sikit. Dah jadi seperti filem
hidustan pula, main tarik tolak pinggan.
“Tak mahu makan, tak apa, diri sendiri
yang lapar nanti” getus Zamri.
“Kesah balik kampung tu. Apa halnya
pulak I kena ikut you..” dengan nada yang agak tinggi. Marah kerana Zamri tidak
membetulkan keadaan ditambah pula dengan soalan mengajaknya pulang ke kampung. Itu
yang membuat marah Murni berganda-ganda.
“Mak I nak jumpa you.. nak jumpa
perempuan yang bernama Murni Muslihah Majid, perempuan yang anaknya yang dah
tergila-gilakan..” Zamri menyebut nama penuh Murni.
“Ada I suruh.!.” garang sahaja nada
suara Murni.
Hatinya masih geram. Hisy Zamri ni,
kalau sehari tak ajak bergaduh, tak boleh agaknya.
Sah..
memang susah jadi dewasa. Mila mendongak melihat gelagat mama dan uncle
Zamrinya. Berbual atau bergaduh, Mila tidak pasti. Kenapa uncle Izam tidak
tanya dirinya? Yang tanya mama buat apa? Kalau tanya
Mila, memang Mila setuju nak ikut.
“Mil boleh ikut tak uncle?” tanya Mila
kepada Zamri yang dengan tersenyum menjawab
“Boleh..
Mila boleh ikut uncle kalau mama jadi pergi.. okey sayang!” jelas Zamri.
“Hem..
jomlah mama pergi kampung uncle Izam ma.., dahlah kampung Wan Seri kita dah
lama tak balik..” Mila merayu kepada Murni dan sedikit terkilan kerana sudah
lama tidak pulang kekampung di Johor Bharu.
Memang
sudah hampir dua tahun Murni tidak menjengah kedua ibu bapanya, tetapi mereka
berhubung saban minggu melalui telefon. Atau mereka yang datang berkunjung,
sudah terbalik kut, orang tua yang melawat anaknya, bukan anak melawat orang
tuanya. Semua itu berlaku kerana Murni malas hendak bertembung dengan saudara
maranya yang lain yang duk sebok bertanya mengapa tak cari penganti, atau
kadang tu, soalan mereka kenapa tak cari bapa baru Mila.. Hisy.. soalan-soalan
cupumas yang tidak ada jawapan dan yang sebenarnya malas hendak Murni jawab. Kerana
perkara itu memang tidak ada jawapan.
“Ya..ya..
cuti sekolah hujung tahun nanti kita balik kampung mama ya..?, hem.. pasal kampung
uncle Zam, mama tak boleh pergi sebab itu bukan kampung kita, itu kampung
uncle..” jawab Murni, memperjelaskan agar Mila faham. Zamri menarik muka masam.
Sudah tahu
jawapan, Murni tidak akan mengikutnya pulang ke kampung. Tidak mengapa, jika
degil sangat perempuan ini, tahulah bagaimana dia akan aturkan rancangan.
Selesaikan satu persatu dahulu. Utamakan aktiviti Hari Keluarga dahulu. Zamri
berbisik sendiri di dalam hati. Jika tidak berjaya memujuk Murni pulang ke kampungnya
pada bulan ini, akan dicuba pada bulan hadapan, jika tidak berjaya juga akan
dicuba di bulan yang lain dan seterusnya
sehingga berjaya. Dia perlu membuat sesuatu, penantiannya
sudah terlalu lama, kini sudah sampai ke kemuncak. Sudah alang-alang menunggu
baik teruskan sahaja niatnya, kecualilah Murni memang bukan jodohnya.
BAB 10
Jari
Murni menekan nombor, wajah seseorang muncul di dikepalanya.
“Assalamulaikum Atie.. apa khabar awak..?”
Murni teringat teman baiknya Siti Karimah. Entah dari mana pula datangnya nama
Atie, Murni pun tak mengerti, sepatutnya panggilan namanya Siti ke atau Imah ke
atau setidak-tidaknya panggilan Mah. Mungkin singkatan dari nama Siti kut.. itu yang timbul panggilan Atie.
Teman yang baik, ibarat adik beradik, sejak dari sekolah, kemudian berpisah
kerana belajar di kolej yang berlainan. Takdir menemukan mereka semula apabila
sama-sama dapat melanjutkan pelajaran di universiti luar negara yang sama
dengan jurusan yang sama juga. Nasib
baik tidak bekerja di tempat yang sama. Jika tidak, mahu runtuh Bukit Frazer
menjadi landai. Gara-gara dua sahabat Murni Muslihah dan Siti Karimah. Kali
ini, mereka terpisah. Kini Atie berada jauh di negeri dibawah bayu dan Murni
tinggi di atas bukit. Namun tetap dengan kerjaya yang mempunyai hubung kait mengenai
hutan dan tumbuhan, apa lagi jika tidak pembalakan.
“Kita…?
Muni tanya kita?.. kita kat sini macam biasa aje.. yang nyata, kita belum jumpa
lagi Pengeran yang kita cari.. , agaknya kalau kita tukar nama Dayang Karimah,
baru dapat jumpa Pengeran yang kita tunggu tu kut…!” kedua-duanya berderai
ketawa dengan lawak si Atie.
“Tak
payahlah nak tunggu Pengeran, Cik Atie oii.., yang ada nama Tengku ke Raja,
Syed ke pun dah cukup lah tu.., tangkap aje..” Murni cuba memerli Atie yang
memang dia kenal sejak dari remaja waktu zaman sekolah lagi berangan
bersuamikan orang berketurunan, tak kiralah dari keturunan raja atau pengeran. Gara-gara
banyak menonton filem animasi princess. Sampai merasakan diri teringin menjadi
seorang puteri. Walaupun mereka berdua sama-sama orang Johor, tetapi Atie
memang suka berangan semacam. Sudah tahap gaban, tidak boleh tidak. Tunggu
punya tunggu, cari punya cari, umur sudah melepasi 30 an.
“Nak tangkapkan apanya..Muni oi.. tak
ada tengku, raja ke syed ke yang nak aku tangkap.. yang ada rajagopal sama
sayeed lahir hari Jumaat ada la..” sekali lagi mereka ketawa berderai.
“Oii cik akak.. yang kau tu apa hal,
ribut tak ada, hujan tak ada.. tiba-tiba call kita ni.. ahhh.. ni mesti ada
cerita baik punya, kalau tak.. haram kau nak contact kita, okey! sekarang
cerita.. cerita.. kita dengar..” sedap punya bahasa, Cik Atie seorang ini.
Namun Murni tersenyum dihujung talian mendengar celoteh kawan baiknya yang satu
ini.
“Apa? Perlu ada ribut sama hujan aje ke,
baru aku boleh call kau.. apa lahhh kau ni Atie..” sambil mencebekkan mulutnya.
Memangpun dia tahu Atie memang tidak dapat melihatnya yang mencebik muka kepadanya,
tetapi apa dia peduli.
“Tak la..
kita tahu sangat perangai kau tu.. kalau tak ada hal, tak
ada nak telefon punya, seingat kitalah, last sekali kau call kita last year..isnt it right?” bebel Atie
“Hemm.. sooorry.. aku busy sikit la..
lately, banyak pulak kerajaan negeri beri kelulusan balak.. jadi nak mengelakkan negeri Pahang jadi
gondol, kenalah berhati-hati. Aku tahu lah tugas kau pun sama macam aku, tapi
Sabah hutannya besar, seratus tahun pun boleh tahan hutannya sebab tanam semula
kan.. kat sini pun tanam semula jugak, tapi tak sebesar hutan kat sana?” apalah
melalut cerita pasal hutan pula Murni ni. Sudahlah di pejabat uruskan mengenai
perhutanan, dengan kawan sendiripun topik perbuatan masih hal hutan.
“Kita gurau aje la.. sejak bila cik
Murni Muslihah tak tahan bergurau ni.. by
the way, apa khabar my little princess? Little Mila .. Mimi Sharmila..”tanya
Atie.
“Mila? Dah tak little lagi.. dah
sekolahpun, dah masuk darjah dua tahun ni..”jawab Murni.
“Dah sekolah?.. bilalah agaknya kita
dapat jumpa budak comel tu.. tulah kau Murni duduk jauh dari orang.. nak pergi
naik bukit tu bercinta tau? Lainlah naik heli ke atau ada cable car ke? Drive
pusing-pusing naik pening kepala di buatnya, rasa nak muntah tau!, dahlah nak
naik kena waktu siang aje!” Atie meluahkan tidak puas hatinya kepada Murni yang
duduk jauh di atas bukit.
“Ampun tuanku..nanti patik sediakan heli
untuk Dayang Karimah ya…!” gurau Murni.
“Nantilah aku sediakan satu heli, khas
untuk kau .. senang nak jumpa aku kat atas bukit ni.. tapi jangan tak datang
pulak?” sekali lagi kedua-duanya ketawa, dengan angan-angan Murni yang tidak
mungkin menjadi kenyataan. Sengaja hendak melayan minah yang lagi jauh membawa
diri.
“Okey
Murni.. now back to the reason… the reason you call me..I know you have
something to tell me.. you have found your other half ke?” akhirnya Atie
menyerkap jarang tujuan panggilan Murni.
“Mana ada? Tak ada cerita lain lah kau
ni.. kau tak
faham-faham ke?.. cerita tu will be the last item from my list..” jawab Murni, salah rupanya
sangkaan
Atie. Jika bukan perkara itu, perkara
apa pulak ya? Atie
tertanya-tanya.
“Habis
tu?..” soal Atie
“Atie.. kau
ingat Badri tak..? “ akhirnya Murni memulakan mukaddimah yang mengganggu
fikirannya sehari dua ini.
“Badri..hemm..
Badri.. kembar Ex kau tu dulu, masa kat UK dulu? mof course aku kenal ” Atie
mengetahui Murni memang tidak suka orang menyebut nama bekas suaminya.
“Hemm..” jawab Murni pendek.
“Kenapa dengan Bad tu.. don’t tell me, kau dengan dia. Eh..Murni...jangan
Murni, Si Am.. oh.. sorry.. jantan tu. ceraikan kau, lepas tu kau nak kawan
baik dia pulak.. “ Atie hampir terlepas kata menyebut nama bekas suami Murni,
tetapi nasib baik dia cepat perasan. Jika terlepas menyebut nama bekas
suaminya, mahu Murni mematikan talian, nasib baik dia cepat sedar.
“Apa yang
kau merepek ni Atie.. tunggulah aku cerita dulu, mana pulak kau dapat idea yang
aku hendakkan si Bad tu.. dia salah sorang yang aku tak mahu
jumpa, tapi, you know what?” belum
sempat habis Murni berbicara, Atie potong kata.
“What?”
tanya Atie dengan nada tidak sabar
“2 days ago, aku terjumpa dia. Dia
datang kat sini main golf..” Murni menghabiskan bicaranya yang tergantung
kerana di potong oleh Atie.
“Habis tu..!” soalan tidak sabar Atie
“You
still don’t get it.. do you? Kalau Badri beritahu Ex aku yang dia jumpa
aku, nanti tentulah dia tahu tentang Mila.!.” terlopong Atie apabila mengerti
apa yang hendak disampaikan oleh Murni.
“Ya la.. Murni, jadi macammana
sekarang..” kendur sahaja suara Atie dihujung talian. Hilang sudah lawak
jenakanya. Terus jadi serious dan simpati kepada Murni dan juga Mila. Dia cukup
mengerti kini, kenapa Murni jadi tidak tentu arah. Ini soal anaknya, soal Mila.
Apa akan terjadi sekiranya bekas suaminya tahu yang dia mempunyai anak dengan
Murni. Anak yang tidak pernah dimaklumkan kepadanya selama 8 tahun ini. Anak
yang dia tidak tahupun keujudannya.
“Aku
bingong sekarang ni.. takut dia tuntut hak penjagaan, kalau dia tahu dia ada
anak. Tapi kalau Badri tak beritahu, aku selamat la.. harap-harap dia tak
beritahu la..macammana pun aku kena bersedia..” sedih bunyi
suara Murni dengan harapan yang belum pasti.
“Ya lah Muni.. you better.. Beritahu apa yang kita boleh tolong, I will always be at your side, no matter
what..” Atie memberi sedikit semangat kepada temannya.
“Thanks,
Atie, aku tahu kau sorang kawan yang baik.. buat masa ni tak apa-apa la.. cuma
tu aje nak cerita, mana lah tahu.. aku kena bersedia kan.. always expect the unexpected.. “ jelas Murni.
“Ya la..kita setuju.. apa-apa pun just let me know okey.. kalau tidak tu, kau dan Mila boleh aje tukar kat kat
sini.. amacam.?.” Atie memberi cadangan. Manalah tahu, boleh Murni fikirkan.
“Aku dah
malas nak lari lagi lah Atie.. cukup la.. lagipun aku dah suka kat sini, Mila
pun..” jelas
Murni, sayu.
“Tak apa la.. harap-harap nothing will happen.. okey Murni.. be strong, be brave dan banyak berdoa
sama banyak berzikir, sekarang hanya DIA aje yang boleh bantu
kita..insyallah..” kata-kata peransang yang sangat Murni perlukan diwaktu
begini.
“Thanks
Atie, I will keep you updated from time to time. .. nanti aku call kau lagi
tau!.. assalamulaikum.” Murni menamatkan perbualannya.
“Mualaikum salam.. ingat tu Murni.. be strong, banyak berdoa, aku tau, kau perempuan yang kuat dan tabah..
jumpa Badri tu perkara kecik aje, banyak perkara besar yang dah kau lalui, tapi
kau dapat mengatasinya.. okey..yang
penting kau kena ingat yang satu kat atas sana.. dia aje yang boleh bantu kita
insyallah. Atau mungkin pertemuan tu, ada hikmahnya… kita tunggu aje la apa
hikmahnya..” kata penamat
dari Atie yang panjang lebar, dah macam ustazahlah pulak. Namun ada benarnya.
“Hemm… harap-harap macam tu la.. anyway, thanks again.. nanti kalau ada
apa-apa aku call kau lagi tau!.. bye..” Murni menamatan perbualannya dengan
teman baiknya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit lega, apa yang terbuku telah
diluahkannya kepada Atie. Atie pasti mengerti, kerana Atie tahu segalanya hal
ini. Sejak dari perkenalan, bercinta, berkahwin dan diceraikan. Dicerai dengan
talak tiga. Atielah tempat Murni mengadu suka dan dukanya selain dari kedua
ibubapanya.
“Atie.. kau ingat aku kuat, tapi
sebenarnya aku tidak kuat seperti yang kau nampak. Aku berlakon aje,
mengaburkan pandangan orang. Aku tak mahu nampak lemah, especially depan Mila. Ya Allah aku redha dengan ketentuan ini.
Dari itu aku mohon kepadaMu Ya Allah agar beri aku kekuatan untuk
menghadapinya.. Aminnn.” Doa Murni bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment