Aqram dan Hani dah sampai Cape Town semula...baca untuk mengetahui sama ada Hani akan terus tinggal di Cape Town atau macam mana..jeng..jeng..jeng..zaz!!
Bab 46
Aqram sedang meneliti
laporan yang baru dihantar oleh pembantu khasnya. Konsentrasi diganggu oleh bunyi ketukan pintu
biliknya. Muncul Edros, si lelaki terus melangkah masuk dan duduk di kerusi menghadap
Aqram.
“Happy nampak..mamcammana
marriage life bro..” tanya Edros, saja hendak mengusik, apa jawapan kawannya yang seorang ni. Sudah
33 tahun baru hendak settle down, sedangkan diapun sudah hampir 28 tahun tetapi
masih juga sedang mencari calon. Girlfriend ramai, tetapi yang istimewa tiada.
“Kau rasa aku macammana?”
soalan Edros tidak berjawab, di tambah dengan satu lagi soalan.
“Aku nampak kau happy aje
sekarang , muka berseri-seri” jawab ikhlas Edros.
“Hemm.. memang aku happy,
kalau aku tahu aku akan jumpa jodoh aku di Cape Town dah lama aku pergi sana
cari dia…kau tahu! Aku cari punya cari kat Malaysia, tak jumpa-jumpa. Rupanya
dia tunggu aku kat sana.. ” jawab Aqram
“Merapulah kau bro.. mana
boleh macam tu.. semua ketentuan ALLAH.., mungkin kalau kau pergi awal, kau tak
jumpalah bini kau sekarang ni, kau mungkin jumpa orang lain pulak… minah saleh
aku agak.. bawa balik bini blondelah jawabnya.” mereka ketawa berderai. Tak ada
maknanya bini rambut blonde..
“Hal aku dah selesai, aku
dah dapat bini, akhirnya.. yang kau bila lagi?” Aqram memperlikan kawan
sepejabat yang juga merangkap kawan baiknya.
“Aku pun nak cari macam
bini kau, dia ada adikkan.?. Yang jadi
pengapit temph hari, cantik juga budak tu. Boleh nanti kita berbiras?” jawabnya berseluruh.
“Betul kau nak berbiras
dengan aku? Tapi Shima tu baru aje habis universiti, dengarnya baru dapat
kerja..kalau kau hendak aku boleh aje.. tapi kena tunggu kawan tu betul-betul ready, kau kena bela dia dulu.. ,
she is still too young..” kata Aqram
“Apa pulaknya muda, dah
habis universiti tu kira okey la…” jawab Edros.
“Eh.. kau jangan main-main,
kau serious ke bro..?” Aqram bertanya untuk kepastian.
“Tak la.. saja aku
bergurau, tapi kalau dah jodoh, aku terima aje..budak tu not bad apa?” jawabnya
selamba.
“Dah breakfast..” Edros
mencari teman untuk ke kantin seperti selalu.
“Dah, di rumah dengan bini
aku.” Jawab Aqram
“Hem…orang dah ada bini,
susahlah aku sekarang. Aku dah tak ada
partner lepak nampaknya, partner aku dah kena kidnap!!” gurau Edros. Sekali lagi mereka ketawa.
“Hai.. kau ni ada ada
aje..“ kata Aqram, namun dia gembira. Memangpun dia sudah dikidnap oleh seorang
perempuan bernama Hani Asmara.
Aqram terpaksa pulang agak
lewat kerana dia terpaksa menyelesaikan segala kerja sebelum dia mengambil cuti
lagi untuk ke Cape Town hujung minggu nanti. Jam 10 malam baru hendak keluar
dari pejabat. Sampai dirumah sudah jam 10.30 malam.
Sampai di rumah Hani sudah
menunggu di ruang tamu sambil membelek-belek majalah. Entah berapa kali majalah
tersebut di belek, sudah hampir lunyai. Sesekali mata memandang kearah halaman,
menunggu Aqram pulang. Namun tidak ada tanda-tanda yang Aqram sudah pulang.
Yang hairannya telefon pun dia tidak. Papa dan mama sudah lama di bilik sejak
selepas makan malam tadi. Apabila terlihat lampu kereta dan pintu pagar
terbuka, Hani lega.. suaminya sudah pulang akhirnya.
Berdiri di muka pintu,
menanti suami. Beg di ambil, Aqram melingkarkan tangannya di bahu dan
mencium rambut Hani. Duduk di sofa sambil melonggarkan tali lehernya. Tangan
mendepa di kepala sofa, lelah sahaja nampaknya dia.
“Abang belum makan lagi
kan.., pergi mandi dulu Hani panaskan lauk..” Aqram menganguk dan berjalan naik
ke biliknya. Memang dia laparpun, sengaja berlapar kerana tahu Hani
menunggunya. Tidak berapa lama, dia turun kerana mengetahui Hani juga belum
makan kerana menunggunya untuk makan bersama.
”Lain kali jangan tunggu
abang, kalau Hani lapar Hani makan dulu okey sayang” pinta Aqram sewaktu
menjamah makan malamnya.
“Tak apa, Hani tunggu abang
jugak, sebab nanti Hani pandang aje abang makan, tak sedaplah pulak.. tapi
abang janganlah lewat-lewat sangat balik, nanti bukan makan malam, jadi makan
sahor pulak..” Hani bergurau.
“Ada-ada aje bini abang
ni…” tersenyum dengan gurauan isterinya. Memang dia bahagia sekarang. Kenapalah
dia tidak kahwin awal.
Aqram membantu Hani
mengemas meja dan mencuci pinggan. Jam sudah
lewat, sudah hampir tengahmalam.
“Abang, tiket Cape Town dah
booked ke?” tanya Hani di atas katil.
“Sudah, kenapa?“ tanya
Aqram. Soalan seperti lain macam sahaja bunyinya.
“Tak ada apa-apa, Cuma Hani
kena beritahu Seina, nanti dia jemput kita di Airport”kata Hani tujuan kepada
soalan.
“Ehm…” Aqram mengerti, Hani
telah menerangkan kepadanya siapa orang-orang yang di sayanginya di sana. Seina
salah seorang. Nama memang selalu didengar, tetapi orangnya belum Aqram jumpa.
“Abang..” tetapi tiada
jawapan “Abang.!!.”
“Ehm.. dah tidur rupanya,
penat aje bercakap sorang…penat sangatlah tu..” sambil tersenyum dan
membetulkan selimut menutup tubuh suaminya yang sudah terlena.
***
Mereka ke KLIA untuk
berlepas ke Cape Town 3 jam lagi. Papa dan Mama menghantar mereka sampai mereka
check in. Memandangkan Papa terpaksa ke Kota Kinabalu, menghadiri seminar
esoknya, mereka tidak dapat menghantar sehingga Aqram dan Hani berlepas. Mama hendak pack pakaian, katanya kerana Papa
akan bertolak dengan fligh awal pagi.
“Sayang tunggu aje di
sini.. biar abang aje pergi check-in, lagipun bukan banyak, cuma 2 beg aje ”
Aqram meminta Hani hanya duduk di kerusi.
“Ehm..” Hani menganguk
tanda bersetuju.
Aqram menyorong troli yang
mengisi beg-beg mereka, menuju ke kaunter pendaftaran. Ramai pulak orang malam
ini, berderet sampai menghasilkan line berbentuk L.
Hani hanya duduk dibangku
dan hanya memerhati Aqram bergerak berlahan-lahan ke kaunter check in.
“Assamulaikum” salam dari
suara yang Hani kenal. Hani menoleh kearah suara.
“Mualaikumsalam Amjad, hey you are in Malaysia? since when.?.” Hani
menghilangkan rasa terkejutnya berjumpa orang yang memang dia tidak mahu jumpa
.
“I’m here with the delegation for the past 2 weeks.. and you?”
sambil menunjukkan kumpulan ramai yang sedang beratur di kaunter pendaftaran.
Patutlah ramai, ada rombongan dari Cape Town rupanya. Tangan Amjad masih di
poket, sambil menggoyang-goyangkan badannya sedikit di hadapan Hani yang masih
duduk di kerusi. Hani rasa kurang selesa
dan dia juga terus berdiri.
“How’s life? Are you going back to Cape Town, then we are in the same
flight..” katanya lagi dengan
gembira akan satu kapalterbang dengan Hani.
“Ya, I going back to Cape Town..” jawab Hani
“Alone?” sambil mata Amjad
mencari-cari di sekeliling Hani. Memang Hani nampak bersendirian.
Hani perasan dari jauh,
Aqram yang sudah di kaunter pendaftaran asyik tertoleh-toleh ke arahnya.
Mungkin bimbang melihat Hani bercakap dengan seorang lelaki yang tidak
dikenalinya. Tetapi seperti pernah dia jumpa, tetapi dimana ya? Cepat-cepat dia
kearah Hani sebaik sahaja urusan check in selesai.
Terdengar suara berdehem.
Aqram muncul dan berdiri di sebelah Amjad.
“Amjad, meet my husband” Hani
memperkenalkan Aqram kepada Amjad.
Sambil tangan kirinya
menjalin tangan Aqram. Berubah muka Amjad apabila Hani memperkenalkan Aqram
sebagai suaminya. Dua kali kejutan, kejutan pertama Hani rupanya sudah
bersuami, kejutan kedua wajah itu… wajah yang diperkenalkan sebagai suaminya.
Wajah itu seiras Khasif teman baiknya. Biar betul? Dia kecundang lagi,
kecundang dengan wajah yang sama. Cuma didepannya bukan Khasif, sikawan baik,
tetapi orang yang dia tidak kenal dan baru diperkenalkan.
Tangan dihulur untuk
berjabat tangan dan di sambut oleh Aqram, tetapi masih di dalam keadaan
terkejut.
“Hani, you married.. really?
When? Congratulations..”
menutup rasa terkejutnya.
Hani hanya menganguk-angguk
“Yes, I got married, 2 weeks ago..”
dengan memek muka gembira, tangan sejuknya masih di dalam genggaman Aqram.
“I think I better go…may be we can will see each other later ” Amjad meminta diri, di sepanjang jalan, kelihatan dia seakan-akan
mengeleng-gelengkan kepala seperti tidak percaya pertemuannya hari ini
memberikannya banyak kejutan. Dia betul-betul terkejut. Kecewapun ada. Mulai
hari ini dia juga terpaksa menghilangkan wajah Hani didalam fikirannya kerana
Hani sudah menjadi isteri orang. Dia sudah tidak ada peluang lagi hendak
mengoda, janda Khasif. Kerana kini Hani sudah menjadi isteri seorang kepada
lelaki yang mirip wajah teman baiknya, Khasif. What a small world!
“Sayang kenapa, abang
nampak sayang macam tak selesa aje?”soal Aqram sambil melurut-lurut tangan Hani
yang masih sejuk.
“Hani tak apa-apa, cuma
terkejut jumpa mamat tu.., harap abang tak salah sangka. Hani tak apa-apa
dengan dia, dia kawan baik Khasif dan kami satu profession..” Hani cuba
menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.
“Abang tahu..” Aqram cuba
menyakin Hani agar tidak usah risau, tetapi sebenarnya dia risau kerana dia perasan dengan lelaki itulah
dia nampak sungguh gembira di kedai kopi di Cape Town dulu.
“Jom minum” Aqram mengajak
Hani minum sebelum masuk ke balai berlepas. Hani hanya mengangguk. Aqram
percayalah Hani tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu.
Nanum pertemuannya dengan
Amjad hari ini sedikit sebanyak membuat Aqram resah.
Di dalam kapalterbang, Hani
mengambil keputusan hanya mendiamkan diri. Aqram juga tidak banyak bercakap
seperti selalu. Hani cuba memujuk, dipeluk erat lengan dan disandarkan dirinya
ke lenggannya, tetapi Aqram hanya membiarkannya. Takkan dia nak marah, bukan
buat apa, hanya berbual sahaja. Abang Aqram ku merajuk, nampaknya Hani kena
pandai memujuk bila di Cape Town nanti.
Perjalanan 10 jam amat
merimaskan, mana tidaknya, dengan sikap suami tersayang yang kurang melayannya,
cemburu mungkin. Membuat hatinya gundah.
Sampai di Cape Town nanti
pandailah dia memujuk, get ready to
rumble darling!
Hani sengeh nakal...
1 comment:
trima kasih n3 ni,layan orng hanymoon
Post a Comment