Wednesday 9 July 2014

Indahnya Takdir Mu Bab 26 - 29



BAB 26

Karl memerhati Papa dan mama sedang menonton TV sewaktu dia sampai di rumahnya di Bukit Tunku. Karl juga turut melabuhkan punggungnya di salah satu sofa sebelum membuka mulut untuk menyampaikan hasratnya.
“How was it, this time?” tanya papa apabila melihat Karl hanya berdiam.
Mama memandang Karl menunggu jawapan kepada soalan si suami.
“This trip is even better pa.. pa dan ma tak berhajat ke nak ke sana sama Karl?“ Karl sudah meluahkan sedikit hasratnya.

Indahnya Takdir Mu Bab 21 - 25


BAB 21

Pagi Isnin sepatutnya dimulakan dengan bersemangat hendak bekerja, kerana sudah berehat pada hari Sabtu dan Ahad, tetapi ramai insan yang berprinsip terbalik.  Setiap pagi Isnin perasaan rasa malas hendak memulakan kerja itu pasti ada. Itulah sebabnya mungkin dipanggil Black Monday. Tak pasal-pasal hari Isnin di warnakan hitam.  Erin juga tidak terkecuali dengan penyakit malas ini. Sampai sahaja Erin di pejabat, Karl sudah sedia menunggu di tempatnya.

Indahnya Takdir Mu Bab 17 - 20



BAB 17

Erin terkejut dengan gegaran telefon iphonenya yang diletakkannya di meja kecil sebelah katil.  Dia membuka matanya kecil sahaja, ingin mengetahui siapakah insan yang berani mengganggu tidurnya. Tertera nama Karl.
 “Aaahhh..dah tahu dah! Apa lagi si mamat sengal ni hendak?...“ gumam Erin. Dilihatnya waktu ditelefon menunjukkan 1.45 pagi.  Sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, bertambah kusut masai rambutnya diperlakukan sedemikian.

Indahnya Takdir Mu Bab 13- 16


BAB 13

“Tadi mama berbual dengan cikgu Pozi. Dia kata Erin naik motor mat rempit, ya ke?“ Kan dah kata, cikgu Fauzi sudah salah faham. Erin baru sahaja pulang, mama sudah mengajukan soalan bom atomnya.
“Erin dengan Karl tadi. Karl bawa motor dia, sebab nak cepat. Semalam kan dah tertinggal kereta Rin kat ofis? Karl ada rupa Mat Rempit ke Ma? ” kata Erin. Mama hanya diam.

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu Bab 9 - 12



BAB  9
Seperti biasa pagi-pagi di Info Harian, Erin menjalankan kerja mengikut yang di arahkan.
Rasa sedikit sunyi di ruang pejabat yang besar itu kerana kerana budak penyebok yang duduk di belakangnya masih bercuti sakit, sunyi tetapi bahagia, aman bahagia  untuk 2 hari. Betulkah dia bahagia?
Telefon Erin berbunyi dengan irama lagu Adele “Someone Like you”. Lagu orang putus kasih, bukan Erin putus kasih cuma dia suka irama dan rangkap-rangkap lagu itu yang enak didengar. Macam mana nak putus cinta, boyfriend pun tak ada?

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu Bab 5 - 8



BAB 5

Berpusing-pusing Karl memandu di sekitar Putrajaya mencari tempat untuk mereka makan, tetapi kebanyakan sudah hampir tutup kedai kerana waktu sudah hampir jam 10.00 malam. Datang salah waktu, Restaurant tidak menunggu mereka. Akhirnya Erin memutuskan untuk ke Nando’s di IOI Mall sahaja. Mereka harus segera masuk sebelum menjadi lebai malang, makanan tak ada, penat sahaja yang dapat. Karl have no objection, apa yang Erin teringin akan diturutinya, nanti kalau Erin tak setuju, nampaknya dia kena makan malam sendirian. Tujuan menjemput Erin pun untuk makan bersama, jadi conclusionnya kena ikut apa yang diminta oleh tuan puteri Erin. Itu kata hati si putera katak.

Menghitung Bintang/Indahnya Takdir Mu - Bab 1 - 4

Memandangkan Coretan 30 Jam Yang Indah Bersamamu adalah sambungan kepada cerita ini, pembaca terpaksa mengikut cerita ini dahulu sehingga tamat untuk mengetahui apa yang berlaku. Di harap bersabar untuk coretan 30 jam.

Juga cerita asal adalah Menghitung Bintang, kini tajuk baru Indahnya Takdir

 Satu lagi, nampaknya pembaca kena marathon membaca...enjoy!!
BAB 1

Erin mengigit hujung pen berwarna merah, mukanya berkerut dan matanya sesekali terkelip-kelip lagak seperti seorang ahli politik yang sedang memikirkan masalah negara, berat sungguh masalah itu nampak gayanya. Erin mencoretkan sesuatu di atas sehelai kertas yang sudah sarat dengan lakaran dan penuh dengan contengan berdakwat merah. Sesekali tangan ditupangnya ke dagu, mata juga kerap melihat ke atas, memandang jauh, entah ke planet mana dia singgah. Entah-entah dia sudah sampai di Planet Zuhal, planet yang ada relung gas, seperti cincin itu. Eh! Merapulah kau Erin, hidupan apa yang boleh hidup di planet yang banyak gas tu?  Ditepuk kepalanya apabila dia menyedari yang dia jauh mengelamun.