BAB 5
Berpusing-pusing Karl memandu di
sekitar Putrajaya mencari tempat untuk mereka makan, tetapi kebanyakan sudah
hampir tutup kedai kerana waktu sudah hampir jam 10.00 malam. Datang salah
waktu, Restaurant tidak menunggu mereka. Akhirnya Erin memutuskan untuk ke
Nando’s di IOI Mall sahaja. Mereka harus segera masuk sebelum menjadi lebai
malang, makanan tak ada, penat sahaja yang dapat. Karl have
no objection, apa yang Erin teringin akan diturutinya, nanti kalau Erin tak
setuju, nampaknya dia kena makan malam sendirian. Tujuan menjemput Erin pun
untuk makan bersama, jadi conclusionnya kena ikut apa yang diminta oleh tuan
puteri Erin. Itu kata hati si putera katak.
Banyak meja yang sudah kosong kerana hanya
tinggal kurang satu jam untuk beroperasi. Mudah sahaja Karl dan Erin memilih tempat yang
mereka rasa sesuai. Akhirnya mereka menuju ke meja yang
paling hujung.
“Karl, cuba jangan pusing sudu itu, lemas I lah!!” Erin meminta agar
Karl tidak memusing-musingkan sudu sementara tempahan ayam panggangnya siap.
Malam ini Erin teringin hendak makan Nando’s, memang dia suka makan
Nando’s, terutama Nando’s di Laudium, semasa di Afrika Selatan dahulu. Di sinilah
dia pertama kali merasa Nando’s ayam halal. Kalau di Pretoria, tak usah harap, kerana
semua ayam kiok.. tak sembelih. Kalau teringin terpaksalah mama drive setengah
jam ke Laudium ni. Laudium, ialah penempatan komuniti Islam yang paling hampir
di Pretoria. Semua makanan di sini halal, hinggakan KFC pun boleh dimakan di
sini. Kalau craving benda-benda begitu terpaksalah susahkan mama untuk memandu
ke sana. Semua makanan halal di sini sedap-sedap seperti chicken pai, sossage
atau burger.
Hemm.. lekker (sedap dalam Bahasa Afrikaans).
Karl selalu mencebik mukanya bila
Erin mengingatkan nostalgianya di negara-negara yang pernah dia tinggal,
jelouslah tu.
Erin memesan chicken pita, kentang
goreng dengan salad, mild hot. Karl pula memesan ayam panggang separuh dengan
kentang goreng. Side order salad akan jadi rezeki Erin nanti, kerana Karl tidak
gemar memakan sayur. Kenapa ek! Sekarang
ramai orang tidak suka sayur? Bukankah sayur penyumbang vitamin B yang terbaik!
Tak faham Erin, yang memang penggemar sayuran. Hai, nak jadi nutritionist ke
Erin?. Kedua-duanya memesan coke sebagai
minuman. Pelayan menghantar makanan Erin dahulu, ayam bakar separuh. Makanan tempahan untuk Karl belum siap lagi,
silap-silap baru hendak mengejar ayam, Erin mengusik Karl. Karl hanya tersengeh bila Erin suka menyakatnya.
Sejak berkawan dengan Erin, taring singanya sudah perlahan-lahan tumpul,
agaknya dulu disebabkan sunyi tak ada kawan, itulah meroyan selalu, asyik nak
marah-marah sahaja, seperti orang PMS. Ingatkan perempuan sahaja PMS, lelakipun
kadang tu memang seperti orang perempuan PMS.
Erin baru hendak menyuap pitanya,
dilihat tangan Karl berjalan perlahan ke pinggan kentang goreng, cuba mencuri
kentang gorengnya. Bulat mata Erin
melihat selamba Karl menyuap ke mulut.
“Ala.. ambil satu aje, itupun
berkira..kedekut betul..!!” tapi tangan masih memegang satu lagi.
“Bukan kedekut, kalau hendak, cakap
aje nak.. I boleh beri.. nah..“ Erin menyorong piring kentang ke tengah-tengah
agar dapat makan berkongsi bersama, tidak menjadi masalah. Dia tahu Karl sudah
lapar tahap kebulur dah tu!
Erin hanya bergurau, memang perangai
si Karl suka menyakatnya, sebentar kemudian pesanan Karl sampai akhirnya. Tidak
berlengah lagi dia menjamu selera, lapar benar, nampaknya, barulah Erin boleh
makan dengan aman. Kedua-duanya anak tunggal, itulah agaknya mereka boleh
serasi berkawan.
Karl bukan tidak suka apabila Erin
suka mengenangkan kembali tempat-tempat yang pernah dia tinggal, cuba dia tidak
pernah sampai ke negara-negara yang pernah Erin pergi. Bagi Karl keluarganya
hanya membawanya bercuti ke Eropah. Kota London yang paling kerap, sejak dari
kecil lagi, boleh dikatakan hampir setiap tahun, jika tidakpun selang setahun
kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan di sana. Kalau
bercerita tentang Eropah, hiduplah dia, tambahan pula dia mendapat degree major in photography di London
College of Contemporary Arts, pengajian selama 3 tahun. Itulah pasal,
gambar-gambar yang diambilnya cantik dan kemas, lain cara anglenya, selalu
diterima oleh Penyunting dan selalu di persetujui oleh Encik Lokman.
Sebenarnya kalau dia tidak bekerjapun tidak mengapa, boleh sahaja
bekerja dengan syarikat keluarganya HM Interior Artwork, tetapi dia enggan.
Mahu berdikari katanya.
“Karl, my mum will be going to Switzerland for her next posting this December
..” Erin memulakan cerita, mulut sedikit penuh.
“Iya..? I pernah pergi sana once,
for holiday, I think about 10 years ago, I masih budak masa tu., I remember it’s a very nice place..bersih
dan selamat, nanti bolehlah I tumpang rumah mama you..” katanya berjenaka
“Belum pergi lagi., nanti kalau dah ada kat sana of course you boleh tumpang..” jawab
Erin. Berbual, berbual juga, mulut rancak juga diisi.
“I hairan kenapa you tak ikut jejak mama you, jadi diplomat” muka
Karl berkerut seperti hairan. Erin buat selamba sahaja, matanya menala ke siling.
“Jadi diplomat? Entah.., bukan cita-cita I, actually I minat something
else..” bernada menurun, macam sedih sahaja bunyinya.
“You know Karl, Lets me tell
you the truth, journalism ni mama I yang pilih, after I completed my A level kat Qatar, I cadang nak ikut kawan
baik I, further study di Canada, my mum
tak setuju, dia kata kalau nak kerja di Malaysia kena masuk U di Malaysia” Karl
mendengar dengan minat sekali, seperti seronok aje cerita yang akan disampaikan
oleh kawan sekerja merangkap kawan baiknya buat masa ini.
Tangan kiri ditupangnya di dagu, tangan kanan tanpa jemu menyuap apa
yang dapat di capai. Matanya memandang Erin yang tunduk sambil bercerita.
“So I protest..” suapan
pita masih di teruskan, Erin berbual dengan sedikit mulut yang penuh, kalau
mama tahu ni, pasti kena tegur, nasib baik orang yang di hadapannya bukan mama,
tapi Karl, jadi dia boleh buat apa saje, hendak bercakap dengan mulut yang
penuhpun it’s allowed.
“Iya.. so macammana jadi sampai macam tu.?.” soalan ingin tahu Karl.
Karl pun sama rancak, suapan demi suapan ke mulutnya sambil setia
mendengar cerita Erin.
“FYI, she is the one who
fill up the university’s form, she’s the one who choose the course, she is the
one who post the form.. infact semua dia.. my part
cuma sain dan buat essay yang last page
of the form, itulah cerita I, dan jadilah I seperti sekarang ni, yang ada
di depan mata you, anyway I happy sangat… at least, I dapat jumpa dan kenal
dengan you kan..kan..kan.., kalau I ambil course lain atau I ikut Aisyah kawan
baik I tu ke Canada, pasti you tak jumpa I, you jumpa orang lain” dengan muka
yang seakan merajuk.
“Ollooo..lah merajuk, muka you buruk kalau merajuk, lainlah I, kalau
I merajuk ke, marah ke, still maintain handsome dan macho..” sambil
mengelip-ngelipkan matanya, saja menyakat Erin, satu kentang goreng di lemparnya kepada Karl, Karl
mengelak sambil tersengeh. Lelaki perasan handsome.
“Cerita I pulak terbalik dari cerita you, my parent kalau boleh nak
I jadi doktor ke, lawyer ke, architect ke.. tiba-tiba anak dia jadi journalist cum photographer “ sambil ketawa
kecil mengingatkan kesahnya.” Itu silap mereka jugak… I fall in love with photography since I got a camera for my 7th birthday from papa, masa tu belum ada
digital cam lagi tau!, pakai filem roll tu.. you tahu, you jangan gelak okey, I
nak cerita.. ”ulas Karl dengan gembira, mengimbas nostalgianya.
“Kenapa pulak I nak gelak, you belum cerita lagi..” Erin ingin
tahu..
“Sebab cerita yang I nak ceritanya lucu.. cerita zaman kanak-kanak I with my first kamera la..” Karl
menjelaskan
“Tapi sebelum I cerita I nak you promise tak akan gelak dengan apa
yang I nak cerita..”
“Okey.. okey I promise..”
sambil menangkat sebelah tangan Erin seakan berikrar.
“I capture.. I capture..ehm..” Karl terhenti hendak meluahkan.
“Wey.. apa lambat sangat? You capture apa?, buat orang suspence
ajelah mamat ni..!” Erin tidak sabar apabila Karl teragak-agak untuk meneruskan
ceritanya. Entah apa yang membuatkan dia teragak-agak hendak menceritakannya..
tentu interesting.
“Ha! Tak payahlah you tahu, for sure you mesti gelakkan I punya..!”
Karl membatalkan niatnya untuk bercerita, cerita yang disimpannya sejak
berbelas-belas tahun, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu, Cuma entah
kenapa dengan Erin dia hendak pula menceritakan rahsianya semasa zaman
kanak-kanak. Hairan!
Dengan Erin Karl bebas untuk berkongsi apa sahaja, agaknya.
“Soory Rin, I cannot tell you
now, maybe next time, one find day, I promise..” akhirnya mengambil
keputusan membatalkan ceritanya.,,pulak!! Tadi beria-ia sangat nak bercerita,
lepastu batalkan.. hampeh betul!
“Apalah you ni.. Karl, next time kalau tak hendak beritahu, tak usah
nak cerita.. buat orang suspence aje.. okey okey..tapi janji bila sampai masa
nanti you cerita okey!, kalau tidak I tuntut nanti..!” Erin membulatkan sedikit
matanya.
Lega hati Karl apabila riak wajah Erin tidak marah kepadanya kerana
membantutkan ceritanya tadi. Dia tahu
Erin memang gadis yang mudah bertolak ansur, salah satu ciri yang boleh dia
lama berkawan dengannya. Bukan seperti gadis-gadis lain yang pernah menjadi
kawannya sebelum ini yang suka merajuk dan sentap..
“Ya.. ya.. I promise..” sambil menangkatkan tangannya.
Erin sudah menghabiskan pitabreadnya, mulut di sapu dengan kertas tissue,
dan terus menyedut minuman coca cola yang tinggal setengah lalu disedutnya
sehingga habis dengan sekali nafas. Satu lagi habit yang kalau mama ada, Erin akan ditegur. Minum kena
perlahan, dua atau tiga teguk sahaja sekali, bukannya dengan sekali nafas,
kalau tersedak macammana?
Pinggan yang sudah kosong ditindan
dengan pinggan chips yang juga sudah kosong lalu ditolak ke tengah meja. Karl
pula sudah lama menghabiskan ayamnya, cuma sekarang mencari-cari di celah-celah
tulang, sekiranya ada lagi sisa-sisa daging yang masih tinggal. Kalau tulang
ayam itu boleh dimakan, rasanya tulang-tulang
itu pun habis dibahamnya.
Erin menjeling jam tangan merah jambu flip-flopnya. Hadiah dari mama
untuk hari ulang tahunnya yang ke 17 tahun, 5 tahun lalu. Jam itu masih cantik seperti baru tetapi
nampak girly. Tak mengapa, Erin masih merasa dirinya di alam belasan tahun.
“Karl dah 10.30 ni.. I kena balik la, nanti mama risau, macammana?
anak dara tunggal dia tak balik balik lagi.. dah kena kidnap. Kereta I kat office
pulak!.. tu lah you, selalu bawa kuda, hari ini bawa kereta pulak..you tahu kan
mama tu macammana, dia tak suka anak dia keluar tak tentu pasal.. nanti I yang kena
marah, bukannya you!!” membebel kepada
Karl kerana selalunya mereka keluar makan malam dengan motosikal.
Perjalanan dengan motosikal lebih pantas, tetapi malam ini dia
membawa Suzuki Swift merahnya.
“Tadi I ingatkan nak hujan, tu yang bawa kereta, I pun bukannya
mengawal cuaca, kalau I tahu tak jadi hujan tak adalah I bawa kereta, I bawa bick
I la,..I suka you peluk I, I bawak laju-laju. kena pulak malam malam ni...“
gurau Karl
“Gatal!, mana ada I peluk you, excuse me!“ gumam Erin. Karl hanya
senyum.
“Macam nilah, I hantar you terus balik rumah aje, biarkan kereta you
di ofis, esok I jemput you dari rumah, after all, rumah youkan on the way to the office..?” Karl cuba
menyelesaikan masalah.
Dia jakin itu sahaja caranya untuk menyelesaikan masalah yang
sengaja dicari. Bagaimanapun ada betulnya juga rancangan Karl.
“Do I have any choice?” Erin
bengang
“Ehm.. you okey ke? Takut
you lambat, I tahu benar you tu… kaki
ti do..” tambah Erin lagi.
“Apa you kata? I kaki tido? Hendak ke tidak ikut rancangan I?” Karl
mengertak
“Okey okey ..” Erin mengalah, malas hendak cerita panjang. Jika
asyik bertelagah sampai esokpun tak selesai.
“Rin, you tolong kejutkan I.. buat miss call macam selalu ..
boleh?..” pinta Karl.
Erin mengangguk perlahan. Ini bukan perkara luar biasa bagi Erin,
kerana memang selalu pun Erin membuat miss call kepada Karl jika diminta oleh
teman baiknya untuk berbuat demikian, terutama jika mereka perlu membuat
liputan diawal pagi.
Entah kenapa temannya ni liat hendak bangun pagi, solat subuh dia
tunaikan ke tidak? Atau sebab setiap malam buat kiam atau solat hajat..tu yang
liat hendak bangun awal.
“Boleh la..” Erin menolak glass tinggi coca colanya yang juga sudah
kosong ketengah meja.
Karl menghabiskan sedutan airnya
yang terakhir dan bingkas berdiri. Kertas tissue diambil dan disapunya
kemulutnya sambil berjalan keluar. Erin mengekorinya dibelakang di celah-celah
susunan kerusi dan meja. Pelayan sudah bersedia untuk menutup restaurant.
Mereka merasa lega melihat Erin dan
Karl meninggalkan restaurant. Tanpa disedari, mereka pelanggan yang terakhir
keluar rupanya, patut pelayan-pelayan kelihatan ke hulu ke hilir seperti resah
melintas di depan mereka tadi.
“Rin, don’t worry, I know untie Su tak marah sebab dia tahu, Rin ada
dengan I, bukan dengan orang yang dia tak kenal..I’m a sweet gentle kidnapper!” sungguh confident Karl memberi kenyataan.
“I tak cakappun hendak keluar dengan you la.. cuma tadi I beritahu
akan balik lambat aje malam ni.. ishy dia ni..perasan, mana pulak I tahu you
nak ajak keluar makan sampai jauh macam ni.. ” jawab Erin sambil mata meleret jeling.
“Untie Suzie tak tahu yang you
keluar dengan I malam ni kan.?.” pertanyaan sedikit cemas.
“Tak” jawab Erin singkat. Karl ketap
bibir. Erin terlupa memberitahu mama Susie sebenarnya.
“Dah..jom cepat, nanti lagi lambat sampai,
takut I kena pelangkong untie Suzie nanti..” kata Karl.
Perjalanan yang tidak sampai lima belas minit, sudah sampai di depan
pintu pagar rumah berkembar dua tingkat Putra Heights. Sedang Erin membuka
pintu pagar, tiba-tiba lampu ruang hadapan menyala, pastinya mama menyedari
anaknya sudah pulang. Terjengul wajah mama didepan pintu. Erin membuka perlahan
pintu pagar, supaya tidak mengganggu jiran-jiran yang mungkin sudah lena. Karl masih didalam kereta, tingkap
cermin diturunkan, hanya memerhati Erin berjalan masuk kerumah. Sampai di depan
pintu yang telah di buka mama, Erin mengangkat tangan tanda yang dia sudah
selamat masuk kedalam kawasan rumah. Karl membalas pandangan ke arah untie Suzie,
tanda hormat, kemudian barulah Karl mula bergerak menuju kelebuhraya ELITE.
Selamat, tidak dimarahi oleh untie Susie.
Karl sangat prihatin jika menghantar
Erin pulang jika sudah lewat begini, kalau boleh, dia akan memastikan Erin
sudah masuk ke dalam rumah, baru dia beredar. Ingin berlagak gentleman dan
bertanggungjawab.
Itulah abang Mikailku...
BAB 6
Usai bersolat isyak, Erin
membaringkan diri. Entah kenapa dia tersenyum sendiri. Ingatannya kepada
peristiwa yang membawa dia menjadi rapat dengan Karl sehingga serapat sekarang
ini diimbaunya lagi. Manakan dia lupa, peristiwa itu baru sahaja terjadi, lebih kurang dua bulan lalu.
Erin, Abang Harith dan Karl
ditugaskan untuk membuat liputan sempena pembukaan Pesta Bunga Tahunan di
Percint 2, Putrajaya. Erin mempelawa Abang Harith dan Karl pergi ketapak
perasmian dengan menaiki keretanya sahaja kerana Abang Harith dan cik Abang
Karl kan naik kuda a.k.a motosikal? Abang Harith bersetuju tetapi Karl tidak,
jual mahal konon. Tak kuasa banyak cerita, kalau orang sudah tak sudi, hendak
buat macammana? no hal punyalah!
Cuaca hari tu panas betul, boleh
dikatakan panas terik, fenomina al-nino agaknya. Erin yang pernah 3 tahun
setengah tinggal di padang pasir Qatar pun terasa hendak pitam dibuatnya.
Memang banyak bunga-bunga yang cantik-cantik, tetapi memandangkan cuaca yang
tidak berapa disetujui oleh Erin, Erin hanya membuat liputan di dalam Hall.
Bukan tujuan Erin hendak mengada-mengada hendak berlagak menjadi puteri lilin
yang tidak boleh terkena panas, dia sedar, diapun dilahirkan di Malaysia
bukannya dilahirkan di Eskimo. Cuma cuaca yang jika panas begini membuat dia tidak selesa. Atas
persetujuan semua, Erin hanya membuat liputan di dalam markee, khemah besar
berwarna puteh yang di panggil hall, terutama menemuramah penganjur dan
beberapa orang peserta pameran, manakala liputan di luar hall, Abang Harith akan
uruskan.
Urusan gambar semestinya Karl, mamat sombong yang semua hendak
dibuatnya sendiri, lonerlah katakan. Erin pun tiada bantahan mengenai perkara
ini. Kelibat Karl pun
tidak Erin nampak selepas majlis pembukaan tamat. Entah ke mana perginya mamat
sombong itu. Setelah berlegar-legar dan berpuas hati dengan wawancara yang
dibuat, Erin dan Abang Harith mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke pejabat
membuat laporan selanjutnya, bagi
liputan berita keesokan harinya.
Erin memandu kereta myvy putehnya
perlahan kerana ramai juga pengunjung yang ingin keluar dari dewan pameran.
Selepas melepasi lampu isyarat yang ketiga, Erin terperasan susuk tubuh orang
yang dirasakanya dia cukup kenal, sedang duduk di gigi jalan. Motosikal juga
seperti pernah dia lihat, dilihat motosikal tergelempang di tepi jalan. Nampak
seperti motosikal si mamat sombong. Erin cuba menidakkan, bukan Karl, kerana
dia pemandu motosikal yang terror. Ada beberapa orang berhenti tetapi kemudian
beredar. Namun Erin dapat rasakan berat kepada motor yang tergelimpang adalah
kepunyaan si mamat sombong. Berdetik hati Erin bila telah nyata itu motosikal
Karl. Lelaki yang duduk di gigi jalan memang Karl! Kenapa pulak mamat tu! Erin
membuat keputusan, elok juga rasanya dia berhenti untuk mengetahui apa yang
sebenarnya berlaku. Adakah dia berehat kerana penat, atau hal lain. Harap-harap
dia hanya berhenti berehat!
“Abang, Erin rasa Karl tu.. kita
berhenti ya, kita tengok kenapa budak tu.., tapi nampak macam ada accident, but
he looks okey aje dah boleh duduk… tu, bukan dia kut yang accident, mungkin
orang lain” Erin berbicara dengan Abang Harith, cuba membuat andaian untuk
menyedapkan hatinya yang berkocak laju.
“Mana…mana?“ Abang Harith mencari-cari arah
mulut Erin.
“Apalah orang tua ni, makhluk sebesar
alam pun dia boleh tak nampak.. bukannya kuman..yang nak kena guna microscope
baru boleh nampak.” bisik hati Erin, apabila Abang Harith tertanya-tanya dan
tertoleh-teleh mencari Karl.
.”Kita berhenti Erin, kita berhenti tengok
apa dah jadi dengan dia tu..” Abang Harith setuju dengan rancangan Erin.
Ke mana agaknya ingatan Abang Harith
sorang ni, dari jauh Erin dah perasan, tetapi dia tidak nampak .. ishy..ishy..
ishy..
Erin, kalau pasal Karl, bayangan
Karl pun dia sudah boleh kenal, kerana mereka tidak sehaluan, seperti kutub
utara dengan kutub selatan. Selalu sahaja bercanggah pendapat. Itu membuat Erin
agak elegi dengan mamat poyo ini. Walau bagaimanapun, demi tugas mereka
terpaksa juga bersama. Kerja dan peribadi, tidak boleh dicampur aduk!
Erin memberi lampu isyarat untuk
memberhentikan keretanya agar kenderaan membenarkannya ke tepi. Sebaik sahaja
keretanya berhenti, cepat-cepat Abang Harith keluar dahulu dan mendapatkan Karl.
Dari dalam kereta Erin nampak tangan
Karl membuat tanda okey, seperti tidak mahu bantuan. Dia okey. Alhamdullillah,
bisik hati Erin. Apalah pula simpati kepada si mamat sengal itu?
Erin memakir keretanya betul-betul
di tepi jalan, agar tidak mengganggu lalu lintas dan kenderaan lain yang masih
keluar masuk. Kemudian dia berjalan keluar mendapatkan Karl dan Abang Harith
kerana lama juga menunggu di dalam kereta, buat dia rimas. Apa hal!
Di pertengahan jalan, Erin perhati
Abang Harith datang ke arahnya.
“Erin .. cuba Rin pujuk Karl bawa dia
ke Klinik? Dengan abang, dia tak
makan nasihat.. Rin cubalah pulak..abang boleh uruskan motosikal dia ni..” kata
Abang Harith.
Erin dan Abang Harith mendekati Karl, sambil
cuba menegakkan motosikal dan menyorongkannya ke tepi, juga mengambil topi
keledar yang tergelimpang di kaki Karl.
Karl memang degil, masih tidak mahu sebarang pertolongan. Seperti
biasa hendak tunjuk terror.
Tidak mahu membuang masa, Abang Harith terus mencuba menghidupkan
motosikal Karl. Alhamdulillah dengan
sekali tekan, engine menderam berbunyi, nampaknya engine tidak apa-apa, namun
perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan selanjutnya sebelum boleh digunakan
semula. Manalah tahu, faulty yang tidak nampak dikesan, nanti bahaya kepada si penunggang.
Kes motosikal sudah selesai, sekarang ini tinggal kes tuan punya
motosikal yang tidak mahu mendengar nasihat untuk dibawa ke klinik yang masih
menjadi masalah. Abang Harith sudah mencuba, tetapi tidak berjaya, gagal untuk
memujuk. Akhirnya membuat keputusan meninggalkan si degil Karl dengan si puteri
lilin Erin untuk memujuknya ke Klinik. Puteri lilin taik kucing…
Kedua-dua lutut dan siku sudah nampak berdarah, kaki sebelah kanannya
yang nampak agak teruk. Erin sudah hampir pengsan oleh kepanasan cuaca,
ditambah pula dengan panas hati memujuk
Karl yang tidak mahu berlembut. Bukan untuk kebaikan orang lain, untuk kebaikan
dirinya juga pun susah! Puas dipujuk, tetapi mamat tu tidak makan dipujuk, hati
batu!.
Geram punya pasal, Erin mengambil keputusan meninggalkan sahaja Karl,
lantaklah apa pun hendak jadi, degil sangat, kau tanggunglah sendiri. Sudah
berapa kali Erin mengeringkan mukanya dari peluh, hampir lunyai tissue di tangan
dek peluh. Kau tunggulah sampai esok di tepi jalan tu.. bukan dia yang sakit,
Karl yang sakit, degil punya pasal. Why
worry!! Ingat orang hendak merayu-rayu ke? Lagi lama ditengah panas begini,
buat Erin lagi rasa hendak pitam. Karang, bukan Karl seorang aje yang kena ke hospital,
dengan Erin sekali nanti side by side
disorong stretcher ke hospital sebab pengsan. Hisy.. nauzubillah!
Erin mengambil keputusan untuk menghormati keputusan Karl. Tidak
mahu ke klinik dan akan mengambil teksi untuk ke pejabat. Fine..if your say so, go ahead Erin terus berjalan menuju ke keretanya.
Tidak sampai beberapa langkah, Erin
terdengar namanya dipanggil. Alhamdullillah.. langkah Erin terhenti, Erin
berhenti sebentar sambil tersenyum. Masih tidak menoleh, hanya terhenti, nanti
nampak pula yang Erin sudah tersenyum. Erin acah sahaja pun sebenarnya, dia pun
tidak sampai hati meninggalkan teman sekerjanya tersadai disitu sampai pagi.
Marah di hati marah juga, tetapi tidak sampai hati sebenarnya. Tetapi nampaknya
si degil sudah surrender. Berhenti
tersenyum dan berpatah balik ke arah Karl, takut pula nanti si degil tu perasan
Erin tersenyumkan dirinya, habislah rancangan. Silap-silap
haribulan, Karl ubah fikiran stick to his
earlier decision.
“Emm.. macammana? Boleh berdiri tak.. cuba berdiri? Erin cuba
membuat langkah pertama, untuk membantu Karl.
“I cuba..” katanya lemah.
“Ha.. macamm tu la..!” Erin tersenyum sumbing.
Karl cuba berdiri tetapi kaki yang sebelah kanan membuatkannya
hampir terjatuh. Cepat-cepat Erin memaut lengannya ke atas bahu Erin dan tangan
Erin memeluk pinggang Karl, membantunya untuk berjalan berhinjut-hinjut ke kereta
Myvynya. Karl tergamam,
tidak disangka Erin sanggup berbuat demikian untuk membantunya. Karl dengan
muka terkejutnya. Seorang perempuan sanggup memapahnya. Dia sungguh terharu. Di
dalam hati Erin tiada niat lain, hanya sekadar hendak membantu. Erin tidaklah
sekuat mana, tetapi sekurang-kurangnya Karl kena percaya tujuan Erin untuk
membantu, tidak lebih dari itu, full stop.
Pintu kereta belakang dibuka untuk Karl masuk. Karl mencampakkan beg
kamera yang masih bersilang di badannya duduk belakang dan masuk ke perut kereta.
Ibarat kamera lebih penting dari kesihatannya sendiri. Hisy.. mamat
photographer ni.. Karl masih memegang lutut kanannya yang memang berdarah dan boleh
dilihat luka agak teruk.
“Sakit ke Karl?” Erin cuba bertanya
konon hendak ambil tahu, apabila terdengar Karl mendesiskan mulutnya
berkali-kali di tempat duduk belakang.
“Tak..tak sakit.. sedappp“ terkeluar
kata-kata Karl.
Erin kerut muka, muka masam-masam
manis. Biar betul jawapan mamat
ni.
”Sakit la., you ingat apa! Sedap..” jawabnya berang.
Eh.. tadi kata sedap, ni marah pulak. Biar betul Karl ni!
Pedih juga telinga Erin, apabila
Karl menengkingnya. Itulah Erin bertanya soalan yang tidak betul, orang jatuh motosikal
memanglah sakit, ingat seronok ke?
Kan dah kena sebijik!! Baik diam
aje, dari kena marah tak tentu pasal. Sesekali matanya ditala ke cermin
memandang belakang. Muka Karl masih berkerut, tapi masih nampak handsome di mata
Erin. Hubungan mereka bagi anjing dengan kucing, tetapi sempat lagi memuji
perwatakan si dia. Erin, hati-hati, masih tidak kenalkah siapa si dia yang
dikatakan handsome tu? Erin senyum sendiri.
Karl tidak perasan, perbuatannya di tempat
duduk belakang diperhatikan Erin melalui cermin tengah. Gatal juga Erin
mengintai anak teruna orang dalam diam. Di hati Karl pula rasa menyesal,
menengking Erin. Gadis itu hanya ingin mengetahui keadaannya, yang dia jawab
garang macam singa lapar tu kenapa? Nasib baik dia sanggup tunggu dan hantar ke
klinik, kalau dia tinggalkan tadi, tak ke haru! Hah.. baru ingat menyesal..
menyesal menengking Erin sebentar tadi. Kalau dia minta turun dari keretanya
nanti lagi haru.. namun untuk memohon maaf SORRY la..
Klinik Mediviron di Alamanda dituju.
Erin memang tahu Klinik ini kerana pernah menghantar mama semasa pemeriksaan
darah tinggi mama setahun yang lalu dan dia tahu di sini ramai doktor melayu
yang handsome dan peramah. Hey Erin, semua lelaki kau nampak handsome ni
kenapa? Hormone terlebihkah?
Sesampai di Alamanda, Erin terpaksa
meninggalkan Karl di hadapan Klinik dan dia masuk untuk memakirkan kereta di
pakir tingkat satu Alamanda, nasib baik banyak lagi pakir yang kosong dan dia
berjalan pantas ke tingkat bawah semula untuk mendapatkan Karl.
Klinik Mediviron terletak di tingkat
bawah bersebelahan dengan Coldstorage. Setia pula mamat sombong itu menunggu
Erin di bawah pokok palm yang rimbun. Sekali lagi Erin membantu Karl untuk
mengimbangkan badannya menuju masuk ke Klinik. Erin membiarkan Karl duduk di kerusi
yang berderet. Erin memilih kerusi di deretan
yang pertama. Kerusi yang berderet tersusun di depan kaunter pendaftaran. Ada
beberapa pesakit yang sudah menunggu.
“Bak IC you..” pinta Erin yang
berdiri betul-betul di hadapan Karl yang sedang duduk. Karl seperti kena pukau,
mengikut sahaja arahan Erin.
Tangan kanannya menyeluk poket
belakang untuk mengambil dompet duit sambil berdiri, walaupun agak payah sahaja
nampaknya untuk dia bangun.
Erin tahu tangan kanannya juga
sakit, tetapi apakan daya, takkan Erin pula yang perlu menyeluk poket
belakangnya.. nak mampus!!
Walaubagaimana pun Karl hanya
menurut sahaja. Hebat ke tidak hebat kau ni Renee Jasmin. Singa di hadapannya
kini sudah perlahan-lahan menjadi jinak. Erin bukan hendak buat apa dengan Kad
Pengenalan Karl pun, hanya untuk register nama Karl di klinik itu. Karl
mengerti tujuan Erin meminta Kad Pengenalannya, dia tidak sangsi. Lainlah jika
Erin hendak gunakan untuk tujuan meminjam wang dari pusat meminjam wang yang di
panggil along.
Selesai proses pendaftaran Kad
Pengenalan Karl dikembalikan kepada tuannya. Karl sekali lagi mengeluarkan
dompet dan memasukkan semula Kad Pengenalannya ke tempat asal. Erin mengambil
tempat di sebelah Karl setelah mendaftarkan nama Karl selesai dan hanya
menunggu nombor giliran dipanggil Nombor
giliran mereka, nombor 14, lagi 4 orang akan tiba giliran Karl kerana nombor
yang terakhir tertera di papan nombor eletronik sudah bernombor 10.
“You nak I ikut masuk
ke?” tanya Erin, satu lagi soalan bodoh.
Erin oh Erin tak faham-faham ke?
Karl tidak boleh berjalan sendiri okey, tentulah perlukan bantuan Erin.
”Suka hati you la..” katanya sambil
menarik nafas panjang. Karl masih bersikap egonya, tidak memberi jawapan yang
sebenar.
Dia berharap dapat membaca
fikirannya iaitu meminta agar Erin bersamanya, tetapi tidak dinyatakannya. Sebaliknya meminta Erin memikirkan sendiri apa
yang ada di dalam fikirannya. Tidak lama kemudian, nombor 14 tertera di papan
nombor eletronik. Erin buat tidak tahu sahaja. Karl cuba berdiri, tetapi tidak
terdaya. Jururawat sudah berada di depan pintu, panggilan nombor 14 di ulang lagi. Nyaring
sungguh suara si jururawat.
Melihat Karl terkial-kial hendak
bangun, Erin dengan rela hati memapah Karl sekali lagi masuk ke bilik dan
memberi Karl duduk sementaranya Erin hanya berdiri di sisi Karl.
Tadi tak mahu beritahu yang dia
perlukan bantuan, cuma jawapan yang fifty
fifty, Manalah Erin tahu membaca fikiran orang, jadi Erin mengambil
keputusan yang lagi fifty iaitu
“tidak membantunya”, tetapi rupanya di fikiran Karl, agar Erin memilih yang
lagi fifty, iaitu membantunya.. silap
rupanya pemilihan Erin.
Erin memapah Karl perlahan menuju ke
pintu yang sudah di buka luas oleh jururawat menuju ke meja doktor. Tersenyum
sahaja doktor melihat telatah Karl dan Erin. Erin nampak tag nama doktor di
dada baju uniform putehnya, tertera “QAIDER”, tulisan huruf besar puteh yang berlatarbelakangkan
hitam. Dr. Qaider nampaknya yang akan memberi rawatan kecederaan Karl hari ini.
“Ya, hemm..Encik Mikhail, cedera kemalangan motosikal
ya..macammana boleh jadi macam ni.. Encik Mikhail.” lembut sahaja kata-katanya sambil
tersenyum, bergurau sebenarnya.. dah nak jatuh, nak cerita macammana lagi.
Erin leka melihat Dr. Qaider melayan
pesakitnya, sopan dan lembut no wonder
ramai pesakit datang ke klinik ini. Dahlah rupa sedikit rupa pelakun Asyraf
Sinclair. Kalau macam ni hari-hari sakit
pun tidak mengapa janji dapat rawatan dari Doktor Qaider. Tak ada ubatpun tak mengapa, bayar consultation fee aje. Hem..hem..hem.. dalam sakit-sakit Erin dapat melihat
dari jelingan Karl yang kehairanan melihat Erin tersenyum sendirian berdiri di sampingnya.
Erin ke tepi kerana doktor
menghampiri Karl.
“Encik boleh baring di sana..”
sambil menunjukkan katil kecil di
mana jururawat sudah menarik langsir.
Kali ketiga Erin membantu Karl berjalan menuju ke katil kecil yang
disediakan.
“Isteri Encik .. erm Puan..
tolong tunggu di sini” pinta Dr. Qaider.
”Isteri..ha! isteri.. biar betul
doktor ini dah kata aku isteri Karl pulak.. bila masa pulak aku nikah dengan
mamat poyo ni.!.” Erin terkejut beruk
dan mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Erin tersintak dengan kenyataan itu.
Tetapi apakan daya, Erin tidak berupaya hendak membetulkan keadaan, sekarang
bukan masanya. Biarkanlah buat masa ini.
Karl pun tentu terdengar, apa yang
doktor tu kata ”isteri… ha..ha..ha...” kelakar aje bunyinya.
Nasib baik dia sedang sakit sekarang
ni, jika dia sihat entah-entah dia sudah berguling-guling ketawakan Erin yang mendapat
title ‘isteri‘ sekejap tadi. Yang tak bestnya, isteri kepada si lelaki
poyo.
Aku ni ada rupa bini orang ke ha! Relax Erin relax.. nanti sampai ofis kita trash out salah faham ni okey!. Jangan nanti Karl sihat, Erin pulak
yang sakit, sakit jiwa. Siapa hendak jadi bini kau oi..nak jadi kawanpun belum
tentu lagi.
Baru nak berangan dan memuja Dr. Qaider, nampaknya dah melepas pulak,
sebab dah jadi isteri instant Mohd
Mikhail Hamzah la pulak dah!!
“Ouch..” terdengar suara Karl di sebalik
langsir Kasihan pula Erin mendengarnya. “Tahan
sikit encik, memang pedih nak cuci dulu luka ni, nasib baik luka tak dalam,
kalau tidak nanti takut kena jangkitan..” terdengar kata-kata doktor dari
belakang langsir.
Berlagak macho, tetapi macam
budak-budak, tidak tahan sakit. Lukapun bukanlah teruk manapun. Tetapi bukan
Erin yang mengalaminya, bolehlah cakap. Mungkin juga lukanya serious itu sebab
Karl mengeduh.
Banyak kali juga terdengar Karl
mengaduh. Erin memang jatuh kasihan, tak apalah, doktor beri dia title isteri
Mikhail Hamzah, tetapi untuk hari ini sahaja. Erin tersenyum. Tawaran hanya
terbuka untuk sehari sahaja.
Yang Karl pun tak boleh sakit sikit,
lukanya jauh dari nyawa, hanya luka di kaki dan sedikit di siku. Macam budak
perempuan. Anak manja agaknya. Erin membuat andaian sendiri. Tidak mengetahui
perangai sebenar suami instant sepenuhnya. Bagaimana hendak mengetahui perangai masing-masing, jika asyik tidak sehaluan.
Masa banyak dihabiskan untuk bertekak..
Lama juga Karl dikerjakan oleh doktor Qaider di
katil yang bertutup langsir tersebut. Setelah siap, Karl sudah berbalut dikedua-dua belah kakinya dan tangan
kanan diandung dengan kain puteh. Seluar yang tadi seluar panjang sudah menjadi
seluar pendek di atas paras lutut. Seluar sudah kontot, sudah jadi seperti seluar
bermuda pula. Orang pakai seluar bermuda hendak pergi berkelah, cik abang
oi..tapi Karl?
Karl dibawa oleh jururawat duduk semula
di kerusi. Doktor Qaider juga duduk di tempatnya.
“Encik Mikhail datang lagi sini dalam 2 hari
untuk cuci luka dan tukar bandage ya..Encik .?.” kata Dr. Qaider,. kemudian
mata menala ke arah Erin.
“Puan boleh ambil ubat dan saya beri
Encik Mikhail 2 hari MC kepada suami puan... tolong tukarkan pembalut jika
masih lagi mengeluarkan darah ya.. tapi saya rasa tak keluar darah lagi tu,
sebab luka dah hampir kering” panjang lebar penjelasan dari Doktor Qaider.
Erin ternganga lagi sekali, kelu
dengan penerangan Doktor Qaider. Bukan ternganga dengan penjelasan yang diberi,
tetapi dengan asyik menafsirkan dirinya sebagai isteri kepada cik abang Karl. Cukup-cukuplah doktor oi.. saya ni masih single faham tak? Saya
tidak ada kena mengena, sama ada hidup ataupun mati dengan lelaki ini…, jangan
beri suka-suka hati title tu.. berat title tu untuk saya yang belum bersedia menjadi isteri sesiapa
buat masa ni..” Erin mengomel sendiri dalam hati.
Tapi jika jadi isteri doktor mungkin
saya sedia kut.. yang beri title kepada singa gigi tumpul ni buat apa?
Menghabiskan boreh aje..“ Erin cebek muka kerana tidak puas hati.
Karl pulak memang seperti kena jampi
sahaja, tak terkeluar kata-kata hanya mengangguk kepala tanda faham. Sejak bila
jadi baik macam ni, dah jadi seperti singa sarkis aje.. JINAK. Atau mungkin kerana
gegaran pada otaknya semasa terjatuh tadi, membuatkan dia jadi begitu agaknya.
Encik Mikhail, jangan lama-lama hilang ingatan tu, nanti dia ingat Erin
betul-betul isteri dia.. matilah macam ini. Cik Renee Jasmeen tidak rela.!.
Bab 7
Buat kali kelima Erin membantu Karl
untuk duduk di kerusi di hadapan kaunter bagi mengambil ubat. Kali ini Karl
sudah pandai-pandai mencari bahu Erin untuk membantu untuk dia berjalan. Amboi-amboi suami olok-olok ku, buat-buatlah sedar cepat. Erin
berdiri di kaunter ubat untuk membuat pembayaran. Dilihat resit menunjukkan
angka RM185, mana duitnya? Takkan Erin pulak yang kena bayar? Erin pergi
mendapatkan Karl semula dan memberitahu
jumlah yang dia perlu bayar.
Yang mamat ni entah apa yang kena padanya, yang sekarang ni confirm
101%, sudah hilang ingatan, terus mengambil dompet di belakang seluarnya yang
sudah kontot dan menghulurkan walletnya terus kepada Erin. Lagak memang seperti
suami isteri!
Hah! Biar betul, kalau Erin hendak songlap semua duit di dalam
wallet tu pun boleh, tetapi Erin tidak mahu. Dia tidak pernah diajar untuk berbuat demikian,
menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan ke atas orang yang di dalam
kesempitan.
Erin membuka wallet Karl. Dilihatnya wallet itu tersimpan kad pengenalannya,
kad pengenalan yang sama yang telah Erin kembalikan semasa pendaftaran tadi.
Nampak gambar lain dari dirinya sekarang, gambar semasa umurnya berapa tahun
pun tak tahu, silap-silap semasa berumur 12 tahun agaknya. Muka poyo, siap
rambut disikat belah tepi lagi!. Tersenyum
Erin memandang photo kad pengenalan Karl, kemudian pandangan Erin beralih ke
compartment yang lain, melupakan wajah poyo di kad pengenalan Karl.
Karl mengerutkan mukanya. Apa ke hal
si Erin yang sebok mengelebek walletnya!
Erin lihat, juga ada beberapa kad
kredit dan kad bank, nasib baik tiada gambar makwe yang terselit disalah satu
sisipan wallet tersebut. Tidak
pula dia menyimpan gambar kecil artis-artis pujaan, manalah tahu peminat artis
Korea ke, artis Hollywood ke atau setidak-tidaknya artis Hindustan, Bollyewood.
Jangan-jangan dia ada menyimpan gambar percuma amoi atau artis Hong Kong yang
beraksi dengan meletakkan jari telujuknya di pipi, gambar potret yang selalu
diselitkan jika membeli frame, hah sudah!
Kemudian Erin membuka ruang yang tersimpan duit notes. Patutlah dia
tidak menyimpan gambar-gambar artis pujaan di dalam walletnya kerana dia hanya
suka menyimpan gambar Agong. Banyak juga gambar Agong di dalam walletnya,
berbagai warna, yang banyak warna biru kehijauan dan yang merahpun banyak juga.
Lebih dari RM500
nilainya. Erin hanya mengeluarkan RM200 dan mengembalikan wallet kepada tuan
ampunya. Karl dengan wajah hairan melihat Erin tersengeh-sengeih, hanya
mengambilnya kembali terus disimpan semula dipoket belakang jeans kontotnya.
”Cukup ke tu.?.” tanyanya.
Sempat juga bertanya, walaupun rasa
hairan dengan senyuman yang tidak tahu maknanya dari Erin.
“Yap.” Angguk Erin, cukup-cukuplah
kejutan untuk hari ini.
Erin terus ke kaunter pembayaran
untuk mengutip ubat dan Sijil Sakit.
Ubat sudah tersedia di atas kaunter, hanya menunggu resit pembayaran dan cuti sakit untuk ditandatangani.
Tidak sampai dua minit semuanya selesai. Erin menghulur baki wang ke telapak
tangan Karl. Karl mengambilnya dan
disimpannya terus ke dalam poket depan jeansnya.
Erin bangun untuk keluar dan seperti macam sudah biasa Karl mencari
bahu Erin, tetapi perjalanan terbantut apabila jururawat menghulurkan tongkat besi
untuk Karl. Karl pandai pula meletakkan
tongkat besi terus ke siku lengan. Tetapi yang hairannya tangan masih mencari bahu
Erin. Erin hanya membiarkannya. Orang sedang sakit hendak bermanja, ikutkan la,
tapi untuk hari ini sahaja okey? Tawaran terhad, tawaran hanya untuk satu hari, untuk hari ini sahaja.
Berulang-ulang kali Erin mengingatkan dirinya.
Erin memapah Karl buat kali keenam
keluar dari klinik.
“Awak tunggu sini, I want to get my car..” belum habis bercakap terus berjalan meninggalkan Karl berdiri didhadapan
klinik.
Erin ke tingkat 1, di ana keretanya
di pakir. Tidak sampai 5 minit, Karl tersenyum memandang kereta Myvy puteh yang
ditunggu-tunggu membuat pusingan di bulatan dan menuju ke arahnya.
Kali ini Karl di tempat duduk
bersebelahan pemandu. Dia tidak tahu yang Erin tadi berlari ke mesen pakir
untuk membayar pakir. Nasib baik tidak ramai orang dan semata-mata mahu
cepat mendapatkan Karl, tidak mahu dia
menunggu lama dan juga sebenarnya ingin segera meneruskan perjalanan semula. Lagi cepat sampai ke destinasi, lagi cepat drama satu episode ini tamat.
“Hendak balik rumah ke atau nak pergi ofis, then from office can arrange for taxi ke atau call you parent to get you” tanya Erin di dalam kereta sebelum
memulakan pemanduan.
“Kita pergi ofis dulu la, I nak select photo shot yang baik dan minta
tolong you hantar I balik rumah lepas tu…boleh tak?” pertama kali Karl meminta
bantuan Erin secara jujur. Buat pertama kali juga Karl meminta bantuan orang.
Erin memandang ke arah Karl, hairan,
kenapa dengan si Karl hari ini. Kan elok kalau dia naik teksi sahaja, atau
parentnya yang datang menjemput. Lenggok percakapan seperti instruction aje, bukan a
favour. Hemm.. nak layan ke tidak mamat ni. Erin berfikir sendirian. Idea
yang diberi, sama ada mengambil teksi atau menunggu keluarganya mengambilnya pulang
tidak langsung diambil kira.. cis!! Idea lain pula yang dikemukakan. Idea dari
kepala otak orang sakit...
Lama Erin memikitkan sama ada setuju
atau tidak dengan rancangan.. oh sorry bukan rancangan.. arahan dari Encik
Mikhail. Mahu tak mahu Erin bersetuju, ini hari dia, satu hari nanti mungkin
Erin pula memerlukan pertolongannya, manalah tahu..lama juga dia terdiam,
akhirnya Erin bersetuju.
“Kalau you don’t mind I
tak kesah, kitakan colleague, kena bantu membantu, manalah tahu satu hari nanti
I pulak perlukan bantuan you.. betul tak?” akhirnya Erin bersetuju dengan
permintaan Karl.
Dalam hati Erin berbunga-bunga kerana Karl sudah lupa peristiwa tadi.
Peristiwa dimana doktor ingatkan mereka sebagai suami isteri. Alhamdullillah…
Seperti yang dirancang Erin menuju ke ofis bersama Karl, dan buat
kali ke tujuh Erin memapahnya naik ke tingkat 4, tetapi tidaklah sesusah
perjalanan yang dilaluinya semasa first
day dulu. Mereka terus ke pintu
depan dan dengan lift penumpang bukan lift kargo. Dulu Karl sengaja ingin
mengenakannya dengan membawa Erin masuk pejabat di hari pertama bekerja melalui
pintu belakang. Kalau hendak balas dendam memang ini masanya, tetapi Erin tidak
mahu, kerana jika lagi lama perjalanan lagi bertambah laju jantungnya bergetar
kerana terpaksa.. okey perkataan TER PAK SA memeluk pinggang Mikhail Hamzah
untuk membantunya berjalan.
Semua mata tertumpu ke arah Erin yang memapah Karl masuk ke pejabat.
Sudahlah pandangan yang
sama juga mereka terima di sepanjang perjalanan dari pakir kereta ke lift. Di
dalam pejabat juga pemandangan yang sama..
Encik Lokman telah mengetahui apa
yang berlaku kerana sudah dimaklumkan lebih awal oleh Abang Harith.
“Karl..macammana you okey dah ke?”
soalan pertama dari mulut Abang Harith yang menerpa ke arah mereka sebaik
sahaja kelibat mereka muncul dipintu depan.
“Saya okey..” jawab Karl pendek,
tersengeh, tidak seperti orang sakit pun.
Abang Harith memandang ke arah Erin
yang sudah melepaskan tugas membantu Karl berjalan kepada Abang Harith. Sempat
pulak Abang Harith mengenyetkan sebelah mata ke arah Erin. Erin menjulingkan
matanya ke syiling.. apa-apa ajelah Abang Harith oi..!
Encik Lokman juga berada
mengelilingi meja Karl yang sudah duduk ditempatnya. Dia terharu kerana Karl
masih mahu menyelesaikan tugasnya sehingga selesai sebelum mengambil 2 hari
cuti sakit. Memilih gambar hanya dengan menggunakan tangan kiri kerana tangan
kanannya sudah diandung. Namun pertolongan Erin masih diperlukan, Karl hanya
memanggil nama Erin dan Erin dengan rela hati membantu apa yang boleh. Erinlah
yang membantu membuka komputer, Karl hanya membuat pemilihan gambar. Write up
nanti juga akan diminta Erin untuk menaipnya.
Pekerja yang beginilah yang
diperlukan oleh Encik Lokman. Jangan jadi seperti ada setengah pekerja, yang
tak sakitpun mengaku sakit sengaja hendak mengelak datang kerja. Macam-macam!
Yang menjadi perbualan utama petang
itu. Erin membantu Karl. Sana sini jelas terdengar nama Karl dan Erin
disebut-sebut. Yang paling tidak disangka, apabila Karl juga tidak sudah-sudah
menyebut nama Erin. Hari ini nama Erin menjadi nama yang paling popular,
terutama bagi Mikhail Hamzah. Jika di kira mahu mencicah seribu kali nama Erin
di sebut dibibirnya...
BAB 8
Lewat petang itu Erin menghantar
Karl pulang. Buat kali kelapan menyentuh pinggang keding Karl untuk masuk ke
keretanya. Karl menunjukkan jalan menghala ke rumahnya, jauh juga sebenarnya
rumah Karl di Bukit Tunku. Rumah orang kaya-kaya melayu. Tidak berkecuali rumah keluarga Karl. Rumah banglow
dua tingkat. Fulamak! Siap ada air pancut di depan rumah dan kolam ikan koi
lagi!
Sebuah kereta Mercedez E-Class berwarna kelabu,
Erin memang kurang arif bab-bab kereta ni. Terpakir juga di depan rumah, kereta Suzuki merah Karl
terselit di tepi. Kalah dek kecomelannya, betapa prestijnya Mercedez. Apatah
lagi kereta Myvy Erin, kereta buatan Malaysia. Sudah tentu tiada tandingnya
dengan kedua-dua kenderaan itu. Peduli apa, janji boleh bergerak, sama aje bila
berada dijalan raya, lagi bangga, kerana menggunakan produk buatan tempatan.
Erin keluar menekan loceng kerana
Karl tertinggal kunci rumahnya dipejabat tadi. Seorang perempuan muda, gaya
pembantu rumah lagaknya, datang berlari. Apabila melihat seorang perempuan
berdiri, dia hairan, dan seperti ingin bertanya. Tetapi Karl membuka cermin
tingkap menunjukkan muka. Nampak sahaja muka Karl, perempuan itu berlari semula
ke dalam,. Tidak berapa lama kemudian, pintu pagar terbuka perlahan-lahan,
pintu pagar autogate, rupanya. Ingatkan
tadi si perempuan itu masuk kerana tidak mahu melayannya..
Erin memapah Karl semula.
Dipertengahan jalan, seorang lelaki separuh umur berjalan pantas mendekati Erin
dan Karl, terus mengambil alih tugas Erin, membawa Karl masuk. Lelaki ini
berbadan sasa, berjambang, janggut dan misainya nampak telah di dandan rapi,
gaya seperti pelaut gamaknya, tetapi kemas, masih dengan pakaian sut, mungkin
baru pulang dari pejabat. Lelaki ini
mesti Encik Hamzah, Papa Karl. Kenapa Karl berbadan kurus kering macam cekeding
aje. Kalau diikut genetic, Papanya berbadan sasa dan besar!
Cuma kulitnya sahaja yang memang
mengikut kulit Papanya, puteh merah.
Erin.. Erin apalah pulak, itu yang
hendak dijadikan masalah. Sudah pasti
memang Papa Karl, sama ada badannya kecil atau besar, Karl memang
anaknya. Yang kau kepoci tu nak buat apa?
Erin mengikut mereka masuk, walaupun
tiada suara yang menjemput. Tak malu betul! Erin mest kena masuk kerana dia
menjinjit beg plastik kecil, ubat untuk Karl.
Yang ada kedengaran ialah perbualan
antara seorang bapa dengan anaknya yang bertanya itu dan ini bertalu-talu,
ingin mengetahui apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga pulang bertongkat.
Erin dipinggirkan seperti dia tidak ujud diruang tamu tersebut. Nasib
badan..dipinggirkan.
Seram juga Erin dibuatnya, mendengar
suara Encik Hamzah yang garau .Cukup untuk membuat perut Erin kecut.. sekecut
kecutnya. Sudahlah tidak nampak bibirnya bergerak apabila bercakap kerana
ditutupi misai dan janggut, alih-alih ada butir-butir kata yang terkeluar.
Encik Hamzah memang nampak garang.
“Pa, this is Erin, my colleague”
akhirnya Karl baru perasan yang Erin ujud, yang terkulat-kulat apabila sudah
sekian lama tidak dipedulikan oleh sesiapa.
Hello Karl, thank you at last, I‘m visible, I thought, all along
I’m invisible.
“So Sorry, just now, uncle
was so worried and wants to know what has happen..Erin
apa Khabar? and thank you for taking him
home” Uncle Hamzah, Papa Karl
bersuara dengan suara garaunya. Erin hanya mampu tersenyum.
“Erin dah lama kawan dengan Karl
ke?” sambung Hamzah lagi.
‘Tak jugak uncle, baru beberapa
bulan aje..“ jawab Erin jujur
“So..sebelum ni.. Erin kat mana?“
panjang lebar pula temuramah Hamzah.
“Baru habis belajar uncle..“ jawab
Erin lagi
“Freshielah ni...“ anggukan dari
Hamzah tanpa faham.
“Macam tulah Karl..hem.. keluarga
Erin orang mana?“ tanyanya lagi
“Negeri..“ jawab Erin pendek.
“Unclepun..“ Hamzah menjawab dengan
tunjuk.
Sebenarnya sudah ada jus minuman di atas
meja, yang telah dihantar oleh pembantu rumah, tetapi tidak berani Erin
meminumnya selagi tidak dijemput tuan rumah.
Kemudian Hamzah menyambung persoalan
yang masih tidak jelas dari anaknya. Sessi suai kenal hanya beberapa minit
sahaja. Soal jawab antara seorang bapa dan anak masih rancak, benar-benar Erin
rasa tersisih sekali lagi. Haruskah Erin menunggu atau hendak belah sahaja. Memangpun Erin bertujuan hendak meminta diri,
cuma menunggu peluang untuk bersuara. Bersuara untuk meminta diri, takkan
hendak belah begitu sahaja tanpa pengetahuan tuan rumah?
Terdengar pintu gate automatic
terbuka lagi, uncle Hamzah menoleh keluar. Erin kecut perut sekali lagi. Erin dapat
rasakan akan muncul satu lagi bala pada dirinya. Sementara uncle Hamzah keluar
inilah peluang Erin untuk bercakap dengan Karl.
“Psst..Karl, I think I
should go now..” Karl menoleh kearah Erin yang
memanggilnya, walaupun tidak menyebutnya kerana hanya mereka berdua sahaja di
ruang tamu ketika itu,
Papa Hamzah sudah berada diluar, untuk melihat siapa yang berada
diluar, walaupun dia pasti 99% adalah orang rumahnya, tetapi jangan terlalu
yakin, ada 1% yang perlu diambil kira.
“Rin..Please wait..” Karl merayu dengan muka meminta simpati daripada Erin.
Hendak tunggu apanya.lagi….Hai! Erin menutup mukanya dan tunduk. Harapan untuk cabut tidak kesampaian. Thank you very much Karl!! Geram…
Terjengol seorang wanita, berbadan kecil dan kurus, kulit juga
puteh, berskit labuh berwarna hitam dan blouse warna tanah berbunga-bunga kecil
serta bertudung, dalam lingkungan 40 an tetapi masih jelita dan bergaya. Tinggi
lampai dan tudungnya kemas, lagak seperti Hana Tajima. Erin membuat andaian, Mama
Karl agaknya. Rupanya Karl lebih mengikut Mamanya, patutlah keceding. Erin
berdiri, salam di hulur dan memperkenalkan diri. Terasa kerdil diri Erin yang
tidak memakai tudung, nasib baik masih berpakaian sopan, walaupun casual
sahaja.
Karl tidak kuasa bangun, tongkat sudah lama tersandar ditepi sofa.
Tadinya bicara antara seorang bapa dengan anaknya, sekarang bicara antara
seorang anak dengan mamanya pula. Soalan berkisar cerita yang sama. Sekali lagi
Karl terpaksa mengulangi jawapan kepada soalan yang seakan-akan soalan Papanya
cuma nada yang berbeza. Mama sedikit lembut, memang lembut gemalai wanita ini.
Karl pun sudah jemu menjawab, akhirnya hampir dia naik angin. Sekiranya jawapan
yang diberikannya kepada Papa tadi direkodkan ke dalam tape recorder, sudah
tentu memudahkannya, hanya perlu tekan rewind dan play semula untuk Mamanya
pula mendengar.
Naluri seorang ibu tidak mahu
mengeruhkan lagi keadaan. Yang sudah berlaku tidak boleh di tarik balik, janji
anaknya sudah selamat sekarang, dia terus menukar tajuk.
“Ha.. siapa nama kawan Karl ni
tadi.. Ma dah lupa..” sambil tersenyum menala pandangan kearah Erin yang senyum
dibuat-buat. Hanya mampu tersenyum, habis tu tak buat apa lagi..
“maaf, untie terlupa, nama.. nama
apa tadi“ gemalai suara wanita itu.
“Erin Ma.. Eeerinnn..”
berulang-ulang Karl menyebut nama
Erin, Erin hanya tersengeh dan
mengangguk.
“Ya.. Erin..Erin dah lama kerja di
Info Harian sama Karl?” tanyanya kepada Erin, akhirnya Mama Karl sedar akan kehadirannya.
“Tak lama untie sangat, baru aje..
baru dua bulan gitu..kan Karl?” menoleh kearah Karl untuk mendapatkan sokongan
dari Karl konon. Apa kehalnya pulak hendakkan sokongan Karl, bukannya mamat itu
mengira sudah berapa lama dia bertugas di sana..rasa nak tepok dahi sahaja tadi,
tetapi ditahannya. Termalu pula dengan
jawapan tanpa berfikirnya.
“Oh.. baru sangat tu..hemm anyway
baguslah, at least untie tahu dengan siapa Karl berkawan” terhenti sebentar
bicara mama Karl, kemudian menyambut bicaranya.
“Anak untie ni.. manja melampau, susah nak ada kawan perempuan, as far as I remember Erin is the first girl
yang bawa ke rumah..”
“Saya pun bukan saja-saja nak datang sini untie, tolong dia sebab motosikal
dia dibengkel..kasihan pulak nak biarkan dia naik teksi, kalau tidak kerana tu,
sayapun tak sampai disini..” Erin tersengeh malu.
“Terima kasih.., nasib baik tak ada apa-apa yang lebih teruk
berlaku, untiepun selalu nasihat dia jangan bawa motosikal tu laju-laju..tapi
ialah.. budak lelaki..” suara lagi wanita itu.
“Memang dia tak bawa laju pun auntie, macam dia kata tadi, cuaca
panas betul, memang nak pitam rasanya, saya pun di exhibition tu pun hampir nak
pitam dibuatnya.” Erin cuba menjelaskan lagi keadaan kenapa terjadinya
kemalangan itu. Cuaca dijadi alasan…Erin seakan-akan menyokong alasan yang
diberikan Karl, mata memandang Karl, Karl mengangkat-angkat keningnya tanda
setuju. Terima kasih
Erin.
“Ha.. minum-minum” akhirnya Mama
Karl mempelawa Erin minum setelah gelas tersadai di meja sisi begitu lama.
Uncle Hamzah entah ke mana, tidak Erin perasan kerana sebok melihat dan
mendengar Karl dan Mamanya bersoal jawab tadi.
“You want me to take you to
your room?” tanya Mama kepada Karl.
Karl mengelengkan kepala.
“Ma, I want to talk to Erin kejap..” pintanya,
melihat Erin yang gelisah seperti cacing kepanasan sahaja.
“Ia lah” Mama pun nak solat asar
..untie minta diri” mengerti anaknya mahu privacy dengan Erin. Entah apa yang
hendak disampaikannya. Bagi Erin, jika dibenarkan dia keluar dan pulang ke
rumah kan bagus.. habis cerita!.
“Saya pun nak balik dah, lepas ni..,
jumpa lagi insyallah..”Erin menghulurkan tangan untuk bersalaman kerana sudah
pasti tidak akan berjumpa lagi dengan Mama Karl kerana dia sudah hendak pulang.
Sampai sudah Karl tidak memberitahu apa nama Mamanya.
“Are you coming to fetch me,
day after tomorrow?” soalan dari Karl sebaik sahaja
melihat mamanya sudah jauh menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
“Ha! apa hal pulak?..” terkejut Erin
dengan permintaan Karl, biar betul!
“Eh.. eh.. lupa ke?, appointment doktor
untuk kaki ni..” sambil menunjukkan kakinya yang berbalut.
“Tak la.. maksud saya apa hal pulak saya yang kena ambil, you
arrange dengan orang lain la.., I seganlah.. tadipun I naik kecut perut bila
Papa you keluar jemput you di depan tu ..” Erin berterus terang.
“Don’t worry.. Papa I baik orangnya, yang I risau Mama..” jelas
Karl.
Terbalik pulak pandangan Karl mengenai kedua-dua
ibubapanya. Bagi Erin pula, biarlah sepuluh kali berjumpa Mamanya dari Papanya. Tetapi Karl lagi tahu,
bukankah mereka itu parentnya, sedangkan Erin baru hari ini bertemu, itupun tidak sampaipun setengah
jam.
“Karl I better make a move dan you jangan lupa makan ubat” sambil
Erin menjinjing beg plastic kecil yang sudah diletakkannya diatas meja semasa
minum jus tadi
.”ingat tu..” ulangnya dan terus
berlalu pergi.
“Day after tomorrow jangan lupa..” Karl masih tidak putus asa.
“Tengok la..” menjawab kuat kerana sudah hampir dengan pintu keluar.
Karl tersenyum. Harapan
Erin akan ingat untuk mengambilnya dua hari lagi.
Cepat betul dia berubah, macam
sesumpah! Apa yang ada pada Erin yang membuat dia berubah sekelip mata. Harap-harap
dia berubah untuk selamanya, jangan berubah semasa sakit sahaja. Itu harapan
Erin, yang di sangkal ianya perubahan selamanya. Siapa tidak kenal Encik
Mikhail!!
No comments:
Post a Comment