BAB 21
Pagi Isnin sepatutnya dimulakan
dengan bersemangat hendak bekerja, kerana sudah berehat pada hari Sabtu dan
Ahad, tetapi ramai insan yang berprinsip terbalik. Setiap pagi Isnin perasaan rasa malas hendak
memulakan kerja itu pasti ada. Itulah sebabnya mungkin dipanggil
Black Monday. Tak pasal-pasal hari
Isnin di warnakan hitam. Erin juga tidak
terkecuali dengan penyakit malas ini. Sampai sahaja Erin di pejabat, Karl sudah
sedia menunggu di tempatnya.
Awal betul mamat ni sampai hari ini, selalunya dia yang paling lewat
menandatangani buku kedatangan, tetapi lain pula hari ini. Tidur di pejabat
agaknya dia, atau sampai di pejabat sebelum subuh, silap-silap tersalah tengok
jam! Bukankah kebiasaannya selagi
matahari tidak condong 45 degrees baru dia akan muncul?
Erin melemparkan senyuman,
membalas Karl yang tersengeh tak sudah-sudah, seperti kerang busuk sahaja
lagaknya. Jika dulu hendak melihat dia tersenyum memang susah sangat, perasan
handsome.. konon. Tapi hari ni lain macam pulak dia.. mesti ada yang tak kena!
Bukan boleh percaya sangat dia ni.
Tanpa mempedulikan Karl, Erin memulakan harinya dengan menyemak emel
dan kerja-kerja routine yang lain. Karl hanya menupang dagu dengan tangan kirinya sambil memerhatikan
pergerakan Erin. Risau Erin, mengetahui dirinya diperhatikan. Berkerut-kerut
mukanya hairan. Dia rasa kurang selesa. Menyedari dirinya di perhatikan oleh
sepasang mata yang tidak jauh dari tempat dduknya, hanya di belakang tempat
duduknya.
“Apa ke halnya mamat sorang, hari ni
?” gertu Erin di hati.
Ini tidak boleh jadi. Erin
menghampiri Karl. Dia mengerak-gerakkan tangannya betul-betul di hadapan muka
Karl. Karl memegang tangan Erin untuk meminta Erin berhentikan goyangan
tangannya, cepat-cepat Erin menarik tangannya dari pegangan Karl. Lalu
tersenyum senget.
“You ni kenapa?” tanya Erin, seperti
biasa tiada kata-kata manis kepada Karl.
Jika pesanan ringkas bukan main lagi bersayang-sayang. Agaknya Erin
ada split personality kot! Erin adakah kau serious atau hanya bergurau, susah
Karl hendak membaca apa yang tersirat difikiran perempuan ini. Erin
meninggalkan Karl dalam kebingungan, kembali ke tempatnya. Sungguh Erin tidak
mengetahui apa yang tersirat di hati Karl. Habis tu Karl tidak memberitahunya,
manalah dia tahu membaca hati orang.
“Kenapa, sekarang dah tak boleh
pandang ke?” Karl bersuara.
Erin hanya mengerutkan mukanya,
hairan dengan soalan Karl yang tiba-tiba. Bukankah Erin yang bertanya? Sepatutnya
mendapat jawapan, tetapi sekarang bukan jawapan yang dia dapat, tetapi satu
lagi soalan!
“I tanya you tu kenapa? Pandang I macam ada yang tak kena, I rimas la
orang pandang macam tu.. kalau ada yang tak betul tolong beritahu, boleh..!”
bercakap dengan Karl tanpa menoleh, mata masih di skrin komputernya.
“Saja..I nak tengok muka you.. dah tak boleh ke? Kalau dah tak boleh
cakap, I stop” menjawab pula Karl, tidak faham-faham Erin tidak mengerti
mengapa dirinya diperhatikan sedemikian.
Erin mencebekkan mukanya, apabila
mendengar jawapan Karl. Lantak kau Karl. Lain yang
orang tanya, lain jawapan yang dapat.
Muncul Saleha yang baru keluar dari bilik Encik Lokman, menghala ke tempat
Erin untuk memberitahu bahawa Encik Lokman mahu berjumpanya sekarang.
Cepat-cepat Karl mengalehkan pandangannya ke skrin komputernya sendiri.
“Rin, boss nak jumpa” tersenyum Saleha, mengetahui bahawa dia
menganggu entah apa yang sedang dibualkan oleh Karl dan Erin tadi
“Kenapa ya?” tanya Erin risau.
Saleha hanya mengangkat bahu,
isyarat badan yang memberitahu dia juga tidak mengetahui kenapa Erin dipanggil,
lalu meninggalkan Erin dan terus menuju ke tempatnya.
Erin terasa risau pula kenapa dia
seorang sahaja dipanggil. Berbagai-bagai persoalan yang difikirkannya, soalan
siap dengan jawapannya sekali. Perlahan Erin bangun dan berjalan menuju ke
bilik Encik Lokman dengan perasaan yang resah.
Adakah dia perasan perbuatannya
kepada Karl sebentar tadi?
Adakah dia laporan yang dibuatnya
salah info?
Adakah dia sudah melakukan satu kesalahan tanpa
sedar?
Matilah kena warning!
Erin berdiri di depan pintu masuk boss,
membetulkan blouse biru tourquoise dan seluar slack hitamnya agar nampak kemas.
Sebelum pintu diketuk dia menoleh ke arah Karl yang juga nampak cuak kenapa
Encik Lokman ingin bertemu Erin sendirian, tetapi dilindunginya dengan
senyuman.
Akhirnya pintu bilik diketuk perlahan,
terdengar suara Encik Lokman memberi kebenaran untuk dirinya masuk. Erin memulas tembul pintu dan masuk dengan
senyuman menuju ke arah Encik Lokman yang juga tersenyum ke arahnya.
“Apa ke halnya pulak ni.. orang
risau, dia senyum-senyum pulak” bicara otak Erin sendirian.
“Erin, duduk..!” Encik Lokman mengarahkan Erin duduk di kerusi yang
sedia di hadapannya. Serious
sahaja bunyinya. Menambah risau di hati Erin yang sedang libang libu.
“Apa khabar?” Encik Lokman memulakan bicara.
“Saya baik saja Encik Lokman” berlindung, sedangkan di dalam hati
berkocak tak tentu hala, degupan jantong bergendang bagaikan irama rock, rock
kapak. Tidak sabar rasanya
mengetahuinya, tak kiralah sama ada perkara yang baik atau sebaliknya, Erin
sudah tak kuasa hendak memikirkannya lagi.
“Erin dah kerja sini dah masuk 6
bulan kan? Bagaimana rasanya kerja di sini.. suka?” Encik Lokman beramah mesra.
Apa punya soalan.. soalan perangkap ke apa? Risau juga Erin hendak menjawabnya.
Kena berhati-hati menjawab, fikir
dahulu, jangan gopoh. Bicara hati Erin.
“Ya, Encik Lokman, saya dah lebih dari
6 bulan bekerja di sini, saya suka kerja kat disini..” Erin seperti mengulangi
ayat yang diberikan oleh Encik Lokman.
Rasanya dia menjawab seperti
menjawab soalan pelajar mengambil SPM sahaja. Encik Lokman senyum sambil kepala
menganguk-angguk tanda setuju.
Tangan Encik Lokman memegang
sekeping sampul surat puteh.
“I
have a letter for you” sambil tangannya menghulur sampul puteh yang
beralamat kepada Erin.
Berdebar-bedar hati Erin menerima
surat dari tangan Encik Lokman. Surat amaran ke? Entah-entah termination
letter. Selisih malaikat 44!!
Perlahan sampul dibuka dan terus
membacanya, perasaan tidak sabar untuk mengetahui apa isi kandungannya.
Hampir ingin melompat dibuatnya,
tetapi Erin bersabar, riak gembiranya dilindungkannya kerana dia berada di hadapan
boss sekarang. Jika dia berada di hadapan Karl, mahu lelaki itu dipeluknya,
tanda gembira.
Erin telah disahkan dalam jawatan
setelah 6 bulan bersama Info Harian.
“Tahniah Erin” ucap Encik Lokman
“Terima kasih Encik Lokman, di atas
tunjuk ajar dan kesabaran Encik Lokman membimbing saya..” jawab Erin, tersengeh sampai ke telinga.
“You may go, and keep up
the good work” satu lagi kata-kata ransangan dari
boss, Encik Lokman.
Erin bangun dan keluar meninggalkan
bilik Encik Lokman dengan hati yang riang. Encik Lokman yang masih berdiri
memerhatikan Erin menuju keluar dari biliknya tanpa menoleh, seronok sangat lah
tu...
Erin terus mencapai telefon bimbit
yang terletak di atas meja dan menghantar pesanan ringkas kepada mama. Orang
pertama yang berkongsi kegembiraannya.
Selesai urusan menghantar sms kepada
mama Suzie, Erin berjalan menuju ke compartment si jiran. Orang yang kedua
berkongsi kegembiraannya. Sudah tentu Karl, kawan baiknya.
Tetapi dia masih ingin mengusik
Karl, Dengan muka yang sedih dia menghala ke tempat Karl. Lagilah Karl binggong
bila melihat wajah sugul Erin. Memangpun jika Erin tidak memberitahu, Karl akan
bertanya kerana dia nampak cemas dan tertunggu-tunggu Erin keluar dari bilik
Encik Lokman.
“Karl, Encik Lokman beri I surat…” sengaja tidak di habiskannya
ayat, bagi Karl suspence..
“Surat apa?” pertanyaan Karl dengan
nada sedikit terkejut, sebenar perasaan ingin tahu melebihi. Kena pulak ayat
tergantung Erin. Erin betul-betul menyiksa perasaannya dengan dengan tidak
menghabiskan ayat. Jika begitu lebih baik tak usah beritahu, itu lebih aman.
“Surat apa?” ulang Karl lagi, dengn
nada naik satu oktaf. Memang Karl sudah kurang sabar dengan Erin yang mengaja
melewat-lewatkan jawapannya.
“Hem.. hem…surat .. surat.., surat confirmation la..” jawab Erin pantas.
Serta merta wajah cuak Karl bertukar
dari wajah sedih ke wajah gembira. Pandainya berlakun. Berlakun dengan Karl,
bukan dapat apa-apa award pun.
“I nak belanja you sebab I dapat confirmation letter hari ini,,
yeah!!” Erin sedikit melompat dengan menggoyang-goyangkan surat yang masih di tangannya
ke muka Karl.
“Ya ke? congratulations.. , you.. you buat I suspense aje.. ingatkan
surat warning ke? Surat transfer ke.. you nikan saja eya?” riak muka Karl juga
berubah, turut gembira dengan pencapaian Erin. Disahkan dalam jawatannya.
“Ha..you nak belanja kat mana?” Karl menuntut yang Erin akan
belanja, bukan senang minah tu hendak keluar duit. Ciput..
“Hemm.. nak belanja kat mana ya? I
nak belanja digerai aje boleh?.. I teringin nak makan ABC dekat Taman Warisan,
dan kita makan satay kajang sekali, okey tak tu..” Erin meminta pandangan Karl,
jika tempat itu dipersetujuinya.
“Kalau you belanja, mana-mana pun
boleh..I tak kesah” jawapan Karl dengan tenang
“Set!!.. lunchtime nanti kita pergi okey? Erin berjalan kembali ke tempatnya.
Karl pasti tidak sabar menunggu
waktu makan tengahari, makan bersama Erin. Walaupun kebisaannya memang mereka
makan bersama, tetapi hari ini ada occasion, Erin yang belanja kerana telah
disahkan dalam jawatan. Bukan senang hendak merasa minah sorang ni belanja..
Karl menjeling kearah Erin, muka Erin
yang berkerut seperti orang yang sedang memikir, entah apa yang difikirkan,
jangan-jangan fikir duit cash tak cukup, nanti ada orang yang kena ambil upah
cuci pinggan di belakang gerai satay
Haji Samuri tu..pulak nanti..nanya! Karl senyum. Jika itu terjadi,
sumpah! Karl tidak kenal siapakah si perempuan itu.
BAB 22
Erin memandu ke Taman Warisan dengan
Karl di sisi. Orang hendak belanja, pastinya dia setuju sahaja, tambahan pula
Erin orangnya. Perjalanan yang tidak sampai 15 minit dari pejabat Info Harian
ke Warisan. Seperti biasa tempat pakir di sini memang susah, sentiasa penuh
dengan pengunjung, kerana di sini pusat berkumpulnya pegawai dan kakitangan
Kerajaan yang ingin beralih selera selain dari café atau kantin-kantin di bangunan
masing-masing.
Setelah berlegar-legar hampir 10
minit, akhirnya Erin perhatikan sebuah kereta Toyota Vios kelabu ingin keluar. Terus Erin menunggu dengan
tujuan mengambil tempat pakir tersebut sebaik sahaja kereta tersebut keluar
nanti. Tetapi kereta itu tidak pun berganjak dari tempat pakir, apakah
masalahnya? Pemandunya sudah menghidupkan engine kereta, tetapi tidak juga
berganjak dari tempatnya. Kenapa ek?
Kelihatan dari jauh seorang
perempuan berbaju kurung ungu bertudung pink, berjalan berlengang lengkok
menuju ke arah kereta tersebut. Hiss..
minah ni.. hendak cat walk pulak dia, geram hati Erin dibuatnya. Rupanya si
pemandu menunggu si perempuan yang berlenggang kangkung. Kereta beredar sebaik
sahaja si perempuan memasuki perut kereta. Erin lega, dapat juga akhirnya dia
memakir. Erin dan Karl keluar serentak.
Tiba-tiba langkah Erin terhenti
apabila melihat susuk badan seorang lelaki yang sedang berdiri di bawah teduhan
pokok rimbun di tepi sebuah kereta Gen-2 hitam, sedang leka dengan telefon
bimbitnya. Dia kenal lelaki ini. Erin mara ke arah lelaki ini. Karl hairan,
tanpa sepatah kata Erin menyimpang ke tempat lain?.
Karl mematikan perjalanannya, hanya
memerhati Erin yang masih meneruskan perjalanan menuju ke arah si lelaki yang
mesih rancak bercakap ditelefon.
“Assalamulaikum” Erin memberi salam dan lelaki
itu berpaling.
Terkejut dia dan nampaknya dia juga
kenal Erin tetapi terpaksa mengerutkan muka mengingatkan nama perempuan ini,
terutama namanya. Dia akhirnya menamatkan perbualannya ditelefon dan memasukkan
telefonnya dipoket seluarnya.
“Ermm…Rin…Renee
Jasmeen ke ni.., hey.. apa khabar awak..?” lelaki itu sungguh berseri mukanya menyapa
Erin.
Muka Erin juga berseri dengan
senyuman sampai ketelinga.
“I baik-baik aje, Jazz pulak apa
khabar?” pertanyaan balas Erin kepada lelaki yang dipanggilanya Jazz. Jazzlan,
anak Duta Besar dan kawannya semasa di Qatar dulu.
“Kakak Jazlina apa khabar?” Erin
juga bertanya khabar kakak Jazlan, yang bernama Jazlina Ateerah. Perbualan
makin rancak. Dari perbualannya, Erin
mengetahui Jazlan sedang menunggu tunangnya kerana membungkus makanan untuk
seorang kawannya yang memesan roti john. Dengarnya roti john di sini memang
enak. Kini Jazlan sudah bertugas di Kementerian Luar Negeri, mengikut jejak
langkah bapanya sebagai seorang diplomat. Mama pasti tahu dan kenal, tetapi
mama tidak pernah pula bercerita tentang Jazlan kepada Erin?
Karl hanya memerhati dari jauh, lama
juga diperhatikan Erin dan lelaki yang tidak dikenalinya berbual mesra. Acap
kali matanya menelek jam dipergelangan tangan. Sudah hampir 10 minit berbual
dan nampak gayanya ianya akan berterusan, entah berapa lama lagi, ini tidak
boleh jadi! Erin tidak boleh dibiarkan berbual dengan lelaki ni, takut nanti
dia dicantas. Dari pandangannya, dilihat mesra sungguh berbual. Tiba-tiba rasa kurang senang melihat Erin
mesra dengan lelaki lain, tambah-tambah pula mesra semacam, kenapalah agaknya si
Karl ni eh.!. Erin bukan ada apa hubungannya pun dengannya selain dari rakan
sekerja. Erin berhak berbual dengan
sesiapa sahaja di dunia ini. Tetapi
kemesraan Erin dengan lelaki ini yang membuat Karl hilang pertimbangan.
Penjelasan perlu diraihnya.
Karl perlu berbuat sesuatu, dia
cemburu melihat Erin happy semacam bersama lelaki itu. Dengan pantas Karl
berjalan menuju ke arah Erin dan bertemu dengan lelaki di hadapan Erin. Tanpa
Erin sangka, Karl terus meraut tangan Erin dan jarinya digenggam erat. Erin
terkejut dengan tindakan Karl, tetapi untuk melindung perasaan terkejutnya di hadapan
Jazlan, dibiarkannya sahaja Karl menggenggam jarinya.
“Ehehh..Ini
Karl, kawan I” Erin memperkenalkan Karl sebagai kawan kepada Jazlan.
Karl hanya mengerutkan keningnya apabila Erin memperkenalkan dirinya hanya
sebagai kawan sahaja. Ingatkan Erin akan memperkenalkan kawan baik ke atau
setidak-tidaknya kawan istimewa, tidak sporting betullah Erin ni!
Sudahlah berpeluh-peluh hendak
berlakon pegang pegang tangan, berpeluh kerana sudah pasti akan dimarahi Erin
nanti dan juga ditambah dengan berpeluh oleh cuaca yang panas.
“Oh.. ingatkan husband you..” jawab
Jazlan sambil tersenyum, tangan dihulur dan disambut oleh Karl. Erin termalu
dengan kata-kata Jazlan tadi. Karl disangkakan suaminya. Pleaseee. Karl nak jadi suami? Bersediakah mamat tu hendak memikul
tanggungjawab sebagai suami? Bagi Erin dia belum bersedia untuk menjadi isteri
sesiapa, kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dicapai di dalam hidupnya
sebelum betul-betul bersedia untuk menjadi seorang isteri. Yang paling penting
sekarang ini mengukuhkan hidupnya dengan profession yang baru hnedak berputik,
jangan gatal-gatal hendak berkahwin pulak. Ekonomi belum stabil lagi. Nampaknya
sudah dua kali insiden yang orang tersalah sangka Karl dan Erin sebagai suami
isteri. 3 bulan dahulu doktor di Klinik Mediviron, sekarang Jazlan pula.
Agaknya kuat sungguh chemistry mereka berdua ya! Jikalau 44 orang bersangka
begini, mahu jadi kenyataan. Dua insiden
sudah berlaku, jadi tunggu lagi 42 lagi. Boleh tahan, banyak lagi tu!
Erin memutuskan untuk menamatkan sahaja
perbualan mereka kerana orang yang ditunggu Jazlan sudah tiba dengan menjinjit
plastic roti john. Jazlan memperkenalkan tunangnya yang bekerja di Kementerian
Alam Sekitar. Cantik gadis pilihan Jazlan, dengarnya sama-sama menuntut di UIA
dulu. Berbaju kurung merah hati berbunga puteh dan bertudung puteh, style
wanita arab, sekali imbas ada sedikit persamaan wajah Jazlina, kakak Jazlan. Pandai
Jazlan pilih!
“Kirim salam Kak Atee, insyallah
jumpa lagi” Erin menamatkan perbualannya. Jazlan hanya mengangguk.
Erin dan Karl beredar meninggalkan
Jazlan dan tunangnya masuk ke kereta yang terpakir.
“Dia tu boyfriend lama you ke?” persoalan
pertama dari Karl sebaik sahaja membelakangkan Jazlan.
Erin segera menarik tangannya dari
genggaman Karl. Amboi-amboi sedap aje mulut mamat ni, jika berbual dengan
lelaki aje, ditafsirkan bekas boyfriend,
apa dia ingat Erin tak ada kawan lelaki kedulu semasa sekolah.
“You ni Karl, semua lelaki you ingat
boyfriend I, dia kawan la,I satu sekolah
dengan dia dulu di Qatar dulu, bapa dia Ambassador kat sana masa tu..” tukas
Erin.
Kan dah kena! Karl hanya membiarkan
Erin berleter, salah dia juga, kes pegang tangan belum lagi bermula, tunggu!
“Iyeke? Tapi I nampak
you mesra semacam aje, siap ketawa-ketawa lagi..” Karl menyelaskan tindakannya.
“Dah tu! lama tak jumpa, I rasa 4 tahun kot.. mestilah ketawa takkan
nak menangis pulak” balas Erin sambil menghela nafasnya, cuba mengawal marahnya.
“Ha lagi satu, pegang-pegang
tangan I tadi, apa kes!!” Erin menyergah Karl dan juga ingin mengetahui kenapa
Karl bertindak sedemikian, berani betul dengan sesedap rasa memegang tangan
anak dara orang!
Karl ingatkan Erin sudah lupa
tindakannya tadi, sekarang padan muka, dengar ajelah leteran Erin. Dah tahu
silap sendiri. Berani buat berani tanggung!
Karl hanya menayangkan giginya
sahaja apabila melihat Erin agak kurang senang dengan tindakannya tadi,
tambahan pula dia memang tiada jawapan kepada tindakannya. Entah kenapa tiba-tiba difikirannya itu
sahaja yang terfikir oleh otaknya yang kecil ketika itu. Haruskah dia berterus
terang kepada Erin bahawa betapa berdebar hatinya apabila melihat Erin begitu
mesra dengan lelaki tadi? Karl sudah ada perasaan cemburu. Adakah itu petanda
baik atau...
Cepat-cepat Karl membeli ABC untuk Erin, agar
sejuk hatinya. Nasib baik berhasil, selepas menghirup ABC dan satay kajang
wajah Erin agak kendur, tidak tegang kerana marah. Karl dengan lincheekang
sejuknya, lega. Lega, kerana ABC dapat menenangkan sedikit kemarahan perempuan
itu kepadanya.
Perjalanan pulang Erin berpesan
kepada Karl jangan sekali-kali bertindak seperti tadi. Karl terpaksa berdiam
diri menyedari kesilapannya. Dia faham kenapa Erin tidak suka diperlakukan
demikian.
***
Selepas Zohor, Erin kembali ke tempatnya,
tetapi tiada dilihat kelibat Karl. Ke mana
pula dia. Takkan wirit terlebih disurau? Tetapi jika benar berwirit,
alhamdullah. Jangan dia tidur di surau sudahlah.
Teringat Erin, Karl selalu menyangka
dia tidur disurau jika lambat masuk semula ke pejabat. Sedangkan tadi sama-sama
melangkah ke surau untuk menunaikan solat Zohor selepas pulang dari Warisan.
Atau merajuk kerana tengahari tadi Erin agak kasar mermarahinya. Itulah tadi marah
orang tidak fikir panjang. Erin boleh sahaja menegurkan secara baik, bukan
dengan cara marah-marah. Sekarang ni bila kelibatnya tidak kelihatan, risau
pulak di hati.
Namun Erin memulakan tugasnya semula
tanpa memikirkan soal Karl.
“I hope you will forgive me” Terkejut Erin tiba-tiba sekuntum bunga
ros muncul di hadapan Erin. Karl tersenyum, menghulur sekuntum
rose yang masih berbalut dengan plastic lutsinar. Plastic
lutsinar itu juga mempunyai corak bunga ros kecil berwarna merah yang
berselerak.
“The rose is to say I’m sorry
hal tadi, I tak niat nak pegang tangan you pun, cuma I cannot help it bila tengok you mesra dengan lelaki lain.I rasa
tercabar.” Karl tunduk
berbicara. Erin tersentuh, tetapi suka dengan cara Karl meminta maaf.
Bunga ros diambil dari tangan Karl,
dipegang lalu kuntuman rose singgah ke hidungnya. Tertutup
matanya meghidu haruman asli rose. Wangi.. hati terus cair.
“Karl, why you have to do this, I tak marah you, la.. cuma next time fikir
sebelum buat apa-apa.. any way I love the
rose, thank you..” sambil tersenyum
dan menyesali tindakannya terhadap Karl.
“Tapi kenapa satu aje?” kata Erin
bergurau.
Dah pulak. Karl senyum, dah tahu
dah!
Erin mendongak ke arah Karl yang
masih berdiri di sisinya. Karl gembira apabila melihat mata Erin yang sedikit
berkaca kerana terharu dengan cara Karl meminta maaf, so gentleman dan
romantik. Meminta maaf dengan bunga, bunga ros merah lagi.
Erin ke pantry mencari-cari glass
untuk diisi air bagi bunga rose sekuntumnya dan diletakkannya d isudut meja.
Sesekali diciumnya. Karl yang memerhati Erin juga gembira apabila Erin memang
menghargai pemberiannya walaupun hanya sekuntum dan mengetahui bunga itu akan layu esoknya.
Perempuan, memang akan cair dengan bunga.
“Amboi, amboi Rin.. ada orang beri
bunga.. hem. Dari orang istimewa ke?” tegur Katrina sebaik sahaja duduk ke tempatnya
selepas dia bertemu Puan Melly. Mata menala ke arah Karl.
Erin juga mengalihkan badannya ke arah
Karl. Karl angkat bahu. Kedua-duanya tersengeh.
Mana ada istimewanya!!
BAB 23
Keesokan harinya glas sudah diganti
dengan vase kristal kepunyaan mama yang Erin ambil dari dalam stor. Lebih baik
Erin guna vase itu dari vase itu hanya mengutip habuk di dalam stor kerana
tidak diguna. Dibiarkannya bunga
menghias meja sehingga kelopak jatuh dengan sendirinya namun dia tidak
sanggup untuk membuangnya.
Hari Rabu, Erin terkejut apabila
bunga yang sudah tinggal beberapa kelopak sudah bertukar dengan bunga yang
baru. Erin menoleh kearah Karl, kerana dia dapat mengagak siapa yang
menggantikannya.
“Karl you don’t have to do that..okey..”
cara Erin mengucapkan
terima kasih, tetapi sebenarnya dia suka.
“I don‘t
like it..“ serious sahaja Erin bersuara.
“But..
but I love it, kalau you ada duit terlebih, I terima aje. “ sambungya lagi.
Karl hanya tersengeh, menayangkan sebaris
giginya yang tersusun kemas. Itulah perempuan, di bibir kata lain, tetapi di hati lain pula.
“Jumaat depan dah mula puasa, petang tu kita
berbuka sama wan nak?” cadangan Erin kepada Karl.
“Kita balik hari Sabtu. at least I boleh try tidur lagi di sana..
bulan puasa mungkin I berani .. sebab tak ada dot..dot..dot…” tidak mahu
menghabiskan perkataan yang terakhir, sambil tersengeh menunjukkan giginya.
Beranikah dia?
“Emm.. iya lah tu.. kalau dah penakut, bulan puasa ke bulan tak
puasa ke sama aje..” Erin memperlikan Karl tanpa menoleh ke arahnya.
“Jangan kutuk I lebih-lebih okey, I dengar tu..” jawab Karl, mengerti Erin memerli
dirinya.
Kerana kesihatan Tok Pa yang tidak
menentu, Suzilah telah menangguhkan pemergiannya ke Switzerland ke awal tahun
hadapan. Rancangan Erin dan Karl mengunjungi Tok Pa dan Wan Jie mendapat
kebenaran dari kedua ibu bapa Karl. Memandangkan bulan puasa, Karl menjemput
Erin selepas subuh, bergerak disebelah,
selepas sahor. Tambahan pula sudah pasti tidak
boleh lelap lagi selepas bersahor kelak.
Perjalanan hanya mengambil lebih sedikit dari satu jam. Sampai
dirumah Tok Pa, pintu pagar masih tertutup. Perlahan Erin membuka pintu pagar
dan Karl memakir keretanya terus kerumah pakir kerana ada dua ruang lagi
kosong. Muncul Wan Jie membuka pintu. Tok Pa tidak kelihatan, maklumlah dia
masih tidak sihat. Wan
Jie menjengok kerana terdengar seperti bunyi kenderaan memasuki halaman. Dia tahu ada orang datag menziarah, tetapi
siapa? Menziarah pagi-pagi buta begini! Terlihat sahaja kereta Suzuki Swift Karl,
dia sudah tahu cucunya yang pulang.
Bagus juga Karl ke sini, dapat juga
dia menziarah datuk tidak rasminya.
Disebabkan kepulangan Erin bulan
lepas dia tidak dapat mengunjungi Ocean supermarket, kali ini dia meminta Karl
menemaninya ke sana. Buat pertama kali Karl sampai di Pekan Port Dickson, yang
dahulunya dipanggil Tanjong.
Hemm..kecil sahaja pekan ini. Karl
ingat tahu Port Dickson yang disebut-sebut orang. Terdiri dari dua bahagian
pekan Port Dickson lama dan pekan Port Dickson baru. Pekan Port Dickson lama
yang terletak di sebelah landasan keretapi di mana terdapat pasar besar Port
Dickson dan balai polis, tidak berapa ramai dikunjungi orang. Manakala pekan
Port Dickson baru lebih ceria dan meriah dengan semua bank dan pejabat kerajaan berpusat. Ocean Supermarket ialah supermarket 4 tingkat terletak di pekan port
Dickson baru, bersebelahan dengan panggong wayang Goh Wee. Panggong wayang yang
sudah hidup segan mati tak mahu. Setakat ada panggong, sudah tidak gah seperti
dua puluh tahun lalu. Sudah tidak ramai pengunjung.
“Ini ke tempat yang you suka sangat tu..?” Karl kerut muka.
“Haah..” jawab Erin riang.
Menonong sahaja Erin menaiki
eskelator. Karl, mahu tidak mahu terpaksa mengekorinya.
Karl ingin mengetahui kenapa minah
yang seorang ini suka sangat hendak mengunjungi Ocean Supermarket. Sedangkan
sudah 4 benua dia terokai, telah banyak Mall besar-besar dikunjunginya, tetapi
Ocean Supermarket juga yang menjadi pilihan. Pandangan Karl supermarket ini
tidak sesuper mana, mungkin kerana tidak besar
berbanding dengan supermarket di Kuala Lumpur, mungkin kerana saiznya
memudahkan untuk mencari barang yang diperlukan. Jika besar, agak sukar untuk
mencari barang dan bila ada banyak pilihan juga menyukarkan untuk membuat
pemilihan. Walaubagaimanapun kerana dia bersama Erin, ke mana-manapun dia rasa
gembira. Waimahnya, walaupun ke Timbaktu!
Berlegar di Ocean supermarket, tanpa
tujuan, akhirnya mereka tidak membeli apa-apa. Hendak mencari makanan untuk
berbuka pula, pasar Ramadan belum dibuka lagi. Akhirnya Erin masuk semula ke
Ocean Supermarket dan di bahagian barangan mentah dituju. Karl hanya mengikutnya
dari belakang dengan menyorong troli. Sudahlah
sepanjang hari menjadi pak super, di dalam supermarketpun pula menjadi
menyorong troli! Dah nasib badan..
Erin memilih cendawan, lada capsikum, seekor ayam, 4 ekor ikan
kembong dan meminta Karl mengambil air soya yang di dalam kotak apabila dia
ternampak cendol dan cincau. Erin bercadang untuk belajar memasak dengan Wan Jie. Inilah amsanya
untuk belajar! Lauk yang ada di kepalanya, ayam masak lemak cili padi, cendawan
goreng bercili capsikum dan untuk manisan ialah cendol dicampur cincau dengan
air soya. Hem..yummi.. Inilah gayanya bila orang berpuasa, macam-macam makanan
terfikir di kepala seperti orang mengidam. Bolehkah muat semua itu ke dalam
perut?
Karl tersenyum, apabila mendengar
hasrat Erin. Merancang memang senang,
merealisasikannya..?
“Boleh ke you boleh masak ni.. macam
tak caya aje..?” tegur Karl.
Erin buat muka. Marah juga
sebenarnya diperlekehkan begitu.
Di hati Karl sebenarnya bersuara
halus namun tidak diluahkannya“bagus jugak tu, sekurang-kurangnya nanti dia
dapat merasa masakan dari air tangan Erin waktu berbuka nanti. Harap-harap
makanan yang hendak dimasakkan boleh dimakan, jangan jadi makanan tong sampah
aje nanti sudah.?“.
Oh ya, Erin juga mengambil buah
tembikai sebiji. Kaunter pembayaran dituju, alahai murahnya, tidak sampaipun
RM30 ringgit berbelanja. Selesai berbelanja, mereka terus pulang ke rumah Tok
Pa. Harus pulang segera kerana Erin ada misi besar yang perlu dilaksanakan.
Missi ini petang ini…Belajar Memasak!
BAB 24
Erin dan
Wan Jie sebok memasak di dapur, menyediakan juadah untuk berbuka puasa petang
nanti. Menu mengikut seperti yang
dirancang Erin. Karl pula membantu Tok
Pa mengemas di keliling rumah. Hendak menyambut hari raya katakan. Jika tidak menyambut hari rayapun Top Pa memang suka mengemas sekeliling
rumah. Jika hanya mengemas sekeliling rumah apabila hendak raya sahaja,
nampaknya keliling rumah jadi hutan simpan jawabnya.
Tok Pa tidak berapa sihat, tetapi
dia tidak boleh duduk, diam jika dia sihat sedikit, ada sahaja yang hendak
dibuatnya. Sudah berkali-kali dinasihat agar banyak berehat, tetapi dia degil,
katanya jika dia banyak rehat, malamnya dia tidak boleh tidur lena. Merasakan
dirinya lagi sakit, sakit seluruh badan kerana duduk diam.
Karl pula nampak seronok, jika
setiap hari begini, dia tidak perlu berjoging, mengemas keliling rumah sudah
sama penatnya dengan berjoging dan seperti riadah yang mendatangkan hasil,
ibarat 2 in 1. Rumah bersih dan kemas, badan juga sihat.
Karl kini terasa seperti dia
sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini.
Karl sudah memaklumkan Wak yang
dia sudah berada di kampung dan kini berada di rumah Tok Pa. Dan dia
bercadang untuk bermalam di banglow tersebut sekali lagi. Tidak mahu Wak
terkejut pula nanti tiba-tiba ada penghuni tidak diundang berada di dalam banglow. Yang paling penting ialah untuk meminta Wak
membuka pintu pagar. Karl memang mempunyai satu set kunci rumah termasuk kunci
pagar, tetapi jika sudah ada orang yang membukanya alangkah baik, tidak perlu
dia keluar dari kereta. Cadangnya akan kembali ke banglow tersebut selepas
Isyak nanti, silap-silap selepas taraweh. Tengoklah, jika tidak ada perubahan,
itulah rancangannya.
Setelah penat berkemas
keliling rumah, Tok Pa dan Karl duduk d ipangkin yang memang ada di bawah
pokok cempedak.
“Penat Karl” tanya Tok sambil
mengipas-ngipas mukanya dengan topi kowboy.
“Tak adalah Tok..penat sikit
aje.., sebab puasa kut..” jawab Karl sambil tersengeh.
Tok Pa juga tersenyum melihat
muka anak muda yang berada disebelahnya, cucu kawan rapatnya. Iras Ben
terserlah apabila Karl tersenyum. Generasi ketiga orang puteh, darah Tuan
Cunningham masih kuat mengalir di tubuh anak muda ini.
“Bukan main sedap bau masakan
orang dalam rumah tu Tok..” komen Karl apabila terhidu masakan yang disediakan
oleh Erin dan Wan Jie. Aroma yang dibawa angin laut, sampai ke pangkin, di
mana mereka duduk.
“Hemmm..
jangan harap bau aje sedap, rasa belum tentu lagi..” Tok Pa mengusik, jangan
Erin terdengar sudah, nanti merajuk pula dan terus tidak mahu belajar memasak.
“Itu yang saya takut tu..Tok..”
Karl pula menokok tambah, turut tersenyum.
Pasal jadi nasi tambah memang dia
pandai.
“Wan ada bantu.. semua sedap tu
nanti..” Tok Pa menyakinkan Karl bahawa perkara yang tidak diingini tidak akan
terjadi kerana Wan Jie ada memantau di dapur.
“Harap-harap macamm tu la tok..” jelas Karl masih
dalam keadaan tersenyum.
Rasanya
cukuplah berkemas sambil beriadah untuk hari ini. Mereka mahu membersihkan diri
dan bersolat asar. Kali ini asar tidak dapat ditunaikan di masjid kerana sudah
lama azan berkumandang, solat ditunaikan di rumah sahaja.
Karl
melintas dapur sebelum kebilik air, dilihat Erin sedang sebok menumbuk cili
padi, menu pertama – ayam masak lemak cili padi.
“Serious
nampak” Karl menegur Erin yang memang nampak serious menumbuk cili padi di lesung
batu, bukan main jauh jaraknya dengan lesung. Takut betul dia terkena percikan cili padi.
“Sorry .. cannot talk right now..k” laju menjawab dan meneruskan hentakan lesong
batu. Irama lain macam sahaja bunyinya. Karl cebik muka, baru menumbukpun tidak
boleh diganggu.
Wan Jie
hanya mendiamkan diri, tekun membersihkan ayam di sinki, walaupun menyedari
perbualan kedua-dua cucunya.
Waktu
berbuka hanya tinggal kurang dari 1 jam. Makngah baru sahaja sampai kerana
menghantar kueh lompat tikam yang telah disediakannya. Memang menjadi amalannya menghantar sebarang
juadah yang disediakan untuk keluarganya dihantar juga kepada kedua ibubapanya.
Dia tidak mengetahui Erin ada pulang untuk membantu Wan Jie bersama Karl. Lega
hatinya sekurang-kurangnya minggu ini Erin ada meneman datuk dan neneknya.
Erin
membelek kueh yang baru dihulur kepadanya. Di dalam bekas plastik, kelihatan kueh yang di bawahnya berwarna hijau
dan berlapis di atas dengan lapisan tepung berwarna puteh. Sebotol kecil air
gula melaka juga dibekalkan.
“Apa nama
kueh yang makngah hantar ni?..” tanya Erin seperti tidak percaya nama baru baru
disebut makngah.
Berjalan ke peti sejuk untuk
menyimpan piring yang berisi kuih lompat tikam tersebut.
“Kuih
lompat tikam.. kenapa Rin tanya?” tanya makngah, hairan.
Hairan
pula makngah, Erin seperti tidak pernah mendengar nama kueh tersebut. Ganjil betul namanya.
“Makngah, kenapa pulak nama kueh
tu lompat tikam ya?.. brutal betul namanya.. Lompat lepas tu… Tikam..” muka Erin berkerut,
menyebut lompat tikam beberapa kali.
“Entah, makngah pun tak tahu
macammana kuih dapat nama macam tu.. nama kueh itu memang ngeri, tapi rasanya
sedap.. Tok Pa suka kuih tu.. sebab tu lah makngah hantar sini, teringatkan Tok
Pa..” jelas maknagah.
Erin hanya mengangguk kepalanya.
Makngah Suzana berjalan menuju keluar, mencari abahnya, Tok Pa di kebun. Tanpa
mengetahui Tok Pa sudah berada di dalam rumah kerana menunaikan solat Asar.
****
Selesai masak, Erin telah
menghidangkan semua makanan di atas meja, Tok Pa, Wan Jie, Erin dan Karl sudah
sedia menunggu laungan azan menandakan masuknya waktu maghrib dan juga tanda
untuk semua umat Islam berbuka puasa. Wah! Nampak berselera lauk-lauk yang
terhidang di atas meja.
“Nampak sahaja sedap, rasa belum
tahu lagi“ bisik hati kecil Karl.
Pertama
kali akan menjamah masakan dari air tangan Erin.
Buah tamar menjadi makanan
pertama, dan segelas air cendul cincau soya. Tok Pa dan Wan Jie
berbuka dengan sebiji tamar dan segelas cincau soya. Mereka bersolat
Maghrib dahulu sebelum menjamah juadah yang lain. Karl sudah bersedia untuk
makan, tetapi apabila melihat tuan rumah bersolat Maghrib dahulu, dia ikut
serta, Erin juga. Tok
Pa menjadi imam, sungguh mendayu-dayu Tok Pa membaca ayat-ayat lazim sehingga
selesai solat. Mulanya Karl risau juga, manalah tahu, tiba-tiba Tok Pa meminta
dirinya menjadi iman.. hancus. Nasib baik Tok Pa tidak berniat demikian.
Selesai solat, semua menuju
semula ke meja makan untuk menekmati juadah yang telah disediakan oleh Erin dan
Wan Jie petang tadi.
Karl menyuap nasinya kemulut
perlahan seperti ragu-ragu, kemudian dikuncahnya perlahan.
.“Emm..
boleh tahan sedap juga lauk ni.. betul ke Erin yang masak atau dia tukang
potong-potong aje, Wan?” tanya Karl kepada Wan, sambil mengenyit matanya ke arah
Erin, seperti tidak percaya masakan yang baru ditelannya adalah hasil dari
tangan Erin.
Erin mencebik, macamlah dia tidak
pernah ke dapur… see the leg kawan..
“Be..tul.. Erin yang masak, Wan
tengok-tengokkan aje” jawab Wan.
Mata Erin memandang ke siling
sambil mencebekkan mukanya seolah-olah memberitahu Karl.. ingat apa! Anakdara
ni tak reti masak ke? Reaksi Karl masih dengan muka kurang percaya. Ini baru sikit sahaja talent yang dia
tunjukkan, belum lagi talent yang lain-lain, speghati bolognese, makoroni
carbonara dia belum rasa lagi tu. Dia tidak tahu, Erin memang selalu memasak,
mama selalu mengajaknya memasak. Anak-anak perempuan keluarga Wan Jie semua
pakar memasak, jadi tidak hairanlah jika cucu-cucunya juga pandai memasak. Ke mana
lagi tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Ewah!!
Sebelum masuk waktu Isyak, Tok Pa
mempelawa Karl berterawih di masjid. Karl sebenarnya penat, tetapi kerana Tok
Pa, digagahnya untuk bertaraweh. Untuk amal ibadah apalah salahnya. Erin
gembira dengan perubahan Karl, amal ibadah kena ikhlas, jangan dibuat kerana
sebab lain atau terpaksa.
Karl
memakai kain pelikat, berkemeja T dan memakai songkok kepunyaan Tok Pa. Erin tersenyum,
Karl
menghampiri “Kenapa senyum-senyum, anything
wrong?” Terbeliak matanya memandang Erin, ingin mengetahui apa yang
mencuit hati gadis itu kepadanya.
“Tak ada
apa apa?” jawab Erin pantas. Karl membelek-belek dirinya lagi, ragu jika ada
yang tidak kena membuat Erin tersenyum.
Sebenarnya
Erin rasa seperti kelakar sahaja, kerana Karl tidak biasa berkain pelikat. Tok Pa menoleh apabila
didapatinya Karl tidak berada di belakangnya.
“Karl nak ikut Tok ke tak ni? tanyanya.
“Ya.. Ya.. Tok , saya datang ni..Erin tu ketawakan saya.. entah sebab
apa? sayapun tak tahu? ” Karl terus berlari-lari anak mendapatkan Tok Pa menuju
ke keretanya. Menoleh ke belakang sebelum memasuki kereta, melihat Erin masih
tercegat berdiri di depan beranda, menyerigai, melihat lebai Mikhail.
Jika Karl tidak mengikutnya, Tok Pa hanya akan
berjalan kaki sahaja, dalam 10 minit perjalanan. Memang Tok Pa menganggap Karl
sebagai cucunya juga kerana Ben, datuk Karl adalah kawan baiknya suatu ketika
dahulu.
Sementara mereka di masjid, Erin
telah membekalkan sedikit lauk untuk Karl bersahor nanti, siap dengan nasi
sekali. Itupun, jika dia berani bangun bersendirian untuk bersahur yang mana
Erin sangkal, silap haribulan dia tidak keluar dari biliknya sehingga siang. Tahu-tahu
sudah muncul di depan pintu pagar rumah Wan Jie seperti bulan lalu. Erin
percaya kejadian yang sama pasti berlaku malam ini. Erin tersenyum mengenangkan
peristiwa tersebut.
Hampir
jam 10.00 malam Tok Pa dan Karl sampai ke rumah. Karl meminta diri untuk ke
rumah banglow, risau juga dia, kalau lewat sangat nanti. Tambahan pula malam
ini bulan kecil dan cahayanya tidak seterang bulan penuh, kerana awal ramadhan.
Sedangkan bukan masalah bulan kecil atau bulan penuh, itu bukan alasan
yang kukuh sebenarnya. Jika sudah penakut tu, bulan terang benderang pun
takut juga.
"This time kena berani tau? fighting!" kata Erin, mengikut trend
kata-kata dari drama Korea. Siap
mengoyangkan genggaman tangannya.
Karl hanya mencebek dari dalam
keretanya.
Dalam hati menjawab " Ya.. kung
fu panda fighting..." dengan sengeh.
Erin menutup pintu pagar sebaik
sahaja kereta Karl beredar. Yakin sahaja nampaknya Karl malam ini. Insyallah, perkara bulan lepas tidak akan berulang. Betulkah?
Bab 25
Alhamdulillah
Erin dapat tidur lena sehingga waktu sahur
Terkenang pula dia Karl yang pasti tidak berani untuk bersahur
sendirian.
“Bangun ke tidak budak sorang tu..” memulakan cerita di depan Tok Pa dan
Wan Jie. Semua makanan sudah dipanaskan, hanya menunggu untuk
dijamu. Entah kenapa tiba-tiba teringatkan si dia.
“Siapa” tanya Wan ingin tahu.
“Karl”
jawab Erin pendek.
“Eh ha..
kesihan Wan .. dia sorang.-sorang, cuba Erin telefon dia, kalau hendak sahur
sama, waktu panjang lagi ni, sempat lagi kalau dia nak datang…” Kata Wan Jie.
Tok Pa tidak memberi apa-apa halangan.
“Biarkanlah Wan, kalau dia hendak datang,
tentu dia dah call Erin macam bulan lepas tu” kata Erin, tetapi sebenarnya
hatinya juga kasihan memikirkan Karl.
Di mulut kata
lain, tetapi di hati kata yang lain.
Akhirnya dia mencuci
tangan dan berhenti makan, makanannya tersisa di dalam pinggan. Mencapai
telefonnya dan menghantar pesanan ringkas sahaja. Jika dia tersedar tentu dia
membalasnya, jika telefon mungkin akan mengganggu tidurnya yang entah-entah dia
masih lena. Tidak disangka cepat
sahaja Erin mendapat balasan. Dah bangun
rupanya mamat tu dan bersahor sendirian. Erin tarik nafas lega. Apa yang
difikirkannya tidak berlaku. Skrin telefon dengan pesanan ringkas dari karl
dibaca.
“I dah ada depan
gate!” Erin tertawa kecil, rupanya Karl sudah berada di depan pintu pagar,
hanya menunggu lampu rumah Tok Pa menyala.
"Kenapa
Rin.. okey ke budak tu kat rumah tu.?." tanya Wan Jie, cemas, tambah pula
apabila melihat Erin tertawa .
"Ah.ah
Rin.. kenapa dengan budak Karl tu.." sampuk Tok Pa.
"Memang
tak okey langsung..Dia dah ada kat depan.." jawab Erin dan terus berjalan
menuju kepintu depan.
“Astaqfillullahhillazim..”
dia tidur dalam kereta rupanya.. sah penakut..Erin ketawa kecil, Tok Pa dan
Wan Jie juga tertawa dan mengeleng-gelangkan kepala.
Karl
tidak menalefon Erin kerana dia sudah berjanji tidak mahu menggangunya. Dia
sudah berada di depan pintu pagar Wan Jie sejak 2 pagi kerana matanya masih
tidak boleh lelap. Perasaan yang sama
seperti ada orang memerhatinya. Walaupun kali ini tidak ada bunyi benda
berlari, tetapi perasaan takut masih ada.
“Karl oh Karl.. berat penyakitnya ni…” bisik
hari Erin sambil tersenyum.
Segera
dibuka pintu hadapan dan mencapai kunci pintu pagar. Erin tersenyum lebar
apabila keluar membuka pintu pagar untuk memberi laluan kereta Karl.
Karl
keluar dengan wajah yang seperti malu-malu. Jika begini bulan depan tak usah
datang, jika asyik hendak menyusahkan orang. Angin seluruh badan Erin
dibuatnya, tetapi kelakar ada juga.
“Sorry Erin, I still disturb
youkan.. but this time I tak call you. I
know, I promise not to call ..!” Karl menyedari tentang apa yang telah
dilakukannya. Erin buat muka. Kata tak mengganggu, yang dia buat
sekarang ni apa?
Erin
masuk meninggalkan Karl mengikutnya dari belakang, malas hendak melayannya.
Tetapi
Karl buat dek sahaja mengikut Erin dan terus duduk di meja, di mana Tok Pa dan
Wan Jie sudah menunggu.
Erin ke dapur
mengambil pinggan dan gelas untuk Karl. Karl tahu-tahu sahaja menyenduk nasi
dan makan seperti rumahnya sendiri. Erin
tersenyum melihat perbuatan Karl yang bersahaja, terus menyambung makan,
makanan yang masih tinggal dipinggannya perlahan dengan tujuan menemankan Karl
yang baru sahaja mula hendak menjamah makanan. Tok Pa dan Wan Jie sudah
selesai. Nasib baik Tok Pa dan Wan Jie sporting, jika tidak nasib badan kau
tidur dalam kereta malam ini.
Alasannya
yang sama seperti yang dikatakan, dia terasa dirinya diperhatikan, apabila Tok
Pa bertanya kenapa tidak mengejutkan mereka. Segan, jawabnya. Tok Pa mensarankan Karl mengaji al-Quran di
rumah banglow tersebut setiap kali pulang. Karl bersetuju dengan cadangan itu. Rumah
sudah berkurun ditinggalkan, memang ada penghuni lain.. heee.. buat seram aje.
Tapi kan bulan puasa? Hantu, syaitan dan sudah dirantai!
Rasanya
dia ingin mulakan pembacaan al-Quran pagi ini juga. Dengan penuh semangat. Yalah,
eloklah tu. Lagi cepat lagi bagus. Tok Pa membekalkannya Karl sebuah al-Quran
kecil yang diambilnya di dalam almari di tepi dinding. Tok Pa memang mempunyai
beberapa al-Quran kecil ini di dalam simpanannya.
Jangan
harapkan semangat sahaja yang lebih dan jangan al-Quran tersadai jadi perhiasan
pula!!
***
Selepas subuh Karl terus pulang semula
ke banglownya. Semangat membawa hendak memulakan pembacaan. Sesampai sahaja di banglow,
Karl memulakan mengaji al-Quran dari surah Al Baqarah, juz satu. Walaupun tidak
secekap mana, tetapi alhamdullah Karl dapat menghabiskan 5 muka surat. Bacaan
terputus-putus, nampak benar yang dia jarang mengaji. Tak kesahlah, janji baca
dan perlahan-lahan akan pandai. Jika perlu berguru, minta sahaja bantuan Wak.
Selesai mengaji dia berlegar-legar di dalam rumah. Kali ini dia rasa agak lega,
tidak seperti perasaannya semasa kunjungan pertama, sebulan yang lalu. Dia dapat rasakan, dia sudah mula
suka kepada banglow ini. Jika siang hari dia boleh bertahan, tetapi tidak pada
waktu malam. Perlahan-lahan, jika dia berterusan begini, rasanya dia tidak akan
mempunyai masalah sama siang atau malam untuk menginap di banglow ini kelak.
“Assalamulaikan Tuan..” suara Wak memberi salam
Janggal sungguh apabila Wak memanggilnya Tuan.
Tuan Muda.
“Mualaikumsalma Wak, apa hal?” tanya Karl, lalu
ditutupnya perlahan al-Quran di hadapannya.
“Hah, patutlah Wak dengar orang
mengaji.. Tuan Muda rupanya..”
“Baguslah, Tuan…” sambungya lagi. Karl hanya
sengeh.
“Tuan, Wak ke sini hendak tanya sikit” tanya
Wak.
“Apanya..” Karl tertunggu-tunggu
pertanyaan Wak.
“Cucunya Pak Tapa itu teman Tuan ya?”
“Siapa? Erin..” angguk Wak
“Ya.. teman satu pejabat..”
“Oh gitu..ingatkan teman istimewa” ujar Wak
sambil tersengeh. Dia harus berhati-hati bila bercakap dengan Tuan Muda, kena
ingat tu!
“Oh ya! Wak sedang mencari Boboy ni. Tuan ada
nampak Boboy tak?” tanya Wak lagi.
“Siapa Boboy tu Wak?” tanya
Karl hairan. Wak ada anak bernama Boboykah? Glamournya nama. Tercuit pula hati
Karl, ingin mengetahui anak Wak si Boboy.
“Kucing Wak..” jawab Wak.
“Ahh..kucing? Wak ada kucing. Tak nampak pulak saya! Saya ingatkan Boboy
tu anak Wak” jawab Karl.
“Hisy.. Tuan ni..”
“Itula! Bulan lepas masa Tuan pertama kali tidur sini, Tuan tak
dengar bising di dapurkah?“ tanya Wak. Karl terus terdiam.
Karl tidak sangka, Wak pun terdengar juga rupanya bunyi bising
tersebut. Ingatkan hanya dirinya berilusinasi?
“Kenapa Wak?” rasa ingin tahu menular, rupanya Wak juga
mendengarnya. Jadi dia bukan berilusinasi.
“Itu semua kerja Boboy..” terang Wak.
“Wak lupa nak beritahu. Malam tu Boboy terperangkap di dapur. Wak
hendak kejutkan Tuan, takut Tuan sudah tidur. Wak ingatkan Boboy dah keluar? Bila
Wak nampak periok tunggang langgang besoknya, baru Wak perasan, dia
terperangkap rupanya. Boboy memang selalu ikut Wak bila Wak bersihkan rumah ni”
ternganga Karl mendengar keterangan Wak Karmain. Laaaa....
“Apa yang Wak tak beritahu awal-awal yang Boboy selalu bersama Wak
masuk ke banglow sewaktu mengemas?” Karl bersuara.
“Wak ingatkan dia sudah keluar!”ulang
Wak.
Memang dia rasa bersalah. Karl jatuh
kasihan pula.
“Ni, entah ke mana dia. Tu yang Wak
nak pastikan dia tak ada dalam rumah..takut dia menganggu Tuan lagi..“ kata Wak
lagi.
“Ahh.. Wak tengoklah. Saya sudah
hendak bergerak pulang ni..lain kali saya datang lagi. Nanti saya telefon“ kata Karl. Hatinya lega, setelah
mengetahui kebenaran.
Membiarkan Wak mencari sendiri si Boboy.
Karl senyum sendiri, termalu. Dia penakut
rupanya. Nasib baik Wak tidak mengetahui yang dia cabut lari tengah malam
kerana seekor kucing. Tetapi sebenarnya rumah banglow tersebut memang seram.
Kehadiran Boboy hanya sebagai penyebab.
Baik sahaja cerita si Boboy tidak diceritakan
kepada Erin. Buat Erin pecah perut tertawakan dirinya apabila mengetahui Karl
cabut lari tengah malam hanya kerana Boboy si kucing rupanya yang punya angkara!
Selepas
sembahyang zohor, dia bertolak ke rumah Tok Pa untuk menjemput Erin. Erin sudah sedia menunggu
di beranda berbual dengan Wan Jie. Karl hanya memakir keretanya di luar dan
membuka sendiri pintu pagar, berjalan perlahan sambil tangan kanannya menyeluk
poket seluar jean lusuhnya menuju ke arah Erin dan Wan Jie, yang mana
memerhatikannya berjalan ke arah mereka.
Kacak
betul lelaki ini, tinggi lampai tersenyum berjalan perlahan menuju ke arah
mereka. Sesekali meraut rambut lurusnya
yang agak panjang ke belakang. Apabila sudah hampir Erin, perasan rambut halus
sudah mula tumbuh berterabur di mukanya.
Kenapalah lelaki ini tidak bercukur, namun dia nampak lebih matang
apabila membiarkan mukanya tidak terurus begitu. Mungkin terlupa membawa pisau pencukur
atau tidak berani melihat wajahnya di cermin sorang-sorang. Salah satu.. andaian
Erin.
“Semua okey ke Karl?” tanya Wan Jie
“Alhamdullillah
Wan, Karl rasa tenang sikit di rumah tu hari ini.. ” jawabnya apabila Wan
Jie bertanya kepadanya yang nampak agak ceria hari ini. Ceria kerana mengetahui
apa sebenarnya yang membuat dirinya takut. Matanya memandang Erin, dia ingin melihat reaksi Erin, dia tahu Erin
pasti tidak percaya kerana sudah dua kali dia cabut lari dari banglow itu,
berlagak tenang konon. Reaksi Erin,. dia hanya tersenyum dan matanya
memandang ke atas.. No Comment.
“Alamdullillah kalau macam tu,
yang penting Karl buat amalan mengaji Quran tu selalu..” kata Wan
Jie lagi, Diamengerti masalah anak muda itu. Karl angguk.
“Insyallah
Wan..” jawab Karl, tetapi sebenarnya dia agak geram melihat Erin kerana tidak
memberikannya kata-kata peransang seperti yang Wan Jie luahkan, malah
seakan-akan mengejeknya..nanti kau Erin!
Kesah si
Boboy, biarkan sahaja menjadi rahsia antara Wak dan dirinya.
Minggu
ini mereka pulang awal ke Kuala Lumpur kerana bulan puasa. Jika diikutkan hati
mahu sahaja Karl pulang ke banglow tersebut setiap minggu, tetapi mahukah Erin
menemannya setiap minggu? Karl juga sudah berangan-angan hendak membuat
perubahan beraya pada tahun ini. Jika tahun yang sudah-sudah dia hanya beraya
di rumahnya di Bukit Tengku atau bersama kawan-kawannya, tetapi tahun ini mahu
rasanya dia beraya di rumah banglow tersebut. Tetapi siapalah yang hendak
mengunjunginya? Macammana kalau pujuk Papa dan Mama, mahukah mereka membuat
perubahan ini!
Belum
cuba belum tahu, Karl nekat hendak bertanya.
Mulakan
dengan Bismillahhirrahmanirrahim....
No comments:
Post a Comment