Monday 4 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 16 dan 17


Bab 16

 “Nak abang tolong apa?” tanya Johan sebaik sahaja meletak Rissa di atas hamparan bayi.

Berat juga sebenarnya mulut Johan hendak bertanya kepada si isteri yang sedang merajuk. Hendak buat macammana? Sudah musim angin timur laut..berangin selalu. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mulakan. Jika diharapkan si isteri, tentunya menayangkan mukanya yang kelat sahaja. Buat hilang mood!

“Abang nak tolong apa ni..?” ulang Johan.