Bab 16
Berat juga sebenarnya mulut Johan hendak
bertanya kepada si isteri yang sedang merajuk. Hendak buat macammana? Sudah
musim angin timur laut..berangin selalu. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mulakan.
Jika diharapkan si isteri, tentunya menayangkan mukanya yang kelat sahaja. Buat
hilang mood!
“Abang nak tolong apa ni..?” ulang
Johan.
Johan ingin membantu isterinya
menyediakan makan malam seperti yang dijanjikan. Dapur Dr. Johan berasap
semula. Malam ini bukan maggi night seperti malam-malam selalu
sejak beberapa bulan kebelakangan. Didinya sudah perlahan-lahan kembali. Cuma tadinya merajuk apabila isu tambah
cawangan di timbulkan. Dia sendiri yang membuka cerita, dia sendiri juga tidak
tahan dengan jawapan yang diterima. Perempuan..perempuan...
“Abang ada
pasang niat kat Mona tu ke?” akhirnya Didi bersuara.
Tidak habis lagi cerita kesah si Mona
rupanya. Didi masih membangkitkan cerita yang belum ada penghujungnya. Masih dengan kesah si Mona menjawab telefon di rumah
ibu mertuanya. Didi juga ingin penjelasan dari Johan dengan perkataan “izin”
sebentar tadi.
Terus
tangan Johan melengkar di bahu Didi yang sedang mencuci ayam.
“Tak adalaaaah,
pasal minta izin Didi tu abang gurau aje..Didi sorang pun abang tak terjaga..nak
mampus nak tambah lagi satu. Mahu kurus kering abang ni.. ”jawab Johan,
berharap dengan jawapannya itu, melegakan hati si isteri.
“Iyalah tu..?”
kata Didi. Bila sudah di beri jawapan, tetapi masih tidak mahu percaya.
Hendak
jawapan yang bagaimana agaknya ya?
“Yaaa..sampai
hati Sayang tak percaya abang”
“Kalau
mummy paksa? Manalah tahu dia masih nak impian si Mona jadi menantu dalam rumah
tu menjadi kenyataan?”jelas Didi.
“Siapa yang
nak kahwin? Mummy ke anak dia? Dahlah tu.. kita cerita lain lah! Buat
abang hilang selera aje, bak mari ayam tu abang tolong gorengkan..Didi prepare
sayur..” terus sahaja Johan mengambil ayam di dalam penapis dan melumurkannya
bersama garam dan kunyit. Didi hanya menurut, betul juga kata Johan, siapa yang
hendak kahwin? Dari pengakuan si suami, memang Mona tidak ada peluang. Lega
sedikit hati Didi.
Kenapa hendak dibesarkan perkara yang
tidak tentu hujung pangkal. Semua main serkap jarang sahaja. Apa yang hendak
dikesahkan. Yang nyata, sudah lima tahun Johan memang sah suaminya, hendak
pertikaikan apa lagi? Didi sudah mampu tersenyum.
“Didi minta maaf” terdengar suara Didi
yang cukup perlahan. Namun cukup jelas Johan dengar. Jadilah, perlahanpun janji
perkataan keramat “Maaf” tu dapat didengarnya. Johan senyum. Sedarkan
kesalahannya yang main tuduh-tuduh.
“Abang maafkan.. “ jawab Johan di dalam
hati, tidak terluah.
Macammanapun Johan berterima kasih
kepada Mona gedik, kerana kemunculannya menyedarkan Didi yang hampir menyimpang
jauh. Juga kesedaran pada dirinya, yang baru hendak berura-ura membuat
perhitungan untuk satu perubahan.
Kesah Mona akan cuba di selesaikan.
Kesah Eli,
kena KIV dulu.
Kesah
isteri yang baru sedar, perlu di beri perhatian akan tidak menyimpang semula.
Akhirnya
siap makan malam mereka yang di masak bersama dengan kasih sayang. Nasib
baik tidak panjang rajuk Didi. Masak main campak-campak, ayam masak kicap
bersama sayur campur dan telur dadar. Syukur alhamdullillah. Bagi Johan, dia tidak
berkira sangat soal apa lauk yang dimasak, asalkan bukan maggi.
Yang paling utama, Didinya yang dia
kenal sudah kembali.
Didinya yang manja.
Didinya yang suka merajuk.
Didi yang pandai melayannya dan Didinya yang pandai mengoda.
Welcome
back my darling Didi.
***
Bab 17
Hujung minggu kali ini off day bagi
Johan. Dia mengajak
Didi ke rumah mummy selepas makan tengahari. Didi hanya menurut. Sudah lama
juga tidak menjengok kedua orang tua itu di banglow mereka. Asyik mereka sahaja
yang bertandang ke rumah Johan. Mereka
datang untuk menjengok Rissa, hampir
setiap minggu mereka muncul.
Kali
terakhir pulang ke banglow mummy sewaktu Rissa berusia tiga bulan. Kini Rissa
sudah masuk lima bulan. Memang ada hajat mereka untuk menjengok
kedua orang tua itu, tetapi yang selebihnya hendak mengetahui apa yang
sebenarnya berlaku.
Persoalan
utama, “Kenapa Mona berada di rumah tersebut”. Jeng..jeng..jeng.
Tenang
sahaja Johan keluar dari kereta sambil menjinjing beg keperluan Rissa, menuju
ke arah mummy duduk santai di gazebo di
hujung banglow. Dikuti Didi yang mengendung Rissa.
“Apa khabar
mummy..”
“Alhamdullillah…Rissa.
Mari kat wan mummy!.” sambil mendepa tangan ingin mendukung Rissa.
Segera Didi
hulurkan Rissa kepada mertuanya. Mummy
nampak ceria bermain bersama Rissa. Walaupun hanya cucu angkat, tetapi dia
tetap menyayangi seperti cucunya sendiri. Bayi, siapa tidak suka bayi.. memang
insan yang di panggil bayi akan di senangi oleh semua orang. Bayi, baby, bukan
bai yang bertoncet.. ah!
“Ahh.. dari
mana kau orang ni?” tiba-tiba papa muncul dan bersuara.
“Dari rumah,
Pa..asyik Pa dan mummy aje ke rumah kami, tu yang kami pulak ke sini..” jawab
Johan.
“Clinic siapa duty…?” tanya papa,
sekadar ingin tahu, bukan dia mahu tahu sangatpun.
“Becky pa..Johan dah lama tak off.. ni
yang ambil peluang datang, bila dapat weekend off ..” ulas Johan.
“Hah.. next time kalau off day lagi,
boleh teman papa main golf..dah gatal tangan nak hajun club. Macam minggu ni,
tak ada kaki. Nak pukul sorang-sorang tak best pulak..ramai member yang sebok
memanjang…” sambil papa menunjukkan tangannya yang ibarat memegang kayu golf.
“Yalah.. insyallah, nanti Joe aturkan..
tapi papa tahu ajelah Joe tak pandai sangat main golf .. asyik keluar dari
fairway aje.. lepas tu penat kutip bola aje jawabnya.. Birdie ke bogey ke hapah
pun tak dapat..Joe lebih suka main tennis. Senang, main pukul aje bola yang
datang. Tak perlu fikir arah angin, nak cari arah green. Yang susahnya nak cari
lubang kecil tu..” omel Johan.
“Ala.. senang aje, sambil lenggang
kangkongpun boleh pukul bola kat tee-off..orang muda bolehlah main tennis.
Orang tua macam papa ni, golf ajelah riadah yang baik..tennis, mahu penat mummy
urut papa setiap kali game. Silap-silap
Papa tanggung sakit pinggang sorang-sorang..” Johan dan Darus tertawa.
“Abang… saya dengar, kutuk saya ya?”
terdengar suara mummy. Dia mendengar rupanya.
Papa dan Johan menyambung ketawa mereka.
“Mummy tak prepare apapun.. yang kau orang datang mengejut aje, manalah mummy tahu..?”
kata
mummy dengan Rissa masih dikelek.
“Ala mummy, bukannya perlu prepare
apa-apapun, saja kita orang nak jengok mummy dan papa aje..” jawab Didi.
Tujuan
utama, tunggu-tunggu dulu. Soalan itu pasti akan dibangkitkan.
Sabar..
“Jomlah masuk.. tengok apa yang ada. Tak
silap mummy tadi Leha cakap nak sediakan keledek goreng untuk tea. Keledek yang
Papa beli kat …kat mana bang?” tanya mummy kepada papa.
“Keledek Jepun, beli kat Giant…keledek
isi kuning tu..” jawab papa.
“Leha!! Keledek tu dah goreng ke?” jerit
mummy dari jauh, belumpun masuk ke dapur dia sudah bersuara.
“Sedang
goreng, puan. Kejap lagi siap..” jawab Kak Leha, juga dengan nada suara yang
agak tinggi supaya majikannya mendengar jawapannya dengan jelas.
“Ahhh..
kejap lagi. Marilah duduk-duduk .. cerita-cerita dulu” kata papa.
“By
the way, teringat papa. Dua hari lepas uncle Megat sekeluarga datang sini”
Johan dan Didi sudah membatu, ingin mendengar apa kesah selanjutnya, bunyi
macam seronok sahaja, gaya papa Darus bercerita. Aduh! papa pun, straight to
the pointlah! Tak perlu berbunga-bunga.
“Dia orang datang..ahhh.. dah siappun
keledek gorengnya..mari kita makan. Makan panas-panas ni sedap..”kata papa.
“Ya, papa memang sedap. Tapi cerita yang
tergantung yang perlukan jawapan tu lagi sedap!” bisik Didi di dalam hati.
“Kat mana papa tadi?” tanya papa Darus.
Bila dapat keledek goreng terus lupa,
apa yang dia ceritakan.
“Oh ya..mereka nak beritahu yang mereka
nak dapat menantu, nak nikahkan si Mona tu. Bakal suami Mona tu orang keturunan
arab.. arab Tunisia tak silap pa. Betulkan Ja. Si Omar tu dari Tunisia?” mummy
hanya angguk.
Didi senyum, apabila papa Darus
memanggil ibu mertuanya dengan nama Ja, singkatan dari Manja. Bukan main lagi
nama gelaran Mummy..”Manja”.
“Papa
tengok Mona, biasa aje macam selalu. Tak pakai tudungpun. Agaknya sebab tugas dia tak membenarkan dia pakai tudung.
Macammanapun kahwin juga
akhirnya budak tu…dapat laki orang Arab lagi..” sambung papa lagi.
Didi
menarik nafas lega. Terjawab persoalannya, tanpa perlu menzahirkannya. Papa
seperti tahu-tahu sahaja apa sebenarnya kunjungan mereka. Johan memandang ke arah
Didi dengan senyum, sambil angkat kening lagi. Didi tidak perlu ragu lagi
dengan Mona. Kehadiran Mona di rumah banglow Papa Darus, bersebab rupanya.
Ingin menjemput ke walimatul urus dirinya.
Memang
perkahwinan Mona, tetapi bukan dengan anak lelaki mummy. Tetapi
dengan lelaki arab entah mana dia jumpa. Bertugas di merata dunia, London,
Paris, New York, Rome, namun lelaki arab akhirnya dia berjodoh. Ke mana agaknya
dicampak mat saleh Perancis yang dia gila-gilakan dulu!. Dia kena tinggal oleh
si mat saleh tersebut atau Mona sendiri yang sudah jemu menunggu bertahun-tahun
namun tidak juga ada ikatan yang pasti. Tak tahulah who dumped who?
Aaahh..tak kesahlah, yang penting nama
Mona sudah boleh dipangkah dari senarai yang mengganggu di fikirannya.
Nama Tracy si perempuan Sarawak memang
sudah lama di pangkah, mulai hari ini, nama Mona si perempuan gedik juga sudah
boleh di ucapkan selamat tinggal. Adios Mona!.
Didi rasa selamat, dia sudah tidak rasa
tergugat atau risau Johan akan curang kepadanya. Sudah tidak ada nama-nama lain
yang perlu difikirkan lagi. Betulkah?
Didi tidak mengetahui ada satu nama lagi
yang belum muncul di dalam kepalanya. Masih selamat di simpan hanya di dalam
kepala Johan. Nama itu ialah Puteri
Eliya Suraya!!
No comments:
Post a Comment