BAB 59
Mama Mysha dan Papa Hamzah sudah lama pulang. Karl
juga sudah terlena entah berapa jam, selepas pemeriksaan terakhir dari Dr.
Logan, dua jam yang lalu. Jam tangan diintai, sudah menunjukkan 1 pagi. Bolehkan
terlena duduk di atas kerusi dan kepala terlentok di atas katil dengan tangan
memegang tangan kanan Erin. Sejuk betul bilik itu, segera Karl ke dinding yang
terlekat controller penghawa dingin, suhu di naikkan ke angka 22 daripada angka
18.
Erin masih tidak bergerak, masih seperti patung
mannequin. Tangan menutup mulut yang menguap,