Bab 58
Berjalan perlahan dia meninggalkan bilik Dr. Logan.
Mata Dr. Logan masih tidak lepas memandang pergerakan anak muda malang itu meninggalkan
biliknya dengan penuh harapan. Pandai bermotivasi doktor ini, mampu orang yang
sudah putus harapan untuk hidup, mahu terus hidup seribu tahun lagi.
Karl melangkah laju menuju ke bilik ICU. Di
jenguknya ke bilik di mana Erin ditinggalkan tadi, tetapi tubuh badan orang
yang di cari sudah tiada. Karl panic lagi, muka sudah pucat. Terus Karl ke
kaunter tengah bertanyakan di mana isterinya berada sekarang?
No comments:
Post a Comment