Bab 18
“Noni, masuk sekejap..bawa buku registry
hari ini sekali” bunyi suara Dr. Johan melalui intercom kepada Noni, kerani di kaunter
hadapan.
Terkocoh-kocoh
sahaja gadis berkulit kuning langsat itu bangun dan terus menuju ke bilik
Johan. Boss handsome panggil, kena cepat. Pintu diketuk perlahan, tanpa perlu
mendapat kebenaran terus menolak daun pintu. Mata menala ke arah doktor muda
yang juga memandang ke arahnya berdiri tegak menunggu arahan.
“Ada berapa
ramai lagi patient untuk saya petang ni…?” tanya Johan. Dalam lembaut ada nada
tegas, dengan pekerja kena act profesional.