Bab 8
Nani angkat
keningnya ke arah Tok Ma dengan siap muncung mulut menala ke arah si budak
perempuan yang sedang beranggan. Teruk juga rupanya cinta monyet ni kan!
Persoalannya pandaikah si monyet bercinta? Tidak pasal-pasal kena pinjam nama
untuk dijadikan perumpamaan. Versi orang putih lagi teruk “puppy love”. Apa
tahunya si anak anjing selain dari makan,
tidur dan main. Memandangkan darah Kerry separuh Asia dan separuh
Eropah, bagaimana agaknya campuran monyet dan anjing… cinta monjing kut!
Tok Ma hanya cebek
muka dan dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerakan bibir yang memberitahu
si Nani bahawa budak perempuan itu
sedang anggau. Sporting juga Tok Mama.
Nani pula
bertanya dengan bahasa bisikan juga, “Kenapa”
“Nani tanya dia
sendirilah..”jawab Tok ma,