Saturday 25 March 2017

Antara Dara, Layla dan Juliet - Bab 8





Bab 8

Nani angkat keningnya ke arah Tok Ma dengan siap muncung mulut menala ke arah si budak perempuan yang sedang beranggan. Teruk juga rupanya cinta monyet ni kan! Persoalannya pandaikah si monyet bercinta? Tidak pasal-pasal kena pinjam nama untuk dijadikan perumpamaan. Versi orang putih lagi teruk “puppy love”. Apa tahunya si anak anjing selain dari makan,  tidur dan main. Memandangkan darah Kerry separuh Asia dan separuh Eropah, bagaimana agaknya campuran monyet dan anjing… cinta monjing kut!

Tok Ma hanya cebek muka dan dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerakan bibir yang memberitahu si  Nani bahawa budak perempuan itu sedang anggau. Sporting juga Tok Mama.
Nani pula bertanya dengan bahasa bisikan juga, “Kenapa”
“Nani tanya dia sendirilah..”jawab Tok ma,

Hampas betul jawapan Tok Ma, tidak membantu langsung.
Tok Ma ketawa kecil, menyedari yang dirinyapun sudah terikut-ikut menjadi budak-budak. Ikut rentak anak remaja itu buat dia perasan berumur sebaya mereka.
“Hai” tegur Nani, pendek sahaja seraya mengangkat tangan, itupun sepantas kilat, tangan dijatuhkan semula.
Sekurang-kurangnya dia memberitahu akan kehadirannya dan dia buat-buat tidak tahu yang si kawan sedang in love
“Hai” jawab Kerry tanpa memandang ke arah Nani.
Nani mara setapak mendekati Kerry, kemudian langkah kedua dan ketiga.
Sengaja Kerry berlakun bagaikan tiada apa-apa yang berlaku, namun drama tidak menjadi. Ketara sangat nampaknya dia menyembunyikan sesuatu.
Buku “Uda dan Dara” hanya di belek sahaja.
“Plap! Plap!...” buku sehelai  demi selehai buku diselak. Namun tidak sebarispun dia baca.
Kini Nani betul-betul di sisi di Kerry. 
Nani ingin bertanya kesah semalam.  Nani kurang mengerti pergerakan bibir Tok Ma.Tentu Kerry sudah jumpa apa yang dicarinya, atau ada peristiwa yang lebih menarik telah berlaku.
“Hemmm, ini cerita best ni!” bisik hati si Nani.
Nani memandang ke arah Tok Ma yang kerut muka dan mengelengkan kepala,
Apa maksud sebenarnya? Mungkin Tok Ma mahu menyampaikan sesuatu.
Mungkin jangan ditanya hal semalam.
Tentu ada kes ni! Kes tragedy. Ini membuat naluri Nani membuak-buak ingin tahu.
“Macammana?” tanya Nani.
Satu perkataan yang boleh ditafsirkan dengan banyak makna.
“Macammana apa? “ soal Kerry
“Macammana awaklah! Semalam, hari ini..” jawab Nani
“Hemmm…”
“Semalam ?” tanya Kerry kepada soalan Nani.  Nani angguk laju. Mengharap jangan si kawan berkongsi  cerita, bukan asyik bertanya soalan.
“I found what I’m looking for, but… orang lain kebas dulu”kata Kerry dengan bahasa rojaknya.
“Tapi aku jumpa benda yang lebih baik dari yang aku cari!” sambung Kerry
“Amboi-amboi kawan aku ni.. apa dia?”tanya Nani bagaikan tidak sabar.
“I met this boy, I kind of admire.. so so  “ jawab Kerry berterus terang sambil menggoyang kedua tangannya apabila menyebut “so” yang bermaksud lebih kurang. Sedangkan sebenarnya “lebih” mengatasi “kurang”
“Best ni.. tell me more” tanya Nani yang terikut-ikut dengan bahasa rojak si kawan.
Kerry jueh bibirnya… Naa
Mungkin baru terfikir yang perkara perjumpaan tersebut sepatutnya dirahsiakan dahulu. Gabra dan tidak sabar membuat Kerry rasa menyesal pula. Entahkan ada entahkan tidak pertemuan kedua, sedangkan dia sudah memukul canang seluruh dunia yang dia sudah ada kawan baru. Kawan berlainan gender yang mampu memberhentikan jantungnya sesaat.
Kawan baru yang mampu membuat dia menelan air liur sebesar guli. Kawan baru yang mampu membuat dia beralah. Lagi satu ahhhh… kerana namanya, nama glamour “kent”, nama yang mampu memadamkan nama hero imaginasinya “Abang Uda”.
Hebat sungguh penangan si kawan baru ini.
Heemmm Kerry
Sudah tidak berguna untuk merahsiakannya lagi.
Teruskan aje bercerita, Nani tunggu tu! 

1 comment:

Rose Ezadora said...

Sesiapa yg singgah dapat kiranya mencoret sepatah dua di ruang ini