Bab 8
Nani angkat
keningnya ke arah Tok Ma dengan siap muncung mulut menala ke arah si budak
perempuan yang sedang beranggan. Teruk juga rupanya cinta monyet ni kan!
Persoalannya pandaikah si monyet bercinta? Tidak pasal-pasal kena pinjam nama
untuk dijadikan perumpamaan. Versi orang putih lagi teruk “puppy love”. Apa
tahunya si anak anjing selain dari makan,
tidur dan main. Memandangkan darah Kerry separuh Asia dan separuh
Eropah, bagaimana agaknya campuran monyet dan anjing… cinta monjing kut!
Tok Ma hanya cebek
muka dan dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerakan bibir yang memberitahu
si Nani bahawa budak perempuan itu
sedang anggau. Sporting juga Tok Mama.
Nani pula
bertanya dengan bahasa bisikan juga, “Kenapa”
“Nani tanya dia
sendirilah..”jawab Tok ma,
Hampas betul jawapan Tok Ma, tidak
membantu langsung.
Tok Ma ketawa kecil, menyedari yang
dirinyapun sudah terikut-ikut menjadi budak-budak. Ikut rentak anak remaja itu
buat dia perasan berumur sebaya mereka.
“Hai” tegur Nani, pendek sahaja
seraya mengangkat tangan, itupun sepantas kilat, tangan dijatuhkan semula.
Sekurang-kurangnya dia memberitahu
akan kehadirannya dan dia buat-buat tidak tahu yang si kawan sedang in love
“Hai” jawab Kerry tanpa memandang
ke arah Nani.
Nani mara setapak mendekati Kerry, kemudian
langkah kedua dan ketiga.
Sengaja Kerry berlakun bagaikan
tiada apa-apa yang berlaku, namun drama tidak menjadi. Ketara sangat nampaknya
dia menyembunyikan sesuatu.
Buku “Uda dan Dara” hanya di belek
sahaja.
“Plap! Plap!...” buku sehelai demi selehai buku diselak. Namun tidak
sebarispun dia baca.
Kini Nani betul-betul di sisi di
Kerry.
Nani ingin bertanya kesah semalam. Nani kurang mengerti pergerakan bibir Tok Ma.Tentu
Kerry sudah jumpa apa yang dicarinya, atau ada peristiwa yang lebih menarik
telah berlaku.
“Hemmm, ini cerita best ni!” bisik
hati si Nani.
Nani memandang ke arah Tok Ma yang
kerut muka dan mengelengkan kepala,
Apa maksud sebenarnya? Mungkin Tok
Ma mahu menyampaikan sesuatu.
Mungkin jangan ditanya hal semalam.
Tentu ada kes ni! Kes tragedy. Ini
membuat naluri Nani membuak-buak ingin tahu.
“Macammana?” tanya Nani.
Satu perkataan
yang boleh ditafsirkan dengan banyak makna.
“Macammana apa?
“ soal Kerry
“Macammana
awaklah! Semalam, hari ini..” jawab Nani
“Hemmm…”
“Semalam ?”
tanya Kerry kepada soalan Nani. Nani
angguk laju. Mengharap jangan si kawan berkongsi cerita, bukan asyik bertanya soalan.
“I found what
I’m looking for, but… orang lain kebas dulu”kata Kerry dengan bahasa rojaknya.
“Tapi aku jumpa
benda yang lebih baik dari yang aku cari!” sambung Kerry
“Amboi-amboi
kawan aku ni.. apa dia?”tanya Nani bagaikan tidak sabar.
“I met this boy,
I kind of admire.. so so “ jawab Kerry
berterus terang sambil menggoyang kedua tangannya apabila menyebut “so” yang
bermaksud lebih kurang. Sedangkan sebenarnya “lebih” mengatasi “kurang”
“Best ni.. tell
me more” tanya Nani yang terikut-ikut dengan bahasa rojak si kawan.
Kerry jueh
bibirnya… Naa
Mungkin baru
terfikir yang perkara perjumpaan tersebut sepatutnya dirahsiakan dahulu. Gabra
dan tidak sabar membuat Kerry rasa menyesal pula. Entahkan ada entahkan tidak
pertemuan kedua, sedangkan dia sudah memukul canang seluruh dunia yang dia
sudah ada kawan baru. Kawan berlainan gender yang mampu memberhentikan
jantungnya sesaat.
Kawan baru yang
mampu membuat dia menelan air liur sebesar guli. Kawan baru yang mampu membuat
dia beralah. Lagi satu ahhhh… kerana namanya, nama glamour “kent”, nama yang mampu
memadamkan nama hero imaginasinya “Abang Uda”.
Hebat sungguh
penangan si kawan baru ini.
Heemmm Kerry
Sudah tidak
berguna untuk merahsiakannya lagi.
Teruskan aje
bercerita, Nani tunggu tu!
1 comment:
Sesiapa yg singgah dapat kiranya mencoret sepatah dua di ruang ini
Post a Comment