Sunday 13 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 36 - 39



BAB 36

Pendek sahaja taklimat yang diberikan oleh penganjur. Tidak sampai satu jam pun. Refreshment disediakan, finger food sahaja, tetapi mengenyangkan juga. Dengan mini pizza dan sandwiches tuna, air panas kopi, teh juga pelbagai juice buah-buahan. Erin sudah tidak mahu mengambil makan malam dan hanya berhasrat untuk sahaja berehat di biliknya.
Pertemuannya dengan Huzaimi petang tadi sedikit sebanyak menyesakkan dadanya, walaupun dia sudah berjaya melupakan lelaki itu, tetapi sedikit cemburu melihat kebahagiannya. Erin pernah