Erin mengadap komputer,
berkelip-kelip ikon, hanya menunggu untuk ditekan apa-apa abjad yang tidak
muncul-mucul. . Erin hilang punca, apa ayat yang hendak dimulakan.
“Ahh.. tak payah buat
ending tragedilah .. cukup dengan happy ending, sebab pembaca mengharapkan
happy ending“. getus Erin.
“Baik aje Rin baiki, ending
tu supaya lebih seronok lagi...“ Erin berbicara sendirian.
“Apa Rinbuat kat dapur ni.. dah tu.. duduk aje kat
sofa sana tu, kalau nak apa-apa beritahu mama atau si Marlyn tu..dah! pegi sana
..” kata arahan dari mama Mysha meminta Erin duduk sahaja di sofa di ruang tamu
dari sebok sama cuba membantu menyediakan makan tengahari.
Arahan keras, gaya seorang
queen control.
Ye ke?
Ingatkan mama Mysha seorang
gadis melayu terakhir, lemah lembut.. boleh buat papa Hamzah cair. Rupanya
tekaan Erin meleset, tegas juga rupanya dia!