Bab 4
Hanna
berjalan laju. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket jeketnya. Pagi
ini terasa luar biasa sejuknya. Dia sudah melihat ramalan cuaca sebelum keluar
tadi, 2 degree Celsius paling rendah dan 11 degree Celsius paling tinggi.
Rasanya waktu 2 degree itu adalah sekarang. Sarah disebelahnyapun sama
sepertinya, menyimpan kedua belah tangan didalam poket jeket masing-masing.
Tudung yang dililit kemas, sesekali beralun ditiup angin sejuk, terus menerpa
kewajah mereka yang tidak terlindung.
Glove kait benang bulu
memang ada tersimpan didalam beg galas yang ada dibelakangnya, tetapi malu pula
hendak Hanna guna. Nampaknya orang belum lagi mengguna glove kerana belum masuk
musim dingin. Nanti jadi perhatian orang pula jika Hanna seorang sahaja yang
sudah memakai glove. Nampak sangat orang Asia yang ini lebih-lebih, mengalahkan
orang Swiss. Hanna batalkan niat hendak memakai glove, nasiblah kau sejuk, malu
punya pasal.