Thursday 30 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 11


Bab 11

 Di pejabat Didi gelisah bagaikan kucing kehilangan anak. Serba tak kena. Di skrin computer Didi terbayang wajah Johan bersama perempuan-perempuan, sedang enak sahaja menjamu selera. Bila Didi membuka fail, wajah-wajah itu juga yang muncul. Apa sahaja yang Didi buat, tayangan yang sama tetap muncul. Sebenarnya, Didi yang mengulang tayang wajah-wajah itu difikirannya. Sekejap-sekejap menelek jam di pergelangan tangan. Rasanya waktu terlalu panjang. Mahu rasanya Didi memutar sendiri jarum jam agar cepat tiba waktu pulang. Sudah tidak sabar mendengar apa yang akan dijawab Johan kepada soalannya nanti.

 Didi pulang sebaik sahaja habis waktu bekerja, petang itupun kerana tidak berapa sebok. Kerja memang ada yang belum selesai, tetapi boleh sahaja dilakukannya dengan baik keesokkan harinya. Lebih baik dilakukan esok dari dia menghabiskan kerja tanpa berhati-hati kerana fikirannya dipenuhi dengan soalan yang bakal ditanya kepada suaminya. Petang ini Didi pulang pun tidak memberitahu Atirah seperti selalu. Namun Tirah faham, temannya sedang runsing. Dia tidak boleh berbuat apa-apa, ini melibatkan rumahtanga orang.

Saturday 25 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 10

Bab 10
 

“Dah siap” terkejut Atirah mendengar suara Didi yang tiba-tiba muncul didepan pintu. Tirah yang masih leka mengadap computer tidak perasan kehadiran Didi yang berdiri, siap dengan beg berselepang di pinggang. Kemana pulak makcik ni hendak pergi. Berkerut mukanya memandang Didi yang nampak hairan dengan memek muka Tirah.

Tirah menepuk dahi. “Sorry.. sorry, terlupa.. sebok updating benda ini…” sambil menolak beberapa helai kertas, hanya dia yang faham. Kemudian mata melihat jam tangan dilengan.

“Dah lunch time ke?” tanya Tirah.

“Belum, lagi 10 minit..” jawab Didi selamba.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 9


BAB 9

Johan membongkokkan dirinya, menunggu bola yang akan beralih masuk ke padangnya. “Kelepok“ bunyi bola yang di hantarnya kembali semula kepadanya, apabila Ilham menepis bola itu. Senada sahaja bunyi bola yang berpindah dari padang Johan ke padang Ilham dan kemudian kembali ke padang Johan. Sebiji bola yang sekejap di padang Ilham dan kemudian kembali di padang Johan dan seterusnya, berulang kali. Hanya bunyi kelepak dan kelepok sahaja bunyi bola tennis yang rancak di pukul oleh reket Johan dan Ilham.  Bukan selalu dua orang doktor ini dapat bertemu dan beriadah di hujung-hujung minggu. Memang jarang, jika dulu, dua orang sahabat ini sentiasa ada masa untuk satu sama lain, tetapi sejak masing sudah berkeluarga dan masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab dan berkeluarga, mereka memang jarang bertemu. Johan sebok dengan kliniknya, manakala Ilham sebok di dua hospital swasta yang dia berkhidmat. Selalu sahaja ada halangannya, walaupun pada hujung minggu. Hari ini mereka dapat bertemu dan mereka membalas dendam dengan memukul bola. Kelepak kelepuk sahaja bunyi yang kedengaran, berpeluh-peluh mereka menghayun reket. Pergerakannya tidak banyak, tetapi cuaca panas yang lebih menyumbang mereka untuk berpeluh.

Saturday 18 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 8


BAB 8
 
Merajuk sudah, menangis sudah, kena pujukpun sudah.. apa lagi hendak!.

Air mata Didi sudah kering. Perutpun sudah kenyang. Dalam merajuk, selera ada pulak. Kini hanya perlu melelapkan mata disebelah orang yang Didi sayang.

“Di.. tadi mummy telefon abang, dia minta kita ke sana hujung minggu ni, Johanna balik cuti” Johan memulakan bicara. Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya, Didi yang tadinya mengereng terus berpaling kearah Johan.

“Ah..Anne ada balik?” gembira sungguh dia. Jika Johan memeritahu akan kehadiran Anne adik iparnya, tentu Johan tidak payah susah payah hendak memujuknya.

Tuesday 14 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 7


BAB 7
Lupa mereka ada tetamu. Terlambat bangun! Kena leter emaklah nampaknya. Kalah dengan sang matahari yang cantik bersinar diufuk timur. Selalunya mereka sudah berjaga sewaktu matahari masih malu-malu bersinar. Tersasar pula pagi ini. Didi, menyegerakan subuh gajahnya. Johan digerakkan. Terbuntang mata Johan, dia juga terkejut. Tidak pernah-pernah dia bangun sebegitu lambat, jam 7 am. Ini semua gara-gara Didi yang tidak sudah sudah memberinya kerja lebih masa. Di Klinik kena buat overtime, dirumah juga ada overtime Namun dia riang, kerja lebih masa ini lebih baik dari kerja overtime di Klinik.

Thursday 2 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 6


BAB 6

Mesyuarat tamat lewat pula hari ini. Hampir maghrib baru semua keluar. Banyak issue yang dibangkitkan dan perlu diambil tindakan. Kelewatannya pulang petang ini telah Didi maklumkan kepada Johan melalui sms sahaja. Dan. nampaknya misi Diktatif Conan tidak dapat dilaksanakannya petang ini.

Terus sahaja Didi berjalan pantas meninggalkan Atirah sebaik sahaja boss memaklumkan mesyuarat sudah tamat.

“Lajunya kau jalan tu kenapa.. macam kena kejar hantu aje?” tanya Tirah yang terhenjut-henjut mengepit fail mengejar Didi yang tetap berjalan pantas.