BAB 8
Merajuk sudah, menangis sudah, kena
pujukpun sudah.. apa lagi hendak!.
Air mata Didi sudah kering. Perutpun
sudah kenyang. Dalam merajuk, selera ada pulak. Kini hanya perlu melelapkan
mata disebelah orang yang Didi sayang.
“Di.. tadi mummy telefon abang, dia
minta kita ke sana hujung minggu ni, Johanna balik cuti” Johan memulakan
bicara. Belum sempat Johan menghabiskan ayatnya, Didi yang tadinya mengereng
terus berpaling kearah Johan.
“Ah..Anne ada balik?” gembira sungguh
dia. Jika Johan memeritahu akan kehadiran Anne adik iparnya, tentu Johan tidak
payah susah payah hendak memujuknya.
“Hemm..” jawab Johan sepatah. Didi
senyum. Adik iparnya yang dipanggil Anne akan berada ditanah air.
Anne yang sedang menghabiskan Phdnya di
University of Zurich akan pulang bercuti ditanah air. Riang hati Didi. Adik
iparnya ini, walaupun masih muda, tetapi Didi rapat dengannya. Anne telah dapat
menerima kehadiran dirinya diwaktu dia disisih oleh ibu mertua. Anne yang
banyak memmberi panduan dan nasihat diwaktu saat-saat Didi cuba mengambil hati
mummy Rina. Tidak sangka orangnya masih muda. Tidak sia-sia dia menyambung
pelajarannya di bidang Social Phychology. Anne pandai mengatasi masalah Mummy secara
halus. Bukannya seperti Johan yang hanya “Yes Mummy”. Johan lebih mengikut
perangai papa Darus, hanya menurut. Menurut bukan kerana hendak menjadi pak
turut, tetapi kerana malas hendak mendengar leteran. Itu yang Mummy Rina
terkejut apabila Johan membuat keputusan disaat akhir membatalkan pernikahannya
dahulu. Dalam diam Johan memberontak
juga.
“Didi dengar tak apa yang abang cakap..”
soal Johan, apabila Didi hanya merenungnya.
Didi hanya kelip mata dan angguk
perlahan dalam senyum. Itu sahaja jawapan yang diberi oleh Didi
“Jadi?”
“Jadi apa?, kita balik sanalah.. Didi no
problem. Mummy dah okey apa dengan Didi..abang dah lupa!”
“Hemm..”
“Tapinya abang oncall minggu ni..?”
“Abang tukarlah dengan kawan-kawan abang
tu.. dengan Dr. Becky atau Dr. Murad..” pujuk Didi.
“Ini family matters bang.. bukan
hari-hari kita dapat berkumpul macam ni.. dahlah keluarga masing-masing tak ramai
anak. Hanya dua kerat. Kalau sekerat lagi tak ada, tak cukuplah quotanya..”
tangan Didi melengkar di leher Johan.
“Hemm..”
“Dahlah tu, tidurlah, esok kita kerja…”
Didi merapatkan dirinya di dada sisuami.
Hatinya riang, hujung minggu ini akan bertemu dengan adik ipar yang selalu ada
membantunya apabila diperlukan. Banyak cerita yang hendak Didi sampaikan,
sekali gus hendak mengadu dan minta khidmat kaunseling si adik, manalah tahu
Anne ada idea bernas yang boleh diguna pakai!. Terbalik kut, kakak meminta
nasihat daripada adik, macammana tu!
****
“Johan mana?” tanya Mummy sebaik sahaja
Didi menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“Ada kat kereta, ambil beg pakaian..”
mata Didi melilau mencari insan-insan lain. Papa dan semestinya Anne.
“Papa mana Mum..” tanya Didi.
“Apa lagi, kalau tak ke golf club, kejap
lagi baliklah dia tu. Mummy dah inform minta dia balik cepat hari ni. Family
gathering..”
“Haaa….” Didi hanya angguk.
“Anne?” tanya Didi lagi.
“Entah.. kata keluar kejap, cari barang
toiletries yang dia sesuai. Apa yang Mummy bekalkan, dia tak guna jenama tu..
katanya..ishy macam-macam budak-budak sekarang..” rungut Mummy sambil menanti
Johan yang berjalan menghalanya.
Kelihatan Johan yang menjinjing beg
pakaian kecil. Hanya sepersalinan sahaja. Yang lain sudah tersedia didalam
bilik mereka. Beg diletak dan tangan dihulur dan mencium tangan Mummy.
“Kakakk..” semua tertoleh kearah suara.
Anne memanggil Didi.
“Apa khabar adik kakak..” mereka
berpelukan.
“Anne sihat aje..” hanya menganguk
kepala.
“Kak, Anne rasa akak kurus sikitlah,
baru enam bulan tak jumpa akak dah lagi slim. Abang tak beri cukup makan ya?”
tegur Anne.
“Mana ada? Semua cukup..Anne jangan
tuduh abang tak tentu pasal ya?” balas Johan. Cepat sahaja Johan menjawab. Anne
tutup mulutnya, menahan ketawa. Didi juga.
Namun tetap menyambut salam tangan lembut adiknya. Anne membetulkan
tudung kepalanya, lalu berjalan seiring dengan Didi ke dapur dimana Mummy Rina
sudah menunggu. Johan ke bilik mereka di tingkat atas.
“Cuti berapa lama kali ni, Anne?”
“Sebulan setengah kak.. dah malas nak
ronda Europe tu..rasanya Anne dah redah tempat-tempat yang patut Anne sampai.. cukuplah…syukur
alhamdullillah..” Anne mengerutkan mukanya apabila melihat Didi.
“Akak ada masalah ya? Anne dapat rasa
akak macam tak happy aje? Abang Johan buat hal ke? atau Mummy…” soal Anne.
“Tak..tak…bukan abang atau mummy..
nanti-nantilah akak cerita. Hari ini, kita lupakan hal akak buat
sementara..okey, akak nak dengar ceria Anne pulak?”
“Hemm.. okey.. akak nak dengar cerita
apa? Cerita Cinderella yang pengotor kerana berkawan dengan tikus atau Ponochio
sibudak yang suka berbohong. Anne boleh cerita juga kesah puteri yang pemalas
yang kerjanya asyik tidur, tidur sampai bertahun tahun macam sleeping beauty
tu.. which one, you name it..Anne boleh cerita..”
“Hisy.. budak ni.. akak serious ni Anne.
Akak bukan nak dengar fairy tales, itu hanya fantasy. Dah namanyapun fairy
tales, cerita dongeng, hendak buat apa percaya..ni.. akak nak dengar cerita
betul, reality.. kesah Anne.” Sambil tangan Didi melengkar di bahu adik
iparnya.
“Hemm.. ingatkankan cerita macam tu yang
akak nak dengar..sebab orang suka dengar cerita fantasy macam tu.. cerita yang
direka-reka. Tak caya, biar Anne try. Kalau Anne cerita sebenar, tentu boring
nak dengar, kalau masukkan sikit fantasy, tentu sampai meleleh air liur nak
dengar, nak tahu apa yang akan berlaku next.. macam baca cerita novel, dah tak
sabar-sabar nak tahu ending. Last-last, baca beberapa muka surat di depan dan
lepas terus selak last page nak tahu apa kesudahannya.”
“Itu kalau baca novel dek.., ini akak
nak tahu cerita Anne..kat Swiss sana tu..”
“Cerita Anne tak menariklah kak..Macam
ni lah kak, cerita Anne, pagi pergi kuliah, petang balik rumah. Hujung minggu
keluar hangout dengan kawan-kawan dan kadang-kadang tu cycling.. pusing-pusing
Zurich… kalau ada ceramah agama yang dalam bahasa inggeris kat masjid sana,
Anne pergilah..itu aje”
“Ceramah dalam Bahasa German Swiss Anne
tak pergi, tak faham hendak pergi buat apa? Bunyi macam tak exciting
langsungkan? But actually it is.. I love
my life..” Tersenyum Anne memandang Didi yang membulatkan matanya.
“Kau orang berdua, tunggu apa lagi, jom
.. tu ah, Papapun dah balik.” Tegur Mummy memintas perbualan yang baru hendak
panas, meminta Didi dan Anne ke meja makan di ruang dapur. Didi pandang Anne,
Anne pandang Didi, kemudian keduanya tertawa. Mummy memang sah sudah dapat
menerima kehadiran Didi sepenuhnya, Anne sudah tidak perlu risau lagi. Dulu
Mummy memang tidak mengharapkan seorang menantu yang bertudung dan memakai
pakaian seperti kelambu hadir didalam keluarganya. Tengok kepada dirinya
cukuplah. Memang dia bertudung, tetapi bertudung ala semi-pro, harapkan menutup
sanggulnya yang besar dibelakang, didepan terkeluar jambul. Tetapi apabila anak sendiri yang bertudung dan
berkelambu, dia hendak kata apa? Ingatkan belajar sampai keluar negara, lagi
berpakaian seksi, rupanya terbalik kot. Keinginan Anne bertudung, bermula sejak
kehadiran kakak iparnya, Didi. Tetapi dipendamnya, sehinggalah dia ke Swiss,
dan mempraktikkan pemakaian tudung dengan bantuan kawan-kawan dari Asia Barat,
Alhamdulillah. Terkejut juga Mummy semasa Anne pulang bercuti di tahun pertama.
Tetapi lama kelamaan dia terima yang anaknya bertukar kepada yang lebih baik,
kenapa perlu menghalang. Hanya mummy perlu sedar yang dia juga harus bertukar
kepada yang lebih baik, tetapi bila? Insyallah, hanya perlu masa. Kini sudah
ada dua orang untuk dia bertanyakan cara memakai tudung yang kemas, jika dia
perlukan bantuan.
Lupakan kesah tudung buat sementara
waktu, rezeki yang enak sudah terhidang untuk dijamu. Lagipun mereka tidak
perlupun mengenakan tudung didalam rumah kerana semua yang hadir adalah muhrim.
No comments:
Post a Comment