Saturday 25 January 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 9


BAB 9

Johan membongkokkan dirinya, menunggu bola yang akan beralih masuk ke padangnya. “Kelepok“ bunyi bola yang di hantarnya kembali semula kepadanya, apabila Ilham menepis bola itu. Senada sahaja bunyi bola yang berpindah dari padang Johan ke padang Ilham dan kemudian kembali ke padang Johan. Sebiji bola yang sekejap di padang Ilham dan kemudian kembali di padang Johan dan seterusnya, berulang kali. Hanya bunyi kelepak dan kelepok sahaja bunyi bola tennis yang rancak di pukul oleh reket Johan dan Ilham.  Bukan selalu dua orang doktor ini dapat bertemu dan beriadah di hujung-hujung minggu. Memang jarang, jika dulu, dua orang sahabat ini sentiasa ada masa untuk satu sama lain, tetapi sejak masing sudah berkeluarga dan masing-masing sudah mempunyai tanggungjawab dan berkeluarga, mereka memang jarang bertemu. Johan sebok dengan kliniknya, manakala Ilham sebok di dua hospital swasta yang dia berkhidmat. Selalu sahaja ada halangannya, walaupun pada hujung minggu. Hari ini mereka dapat bertemu dan mereka membalas dendam dengan memukul bola. Kelepak kelepuk sahaja bunyi yang kedengaran, berpeluh-peluh mereka menghayun reket. Pergerakannya tidak banyak, tetapi cuaca panas yang lebih menyumbang mereka untuk berpeluh.

Selesai satu set game, kedua-duanya mencapai towel kecil yang tersadai di bangku.

“Pheww.. penat jugak ya? Nasib baik boleh habis satu set. Masih okey lagi rupanya stemina aku. Ingatkan game empat aku dah pancit..“ tersengeh sahaja Johan kearah Ilham yang turun tersenyum mendengar komen temannya.

“Kau okey apa?“ jawab Irfan.

“Aku penat sebenarnya, itulah.. ingatkan tak larat, rupanya masih boleh jadi jaguh... memang kira okeylah kan!.“ sambil mengangkat lengan dan menunjukkan otot lengan yang tidak seberapa berotot. Irfan senyum lagi melihat telatah temannya. Perasan hebat.

Kedua-duanya sebok menyapu peluh di muka dan dileher.

"Kau dah beritahu Didi rancangan kau tu?“ tiba-tiba soalan terpacul dari mulut Ilham.

“Lum..“ jawab Johan, yang bermaksud belum.

“Bro.. jangan lama-lama, nanti terkejut beruk bini kau, parah jadinya..” terkejut juga Ilham apabila mendengar jawapan Johan. Jangan main-main, ini soal nyawa manusia dan tanggungjawab yang besar. Menambah ahli keluarga. Ianya perlu persetujuan mereka berdua. Tidak jadi, jika hanya Johan yang setuju.

“Aku tak tahu macammana nak beritahu dia, takut dia rasa sedih dan tercabar, maklumkan ini melibatkan dirinya. Lagipun aku happy dengan layanan dia sekarang ni..“ tersenyum Johan. Terimbas saat-saat manja Didi sejak akhir-akhir ini.

“Habis tu? Macammana dengan budak perempuan tu? Budak perempuan tu masih nak tunggu kau ke?“ tanya Irfan ingin tahu. Johan angkat bahu.

“Agaknya..Aku belum kata tidak lagi, kira masih on lah tu..“ jawab  Johan.

“Jangan Joe, orang berharap tu, kasihan kat dia..“ kata-kata Ilham membuat Johan terfikir.

“Aku tahu..“ lemah sahaja jawapan Johan, dia mengerti rapuhnya hati seorang perempuan apabila melibatkan kehadiran insan asing didalam hidup mereka.   

“So, tunggu apa lagi, baik cepat-cepat beritahu Didi tu..aku tahu Didi tak marah, lagipun kau buat benda baik, apa salahnya“ sambil tangan Ilham menepuk perlahan belakang Johan.

 Johan hanya memandang Ilham yang sudah menjinjing beg sukan dengan reket tenis terjulur keluar. Kemudian menelek jam di lengannya.

“Aku gerak dulu.. nanti bukan kau yang kena leter, aku jugak yang kena leter Suzie. Kau tahu aje lah, pedih telinga bila kena leter bini ni. Lagi pun cuti week end aku nak bermain dengan princes Lia aku“ tersengeh sahaja Irfan dan bergerak meninggalkan Johan yang masih duduk dibangku.

Belumpun jauh, Ilham menoleh sambil jari telunjuk kearah Johan yang memandang dirinya beredar. “Ingat Joe, jangan tangguh lama-lama.. inform Didi!” pesannya.

Iyalah, terasa cemburu Johan apabila Irfan memberitahu dia perlu pulang segera kerana ingin bermain dengan anak perempuannya yang sudah berumur 4 tahun. Mereka berkahwin pada tahun yang sama. Irfan sudah mempunyai anak, yang dia bila lagi? Puteri Liyana Ilham Yusri. Entah dari mana datangnya title puteri, mereka bukannya dari kaum kerabat manapun. Sudah menjadi trend sekarang ini ikut suka menamakan anak-anak mereka dengan nama puteri, said, wan. Sudah tidak perlu ikut keturunan atau salasilah.

Ahhh buat apa hendak fikirkan hal orang, hal sendiri yang belum selesai. Banyak lagi simpulan yang perlu di leraikan. Harap-harap biarlah simpulan itu yang senang dilerai dan tidak simpulan mati. Johan terfikir soal dirinya dan Didi. Persoalan utama, macammana hendak buka mulut hal ini! Hisy.. pening juga hendak difikirkan.

Johan masih duduk di bangku memandang Irfan berlalu meninggalkannya dan dia menarik nafas panjang..

“Didi, abang harap Didi bersetuju dengan rancangan abang this time” doa Johan perlahan.

Dia berdiri, memasukkan tuala kecil dan reket kedalam beg. Lemah sahaja, dan dia juga meninggalkan padang tenis yang masih riuh dengan pemain-pemain lain yang masih rancak memukul bola masing-masing.

 

***

 

“Betul juga kata Ilham, bila agaknya waktu yang sesuai untuk aku cerita hal tu ek!” Johan bermonolog sendirian. Johan duduk dengan mepusing-pusingkannya kerusinya.

“Lagi lama aku simpan lagi susah aku hendak explain, perut budak perempuan itu makin membesar, lagi 5 bulan dah nak beranak..” fikir Johan.

Patient terakhir sudah selesai diuruskannya. Bila bersendirian, mula muncul persoalan yang sudah lama tertangguh. Dr. Becky dan Dr. Murad masih ada atau tidak didalam bilik mereka, tidak pula Johan ketahui. Selalunya mereka akan menjengok antara satu sama lain sebelum beredar meninggalkan klinik. Yang Johan tahu Noni, Amy dan Rayyan memang sudah pulang. Yang masih menyusun ubat-ubat di rak, yang Johan nampak hanya Nisah, itupun lambat kerana sedang menunggu di jemput suaminya. Sekejap lagi, dia juga akan beredar.

Johan menelek jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 7 malam. Dia berniat akan pulang selepas maghrib sahaja. Senang, tidak perlu terkejar-kejar.

Fikirannya masih memikirkan, mahukah Didi bersetuju dengan perancangannya. Apa jadi sekiranya Didi tidak bersetuju? Kena juga berbincang dengan Didi, waktu dan tarikh hendak berjumpa dengan budak perempuan itu, agar Didi dapat kenal budak perempuan itu. Ibu kepada bakal anaknya.

Terbayang wajah si perempuan Sarawak, Tracy. Terus dicapai telefon. Tracy menyambut talian Hello Tracy! Dan seperti biaa, mereka rancak berbual…

 

***

 

Maghrib sudah lama berlalu, Isyak akan menjengah beberapa minit sahaja lagi. Didi hanya menala pandangan di kaca televisyen. Menunggu Johan. Juadah makan malam sudah disediakan. Sudah menjadi routine, sudah biasa dengan keadaan begini. Dia tidak menaruh sangsi atau buruk sangka kepada Johan. Yang penting dia pasti akan terus pulang kerumah. Walau lewat bagaimanapun..dia pasti pulang disamping Didi. Kata dihati tidak sangsi, tetapi sesekali tangan menyelak langsir, mengharap kemunculan kereta Johan didepan lama..apalah Didi..

Siaran TV yang keudara rancak ditonton. Drama melayu di TV3. Bagus sekarang ini drama-drama yang disiarkan. Tetapi penonton jangan pula sehingga terleka, lupa bersolat. Maklumlah manusia ini cepat alpa, diberi sedikit sogokan, lupa terus tanggungjawab. Jika tidak, tidak perlu dimanakan manusia. Didi senyum.. kerana dia juga tergulung kepada manusia yang cepat alpa itu. Nasib baik Didi mala mini dia tidak terjebak, tidak mengikut nafsu, tengok drama sampai habis baru tunaikan solat. Kerana dia tahu, melewat-lewatkan solat adalah ditengah.  Lebih baik jika solat apabila masuk waktu, kecuali terpaksa.. itu hal lain. Yalah, ustazah Nurnadirah. Tersenyum lagi Didi apabila perasan hendak berlagak pandai.

Terkejut dia apabila telefon bimbit yang diletak diatas meja berbunyi. Diteleknya.

Bukan dari Johan, tetapi dari Anne. Terus dijawab dengan salam.

“Ya dek..” terhenti dia mendengar apa yang Anne cadangkan dihujung talian.

“Ohhh.. ayam kampung goreng kat Puchong tu..” jawab Didi.

Anne teringin makan ayam kampung yang di Pucong itu rupanya. Bagus juga, Didipun sudah lama tidak kesana. Apeke nama restaurant tu. Restaurant Ayam Kampung Tuan Faridah.

“Hemmm..Boleh.. boleh.. ajak Mummy sekali kalau dia nak..”

Didi cuba berbahasa, sedangkan dia tahu Mummy mana mahu ke tempat seperti itu. Restaurant tepi jalan, apa kelas!. Mana ada aircond, hanya ada kipas. Tambahan pula, meja berselerak sehingga keluar. Panas, nanti cair make-up dimuka.

“Ohh.. tak apa, Anne sorang aje, tapi lunch timelah. Akak ambil Anne lunch time esok, ke macammana.?.”

Sudah tahu jawapan pelawaannya.

  Ha.. Anne nak pergi dulu, nak reserve seat, bagus jugak tu. Tempat tu memang, kalau lambat sikit tak ada tempat..sentiasa full house”

Bagus juga idea si Anne. Dia boleh aje kesana dahulu dengan kereta kancilnya.

“Akak bawak Tirah sekali boleh?”

Mana mungkin Anne lupa kawan baiknya yang seorang ini. Nanti merajuk, hilang kawan. Bukan senang cari kawan sebaik Tirah.

“Thanks dek..”

“Okey lah.. jumpa Anne esok..”

“Bye.. assalamulaikum..” tersenyum Didi apabila selesai berbual dengan Anne. Lupa sekejap Didi dari mengingat Johan. Ketiadaan Johan, sedikit sebanyak membolehkan Didi berbicara santai dengan adek iparnya. Sekurang-kurangnya tidak ada orang yang mencuri dengar rancangannya untuk esok.

Esok yang ditunggu. Makan tengahari ayam kampung goreng di Puchong, memanggil manggil.

 

 

 

2 comments:

Anonymous said...

nice...singgah...follow

Rose Ezadora said...

Cik Puteh, teruskan singgah dan follow.