Bab
3 part 1
Kerry
resah gelisah, panas punggung duduk di beranda bersama Tok Mama. Hendak buat
macammana, Tok Mama minta dia duduk bersama, temankan tok mama untuk berbual sebaik sahaja pinggan selesai dicuci.
Alahai, hendak manja-manja pula orang tua itu. Sedangkan si Uda dan Dara sedang
menunggu Kerry di dalam biliknya.
“Tunggu
ya Uda dan Dara” bisik hati kecil Kerry.
Permintaan
Tok Mama tidak dapat ditolakkanya. Walaupun darahnya mengalir separuh Eropah
dan separuh Asia, namun didikan gadis timur masih ada. Penghormati orang tua,
tambahan ajaran sedemikian bukan sahaja khusus untuk orang Asia, orang baratpun
ada didikan sedemikian, tetapi cara yang berbeza.