Bab
3 part 1
Kerry
resah gelisah, panas punggung duduk di beranda bersama Tok Mama. Hendak buat
macammana, Tok Mama minta dia duduk bersama, temankan tok mama untuk berbual sebaik sahaja pinggan selesai dicuci.
Alahai, hendak manja-manja pula orang tua itu. Sedangkan si Uda dan Dara sedang
menunggu Kerry di dalam biliknya.
“Tunggu
ya Uda dan Dara” bisik hati kecil Kerry.
Permintaan
Tok Mama tidak dapat ditolakkanya. Walaupun darahnya mengalir separuh Eropah
dan separuh Asia, namun didikan gadis timur masih ada. Penghormati orang tua,
tambahan ajaran sedemikian bukan sahaja khusus untuk orang Asia, orang baratpun
ada didikan sedemikian, tetapi cara yang berbeza.
“Dua
bulan lagikan mama balik for good?”tanya Tok Mama
Kerry
hanya angguk.
“Tok
happy Mama dan Kerry ambil keputusan tinggal di sini, tidak di KL” sambung Tok
Mama lagi.
“Bukannya
apa, sudah lama sangat mama Kerry tinggalkan tanah air, when is the last time
you and mama was here, Kerry?”tanya tok mama lagi.
“A
few years back.. tak ingat, rasanya 2016!” jawab Kerry
Kali
ini Tok Mama pula yang senyap, kerana dia tahu jawapan Kerry tepat.
Tiba-tiba
mengaum bunyi menderam di angkasa.
Boleh
dilihat sebuah kapalterbang terbang rendah, sehinggakan loga jenis kapalerbang
itu dapat dikenali.
“Eh!
Air Asia lah Tok! Rendah betulkan? Hendak mendarat nampaknya” jerit Kerry,
bagaikan dirinya tidak pernah melihat sebuah kapalterbang. Tok Mama pula yang
angguk.
“KLIA
kan sudah dekat, 1 jam sudah boleh sampai” jawabnya.
“Manalah
Tok hendak tahu yang Subang akan berpindah ke Sepang, sudah pembangunan negara
yang memerlukan airport yang lebih luas. Tetapi bagus juga, ah! tengok, tanah
pusaka ni berlipat ganda harganya tau!”kata tok mama, memberitahu tentang harga
tanah.
Apalah
yang Kerry mengerti. Orang kata nilai hartanah neneknya tinggi, baguslah, pasti
banyak dapat duit jika dijual. Yang lain tidak dia faham.
Tajuk
perbualan meleret, dari satu perkara ke satu perkara. Tidak disangka, berjam-jam
juga masa berlalu, alih-alih sudah terdengar azan dari masjid.
“Moh,
kita solat berjemaah” pinta Tok Mama, buat Kerry ternganga.
“Ah!
solat? Berjemaah?” pening juga budak perempuan anak mat salleh itu memikirkan.
“Kita
asar bersama, Kerry tahu tak?”kata Tok Mama kepada Kerry yang mengaru leher
yang tidak gatal.
Alamak,
terperangkap dia. Mana dia tahu itu semua, temberang apa yang harus dia jawab.
Dia tidak mahu Tok mama mengetahui yang dia tidak pernah solat.
“Sudah
tu, mari Tok Mama ajarkan. Its never too late to do something good, isn’t
it?”kata Tok Mama setelah melihat Kerry masih terhegeh-hegeh bangun namun tetap
mengikut tok mama di belakang menuju ke bilik air untuk mengambil uduk, kata
Tok mama tadi.
Tidak
guna Tok Mama membebel kepada si budak perempuan kacukan itu.
Dia
tidak puas hati apabila mengetahui si ibu sudah terlepas pandang, kerana tidak
membimbing si anak yang sudah anak dara sunti.
Umur begini yang sepatutnya diterapkan ilmu agama kerana umur sebegini
yang anak-anak dapat mengenal mana yang buruk dan mana yang baik.Melentur buluh
biarlah dari rebungnya, jika sudah jadi buluh jika dilentur akan patah dua
jawabnya.
“Hai
Maisarah, benda-benda macam inipun boleh diambil ringan. Tahulah budak tu baru
12 tahun. Lupa agaknya dia masa dia kecil dulu, umur enam tahun sudah sebok
hendak ikut solat di masjid. Maisarah.. maisarah” bisik hati si ibu.
Hendak
dileter tidak berguna kerana si anak yang bersama Maisarah, jauh nun beribu
batu.
No comments:
Post a Comment