Gembira
sahaja Kerry sebaik sahaja selesai solat bersama tok mama. Satu pengalaman dan
pelajaran yang cukup bermakna buat Kerry. Baru dia tahu, tidak susah manapun
bersolat. Jika berterusan begini, pandailah dia. Ini sekadar mengikut
pergerakan sahaja, Jika disuruh membaca surah, mahu terkucil dibuatnya. Setakat
al fatihah tu bolehlah.
“Asar
nanti tok panggil!” tok mama bersuara, menghilangkan lamunan si Kerry. Nasib
baik tidak jauh dia mengelamun.
Kerry
hanya angguk. Sudah itu yang perlu dia buat.
Seandainya
dia geleng kepala, apa agaknya yang berlaku?
Sebaik
sahaja telekung digantung, laju sahaja Kerry keluar dari bilik Tok Mama menuju
ke biliknya.
Apalagi?
Abang Uda sedang menunggu!
Terus
sahaja dia mengapai buku yang terlungkup kerana Kerry berhenti disitu lalu dia
telungkupkan buku tersebut sebagai penanda.
“Si
Uda tidak dapat menoeh kerana kedudukan tikar yang di atas kepalanya, namun Uda
hanya menggunakan lerekan mata, tanda menyedari ditegur.
“Ahhh..
Mak Andak. Hamba mahu ke rumah Tok Kedua, Mak Andak..”jawab si Uda.
“Mak
Andak pun hendak ke sana juga..bolehlah kita bersama ke sana ”ujar perempuan
yang si Uda panggil Mak Andak.
Mereka
berjalan seiring.
“Rasanya,
Uda menghantar tikar itu, tepat kepada waktunya” sambung bicara Mak Andak.
Uda
kerut muka, soalan “Kenapa” mula bermain di kepalanya.
“Mengapa
pula, Mak Andak?”Uda perlu bertanya. Mengharap jawapan yang diterima adalah
yang manis didengarnya.
“Eh!
Uda tidak ketahuankah? Tok Ketua sedang bersedia untuk menerima tetamu
istimewa. Katanya seorang saudagar kaya mahu singgah”kata jujur seorang
perempuan tua.
Hanya
lirikan mata Uda memandang ke tanah. Tikar tetap dijunjungnya kemas di atas
kepala yang hampir terlepas.
Di
dalam hati berbisik.
“Tidak
ada apa-apa, pastinya saudagar yang bakal berkunjung adalah teman Tok Ketua.
Mereka hanya sekadar kunjung mengunjungi”kata hati si Uda.
“Uda!”Uda
tertoleh apabila memanggil namanya dengan nada yang agak aneh.
“Ahhh..
lupakanlah..”tiba-tiba Mak Andak membatalkan niatnya hendak bertanya.
“Kenapa
ya, Mak Andak?”Uda bertanya semula kepada soalan yang tidak dia dengar.
Uda
tidak puas hati apabila Mak Andak
mematikan soalannya.
“Tidak
ada apa-apa, Uda. Mak Andak hanya inginkan kepastian. Uda sayangkah dengan Si Dara?”akhirnya
terpacul juga soalan Mak Andak.
Uda
kerut muka lagi, apa punya soalan pula Mak Andak ni.
Tentulah
dia sayangkan si Dara! Dara adalah satu-satunya perempuan yang bertahta di
hatinya. Uda tahu, Dara juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Cuma
jurang kehidupan yang memisahkan mereka. Dara, anak Tok Ketua yang ada
kedudukan dan kaya. Sedangkan di Uda hanya seorang pemuda kampung yang miskin
dan tidak punyai apa-apa. Kecuali
tulang empat kerat dan ketampanannya yang jauh lebih baik dari anak-anak orang
kampung Marak Jingga. Namun, adakah ketampanan boleh cukup untuk melebelkan
menjadi salah seorang calun menantu Tok Ketua?
“Hamba
sayangkan si Dara, Mak Andak. Tetapi sayang, hamba belum bersedia hendak
memperisterikannya. Maklumlah! Bukannya Mak Andak tidak tahu, siapalah hamba
yang hina ini. Tetapi Mak Andak, hamba akan berusaha sebaik yang mungkin untuk
hamba berjaya dalam hidup hamba”kata Uda dengan penuh yakin.
Terangguk-angguk
Mak Andak mendengar si anak muda dengan semangat waja.
“Kita
sudah hampir sampai, Mak Andak perlu segera ke dapur. Kirim salam kepada
bondamu buat Mak Andak..”kata Mak Andak dan bergegas meninggalkan Uda sendirian
dengan tikar mengkuang masih di atas kepala.
“Insyallah,
Mak Andak” sempat juga Uda menjawab.
Di
kaki tangga rumah besar milik Tok Ketua, Uda memberikan salam.
“Ahh..
Uda, silakan naik. Memang hamba menunggu tikar itu. Tetamu hamba akan tiba
bila-bila masa sahaja hari ini”jawab Tok Ketua dengan riang.
Tikar
disorong ke atas rumah, sementara si Uda mencuci kakinya dengan menggunakan air
di tempayan di sisi tangga kayu.
“Naik..naik.
Uda boleh tolong tebarkan terus di ruang sana..”kata Tok Ketua lagi. Mengarah
si Uda bagaikan si Uda salah seorang orang suruhannya.
“Tok
ingin masuk ke dalam mengambil dinnar bayaran. Berapa ya Uda?”Tanya Tok Ketua.
“Tidak
saya ketahui harganya, Tok! Mungkin sama seperti selalu..”kata si Uda.
Dia
terlupa bertanya si ibu, harga sekeping tikar.
“Ohh..jika
begitu, mudah buat Tok. Dua dinnar sekeping. Bukankah harganya dua dinnar sekeping
Melati?”tanya Tok Ketua, sebaik sahaja dia terlihat kelibat isterinya yang
lalu.
“Apanya
kanda?”tanyanya, minta soalan diulang.
“Tikar
Mak Suri..!”kata Tok Ketua.
“Dua
dinnar jika tidak silap hamba”jawabnya
“Tolong
berikan 4 dinnar buat si Uda.Tok suka anyaman bonda, kemas dan cantik. Pastinya
Megat Darwis tertawan dengan hamparan tikar baru hamba. Terima kasih, Uda
menghantarnya tepat pada waktunya. Tok
juga berharap, Megat bukan sekadar mengkagumi tikar baru hamba, malah berkenan
si Dara buat Megat Leman anak lelaki tunggalnya”kata Tok Ketua dengan riang di
hati.
Terganga
Uda mendengarnya. Nasib baik tikar sudah menjadi hamparan. Seandainya masih di
kepala Uda, pastinya sudah berguling ke tanah.
Huh!!Betulkah
apa yang dia dengar. Sangkaan yang cuba ditepis, rupanya benar.
Dia
akan melepas untuk mendapat si Dara.
Buah
hatinya bakal menjadi milik orang lain?
Tidak
mungkin ini berlaku, kerana dia sudah berjanji dengan Dara, beberapa purnama
yang lalu sewaktu mereka bertemu di pesta air.
Dara
juga sudah mengaku akan menunggu dirinya sehingga benar-benar mampu untuk
memiliki dirinya.
Itu
kata si Dara, kata orang tuanya?
Sudah
terlambatkah dia?
Adakah
sudah pasti dia sudah tidak ada jodoh dengan Dara?
Mahu
rasanya si Uda meluahkan hatinya kepada Tok Ketua saat ini.
Tetapi
mampukah dia?
Dia
tidak ada apa-apa, hanya gigi dan lidah yang pandai berkata-kata dan tulang
empat kerat yang masih kuat untuk berusaha.
Ahhh..
lupakan sahaja.
Uda
sedar, siapa dirinya.
Tidak
berfaedah dia meluahkan rasa hanya dengan air liur!
Pastinya
Tok Ketua akan hilang pertimbangan apabila di sogok dengan berbagai hadiah.
Hadiah
yang mahal-mahal.
Yang
pastinya Uda tidak dapat memberinya!
Dara
oh Dara, jika benar tuan hamba masih sayangkan hamba.
Tolong!
Berilah hamba beberapa purnama.
Akan
hamba berusaha mencari kebahagiaan yang keluarga Dara inginkan.
Kebahagiaan
yang berlandaskan harta benda!
Ingat
tu Dara, hamba akan tunaikan!
Nekat
seorang nelayan muda bernama UDA buat DARA..”
Kerry
berhenti membaca seketika.
“Phew!
Hebat janji anak muda ini, bisik Kerry. Bolehkah dia tu!
Nanti
hendak tanya Tok Mama, apa kesudahan cerita ini.
Eh!
Tak mahu tanyalah! Nanti tak best, no longer interesting, if I knew the ending”.
Kerry
berbelah bagi. Kononnya hendak tahu apa kesudahannya cinta si Uda.
Kemudian
mengambil keputusan untuk dia sendiri yang mengetahuinya melalui pembacaan. Dia
perlu habiskan buku itu untuk mengetahui kesudahannya.
Sabarkah
Kerry?
Relax Kerry relax, panjang lagi kesahnya
No comments:
Post a Comment