Bab
4
Mata
Kerry membulat merenung perkataan perkataan yang membuat dia tidak faham
langsung dengan ayat yang dia baca.
“Dara
duduk bersimpuh sambil jari laju memilih antah beras di dalam nyiru buluh.
Banyak pula antah beras yang dia jumpa.”
Perkataan
“bersimpuh”, apa agaknya ya? Perkataan kuno sungguh! Kerry tarik muka masam. Kerry
betul-betul tidak faham perkataan ini. Bahasa Melayu yang di katakannya bahasa
zaman Jepun.
Perkataan
“antah” pula, adakah sama dengan perkataan yang selalu orang arab gunakan “ana
dan antah. Apa hal pula”nyiru” bukankah ada peribahasa “besar tapak tangan,
nyiru kami tadahkan”.
Alahai,
lagi complicated jadinya.
Tidak
masuk akal langsung jika disambung semua ayat dengan perkataan-perkataan yang
Kerry tidak faham.
Jika
berterusan tidak mengerti perkataan yang tertulis didalam buku ini, mahu
mengambil masa bertahun bagi Kerry untuk menghabiskan cerita.
Kerry
menarik nafas panjang.
“Okey,
baik baca sahaja dahulu, yang manatidak faham KIV kemudian, yang penting I need
to know what happen to Uda and Dara”
kata Kerry dengan penuh semangat, lantas menyambung pembacaannya.
“Mungkin
orang yang membanting padi kurang sihat ketika membanting padi, agaknya.
Akibatnya beras tidak banyak yang jatuh, yang terlerai hanya beras yang masih
bersalut kulit (antah).
Dara
tersenyum dengan andaiannya sendiri.
Dara
tertoleh apabila menyedari bahunya di cuit orang.
“Ohh..
Mak Andak, apakhabar Mak Andak?”tanya Dara dengan senyuman.
“Mak
Andak.. sihat, Dara. Dara pula bagaimana?”tanya pula Mak Andak kepada soalan si
Dara. Soalan yang sering orang gunakan. Sudah seperti burung, menyoal
berulang-ulang kali.
“Si
Dia ada di atas?”kata Mak Andak, sambil bibir menjueh ke arah rumah tengah .
Dara
kerut muka. Soalan menerjah ke minda. Siapa yang d maksudkan oleh Mak Andak
dengan ganti nama kedua “Si dia”?
Mak
Andak menyedari yang Dara masih mencerna ayat yang baru dia dengar.
“Uda”
jawab Mak Andak.
Menjawab
sendiri teka teki yang dia reka sendiri.
Lambat
sangat menunggu si Dara hendak merungkainya.
Susah
sangatkah teka tekinya?
Mak
Andak tersenyum sumbing. Naif juga rupanya anak dara Tok Ketua.
“Ohh..
abang Uda!”jawab Dara dengan nada perlahan.
Melindungkan
perasaan malu dan juga paluan jantung yang menerjah tiba-tiba, terutama apabila
nama lelaki kesayangannya disebut.
Dirinya
segan apabila mengetahui yang Mak Andak tahu hubungan mereka berdua. Tetapi
bagaimana pula dia tahu uh?
Setahu
Dara, hubungan mereka hanya tersembunyi. Perlu disembunyikan terutama dari
kedua orang tuanya.
Ahh..
Sudah!
Mata
Dara tetiba membulat memandang, bola mata berguling kiri dan ke kanan, kemudiam
memandang tepat ke wajah tua yang tetap
leka memilih beras.
“Kenapa
Dara?” tanya Mak Andak apabila menyedari dirinya diperhati.
“Pasal
Uda, tak usahlah Dara bimbang, akan Mak Andak simpan perkara ini hingga meletup
di perut Mak Andak, tidak akan Mak Andak pecahkan.”kata Mak Andak sambil
tersenyum.
Memberi
jaminan agar Dara tenang. Risau pula rasa dirinya melihat si gadis nampak cuak.
Dara
termalu lagi. Perlahan dia berdiri dan meminta diri.”
Kerry
yang membaca pula yang mengurut dadanya, tanda dia merasa lega. Rahsia cinta
mereka akan disimpan oleh Mak Andak. Kerry juga sudah mampu tersenyum bahawa
dia tahu yang perkataan “antah” ialah beras yang belum terkupas kulit. Bukan
“Ana atau anta”
Pembacaan
perlu disambung, cerita sudah semakin panas. Mata Kerry kembali ke buku.
“Ingin
rasanya dia mengintai si buah hati. Masih adakah dia lagi di serambi?
Beberapa
langkah diatur laju, kemudian menjadi perlahan apabila mendengar suara dua
orang lelaki kesayangannya sedang bersuara. Ayahanda dan abang Uda.
Namun
butir-butir kata tidak jelas kedengaran.
Perbualan
itu membuat Dara ingin mengetahui tajuk perbualannya.
Telinga
dirapatkan ke dinding kayu yang memisahkan mereka.
Dara
hanya terdengar bicara si ayah, namun tidak terdengar langsung suara si abang
Uda.
Kenapa
ye?
Soalan
bimbang mula bermain di minda…
Tidak
lama kemudian si Dara terdengar langkah rakus seseorang meninggalkan serambi.
Cepat-cepat
kepala menjengah, tetapi terlambat.
Tubuh
lelaki yang dirindu sudah membelakangkan dirinya.
Perlukah
dia menjerit memanggil namanya?
Mana
mungkin?
Ayah
dan bondanya sudah berdiri tegak, melihat si lelaki meninggalkan mereka.
Namun
di dalam hati Dara menjerit, berkali-kali memanggil nama lelaki itu dalam diam…
Abang
Uda, Abang Uda ohhh.. Abang Uda..”
Kerry
berhenti membaca, dia cuba meneka apa yang berlaku,
Nanti-nantilah,
baik keluar sekejap sambil mengambil angin kampung, bisik Kerry sendirian.
Buku
di telangkupnya semula di atas katil, dengan muka surat yang dia berhenti.
Hayla
Kerry, penanda buku tidak adakah?
Baru
dia hendak memulas tembul pintu, Kerry terdengar Tok Mama bagaikan sedang
berbual dengan seseorang.
Bagaikan
pencuri, Kerry perlahan-lahan memulas tembul pintu lalu membuka perlahan daun
pintu. Naluri ingin tahu mengatasi segalanya.
“Siapa
agaknya yang bercakap dengan Tok Mama tu ah!Bukan main lagi rancaknya” bisik
hatinya.
Makin
lama makin lebar pintu terbuka tanpa Kerry sedar. Punyalah busy body ingin
mencuri dengar perbualan yang perlahan. Ibaratkan perbualan sekumpulan kumbang,
bunyi boleh terdengar, namun biji butir hapah tidak difahami.
Masih
dengan aksi pencuri, Kerry perlahan-lahan menghampiri ke arah suara.
“Krikkkk”
bunyi lagaan kerusi dan jubin yang telah Kerry langgar.
“Alamak!”
Kerry hanya mampu menggigit hujung jari telunjuk apabila kini dia menjadi
tontonan 2 pasang mata yang telah menoleh ke arahnya.
“Alamak!”
buat kali kedua.
No comments:
Post a Comment