Sunday 20 October 2013

Bila Kau Ada - Bab 1

Cerita ini baru hari ini saya coretkan. Tidak ada hala tuju sebenarnya, jangan tidak dapat siapkan sudah!

Bab 1

“Hari ini kita nak sarapan apa ya?” tanya Rayhannah yang masih berpyjama biru polkadot puteh, bersandar di pintu masuk dapur. Bertanya kepada Maisarah yang baharu sahaja keluar dari bilik air hanya dengan berkemban tuala warna burgundy dengan rambutnya yang dililit ala turban dengan tuala warna yang sama. 
Sarah angkat bahu?
Manalah dia tahu? Dari dari dalam bilik air. 
Dalam bilik air adakah benda-benda untuk persediaan sarapan?
Wahai cik Hanna, kut iapun hendak bertanya, tunggulah dia berpakaian dahulu.

“Apa yang kita ada?” akhirnya berjawab juga soalan Hannah, Sarah menjawab sambil berjalan pantas masuk ke bilik mereka. Bilik yang dikongsi bersama sudah lebih dari 2 tahun.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.

Ahh.. malas Hannah hendak menunggu kawannya yang seorang itu. Hannah membuka peti sejuk. Satu pertiga badannya yang kecil sudah hampir masuk ke dalam peti sejuk tersebut, membongkok melihat semua shelf dari atas terus ke bawah. Hannah terpaksa membongkok kerana memang tidak semua barang yang berada di dalam peti sejuk tersebut dapat dilihat sepenuhnya, jika hanya dengan berdiri di depan pintu. Bukannya banyakpun barang yang disimpan di dalamnya. Semua yang adapun adalah keperluan yang penting-penting sahaja. Maklumlah pelajar, manalah ada banyak duit hendak stock barang makanan.

Friday 18 October 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 13

Cerita pasal bertudung ini, saya selitkan pengalaman saya semasa bertugas di Fiji Islands. Saya seorang sahaja perempuan yang memakai tudung yang berwarna cerah. Tambahan pula saya berbaju kurung setiap hari kepejabat sehinggakan saya telah ditahan oleh seorang lelaki india muslim bertanyakan saya dari negara mana? kerana dia selama ini rupanya memerhatikan saya setiap hari melintas jalan membeli sarapan di kedai roti yang bernama "Hot Bread Kitchen". Roti yang dimasak di dalam kedai itu sendiri. Aroma roti yang baru dimasak, boleh terhidu dari seberang jalan.. enak sungguh. Hemm.. Dengan bangganya saya jawab dari MALAYSIA.  Di sini saya juga berhenti memakai tudung berwarna puteh kerana disalahanggap saya seorang nun..bila saya pakai tudung puteh, pasti saya akan didatangi oleh orang meminta belas ehsan. Sampai naik takut pula, terutama apabila memanggil saya dengan nama Sister.   macam-macam..


BAB 13
“Saya suka budak Hani tu bang…, orangnya cantik, baik, berbudi bahasa..sopan.. dah duduk luar negeripun masih jaga aurat.. susah tengok budak perempuan macam tu, ada tu  masa di Malaysia bukan main lagi pakai tudung bagai.. sampai Nampak mata aje..keluar negeri sekejap aje dah terbang tudung entah kemana, silap hari bulan kalah perempuan mat salleh di buatnya… punya lah daring..!!” Puan Fatehah memulakan perbualan semasa makan malam di restaurant.

“Bagus lah macam tu, tak cepat melatah.. Ain nanti kalau ada peluang belajar luar negeri kena belajar jaga tata susila, ha… bila nak pakai tudung macam Kak Hani tu..”  tegur Encik Mansor memandang anak gadis remajanya..

Friday 4 October 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 12


BAB 12

Saya selitkan pengalaman menginap di Kruger Park. National Park (Safari) yang tertua didunia. Berada ditengah-tengah hutan, middle of nowhere tanpa TV, reception telefon, mahupun siaran radio. Safari yang dikongsi oleh 3 negara. Disebelah timur bersempadan negara Mozambique dan di utara pula bersempadan negara Zimbabwe. Melihat binatang bebas tanpa dikurung. Zirafah tenang mengunyah daun yang tinggi. Springboks terkinja-kinja riang, gajah sekumpulan(lebih dari 50 ekor) mandi disungai, impala berlari-lari. Badan sumbu memerhati ditepi jalan. Takut juga, tetapi kerana ada ranger dengan senapang, buat diri rasa selamat. Tetapi  di coretan ini saya coretkan kesah ke Fairy Glen, private game reserve yang sedikit kecil.


Hani memikirkan benda yang sepatutnya tidak perlu difkirkannya. Hani memikirkan kemungkinan En. Mansor seorang businessman agaknya, jika tidak, mana mampu hendak bercuti sekeluarga diluar negara, banyak belanja ni… 5 orang. Bilik hotel saje kena at least 3 bilik, tiket kapalterbang, makan, mahu  puluhan ribu ringgit terbang, just for this trip....” bisik hati kecil Hani sambil berjalan.

“Tak apalah janji mereka beri business pada aku” getusnya lagi.

Hani menoleh, Aqram rupanya masih di belakang. Hani dapat merasakan Aqram selalu memadang kepadanya membuatkan Hani sedikit kurang selesa. Namun kerana tugas, Hani mengabaikan perasaannya.