BAB 13
“Saya suka budak Hani tu bang…, orangnya cantik, baik, berbudi bahasa..sopan.. dah duduk luar negeripun masih jaga aurat.. susah tengok budak perempuan macam tu, ada tu masa di Malaysia bukan main lagi pakai tudung bagai.. sampai Nampak mata aje..keluar negeri sekejap aje dah terbang tudung entah kemana, silap hari bulan kalah perempuan mat salleh di buatnya… punya lah daring..!!” Puan Fatehah memulakan perbualan semasa makan malam di restaurant.
“Bagus
lah macam tu, tak cepat melatah.. Ain nanti kalau ada peluang belajar luar
negeri kena belajar jaga tata susila, ha… bila nak pakai tudung macam Kak Hani
tu..” tegur Encik Mansor memandang anak
gadis remajanya..
“Ala..
Papa ni.. kesitu pulak.. nanti Ain pakai lah tudung, belum bersedia lagi..Ma
tengoklah Pa tu, kat sini pulak dia nak beri ceramah ugama..” Ain mengadu
kepada Puan Fatihah. Senyum sahaja Puan Fatehah mendengar perbualan diantara
suami dan anak dara tunggalnya tu.
“Pa,
jangan risau hal Ain lah Pa, Pa kena risau pasal abang tu.. sambil bila nak ada
bini.. dah nak dapat title bujang terlajak dah tu .. sikit haribulan
confirm..title bujang tua pulak…janganlah lagi di ingatkan Kak Emel, yang dah
sah-sah dah jadi isteri orang..” Ain memerli abangnya.
“Eh..
apa hal lah pula dengan abang, Pa tanya Ain bukan abang?..” Aqram dengan nada
hendak di kata marah tidak, hendak di kata tidak marah pun tidak.
“Dah… dah.. makan.. depan rezeki ni..” Puan Fatihah cuba menamatkan perbalahan yang tidak
sepatutnya dia mulakan.
Marah
Aqram apabila adiknya menyebut nama perempuan yang sudah dibuangnya jauh. Nama
Ameelin Athirah Shamsudin, buah hatinya yang sudah bukan miliknya lagi. Kini
sudah menjadi milik Aliff Khushairy
kawan karibnya sendiri. 4 tahun bercinta dengan Ameelin, teman istimewanya
semasa belajar di University Shefield, UK, 8 tahun dahulu hanya sia-sia.
Aliff Khushairi, orang yang sepatutnya
membantunya mengukuhkan hubungan dengan Ameelin tetapi rupanya mengambil
kesempatan memenangi hati Ameelin, sehingga Ameelin sanggup melukakan hati
Aqram dengan memilih Aliff sebagai suami.
Mungkin
tiada jodoh dan sudah takdir, Aqram redha. Entah berapalah agaknya anak mereka
sekarang, Aqram memikirkan Ameelin, isteri tak jadinya dan Aliff yang sudah
jadi bekas kawan baiknya.
Tetapi
itu dulu, 8 tahun dahulu, mungkin Aqram terlalu baik, sehingga sanggup
membiarkan Aliff merampas Ameelin dari tangannya.
Jika
benar gerak hatinya menyatakan ada satu perasaan yang indah setiap kali
memandang wajah Hani, satu perasaan yang tidak boleh di luahkan dengan
kata-kata. Adakah perasaan ini perasaan kasih atau cinta sedang berbunga di
hatinya. Hatinya tidak pernah merasa seperti ini sejak dia menutupnya kepada
mana-mana perempuan.
“Aqram,
Mama dah nak naik dulu.., apa tak habiskan makanan tu..” tegur Puan Fatihah.
Terkejut Aqram dari lamunan mendengar teguran Mamanya.
“Nanti,
Aqram habiskanlah. Lepas makan Aqram nak
jalan-jalan depan hotel ni kejap. nanti Aqram naik lah..” sambil tangannya
meneruskan suapan cuba menghabiskan memakan yang tersisa.
“Hati-hati”
pesanan pendek Mamanya.
Puan
Fatehah bangun, diikuti Ain, Rayyan dan Encik Mansor. Encik Mansor sempat
memegang bahu Aqram sebelum berlalu pergi dengan senyuman meleret, seperti dia
tahu anak bujangnya mengelamun sebentar tadi. Suapan demi suapan di
teruskan sendirian sehingga habis.
Aqram berlegar-legar di dalam Arked yang menjual berbagai barangan.
Matanya tertumpu ke satu kedai. Aqram berkenan dengan barangan tersebut, terus
di minta pelayan kedai untuk dia melihat lebih dekat. Akhirnya barang tersebut
beralih tangan. Aqram puas dengan membeli barang tadi. Setelah itu dia
berlegar-legar lagi sehingga penat baru berjalan pulang hotel untuk istirehat.
Esok nampaknya tiada rancangan, free aktiviti sementara menunggu hari
Rabu yang memang di tunggu-tunggunya. Tetapi bagaimana pula Hani, adakah dia
perasan Aqram menyukainya, atau Aqram hanya bertepuk sebelah tangan. Langkah di
atur perlahan menuju ke pintu masuk hotel.
“Cik Hani, izinkan saya mengenali diri mu” bisik hati Aqram.
*********************
Hari ini Hani terasa penat betul, sesampainya di rumah, dia membersihkan
diri dengan siraman air panas. Namun dia gembira, gembira bersua muka sekali
lagi dengan lelaki itu dan gembira juga dapat menambah pendapatan ke
syarikatnya yang dia tahu banyak pesaingnya. Penat sedikit tidak di
hiraukannya.
“Malam ni nak makan apa ya Manja” Hani bercakap dengan kucingnya,
seperti yang selalu di lakukannya, ibarat Manja teman untuknya berbual. Manja
seperti biasa, mengeliat dan hanya memandang tuannya ke hulu dan kehilir di dapur.
Yang dia tahu, tuannya sudah pulang dan bekas makanannya akan berisi dengan
biskutnya.
Hani mencapai bungkusan bee hoon yang di belinya di kedai Linda, 2
minggu dulu. Linda, perempuan cina Ipoh yang berkahwin dengan lelaki Cina
tanah besar yang sudah berbelas tahun bermastautin di sini. Bercakap bahasa
melayupun sudah tungang terbalik. Tapi Hani masih berbangga ada juga anak
Malaysia yang sanggup merantau mencari rezeki sepertinya.
Setelah semua rencah disiapkan, bee hoon yang direndam ditoskan dan
memulakan memasak. Aroma mee goreng memenuhi ruang dapur. Tidak sampai 15 minit
makan malam Hani malam ini terhidang. Alhamdullillah. Sempat juga Hani
mengelamun tentang mamat yang memegang bahunya semasa bergambar siang tahu..
biar betul!!.. sambil tersenyum sendiri. Mungkin juga Manja hairan, kenapalah
tuannya hari ini tersenyum sendiri sambil menyuap beehoon. Lain macam sahaja lagak tuannya malam ini.
Selesai makan malam Hani membersihkan dapur dan terus naik ke biliknya
untuk solat Isyak dan merehatkan diri. Namun mata tidak mahu terlelap, novel di
gapainya dan membaca beberapa bab. Namun ingatannya masih kepada peristiwa
bergambar siang tadi. Hani, cukup cukup la tu. Terpandang gambar
persandingannya di kabinet sisi. Perasaan
Hani bercelaru. Dia cuba melawan perasaannya. Hani cuba menidakkan perasaannya
yang kini pintu hatinya sedang di ketuk perlahan oleh seorang lelaki yang
bernama Aqram. Tidurnya dia gelisah, akhirnya Hani terlena juga dengan perasaan
yang berbelah bagi.
No comments:
Post a Comment