BAB 9
21
Disember menjadi tarikh bersejarah bagi Khasif dan Hani. Hari pernikahan mereka
yang sederhana tetapi meriah. Ummi Khadija dan Abi Mostafa, kedua-dua ibu
bapanya turut hadir di majlis pernikahan. Baru lega hati Kasmah, apabila
dimaklumkan kedua ibu bapa Khasif turut serta. Tidak lagi risau seperti majlis
pertunangan, hanya menggunakan wakil.
Di hari
bahagia tersebut, Hani mengenakan kebaya moden berwarna mutiara dengan tudung
lace puteh di majlis pernikahan. Begitu
juga Khasif dengan warna sedondon, Khasif kelihatan seperti pahlawan melayu
melaka dengan ketinggian dan kekacakannya mengenakan baju melayu siap