21 Disember menjadi tarikh bersejarah bagi Khasif dan Hani. Hari pernikahan mereka yang sederhana tetapi meriah. Ummi Khadija dan Abi Mostafa, kedua-dua ibu bapanya turut hadir di majlis pernikahan. Baru lega hati Kasmah, apabila dimaklumkan kedua ibu bapa Khasif turut serta. Tidak lagi risau seperti majlis pertunangan, hanya menggunakan wakil.
Di hari
bahagia tersebut, Hani mengenakan kebaya moden berwarna mutiara dengan tudung
lace puteh di majlis pernikahan. Begitu
juga Khasif dengan warna sedondon, Khasif kelihatan seperti pahlawan melayu
melaka dengan ketinggian dan kekacakannya mengenakan baju melayu siap
dengan kris tersisip di pinggang. Hani pulak bagaikan puteri Hang Li Po duduk bersempuh menanti wiranya. Mereka berdua memang nampak sepadan. Seperti biasa adat bersanding orang Melaka, Hani dan Khasif menukar 7 persalinan. Rioh rendah dan tersenyum simpul Kasmah bila ramai yang memuji kehebatan pengantin, terutama mengenai menantu barunya.
dengan kris tersisip di pinggang. Hani pulak bagaikan puteri Hang Li Po duduk bersempuh menanti wiranya. Mereka berdua memang nampak sepadan. Seperti biasa adat bersanding orang Melaka, Hani dan Khasif menukar 7 persalinan. Rioh rendah dan tersenyum simpul Kasmah bila ramai yang memuji kehebatan pengantin, terutama mengenai menantu barunya.
Di
majlis menepung tawar, ramai yang memberi restu kepada kedua mempelai. Tidak berkecuali Ummi dan Abi yang juga ingin
memberi restu mengikut adat melayu Malaysia, bukan adat melayu Tanjung Harapan
kepada anak dan menantunya. Renjisan air mawar yang digoyang terlalu kuat,
sehinggakan Hani dan Khasif terpaksa memalingkan muka untuk mengelakkan air
mawar tersebut dari masuk ke mata mereka. Hadiran tergelak
menyaksikan gelagat yang berlaku.
Ramai teman-teman Hani dari hospital datang termasuk Dr. Hisham selaku
ketua Hani datang meraikan. Bagi pihak Khasif, En. Amri membawa rombongan
pelancong dari Afrika Selatan untuk sama-sama memeriahkan majlis dan merasa
sendiri bagaimana upacara perkahwinan orang melayu di Malaysia berlangsong.
Mereka memang sangat berbesar hati dapat mengalami sendiri suasana yang
jarang-jarang dapat di hadiri oleh pelancong-pelancong lain.
Kedua-dua ibu bapa Khasif juga nampak gembira menerima Hani sebagai
menantu mereka. En. Amrilah yang paling sebok terpaksa menjadi wakil dan juga
jurubahasa.
****
“Thank
you Hani you accept me as you husband” ucapan pertama Khasif setelah bergelar
suami isteri di dalam bilik pengantin yang di hias indah bertemakan warna ungu
lembut dan puteh. Khasif memegang tangan isterinya yang baru dinikahinya siang
tadi di Masjid Telok Mas dan menciumnya.
“Me too,
thank you my husband for accepting me to be you wife” sambil tersenyum dan
mencium pula tangan suaminya.
Hani
telah menukar pakaian pengantinnya kepada pakaian yang lebih selesa untuk
membantu saudara maranya yang masih ramai lagi di luar. Hani menghulurkan sepasang baju melayu biru cair
yang memang telah awal ditempahnya untuk Khasif. Khasif memang kacak, walau memakai apapun dia nampak kemas. Yang paling Hani
tidak dapat lupa adalah haruman yang digunakan Khasif, yang sangat menyenangkan
jiwa Hani. Malangnya Hani tidak mengetahui haruman apa.
Khasif
juga sebok membantu, walaupun dilarang oleh saudara mara.
Hani cukup
berbangga dengan Khasif yang berusaha untuk mempelajari perlahan-lahan adat
melayu.
Perkara
pertama yang dipelajarinya ialah mempelajari perkataan-perkataan melayu yang
mudah. Ramai yang menjadi cekgunya, abah, Adi, Shima, Pak Long termasuk ibu. Dalam
ramai-ramai, ibulah yang paling terror, menjadi cekgu di sekolah dan juga
menjadi cekgu di rumah.
3 hari
berlalu begitu pantas, Hani dan Khasif ke Lapangan terbang kerana menghantar
Ummi dan Abi pulang ke Cape Town.
Hani
mengambil cuti kahwin selama 2 minggu manakala Khasif bercuti selama sebulan.
****************
Selepas
habis bercuti, Hani menyewa sebuah apartment di precinct 8. Sebulan berlalu,
Khasif pula terpaksa pulang ke Cape Town. Sungguh terseksa rasanya perasaan
Hani menanggung rindu tanpa kehadiran suaminya Khasif. Walaupun setiap hari berhubung, perasaan
rindu meluap-luap. Setelah memikirkan
masak-masak Hani membuat keputusan berhenti kerja dan menyusuli Khasif ke Cape
Town, itupun setelah 6 bulan bernikah.
Ibu,
abah dan adik-adik amat berat melepaskan
anak dan kakaknya pergi, tapi apakan daya tempat seorang isteri adalah disisi
suaminya. Tambahan pula Hani juga teringin untuk merasa merantau di negara
orang. Bertemu jodoh dengan Khasif bukan di rancangnya, tetapi adalah takdirnya
yang telah ditetapkan untuknya di luhmahfuz.
Pengalaman pertama Hani menaiki kapalterbang jarak jauh amat
menyeksakan.
****
Hilang rasa penat Hani , walaupun berada didalam kapalterbang selama 12
apabila melihat Khasif yang sudah sedia menunggunya di Lapanganterbang Cape
Town. Terubat sudah rasa rindunya kepada
suami tercinta, begitu juga Khasif. Pandangan matanya tidak lepas sejak dari Hani tiba dibalai ketibaan.
Hani tersengut-sengut, malas dia hendak memperdulikan pandangan mata yang tajam
suaminya. Yang penting dia sudah ada disisinya.
“Darling,
I think you suffer jetlag.. that is why you feel so sleepy” tegur Khasif sewaktu Hani nampak
begitu mengatuk walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 petang kerana jetlag.
Pengalaman pertama melawan perubahan waktu.
Perbedaan
waktu 5 jam, maknanya pukul 6 di Cape Town, di Malaysia sudah jam 1.00 pagi,
mana tidak mengantuknya. Berminggu jugalah Hani mengalami jetlag sehingga dia
dapat menyesuaikan dirinya di sana.
Hani
tiba di Cape Town waktu musim luruh, sejuk tidak terkira. 4 bulan kemudian Hani
juga merasa memegang salji buat pertama kalinya
kerana Cape Town di berkati dengan salji pada tahun itu. Untuk
mengelakkan Hani dari bosan hanya berada di rumah, Khasif meminta Hani membantunya
diagensi pelancongannya. Mereka sangat bahagia. Ditambah pula Khasif sangat
romantik dan pandai mengambil hatinya. Ada sahaja hadiah yang diberikannya
tidak perlu menunggu setiap ulangtahun atau hari lahir.
Setiap
hari Hani sentiasa memanjatkan berdoa dan bersyukur ke hadrat ALLAH yang
menemukannya dengan suami yang sangat sempurna buatnya sehinggalah Khasif
meninggal dunia kerana kemalangan di tembak perompak di perhentian lampu
isyarat semasa Khasif menuju ke Pretoria semasa menghadiri mesyuarat persatuan
agensi pelancongan.
Satu tamparan
hebat buat Hani yang baru 3 tahun menekmati kebahagian bersama suaminya. Hani
bagaikan hilang nyawa kerana kehilangan Khasif. Di ikuti kematian Abi beberapa
bulan kemudian, sememangnya menjadi satu impak yang sangat kuat buat Hani dan
keluarga Khasif.
Namun
begitu, kerana amanah, kasih dan rasa
tanggungjawab, Hani mengambil keputusan meneruskan untuk mengurus agensi
pelancongan peninggalan Khasif sementara menunggu Roseina, adik Khasif
menamatkan pengajiannya di University Stellenbocsh. Tambahan pula Agency itu
membuat Hani merasa Khasif masih bersamanya menguruskan syarikat itu.
Nasib
baik juga Khasif telah mengajar Hani serba sedikit tentang perniagaan itu, sejak dari mula
walaupun tidak sepenuhnya. Hani akan meminta bantuan atau pandangan dari Amjad
Basir, kawan baik Khasif yang juga tuan punya Safari Adventures Tours &
Travels sekiranya Hani mempunyai masalah. Hani perhatikan Amjad agak
berperangai aneh sejak kebelakangan ini. Hani tidak mahu perhubungannya
disalahertikan, malah hanya mahu mengekalkan perhubungan seperti yang sedia
ada. Namun lelaki bernama Amjad ini
tidak pernah berputus asa, ada sahaja hadiah atau bunga beserta kad yang Hani
terima darinya. Kad yang ditulis dengan madah-madah berbau cinta. Namun cinta
tidak disambut oleh Murni.
Seina
tahu dan merestui Amjad sedang berusaha memenangi hati kakak iparnya. Seina
mahu Hani memulakan hidup baru, melupakan abangnya yang sudah tiada. Yang sudah
pergi, sudah tidak akan kembali, yang hidup harus meneruskan kehidupan, tetapi
Hani belum sedia. Mungkin masa yang akan merubah segalanya.
Bagi
Hani, hanya Khasif sahaja yang boleh membahagiakan hidupnya. Tembok kasih
Khasif masih utuh di hatinya. “Khasif, Hani akan meneruskan hidup bersama
kenangan manis kita.”
Pandangan
Hani keluar, tetapi fikirannya melayang ke kesah silamnya bersama Khasif. Duduk di meja makan dengan
kopi yang masih berasap nipis ditangan. Terkejut Hani dari lamunannya apabila
terasa seperti ada benda berbulu singgah di kakinya. Matanya mencari-cari apa
sebenarnya, dilihat Manja sedang mengibas-ngibas ekornya yang kembang.
“Mannjaa..” tegurnya lembut, tak
sanggup memarahi makluk yang tak berdosa itu lantas diangkatnya kucing
kesayangannya dan di letakkan di atas ribanya.
Manja menguap dengan membuka
mulutnya dengan luas sekali. Kelihatan taringnya yang tajam dikiri kanan
mulutnya.
“Malas betullah Manja ni..” Hani bercakap sendirian, macamlah
Manja, si kucing itu mengerti
butir-butir kata yang di luahkan, sambil tangannya mengusap lembut badan Manja.
Manja terlentuk menunjukkan gembira kerana tuannya berbuat demikian terhadap
dirinya. Seakan-akan mengerti apa yang jiwa tuannya sedang alami sekarang ini.
Jiwa kacau yang tidak tentu arah, adakala rasanya mahu sahaja pulang ke tanah
air, adakala pula suara hati terasa sayang untuk meninggalkan negara bekas
apartheid ini.. entah.. yang mana satu. Seperti kakinya diikat dengan batu,
agar tidak meninggalkan negara Nelson Mandela ini, namun Hani dapat rasakan
seperti ada suara yang memanggil-manggil namanya nun diseberang lautan, suara
dari tanah air tercinta. Di Malaysia ada keluarga yang tersayang menunggunya,
di sini juga ada keluarga tersayang yang melayannya. Kedua-dua tempat begitu
bermakna kepada Hani. Jika pulang ke Malaysia, dia akan meninggalkan keluarga
di Afrika Selatan ini, termasuk segala kenangan indahnya… tetapi sampai bila?
Soalan yang tidak pernah ada jawapan buat Hani. Mungkin esok, mungkin lusa dan
mungkin juga hari ini akan memberikan jawapan kepada soalan ini.. wallahuallam.
Buat masa ini biarkanlah sahaja, Hani mengikut rentak dan anjakan masa
yang tidak pernah berhenti.
Hani mengangkat Manja dari ribanya dan melepaskannya ke lantai. Binatang
jinak ini terus sahaja berlari menuju ke tempat dimana bekas makanannya yang
sudah kosong berada.
“Manja lapar ya... nanti mama beri biskut ya..” Hani membahasakan dirinya mama, dilayannya Manja
seperti seorang bayi.. bayi berbulu.
Hani
bangun dan terus menuju ke bawah singki di mana makanan Manja di simpan dan
meletakkan satu skop sukatan biskut makanan kucing ke dalam mangkuk plastik
puteh gambar karton “lady and the tramp”. Kelihatan Manja macam tahu-tahu
sahaja telah sedia menunggu dengan ekornya yang terliang liuk. Hani tersenyum
sendiri melihat telatah kucingnya itu. Mana tidaknya Manja cemburu, hanya
tuannya sahaja yang sarapan, melupakan dirinya.. ia tak ia jugak..
Selepas
bersarapan, Hani berjalan perlahan menaiki tangga menuju biliknya untuk membersihkan
diri dan bersiap untuk berbelanja barangan dapor. Sekurang-kurangnya tidaklah
dia bosan sendirian dirumah dan melayan perasaan sunyinya. Itulah sahaja
caranya Hani menghabiskan masanya di hujung minggu, dengan berbelanja. Tujuan
hendak mencari satu barang, tetapi bila pulang barang yang sepatutnya satu
sudah beranak menjadi 5 barang, kadangkala menjadi 6. Selalunya barang yang
tidak diperlukan. Itulah lumrahnya.
Perempuan jika di beri peluang berbelanja, sepatutnya hanya membeli
barang yang menjadi keperluan, sebaliknya membeli yang bukan-bukan.
Setelah
hampir 2 jam Hani berlegar-legar menyorong trolinya sendirian di Pick’N Pay
Hypermarket. Dengan troli yang separuh penuh akhirnya Hani menyorong trolinya
ke kaunter pembayaran. Untuk Hani
seorang, apalah sangat barangan keperluan yang perlu disimpan dirumah. Hanya
Hani dan Eve, pembantu rumahnya dan juga sepupu Edvina. Eve memang tinggal di
bilik kecil terletak dibelakang rumah Hani, Eve sudah 5 tahun bersama Hani,
iaitu sejak 2 bulan Hani berada di Cape Town. Advina yang memperkenalkannya
kepada Khasif. Walaupun dia masih muda ketika itu, baru berusia 18 tahun, tapi
sangat tekun bila bekerja membersihkan rumah dan jujur. Jika dia terjumpa wang syiling di dalam
poket, sama ada kepunyaan Hani atau Khasif sebelum mencuci pakaian, pasti akan
dilonggoknya dan disimpan di dalam bekas di atas mesin pengering.
Sekarang
Eve sudah berusia 23 tahun, dengarnya dia sudah ada calon suami, mungkin tidak
lama lagi akan meninggalkan Hani sendirian. Eve tidak akan masuk ke rumah Hani
pada hujung minggu hanya tinggal setakat biliknya sahaja, kecuali di minta.
Tambahan pula selalunya dia akan ke rumah keluarganya, rumah kawan-kawannya,
atau pergi ke gereja setiap hari Ahad. Cukuplah
bercerita mengenai pembantunya Eve. Kaunter pembayaranpun sudah hampir.
Setelah
usai pembayaran, Hani terus menyorong troli ke pakir dan membuka bonet kereta terus
memindahkan semua barangannya. Troli yang kosong di letakkan di ruang khas
untuk simpanan troli. Hani mengunci semula keretanya dan terus menuju ke
retaurant makanan laut yang terkenal di Afrika Selatan “Ocean Basket” untuk makan tengaharinya. Lebih baiklah dia
makan tengahari dahulu, nak tunggu masak, bila pula hendak makan, lagipun
bukankah lebih relax jika hanya makan di restaurant. Malam barulah Hani
memasak. Tambahan pula memang setiap hujung minggu Hani akan memanjakan dirinya
makan di restaurant. Jika ada Khasifpun routine ini di praktikkan. Hari Sabtu,
dapor Hani tidak berasap, tetapi hanya untuk makan tengahari, tetapi bagi makan
malam Hani sediakan dengan memasak makanan
yang ringkas sahaja.
Baru jam
12.35 petang, pelanggan tidak ramai lagi, Hani mengambil tempahan ocean plater.
Kegemarannya kerana portion hidangan ini tidak terlalu banyak, cukup-cukup
untuk mengisi perut seorang perempuan bersama sebotol air mineral kecil.
Sementara
menunggu tempahan makanannya siap, pandangan Hani ralet dimeja
bertentangan. Leka memerhati sepasang
keluarga berkulit puteh sedang melayan bayi lelaki yang berusia lingkungan 6
bulan. Begitu mesra sekali keluarga tersebut. Tersenyum Hani memerhatikan
telatah bayi itu. Bukannya dia hendak makan sangat, lebih kepada hendak
bermain. Kelihatan kentang goreng yang
banyak bersepah di lantai, mungkin satu atau dua keping sahaja yang berjaya di
makannya. Ibunya sentiasa mengambil kentang-kentang yang terjatuh dan
dikumpulkannya di serviette di atas meja. Kelihatan sungguh comel bayi itu dengan
mengguna kedua-dua tangannya menyuap kentang tersebut kemulutnya yang kecil.
Gebu jari-jari montel itu menjalankan tugasnya, matanya yang kebiruan, bulat
memandang sekeliling. Mulut sudah comot, tetapi bibirnya yang merah masih menerima
apa-apa sahaja yang tangannya menyuap. Rambutnya yang keperangannya umpama bulu
jagong sesekali disapunya. Dari pemerhatian Hani, rasanya bayi pasangan muda,
pastinya anak tunggal mereka.
Lamunan Hani terhenti apabila pelayan menghantar pesanannya. Resit
pesanan di letakkan bersekali di atas meja bagi tujuan pembayaran kelak.
“Your
order mem, bonna petite” katanya lalu meninggalkan Hani dengan sepiring ocean
platternya. Tersusun, sedikit udang goreng, sotong goreng, sekeping ikan
bersalut tepong dan kentang goreng.
Disisi makanan, terdapat 3 mangkok puteh kecil berisi mayonis, sambal cili dan
mustard disusun berderet ditepi meja.
Ucapan
terima kasih diluahkan, dengan wajah gembira di hadapan rezekinya hari
ini. Hani mulakan dengan
bismillah dan berlahan mengambil sudu
dan garpu. Dia menjamah sotong goreng yang sudah dicelup sedikit mayonis. Sesekali
matanya masih memerhatikan telatah bayi lelaki yang duduk di atas kerusi
tinggi. Di dalam hati Hani berkalau, andainya dia dan Khasif dikurniakan anak,
bagaimanalah rupanya anak itu agaknya. Tetapi itu mustahil kerana sudah
disuratkan Hani tidak ada rezeki untuk mempunyai anak bersama Khasif, mungkin
ada sebabnya. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.
Matanya melerek jam tangannya dan sudah menunjukkan jam 1.15 petang.
Hani harus pulang untuk bersolat Zohor, waktu Asar akan bermula jam 2.45
petang, Hani perlu pulang segera, jika tidak dia tidak sempat untuk menunaikan
Zohor. Sedang Hani bergegas bangun untuk
ke kaunter pembayaran. Hani terasaa badan melayang.
“Ough…..” Hani jatuh terlentang.
Hani hilang imbangan, tersedar sahaja dia mendengar suara-suara yang
bunyi rioh, “Miss.. miss..are you alright”.tetapi mata masih tidak dapat di
buka kerana seperti berada di awang-awangan, sakit di kepalapun ada!!.Mahu
tidak sakit, kepala terhentak dilantai.
Akhirnya mata di buka perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Hani
memerhati sekeliling. Dia terkejut, pandangan terhenti, terkejut sunnguh dia
dengan wajah seorang lelaki yang melutut di hadapannya. Di pejam dan celikkan
matanya agar pandangan yang kabur itu beransur terang.
Adakah Hani bersama roh Khasif.. adakah Hani sudah meninggalkan dunia
dan sekarang sudah menemui Khasif..dimanakah sebenarnya dia berada! Hani tidak pasti.
“Ya ALLAH, Khasif , di mana aku? Tapi kenapa
rupanya lain sikit.” Bisik hati Hani. Lelaki itu sedang mengipasnya menggunakan
menu card.
“Are you
all right. miss… are you allright…” suara yang kedengaran bertalu-talu, pada
mulanya perlahan dan sedikit demi sedikit terdengar jelas.
“Emmm” tangan Hani memicit dahinya dan cuba
untuk duduk. Hani menoleh, apabila terasa ada sepasang tangan yang cuba
membantunya duduk. Ditolehnya kearah empunya tangan, Hani ingin mengetahui kepunyaan siapa?
Dilihatnya seorang wanita separuh umur yang tidak dikenalinya. Siapalah agaknya
wanita ini. Tangan Hani masih di dahi.
Di pijit dahinya perlahan. Pemandangan Hani yang tadinya kabur sekarang
sudah sedikit jelas, jelas dan perlahan bertambah jelas.
“where am
I” bersuara bergetar-getar perlahan.
Ingin penjelasan, dalam keadaan yang masih belum boleh berfikir waras.
Di
lihatnya sekeliling, satu persatu wajah-wajah yang mengerumuninya. Pandangan
Hani terhenti di wajah yang masih sedang mengipasnya.
.”Are
you all right..” lelaki itu bersuara. Hani menganggukkan kepala perlahan.
“Alhamdullillah..Are you sure? Do you want us to
take you to the clinic?” Katanya lagi seperti torpedo.. bertalu-talu. Soalan
pertama belum sempat berjawab, sudah diajukan lagi soalan yang lain.
“I’m
okey.. I should be fine” Hani menjawab perlahan terketar-ketar. Bengang
dikepala masih terasa. Hantukannya tentu
kuat.
“No..
you are not okey..I can see that you are not okey..” lelaki itu menyangkal
jawapan Hani.
Tuan
punya badan sudah mengaku okey, tetapi lelaki di hadapannya pula tidak percaya.
Pandai-pandai mengatakan tidak okey.
Hani
cuba berdiri dan sekali dibantu oleh wanita tadi duduk di kerusi berhampiran.
“Tolong
Aqram..” pinta perempuan itu meminta lelaki yang mengipasnya membantu Hani
berdiri dan duduk di kerusi berhampiran. Satu lagi kejutan, kerana
mereka berbahasa Melayu. Hani cuba mengingatkan kali terakhir, dia berada
dimana. Takkan sudah berada di Malaysia. Bila masa pula dia pulang ke Malaysia.
Baru Hani teringat, kini dia dialam nyata, bukan dimana-mana dan masih
bernyawa.
Pelanggan lain sudah beransur
meninggalkan Hani, yang tinggal hanya Hani dengan perempuan dan lelaki yang
seiras Khasif. Hani perasan Pengurus Ocean Basket bertanyakan
sesuatu kepada lelaki yang merupai Khasif.
“Orang
Melayu ke?” akhirnya Hani bersuara masih terketar-ketar. Tangan meraba kepala
ditempat yang dirasakan sakit. Ada benjol atau luka.
“Ya kami dari Malaysia” bersuara perempuan
yang masih duduk di kerusi mengadap Hani.
“Kenapa dengan saya…” Hani bertanyakan kenapa dan apa yang berlaku kepada
dirinya.
“Cik jatuh tergelincir tadi…,minyak dari kentang goreng tu.. macamana
rasa sekarang?” terangnya sambil menunjukkan kesan minyak yang masih nampak
ketara di lantai, terutama bekas di mana Hani tergelincir. Nampak kesan seperti di leret sesuatu. Ialah
dileret oleh kaki Hani.
“Saya
rasa masih bengang di kepala…maaf, saya dah menyusahkan puan dan yang
lain-lain…” Hani tunduk dengan kedua belah tangan masih memegang di kepala.
“Tak.. tak..ada susahnya, nasib baik cik tak ada apa-apa? betul ni tak
mahu pergi klinic?“ Tanyanya lagi. Ulangan pertanyaan daripada lelaki yang
mengipasnya. Hani menangguk perlahan tanda pasti tidak perlu dibawa keklinik.
“Aqram mama rasa kita kena jugak bawa cik ni ke klinik.. ni hal kepala
takut ada pendarahan ke atau bengkak ke..takut pendarahan dalaman aje?“kata si
wanita itu. Memaksa Hani bersetuju untuk dibawa keklinik. Dia hairan kenapa
Hani enggan untuk dibawa keklinik.
Hani sebenarnya memang memerlukan pertolongan, dia masih tidak boleh
memandang tepat, masih berpinar pemandangannnya. Tetapi dia malu meminta
pertolongan pada orang yang tidak dikenalinya.
“Cik..
kami nak tolong cik okey!, kami nak hantar cik di clinik terdekat..” lelaki itu
bersuara lagi.
Nampak
gayanya, setuju atau tidak, Hani terpaksa akur. Terus lelaki itu berjalan
menuju kearah pengurus restaurant. Pengurus restaurant seperti
mengangkat-angkat tangan menunjukkan arah. Kemudian lelaki itu kembali semula
menghadap Hani yang sudah duduk di kerusi. Tudung yang sudah berserebeh, namun
Hani masih nampak menawan. Orang sedang sakit, penampilan tidak difikirkannya.
“Ma,
Aqram dah tanya manager tu, katanya ada clinik next block..dekat aje” lelaki
itu menjelaskan tujuannya berjumpa manager restaurant. Ingin bertanya arah, ke
klinik yang berhampiran.
“Jom
kita bawa cik ni..” arah lelaki itu, kenapa dia terlalu mengambil berat ke atas diri Hani.
Perempuan yang dia tidak kenal. Hairan juga.
“Cik, kami ikhlas nak tolong, lagipun mereka ingat cik dengan kami.. kami nak hantar cik ke clinik, is it okey with you?:”
Tanyanya lagi seakan mendesak. Sudah Hani beritahu, tidak perlu membawanya ke
klinik, tetapi mereka tetap hendak membawanya. Kini bertanya pula untuk meminta
kebenaran.
Kenapa
Hani perlu berdegil, apa yang katakan oleh perempuan itu sememangnya betul. Dia
sepatutnya lagi arif tentang apa yang memerlukan rawatan, memandangkan dia
adalah seorang jururawat. Lagi pun Manager dan pengunjung restaurant
mengingatkan Hani adalah salah seorang dari keluarga perempuan di hadapanya
kerana cara Hani bertudung. Akhirnya hanya anggukan perlahan. Rela dalam
terpaksa.
Hani
dipapah oleh perempuan itu, berjalan perlahan ke klinik yang dinyatakan. Berjalan dengan sedikit
bantuan melangkah beberapa block bangunan.
“Boleh jalan tak? Kalau tak boleh, saya bantu” sungguh beriya-iya perempuan itu ingin
membantu Hani.
“Terima kasih puan, saya masih boleh berjalan lagi rasanya..” Hani
melangkah perlahan-lahan. Perempuan itu sentiasa rapat dengan Hani, bimbang
jika Hani akan hilang pertimbangan lagi. Jika ini berlaku, Hani pasti akan
terjatuh lagi. Tidak tahulah apa pula yang akan cedera. Tidak lama, akhirnya
sampai ditempat yang dituju.
Hani duduk dikerusi dihadapan kaunter pendaftran klinik. Semua urusan
dikaunter pendaftaran dibuat oleh anak lelaki perempuan itu.
“Minta apa-apa dokument diri.. dont worry, I hanya nak gunakan untuk pendafaran aje, lepas tu I
pulangkan balik..” tersenyum sahaja lelaki itu meminta sebarang dokument pengenalan diri
Hani.
Aduh.. kenapakah kau baik sangat ni..
Hani hanya perlu memberi kad taraf penduduk tetap yang di perolehinya
kerana menjadi isteri Khasif yang berakyat Afrika Selatan. Hani sungguh-sungguh
berhutang budi kepada keluarga ini.
Hasil dari pemeriksaan doctor, Hani didapati tidak mengalami kecederaan
teruk, hanya sedikit gegaran dikepala, Alhamdullilah. Sementara lelaki itu
mendaftarkan Hani, Hani mengambil peluang untuk memperkenalkan diri.
“Saya Hani…” Hani bersuara lemah, akhirnya mampu untuk memperkenalkan
diri, sambil menghulurkan tangan untuk
bersalam. Salaman disambut kemas.
“Saya Fathihah, ini anak lelaki saya Aqram” Puan Fatihah memperkenalkan
lelaki yang masih berdiri di sebelahnya sambil tersenyum semasa diperkenalkan.
Di hujung bangku menunggu Puan Fatihah memperkenalkan suaminya Mansor, anak
perempuan remajanya Ain dan juga anak lelaki remajanya Rayyan. Baru Hani
perasan, wanita itu bukan sahaja bersama dengan lelaki yang seiras Khasif,
tetapi juga dengan suami dan dua lagi anaknya.
“Terima kasih lah banyak-banyak…saya sudah menyusahkan semua” ucapan
Hani yang ikhlas
“Cik,
Manager tu beritahu saya tadi kalau Cik nak claim pembayaran clinic, sebab Cik
jatuh di restaurant dia. Dia tanya saya kerana ingatkan Cik bersama
kami..” Aqram menjelaskan perbualannya dengan pengurus restaurant sebentar
tadi.
Pengurus
tersebut salah menyangka sedemikian kerana melihat tudung yang Hani pakai sama
gayanya dengan tudung yang dipakai oleh Puan Fatihah.
“No..
its okey… kesalahan sendiri.” Hani mengaku kerana kecuaian sendiri.
Kenapalah lalai sungguh Hani hari ini, sudah tahu kentang bertaburan
kenapa tak dielak semasa berjalan. Kecuaian sendiri kerana tidak berhati-hati
semasa berjalan, sedangkan Hani boleh mengelak dari terus memijak minyak
kentang, sudah tentulah licin kerana berminyak.
“Ohh, kami dari KL, datang bercuti, Cik Hani pun bercuti jugak ke?” Puan
Fatihah cuba bermesra. Dia juga cuba
melenggahkan Hani beredar agar betul-betul stabil untuk berjalan sendiri.
“Tak, saya bekerja di sini” dalam kepala bengang Hani masih mampu
menjawab apa yang perlu dia jawab.
“kami
sampai malam tadi, hari ni kami hanya naik bas merah yang tak ada bumbung tu… apa
namanya, Hop On Hop off. Di hotel ada brochure untuk tour, tapi saya dengar ada
tourguide kepunyaan orang Malaysia kat sini, Cik … tahu?” Puan Fatihah
bertanya.
“Ohhh,
saya kerja di travel agent” sambil membuka zip beg tangannya dan menghulurkan
kad nama Syarikat Pelancongannya. Dalam sakit-sakitpun Hani masih hendak
mempromosikan syarikatnya
“kalau
perlu khidmat kami boleh telefon hari Isnin sebab week-end tutup , kecuali dah
buat arrangement awal” kata Hani sambil tersenyum dan menoleh ke wajah Aqram
yang masih memandangnya membuatkan Hani kurang selesa.
Wanita itu mengambil kad nama Hani dan mengucapkan terima kasih.
“Insyallah, kami ada 9 hari lagi nanti kami hubungi…”, sambil membaca
kad nama “Cik Hani Asmara Tajuddin....emm.. “ sedap nama tu
“Saya minta diri dulu Puan, saya rasa saya dah okey sikit rasa kepala
ni..insyallah jumpa lagi” Hani cuba memendekkan perbualan.
“Betul ni, dah okey, tak rasa
pening ke pitam ke…, kalau rasa sakit lagi tunggulah.. lets joint us..” sungguh
mesra dan prihatin Puan Fatihah.
“Saya rasa dah okey, terima kasih lah banyak-banyak” Hani berdiri dan
memperkemaskan blouse berbunganya dan tudung yang dipakainya yang sudah pasti
sudah kotor dan sudah tidak berada di tempat yang betul. Beg tangannya di
sandang. Mata Hani melerek kepada semua ahli keluarga Puan Fatihah seorang demi
seorang.
“Assalamulaikum” tetapi pandangannya sekali lagi terhenti wajah Aqram
dengan debaran yang lebih kencang dan terus beredar menuju perlahan ke parkir.
Puan Fatihah dan keluarga hanya memandang Hani berlalu pergi dan kemudian menuju semula ke Restaurant.
“Tak sangka pulak boleh jumpa orang Malaysia di tempat macam ni..”
Fatihah memulakan bicara.
“Harap-harap si Hani tu okey.. takut bengkak ke benjol ke di kepala dia
tu.tapi doctor kata tadi tak apa-apa.” Puan Fatihah masih memikirkan hal
kesihatan Hani.
“Em.. nak order apa?, sambil menyelak buku menu yang di atas meja”
memulakan pesanan yang terbantut oleh kerana kemalangan Hani.
Aqram membelek-belek botol-botol sos yang tersusun rapi, sebenarnya
dibenaknya memikirkan sesuatu. Ya, insiden sebentar tadi masih di benaknya. Cantik budak melayu
tu. apa namanya. Hani.. bercakap di dalam hari sambil tersenyum sendiri.
Fatihah memerhatikan perlakuan anak bujangnya yang agak aneh dikala ini sambil
membuat muka hairan.
“Aqram,
are you alright?” tersentak Aqram dan melepaskan botol-botol yang sejak tadi diteleknya. Aqram terbayang wajah
Hani disetiap botol tersebut.
“Yes, Ma
I’m fine” Aqram berselindung, tetapi Fatihah tahu anaknya tidak bercakap benar.
“Cantikkan
budak tu tadi ya..apa namanya..”
“Hani..”
Aqram menjawab begitu cepat..
Puan
Fatihah membuat muka hairan.. hai Aqram apa hal lah pulak budak ni…
“May I
take your order” pelayan datang untuk menanyakan tempahan, terhenti sebentar
perbualan mereka dan semua mata tertumpu kepada pelayan yang sedang sebok
mencatit pesanan yang di minta.
“One
sole grill with chips” Fatihah memulakan tempahan
“saya
jugak”Aqram bersuara.
“Saya
nak with rice” kata Aqram
“Ain
sama macam Ma” Ain pula menyampok
“Yan nak sama macam Pa” terdengar pula suara
Rayyan.
“In that
case two sole grill with chips and two sole grill with rice”
“Drinks”
tanya pelayan lagi.
“ coke”
serentak suara Ain dan Rayyan.
“ One
tea and two coffee please.”Puan Fatihah menyebut bagi pihak suami dan Aqram.
Tangan
pelayan masih ligat mencatit setiap pesanan.
“Haa..,
macammana kalau kita arrange our tour with her agent on Monday,
sekurang-kurangnya kita bantu orang Malaysia… macammana bang” Fatihah meminta
pandangan Mansor suaminya.
“Bagus
jugak tu, no communication barrier dan senang sikit nak tanya apa-apa.. setuju takAqram?”
Mansor memberi sokongan cadangan isterinya.
“Aqram
ikut aje..” jawabnya . Sebenarnya memang itu yang di minta, kalau cadangan
tidak dari ibunya, mungkin dia sendiri yang akan mengemukan cadangan tersebut.
“Hani
Asmara” nama yang sedang berlegar di hatinya kini sambil berkata-kata adalah
kau di temukan untuk ku..hati Aqram berbisik.
Tersenyum
sendiri sambil botol sos di atas meja masih dipusing-pusingkannya. Puan Fatihah
masih memerhatikan kelakuan aneh anak lelakinya dengan muka hairan. Biarkan lah
..
No comments:
Post a Comment