Walaupun
kepalanya masing terasa sakit, digagahkan juga memandu. Sepanjang pemanduan,
ingatan kepada insiden sebenar tadi masih bermain dikepalanya. Tidak pasal-pasal sahaja sudah terhutang budi
dengan orang yang tidak dia kenal. Malu kepada dirinya sendiri tidak dapat
digambarkan. Namun dicuba untuk menghilangkan perasaan itu.
“Malunya
aku hari ni, macammana boleh tak perasankan tempat berminyak tu.. kan dah jadi
free show.. ishy lantaklah ”.. sesekali senyum sendiri, ada kalanya
mengelengkan kepala. Malu menjadi tontotan orang, tetapi yang selebihnya ialah
bayangan wajah lelaki tadi.
Hani cuba mengingatkan namanya. Nama simple sahaja bagi seorang lelaki melayu, tetapi apa ya namanya. Tidak berbelitpun dan bukannya nama orang Rusia atau orang puteh celop.
Hani cuba mengingatkan namanya. Nama simple sahaja bagi seorang lelaki melayu, tetapi apa ya namanya. Tidak berbelitpun dan bukannya nama orang Rusia atau orang puteh celop.
“Ram..
ada Ram di hujung...Iqram..Aqram rasanyanya, ya.. namanya Aqram..” sambil tersenyum. Apa hal pulak
menghafal nama lelaki yang tidak tahu apa statusnya. Yang dia diperkenalkan
ialah sebagai anak lelaki perempuan yang baik itu. Yang selebihnya masih tidak
diketahui. Entahkan suami orang ke, tunangan orang ke, atau setidak-tidaknya
sudah ada gadis istimewa.
Asyik
mengelamun, tidak sedar sudah sampai di rumah pengawal rumahnya. Barang yang
dibeli dipungggahnya, tak sampai 4 beg plastik begpun. Yang banyaknya buah dan
sayor. Barangan cuci tidak perlu di beli kerana Eva selalu akan meminta membeli
bahan cuci jika sudah hampir habis, tetapi tidak minggu ini. Mungkin bahan-bahan pencuci
masih banyak didalam stor di dalam garage. Kecuali makanan Manja dan pasir
kucing memang Hani beli setiap minggu. High maintenance jugak si Manja ni, tetapi kerana sayang punya pasal, tidak
mengapa...kan Manjaaa.
Selesai solat Zohor, Hani masih dengan telekungnya menunggu waktu Asar,
sehinggalah dia selesaikan menunaikan Asar baru dia membuka telekongnya dan
terus berbaring. Tak boleh jadi, kepala masih terasa bengang.
Terpaksa gagahkan diri, duduk bersendirian, nampaknya kenalah uruskan
diri bersendirian. Hani bangun dan menuang air ke dalam gelas yang sentiasa ada
di atas meja sisi, panadol di ambil di dalam laci. Hani menelan 2 biji panadol
untuk tujuan melelapkan mata sekejap dan merehatkan diri. Nasib baik sempat
bersolat Zohor, itupun hampir sipi-sipi terlepas.
Sayup-sayup terdengar bunyi radio lagu Mandoza, penyanyi lelaki popular
rentak Hip Hop Afrika Selatan yang menjadi kegilaan anak muda bagi orang Afrika
kulit hitam, musik itu datangnya dari bilik Eve di belakang rumah.
“Eve ada di bilik” bisik hati Hani. Hani lega, sekurang-kurangnya ada
orang penemannya hujung minggu ni. Jika dia tidak larat sangat, akan diminta
Eve meneman dirinya. Manalah tahu, terpengsan...
Tetapi mata tidak dapat lelap, kerana kejadian tengahari tadi masih
menghantui fikirannya. Kenapa harus dia bertemu dengan orang lelaki yang sangat
seiras dengan Khasif. Hani tahu belum ada lelaki lain yang mampu membuka
hatinya, tetapi lelaki ini telah sedikit mengetuk pintu hatinya. Adakah serapuh
ini kasihnya kepada Khasif, atau kerana wajahnya yang seiras yang membuat hati
Hani perlahan terkuak!. Tapi Hani sedar
hanya dia sahaja yang berperasaan demikian. Bila kesedaran ini timbul, Hani
mencuba sedaya upaya melupakan ingatannya kepada wajah lelaki yang bernama
“Aqram”. Walaupun perasaan ini sama
seperti yang pernah di laluinya dulu sewaktu Khasif terlantar di Putrajaya 7
tahun lalu. Sama.. tidak ada kelainannya langsong. Apakah sebenarnya pertemuan
ini, kebetulan atau suratan.
****
Keesokkannya Hani tidak merasa apa-apa dikepalanya, alhamdullillah. Takut juga jika ada pendarahan dalaman atau bengkak
dikepalanya. Nasib baik dia bekas seorang nurse, tahu bagaimana hendak
menghadapi masalah ini jika berlaku.
Hari Ahad Hani lalui dengan berdiam diri di rumah sahaja, sambil melayan
Manja. Malas Hani hendak keluar kemana-mana hujung minggu begini. Tambahan pula
Hani baru sahaja menerima panggilan Rosiena yang sudah hari ketiga di Malaysia.
Dari gaya berbualannya,
dia sangat-sangat gembira di sana. Ungkapan “now I know why my brother love so
much of Malaysia..” diulang-ulang. Dapat Hani bayangkan wajah ceria Seina.
Gadis manis lulusan University Stellenbosch ini.
“Hem..
malas betul nak keluar hari ini, tapi bosanlah pulak rasanya” Hani berkirakira
sama ada hendak keluar mengambil angin atau hanya duduk diam-diam di rumah.
Wajah lelaki semalam masih mampu membuat Hani tersenyum sendirian. Kenapalah
agaknya dia ni. Insiden itu memang telah di atur olehNYA untuk bertemu dengan lelaki
ini. Jika keluarpun hendak ke mana? Shopping mall? semua Mall tutup, kecuali
taman-taman yang dibuka untuk istirehat atau beriadah. Teringat Hani, minggu ini minggu ketiga, ada bazaar menjual
lukisan di Taman Mangnolia Dell yang tidak jauh dari rumahnya. Tak perlu
memandu pun, sekadar berjalan kaki sahaja. Elok juga kesana sekadar mencuci
mata, bukan hendak belipun, sekurangkurangnya tidaklah bosan sendirian dirumah.
Boleh aje makan waffle sebagai makan tengahari, lagipun Hani masih tidak berapa
lapar selepas bersarapan toast dan telor separuh masak pagi tadi. Entah kenapa
sejak akhir-akhir tabiat makannya sangat kurang. Bukannya dia sakit, cuma
kurang berselera sahaja. Jika ada Seina berselera sedikit, ada dia menemannya
makan tengahari.
Setelah mengenakan jean dan kemeja T lengan panjang, Hani mancapai
tudung hitam dan terus di sarongkannya di kepala. Mukanya dibelek-belek di
hadapan cermin. Terus mencalit nipis memerah bibir berwarna merah jambu lembut.
Antara nampak dengan tidak sahaja warna tersebut, tetapi cukup untuk melindung
bibirnya dari kesejukan udara musim luruh,
dapat juga mengelakkan bibirnya dari kering dan mengelupas.
Hani menapak ke bawah setelah mencapai dompet duit sahaja dan di
masukkannya ke dalam poket jeansnya. Berjalan pantas menuruni anak tangga dan
terus menyarong boot paras siku di kakinya yang sudah siap bersetokin.
Pintu di kunci, di dalam hati tidak perlu memasang menggera, dia hanya
keluar sekejap sahaja, tambahan dia bukan pergi lamapun, habis habis pun dua
jam. Pintu pagar kecil dibuka dan dia menyusur jalan besar menuju ke Mangolia
Dell bersama beberapa orang pejalan kaki yang lain. Dia tidak kenal pejalan
kaki tersebut tapi dia tahu, mereka juga menuju ketempat yang sama. Dari jauh sudah di lihat,
pengunjung sudah ramai Hani meneliti
dari satu pelukis ke satu pelukis. Memang cantik lukisan mereka-mereka ini,
walaupun mereka masih lagi penulis amateur tetapi bakat mereka sudah teserlah
kerana mereka dapat menghasilkan mutu lukisan bertaraf pelukis professional.
Lukisan mereka juga jauh lebih murah, jika dibandingkan dengan lukisan yang di
gantung di mana-mana galeri. Malangnya Hani bukan seorang yang arif tentang
lukisan, di matanya memang semua di lihatnya cantik. Tetapi jika dia melihat
lukisan yang abstrek langsunglah dia tidak tahu menilainya. Tidak mengapa, Hani
hanya melihat lukisan yang dia faham, lukisan yang memaparkan pemandangan
ataupun bunga. Itu lebih baik dari hendak
pening-peningkan kepala memikirkan lukisan abstrek yang hanya penulis itu
sendiri yang mengetahui apa yang dilukiskannya. Silap-silap pelukis itu sendiripun tidak tahu apa
yang dilukisnya.
Di
celah-celah orang menjual lukisan, ada beberapa kelompok wanita berkulit hitam
menjual telor burung unta yang telah di lukis atau di tampal dengan berbagai
gambar. Kraft ini dipanggil decaupage. Mata Hani tertancap ke arah wanita ini.
Memang dia sudah memiliki berapa biji telor yang di lukis, tetapi lukisan telor
hari ini memang menarik perhatiannya. Telor yang telah di warnakan hijau dan di
lukis begitu rapi gambar rumah berlatarbelakangkan gambar bunga-bunga.
“Mem..how
much is this?” sambil Hani menunjuk ke arah telor burung unta yang memang sudah
menarik perhatiannya.
“R40
Mem.. beautiful is’nt it?” sambil tersenyum penjual wanita kulit hitam yang
mungkin sebaya ibunya.
“Ya..if
I take 2 eggs, will you give me slightly less..?” wah.. tawar menawar pula
Hani.
“If you
take 2 , I will give you R70.. my last price.” Katanya wanita itu.
Hani gembira dengan tawaran yang di beri. Jika dua biji telor burung
unta dengan harga R70, memang sudah cukup murah.. di tukar RM baru RM35 dan
dapat dua biji lagi..
“Do you
have a box for it..” Hani bertanya mengenai kotak pula, kerana senang untuk dia
menyimpannya.
“Of
course dear.. it goes with the box.. you want it, I wrap it for you..” gembira
sahaja suara wanita itu apabila yakin Hani sudah mahu membeli barangannnya.
“Yes, I
take this and this..” sambil tangan Hani mengasing dua biji telor, termasuk
yang memang dia sudah berkenan.
Tangan
wanita kulit hitam itu terus memasukkan semula telor burung unta itu ke dalam
kotak kecil yang sedari tadi sudah berada di atas meja. Wanita kulit hitam itu
seterusnya mengambil beberapa kotak yang lain untuk menggantikan tempat yang
telah laku dibeli Hani.
Puas
hati Hani, yang tadinya hanya ingin mengambil angin, kini sudah membeli pula.
Lnagkah di atur lagi, kalau boleh cukuplah untuk hari ini, tetapi naluri
perempuan, manalah boleh berkata ‘tidak’ jika sudah berkenan.. tidak boleh kata
tidak..susah betul.
Langkahnya di atur lagi, dilihatnya di sekeliling
dengan menjinjing dua biji telor burung unta yang baru di belinya sebentar
tadi. Tujuan utama untuk ke restaurant yang terletak di tengah-tengah taman. Restaurant yang terletak di bawah teduhan
pohon willow yang ranting lembutnya terliang liuk ditiup angin, menjuntaikan
daun-daunnya ke arah sungai yang mengalir jernih.
Hani
mengambil tempat betul-betul di kerusi untuk dua orang yang paling hujung. Dari
kejauhan, pelayan lelaki belasan tahun berkulit puteh mara ke arahnya. Pemuda
yang memakai apron biru berlilit dipinggang. Dia bertanyakan keperluan Hani
kali ini. Dia sudah biasa dengan Hani kerana Hani boleh dikatakan selalunya
berkunjung ke restaurant ini, regular customer.
“Yes..
mem do you want to have your usual order?” tanyanya sambil tersenyum.
“Yes,
Karl my usual order..please” Hani tersenyum sambil menangguk-anggukkan
kepalanya tanda setuju.
“Right..”
terus mencatitkan sesuatu di note pad kecilnya dan berlalu pergi.
Hani
pula membelek-belek menu kard yang berada di atas meja, entah yang ke berapa
ratus kali kad menu itu di belek dan dibacanya. Hari ini tidak berkecuali. Hani
masih juga tetap membaca menu yang terpampang. Menu yang tidak pernah berubah
sejak kunjungan pertamanya sehingga kehari ini. Mata liar memandang sekeliling,
terasa damai melihat telatah pengunjung yang tidak pernah putus-putus, datang
dan berlalu pergi. Pelayan lelaki yang sama baru sahaja meletakkan pesanan yang
di minta di atas meja, Hani membalas senyuman yang diberi tanda terimakasih.
Sekarang secawan kopi yang berasap nipis sudah ditangan Hani. Perlahan-lahan
Hani mengangkatnya ke bibir. mulut meniup perlahan, agar tidak melecur nanti
lidahnya dek kehangatan kopi tersebut. Terasa panas sedikit badannya apabila
air panas kopi mengalir kekerongkongnya.
Hani menaikkan matanya keatas. Dia terdengar suara seseorang yang entah
dari mana arahnya, ketawa berderai. Gembira sungguh suara itu gamaknya. Hani kenal suara itu, suara Amjad!
Hani menoleh berlahan di celah-celah untaian daun willow yang di alun angin ke
kiri dan ke kanan. Nampak jelas Amjad
dengan seorang rakan lelakinya yang Hani tidak kenal. Aduh! Bagaimana ni, baik
sahaja mendiamkan diri dan harap dia akan berlalu pergi segera, janganlah
melintas di depannya sudahlah. Hani mencongak-congak bagaimana caranya dia
dapat melepaskan diri dari pandangan Amjad. Jika dia berdiri, pasti Amjad akan
perasan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, spoil
betul mood dia hari ini. Ingatkan hendak mengambil angin dengan hati yang lega,
tapi kini terperangkap pula. Jika Amjad mengetahui Hani berada di situ, pasti
dia akan turut duduk semeja dengan Hani. Perkara ini tidak mungkin
akan berlaku, Hani perlu mengelak dari ianya berlaku. Nasib baik hari ini Hani
memakai tudung hitam, jadi tidaklah ketara sangat, jika dia memakai tudung
berwarna lain, pastinya Amjad akan perasan kerana orang yang memakai tudung
hanya boleh dikira di Afrika Selatan ini, hanya segelintir. Hani tidak putus-putus berdoa agar Amjad tidak
perasan akan kehadirannya. Gelak ketawa kedua rakan itu semakan galak didengar,
entah apalah agaknya yang mencuit hati mereka. Ah.. apa pula Hani hendak tahu,
sekarang baik berdiam diri sahaja. Sekiranya Hani ada kuasa sakti yang
membolehkannya melenyapkan dirinya dari pandangan manusia, sudah pasti dia akan
berbuat demikian. Lama juga Hani mendiamkan diri, suara gelak ketawa mahupun
perbualan tiba-tiba hilang dari pendengaran Hani. Hani tidak berani menoleh,
hanya memasangkan telinganya dan berharap agar mereka sudah berlalu.
“Hey..
what a pleasant surprise meeting you here..Hani..” Hani tergamam mendengar
Amjad menegurnya dari belakang. Mahu tidak mahu Hani terpaksa menoleh dengan
senyuman yang manis-manis kelat. Apa nak kata sudah terkantoi..
“Kareem..this
is Hani Asmara, widow of our arwah Khasif..” perlahan sahaja Amjad menyebut
nama Khasif. Hani hanya menundukkan kepala tanda pengenalannya dengan entah
siapa yang beriya benar Amjad memperkenalkan lelaki itu. Perlu ke Hani
diperkenalkan kepada semu kawannya?
“Madame,
sorry to hear about the loss, I only
knew it today ... since I have migrated to UK. You know madame..ehh.” lelaki
itu ingin bersopan kerana tidak mengingati nama Hani.
“Hani...”
Amjad mencelah apabila Kareem masih tidak dapat mengingat nama Hani.
“Sorry
.. madame Hani..myself, my dear brother Amjad and Khasif are best friends since
small..you know” sambil tangan kanannya menepuk perlahan belakang Amjad. Kini
baru Hani mengetahui mengapa beriya-iya Amjad memperkenalkan lelaki yang
bernama Kareem ini kepadanya. Rupanya mereka ada sejarah persahabatan. Apa lagi
yang terdaya Hani lakukan, selain dari hanya tersenyum dan tunduk apabila orang
mengingatkan dirinya mengenai Khasif. Kini sebagai balu Khasif.
“I have
to leave now.., nice meeting you and hope to see you again.. sorry again for
the loss” doa Kareem agar akan berjumpa lagi dengan Hani. Hani yang sedari tadi
berdiri hanya memandang sayu mendengar luahan hati Kareem yang berbunyi jujur.
Pandangannya terus tidak beralih melihat kedua-dua lelaki itu membelakangkannya
dan perlahan berlalu pergi. Perlahan Hani duduk semula dan cuba menghabiskan
minuman kopi yang sudah sejuk dan juga cuba menghabiskan waffle yang sudah
tinggal beberapa gigitan sahaja lagi. Terus
hilang seleranya apabila dia diingatkan tentang Khasif. Cuba di habiskannya
juga, tidak mahu membazirkan rezeki. Khasif, sekiranya kau masih berada di
dunia ini pastinya, hari ini Hani akan mendengar gelak ketawa dari 3 orang
lelaki..Kareem, Amjad dan Khasif. Sejak akhir-akhir ini, suka sangat Hani
berkalau..
Ahh..
kenapa mesti berkalau, jika ini sudah takdirnya, Hani redha dan pasrah dengan
ketentuanNYA. Mungkin ada hikmahnya yang Hani tidak ketahui..
No comments:
Post a Comment