Bab 3
Sejak akhir-akhir ini kerap sekali
Hanna terserempak dengan Adi. Jika tidak didalam tram, mereka akan tersempak di
dalam kampus. Tidak perlu berjanjipun mereka tetap berselisih bahu. Mana hendak lari, jika sudah satu campus, jawabnya kena
redah sahaja.
Musim luruh sudah sampai ke
penghujungnya, musim sejuk bakal menjengah. Angin dingin terasa menerpa kemuka.
Sejuk betul, walaupun sudah berjeket tebal, berkasut boot, malah memakai
pakaian termal lagi. Ialah, sudah biasa mentari sentiasa bersinar di tanah air.
Alih-alih tercampak diperantauan yang hanya menekmati beberapa bulan sahaja
bahang mentari. Mahu tidaknya terasa perubahan. Perubahan yang adakalanya tidak
dapat diterima oleh badan Hanna yang kurus comel. Rasanya sejuk sampai
ketulang..errr.. jika sejuk-sejuk begini mahu rasanya dia melompat seperti hero
cerita “Jumper“ tu kan bagus. Bila rasa hendak panaskan badan terus melompat
balik Malaysia, bila ada kuliah balik semula ke sini.