Bab 3
Sejak akhir-akhir ini kerap sekali
Hanna terserempak dengan Adi. Jika tidak didalam tram, mereka akan tersempak di
dalam kampus. Tidak perlu berjanjipun mereka tetap berselisih bahu. Mana hendak lari, jika sudah satu campus, jawabnya kena
redah sahaja.
Musim luruh sudah sampai ke
penghujungnya, musim sejuk bakal menjengah. Angin dingin terasa menerpa kemuka.
Sejuk betul, walaupun sudah berjeket tebal, berkasut boot, malah memakai
pakaian termal lagi. Ialah, sudah biasa mentari sentiasa bersinar di tanah air.
Alih-alih tercampak diperantauan yang hanya menekmati beberapa bulan sahaja
bahang mentari. Mahu tidaknya terasa perubahan. Perubahan yang adakalanya tidak
dapat diterima oleh badan Hanna yang kurus comel. Rasanya sejuk sampai
ketulang..errr.. jika sejuk-sejuk begini mahu rasanya dia melompat seperti hero
cerita “Jumper“ tu kan bagus. Bila rasa hendak panaskan badan terus melompat
balik Malaysia, bila ada kuliah balik semula ke sini.
***
Hanna tepuk pipinya yang sejuk, kuat, dia harus
sedar segera. Apalah punya fikiran, terpengaruh dengan cerita tahyol orang
Amerika. Mereka sudah tak ada cerita hendak buat, selain dari melekakan manusia
yang mudah terpengaruh. Tengok! Hanna sudah terjebak, cepat-cepat Hanna kembali
semula kealam reliti dan berastagafar panjang. Kuat betul pengaruh media filem
orang barat. Hisy..
Cepat-cepat dia mengemas buku-buku
yang diatas meja, kelas sudah tamat. Dia yang asyik leka dengan Mr. Jumpernya
tidak menyedari, rakan-rakan yang tidak
sampai 10 orang itu sudah berlalu pergi.
Hanna berjalan perlahan ke station
tram, kelas sudah tamat dan dia hendak pulang. Jam dipergelangan tangan di
telek. Baru jam 5.15 petang, tetapi sudah gelap. Sudah masuk waktu maghribpun.
Hanna harus pulang segera, kerana waktu maghrib pendek, sebelum 7.00 malam
sudah Isyak. Dari jauh sudah kelihatan kepala tram menuju kearahnya. Hanna
lega, gembira memifirkan dia sempat menunaikan maghrib, kerana jika tidak ada
aral, 5.40pm sampailah dia dirumah. Tram di sini sungguh punctual, tidak perlu
ragu. Malah kerap, tram akan muncul setiap 8 minit. Hanna berdiri betul-betul di pintu masuk train.
Cepat-cepat Hanna memasuki perut tram dan mengambil tempat duduk yang kosong,
paling hampir dengan pintu masuk.
Seperti biasa, pandangan Hanna hanya diluar tingkap. Salji tidak turun
lagi, tetapi dari gaya cuaca yang sejuk semacam, pastinya akan turun malam atau
esok hari. Mengikut ramalan cuaca, salji akan mula turun bila-bila masa, malah
dibeberapa daerah, sudahpun memutih diselubungi salji.
“Hanna..” tertoleh Hanna kearah suara yang termengah-mengah,
terus mengambil tempat duduk disebelah Hanna yang masih kosong.
“Hey.. bila kau naik, aku tak
nampakpun kau?“ tanya Hanna
“Aku ada kat belakang kau tadi, aku
kejar tram ni, nasib baik sempat..“ tersengeh sahaja Sarah.
“Hey .. tadi aku selisih dengan
Adi, dia tanya kau, dia ingatkan kau ada sama aku.. haaa, kau ini ada apa-apa
ke berdua ni ah?“ Sarah menyerkap jarang.
“Eh.. kau ni.. ada-ada aje, mana
adanya.. kita orang dah
satu course, kalau jumpapun kita orang bincang pasal study la.., lagipun dia tu
senior aku la...” jawab Hanna
“Itu aku tahu, dia tu senior kau,
tapi aku tengok dia treat kau lain aje?”
tanya Sarah lagi.
“Apa yang lainnya, aku rasa sama
aje..“ jawab Hanna.
“Samanya
apa, kalau tiap kali jumpa, dia asyik nak bercakap dengan kau aje..macam tak
ada orang lain disekeliling” ujar Sarah sambil menjeling Hanna disebelah.
“Dah kami
satu course, senanglah nak bincang.. jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak?..“
jawapan Hannah membuat Sarah tersenyum mistery, dia tahu Hanna. Bukan baru semalam
dia kenal Hanna, sudah dua tahun serumah, malah sebilik. Dari
pengamatannya, Hannapun memang senang berkawan dengan Adi.
Kemudian kedua-duanya senyap.
Suara pengumuman, memberitahu station berhenti, dari
satu station ke satu station sehinggalah ke station yang sepatutnya mereka
turun. Kedua-dua gadis itu bangun dan menunggu sehingga tram betul-betul
berhenti dan menekan butang, agar pintu terbuka.
Kedua-duanya melangkah laju,
mengejar waktu, waktu maghrib, agar tidak terlepas. Lagipun mereka perlu
memasak untuk makan malam. Memasak yang mudah-mudah sahaja, janji perut diisi.
Mereka pasti stock makanan mencukupi sehingga hujung minggu. Jangan kurang lagi
seperti minggu lepas, parahlah. Jawabnya makan nasi dengan telur goreng kicap
sahaja. Itupun kalau ada telur sama kicap!
***
Telefon bimbit Hanna berdering,
mendendangkan lagu nasyid Raihan “Syukur“. Hanna yang masih bertelekung
menjawabnya. Telefon melekap rapat ditelinga, beralaskan kain telekung.
“Assalamualaimum,
bang“ lembut sahaja suara Hanna. Dia tahu siapa pemanggil, kerana dia melihat
skrin telefon sebelum menjawab.
“Mulaikumsalam,
Hanna” salam Hanna dijawab.
“Kalau
Hanna sedang solat, abang minta maaf, sebab abang tak nampak. Tapi abang tahu
kat sana dah masuk waktu maghrib kan” kata sipemanggil. Seperti tahun-tahu sahaja apa yang Hanna sedang buat.
“Tak, Hanna
dah selesaipun, Cuma mengaji aje sebaris dua” jawab Hanna
“Abang tak
pergi kuliah lagi ke?” sambung Hanna
“ Belum.. abang
buat research aje hari ni, petang baru abang jumpa prof.” kata sipemanggil lagi.
“Ni.. abang
nak ingatkan, esok kena baca doa akhir tahun dan awal tahun, lusakan dah awal
muharam..” katanya lagi.
“Ya, terima
kasih bang. Hanna ingat tu. Tak berapa hafal sangat doa tu, tapi Hanna cuba” kata
Hanna lagi.
“Hemm..
kalau sempat boleh baca sama-sama dengan abang ya. Kalau tak sempat Hanna
jangan lupa pulak baca sendiri!” kata sipemanggil lagi.
“Ya” jawab
Hanna pendek.
“Hanna
sihat tak kat sana tu” tanyanya lagi.
“Sihat”
jawab Hanna meleret.
“Ah..ni
ibu, ibu abang tanya Hanna balik Malaysia tak raya tahun depan. Abang rasa abang baliklah
agaknya, sebab dah dua tahun abang tak balik. Lagipun abang ada dua tahun lagi.
Eh.. lupa pulak abang, Hannapun sama kan?“ kata sipemanggil dan kemudian
terdengar dia ketawa. Lucu agaknya memikirkan dia lupa yang dia dan Hanna
sama-sama keluar negara ditahun yang sama. Cuma berbeza bulan. Hanna di
pertengahan tahun dan dia di penghujung tahun.
“Tak tahu lagi bang, Hanna dah
balik tahun lepas. Mungkin balik, mungkin tidak, tak tahu lagi.. lagipun masa
balik abang tak ada, tak bestlah. Hanna sorang-sorang“ jelas Hanna.
“Raya tahun depan.. raya tahun
depan.. hemm.. kalau jadi balik Hanna inform abang ya!, jangan pulak Hanna
balik, abang pulak tak jadi balik!“ dengan nada suara Hanna seakan-akan
merajuk.
“Jadi.. abang jadi balik. Jangan
risau, abang mesti jadi balik tahun depan. Abang ni serba salah nak beritahu
Hanna“ kata sipemanggil lagi.
“Serbasalahnya apa bang?“ tanya
Hanna ingin tahu, berkerut mukanya memikirkan apa yang berat sangat hendak
disampaikan sipemanggil.
“Ibu, Ibu abang dah bising, siap
suruh pujuk Hanna balik sekali. Dia nak kita nikah“ kata sipemanggil lagi.
Muka Hanna sudah memerah. Apalah
abang Zaid, ceirta pasal nikah pula. Bukannya dia tidak tahu, long distance
relationship ni bahaya. Tambah-tambah pula kepada suami isteri. Seorang di
timur seorang di barat, macammana tu.
“Hanna.. Hanna.. Hanna dengar tak?“
tanya Zaid apabila tidak mendengar apa-apa balasan dari Hanna.
“Hanna ada
ni bang..ya.. Hanna ada..” jawab Hanna
“Abang dah tak boleh cakap panjang,
ni.. dah bunyi signal beritahu duit airtime dah nak habis, kuat betul makan
duit. Mahal nak mampus panggilan kat Swiss.. apa-apa call abang ya?, nanti abang beli airtime lain,
abang call lagi. Oh tak ya, esok..esok abang call lagi..Assalamulaikum” Zaid
menamatkan perbualan.
Hanna
dengan longlai meletakkan semula telefon di atas meja.
Ala.. ibu
tunangnya sudah bising pula. Ini yang malasnya bila sudah menjadi tunangan
orang. Sejak dari awal lagi Hanna tidak berapa bersetuju bertunang, tetapi kerana
desakan mama dan ibu Zaid memaksanya, dia terpaksa akur. Hanna tahu abang
Zaidpun belum bersedia lagi. Akhirnya majlis pertunangan dibuat tergesa-gesa,
beberapa minggu sebelum dia bertolak ke Switzerland. Bukan dia tidak sukakan
lelaki bernama Mohd Zaid Hamzah, kerana lelaki itulah dia berada disini. Lelaki
itu banyak membantunya sejak dari university diperingkat diploma, kemudian
menapak ke sarjana dan kini ijazah kedoktoran. Dulu mungkin senang kerana
masing-masing diuniversity yang sama, tetapi kini Hanna di Switzerland dan Zaid
pula di Boston, Massachusetts. Jauh tu..6 jam berbezaan waktu dari
Switzerland dan 12 jam dari Malaysia. Banyak timezone yang terpaksa direntas.
Mereka pada mulanya merancang untuk
bernikah terus, sebaik sahaja pulang dengan ijazah kedoktoran masing-masing. Tetapi
tidak kepada kedua dua mama dan ibu. Mereka mahu ikut adat melayu. Ada majlis
merisik, majlis pertunangan dan kemudian baru majlis nikah/kahwin. Hemm. Ini
yang susah, sedangkan tuan punya badan tidak berfikiran sedemikian, hanya mahu
melaksanakan yang wajib sahaja.
Satu lagi masalah. Sudahlah laporan
penyelidikan thesis tak siap lagi, di tambah pula dengan thesis penyelidikan
nikah kahwin dan thesis kekeluargaan. Bukan sikit hendak menyediakan thesis kedoktoran tu, mahu lebih
beratus-ratus helai muka surat perlu disediakan. Penyelidikan nikah kahwin dan kekeluargaan
lagilah banyak, memerlukan bekalan dan penyelidikan untuk seumur hidup. Aduh!!
Hanna memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya yang masih
bertelekung. Tiba-tiba kepalanya menjadi berat, seperti ada batu lesung telungkup
diatas kepala. Berat! sungguh berat. Ini rupanya hadiah maal hijrah yang diterimanya sebagai pembuka
tahun baru hijrah tahun ini.
“Kau tu kenapa Hanna?“ teguran dari
Sarah tidak berjawab.
Sarah hanya memandang Hannah yang mendiamkan diri. Sarah faham. Pasti adalah tidak kena dengan panggilan tadi. Yang dia sangat pasti panggilan sebentar tadi adalah dari tunang kawannya. Dia sudah boleh agak, ada benda yang merunsingkan kawannya ini. Bila lega dia akan bertanya. Manalah tahu, dia boleh membantu.
Sarah hanya memandang Hannah yang mendiamkan diri. Sarah faham. Pasti adalah tidak kena dengan panggilan tadi. Yang dia sangat pasti panggilan sebentar tadi adalah dari tunang kawannya. Dia sudah boleh agak, ada benda yang merunsingkan kawannya ini. Bila lega dia akan bertanya. Manalah tahu, dia boleh membantu.
“Zaid.. Zaid, apalah yang kau cakap
dengan kawan aku ni sampai dia begitu sekali runsingnya aku tengok“ bisik hari
Sarah.
Namun Sarah biarkan sahaja Hanna melayan perasaannya sendirian. Dia perlu diberi ruang, ruang untuk bertenang. Sarah lega apabila melihat Hanna yang kembali mengadap kitab suci al-quran. Sarah setuju dengan pendekatan Hanna, mendekatkan diri dengan membaca al-quran untuk melegakan fikiran yang berkecamuk. Sarah meninggalkan Hanna bersendirian dan keluar semula ke ruang tamu mereka yang comel. Lebih baik sahaja dia mengeluarkan bahan-bahan yang perlu untuk menyediakan makan malam mereka malam ini.
Namun Sarah biarkan sahaja Hanna melayan perasaannya sendirian. Dia perlu diberi ruang, ruang untuk bertenang. Sarah lega apabila melihat Hanna yang kembali mengadap kitab suci al-quran. Sarah setuju dengan pendekatan Hanna, mendekatkan diri dengan membaca al-quran untuk melegakan fikiran yang berkecamuk. Sarah meninggalkan Hanna bersendirian dan keluar semula ke ruang tamu mereka yang comel. Lebih baik sahaja dia mengeluarkan bahan-bahan yang perlu untuk menyediakan makan malam mereka malam ini.
No comments:
Post a Comment