Cerita pasal bertudung ini, saya selitkan pengalaman saya semasa bertugas di Fiji Islands. Saya seorang sahaja perempuan yang memakai tudung yang berwarna cerah. Tambahan pula saya berbaju kurung setiap hari kepejabat sehinggakan saya telah ditahan oleh seorang lelaki india muslim bertanyakan saya dari negara mana? kerana dia selama ini rupanya memerhatikan saya setiap hari melintas jalan membeli sarapan di kedai roti yang bernama "Hot Bread Kitchen". Roti yang dimasak di dalam kedai itu sendiri. Aroma roti yang baru dimasak, boleh terhidu dari seberang jalan.. enak sungguh. Hemm.. Dengan bangganya saya jawab dari MALAYSIA. Di sini saya juga berhenti memakai tudung berwarna puteh kerana disalahanggap saya seorang nun..bila saya pakai tudung puteh, pasti saya akan didatangi oleh orang meminta belas ehsan. Sampai naik takut pula, terutama apabila memanggil saya dengan nama Sister. macam-macam..
BAB 13
“Saya
suka budak Hani tu bang…, orangnya cantik, baik, berbudi bahasa..sopan.. dah
duduk luar negeripun masih jaga aurat.. susah tengok budak perempuan macam tu,
ada tu masa di Malaysia bukan main lagi
pakai tudung bagai.. sampai Nampak mata aje..keluar negeri sekejap aje dah
terbang tudung entah kemana, silap hari bulan kalah perempuan mat salleh di
buatnya… punya lah daring..!!” Puan Fatehah memulakan perbualan semasa makan
malam di restaurant.
“Bagus
lah macam tu, tak cepat melatah.. Ain nanti kalau ada peluang belajar luar
negeri kena belajar jaga tata susila, ha… bila nak pakai tudung macam Kak Hani
tu..” tegur Encik Mansor memandang anak
gadis remajanya..