Keesokkan
harinya Hani memulakan kerja dengan ceria sekali, mungkin di sebabkan minggu
ini jadualnya penuh dan menerima feedback yang baik dari pelangan-pelangannya.
Tiba-tiba
Hani teringatkan keluarga melayu dari Malaysia. Teringatkan siapa sebenarnya?
Takkan teringatkan Puan Fatiah? Hemm..teringatkan seorang tu agaknya. Kenapa jadi begini,
tidaklah dapat Hani pastikan. Baru 2 kali pertemuan sudah bagaikan mesra
seperti keluarga sendiri, mungkin kerana rindu Hani kepada keluarganya sendiri
di Malaysia. Ataupun mungkin kerana si lelaki itu. Itulah.. hatinya bagaikan
dipanggil panggil, seperti ada orang memanggil namanya. Adakah dia yang perasan
sendiri, atau .. entahlah!