Keesokkan
harinya Hani memulakan kerja dengan ceria sekali, mungkin di sebabkan minggu
ini jadualnya penuh dan menerima feedback yang baik dari pelangan-pelangannya.
Tiba-tiba
Hani teringatkan keluarga melayu dari Malaysia. Teringatkan siapa sebenarnya?
Takkan teringatkan Puan Fatiah? Hemm..teringatkan seorang tu agaknya. Kenapa jadi begini,
tidaklah dapat Hani pastikan. Baru 2 kali pertemuan sudah bagaikan mesra
seperti keluarga sendiri, mungkin kerana rindu Hani kepada keluarganya sendiri
di Malaysia. Ataupun mungkin kerana si lelaki itu. Itulah.. hatinya bagaikan
dipanggil panggil, seperti ada orang memanggil namanya. Adakah dia yang perasan
sendiri, atau .. entahlah!
Tersentak Hani apabila mendengar ketukan perlahan yang datang dari pintunya.
“Hani,
how are you, how was the trip yesterday?..” Alamak! Lelaki yang selalu Hani
cuba elakkan. Wajah Amjad menjegah dari
celah pintu, dengan beberapa soalan dan terus berjalan menghala menuju
kearahnya yang masih duduk di hadapan komputer dengan senyum terpaksa.
Aduh
lelaki ini lagi, kenapalah dia selalu sahaja muncul tanpa diundang, bisik hati
Hani, namun dilindunginya riak tidak gembira dengan senyuman plastik.
“Everything
is fine..” jawab Hani sambil lewa. Kasihan pula jika dia tidak menjawabnya.
Bukannya kena bayarpun jika hanya sekadar menjawab soalan ikhlas dari
seseorang. Bukannya apa, dia tetap rakan business.
“Have
you have your breakfast? If not, lets join me” Amjad mempelawa Hani.
Hani
baru hendak membuka mulutnya untuk menjawab untuk menolak, tetapi Amjad telah
mengangkat jarinya. Jarinya digoyang-goyangnya, meminta Hani tidak meneruskan
apa yang hendak dikatakannya. Tersekat terus dikerongkong, tidak sempat
diluahkan.
“No more
next time okey?, I have lost count of that answer.. may be more than a million
times…? “ pandai pulak bergurau si Amjad ni.
Hani tersenyum mendengar sindiran Amjad. Dia dah tahu rupanya, apa yang
akan dia dengar.
“Hemmm..
okey..okey.., I’II go but let me inform Zariath first..” sambil tangannya
mencapai beg tangannya keluar beriringan Amjad.
Amjad di
sebelahnya tersenyum gembira, kali ini Hani akur akan permintaannya. Bukan apa pun hanya untuk
keluar minum pagi bersama, tidak lebih dari itu. Ya ke?
Hani hanya mengekori Amjad yang nampaknya ingin Hani menaiki keretanya. Destinasi yang dituju juga tidak Hani ketahui.
“Where
are we going Amjad..?” Tanya Hani ingin tahu.
“Queen
of Tarts..” jawab Amjad.
“Amjaddd,
that is far.. just for a cup of coffee, we have to go there? why can’t we just
have coffee at the restaurant round the corner..?” gesa Hani.
“Come on
Hani, it is so difficut to have just a cup of coffee with you.. so why not we
go somewhere else..not just round the corner..! please Hani..” jawab Amjad
lembut sambil tangannya memulakan pemanduan.
Hani
hanya diam di tempat duduk bersebelahannya. Keras-keras kerak nasi, itulah,
mudah sangat berlembut. Semuanya kerana rasa kasihan.. Hani.. Hani..
Sesampainya
di Restaurant Queen of Tarts, Amjad terus memiih meja yang hanya menempatkan
untuk 2 orang berhampiran cermin yang berlangsir senteng. Meja bulat yang
kecil, memang khas untuk peminum coffee dan sedikit manisan. Hani memesan
coffee dan crepe buah-buahan. Manakala Amjad memesan flapjack, tiada pula yang
memesan tart yang begitu popular di restaurant ini. Namapun Restaurant Queen of
Tarts, memanglah speciality tempat itu ialah tarts. Berbagai-bagai jenis tarts,
tarts apple, tarts telur, tarts blueberry dan bermacam-macam lagi tarts yang
dibakar berbagai bentuk.
Sambil menekmati minuman dan makanan yang dipesan, mereka berbual-bual. Inilah
peluang Amjad menjual minyak uratnya untuk memikat Hani. Ada sahaja cerita
kesah zaman kanak-kanak Amjad, Kareem dan Khasif yang di ceritakan oleh Amjad
membuat Hani tergelak mengenangkan zaman kanak-kanak suaminya yang agak nakal.
Adakala Hani terpaksa menutup mulutnya yang masih berisi makanan kerana hendak
tertawa mendengar cerita Amjad. Amjad juga teruja untuk berkongsi kesah zaman
kanak-kanaknya bersama arwah Khasif. Lebih teruja lagi apabila Hani nampak
seronok dengan ceritanya.
“Abang, tu Kak Hani kan?..” Ain menuding jari ke arah restaurant yang
nampak begitu jelas sepasang insan yang sedang menekmati sarapan dengan gembira
sekali.
Segera Aqram berpaling kearah yang ditunjukkan. Ya.. sah itu Hani dengan
lelaki seperti lelaki tempatan.. tetapi bukan mat saleh, pastinya lelaki Cape Malay. Perasaan cemburu
Aqram terus menerpa ke kepalanya. Hani dengan siapa ya..? Suami, kekasih,
kawan, rakan sekerja atau siapa ya..?.. berderet tanda soalan dikepalanya yang
pasti dia tiada jawapannya.
Hatinya
bagai digaru-garu hendak mengetahui siapakah gerangan si lelaki. Didalam hati
baru berputik bunga cinta, nampaknya tidak sempat kembang. Silap orang,
menyukai perempuan yang sudah menjadi hak orang lain. Dalam erti kata lain, sudah melepas. Nasib baik Aqram tidak
menyimpan perasaannya dengan lebih serious. Hanya baru berputik, dia sudah
ditunjukkanm si perempuan bukan untuknya.
Encik
Mansor dan Puan Fatihah juga memandang kearah yang di maksudkan.
“Ya,
nampak macam Hani, Hani sarapan tu..” Puan Fatihah cuba memberi alasan, cuba
menenangkan keadaan melihat wajah anak bujangnya yang sedikit berubah. Dia tahu
anaknya kecewa. Kekecewaan kali yang keberapa agaknya?
“Ahhh..
biarkan dia orang.., makan cepat, boleh kita pergi flee market kat hujung sana
tu.. Ma nampak ramai orang pergi satu nun, boleh cari sikit lagi souvenir,
tentu murah sikit dari kedai..” katanya lagi.
Aqram
tunduk, tetapi di hatinya masih berkata-kata, nampaknya sekali lagi dia akan
kecewa, baru hendak menyemai kasih, sudah kena cantas, apalah nasib dirinya. Apa
pulak dia yang kena cantas? Bukankah dia yang cuba mencantas? Mungkin juga ada
benarnya kata adiknya, Ain, confirm bujang terlajaklah nampaknya dia. Akhirnya
terpaksa menurut sahaja idea mama, walaupun merayau mencari souvenir bukan
minatnya. Lebih baik meredah orang ramai di flee market dari menatap perempuan
yang baru dia hendak suka bergelak ketawa dengan lelaki lain. Buat hatinya
sakit!
Selesai sarapan, Amjad menghantar Hani pulang ke ofis. Amjad pulang dengan hati yang berbunga-bunga,
akhirnya setuju juga Hani menerima pelawaannya. Entah berapa ratus kali dikecewakan, tetapi
tidak pagi ini. Mimpi apalah agaknya Hani menerima pelawaannya, bukannya mudah
dia hendak mengayat sehingga membuat Hani bersetuju.
“This is not going to be the first and the last..” memasang niat untuk agenda
seterusnya. Dia cukup gembira apabila melihat Hani tertawa. Tertawa dengan
cerita kesah silamnya. Cerita yang pendek, tetapi ditambah sedikit garam dan
gula, agar enak didengar. Bukannya Hani tahu, kesahihan ceritanya itu. Janji
masukkan si Kahsif, sedaplah ceritanya untuk didengar Hani.
Sebelum pulang, empat pula Amjad membekalkannya beberapa keping apple
tart buat Hani. Pandai lelaki ini memancingnya, mungkin dia mengetahuinya dari
Khasif, Hani memang sukakan apple tart, tetapi bukan apple tart dari kedai,
cuma apple tart buatan Ummi Khadija.
“Thanks Amjad, I really have a good times with you this morning..”
sambil tersenyum apabila dapat mendengar
kesah zaman kanak-kanak yang tidak sempat di ceritakan oleh Khasif kepadanya.
Kini datang dari mulut teman baiknya, malangnya Hani tidak berpeluang
mendengar cerita dari mulut Kareem, seorang lagi teman karib Khasif yang baru
di kenalinya tempoh hari. Jika ada si Kareem, sudah tentu lain pula versi
ceritanya. Tidak dapatlah si Amjad menokok tambah cerita yang ada.
“Not at all..Hani, see you later..” Amjad hanya menghantar Hani di depan
pintu pejabatnya. Dia dia pula berlalu pergi menuju ke ofisnya yang selang
beberapa blok dengan hati yang berbunga-bunga.
Masa berjalan begitu pantas. Hani pulang tepat jam 5.00 petang,
memandangkan dia perlu menyediakan barang-barang yang perlu dibawa ke game
reserve esok.
Beberapa buah bekas plastik, pembakar dan tikar terus di masukkan ke
dalam bonet keretanya sebaik sahaja sampai dirumah, takut terlupa pula nanti.
“Barang apa lagi ek” sambil bercekak pinggang Hani, cuba memikirkan apa
yang perlu disumbatkan kedalam bonet keretanya. Seperti biasa, Manja, sikucing
juga turut menyebuk mengleser di kaki Hani. Terus Hani kendung dan mengurut
bulu tebal dikucing gemuk itu.
“Esok mama tak ada, lusa mama balik, okey?” kata Hani kepada si kucing.
Si manja bukannya faham. Tak balik seminggupun bukannya dia tahu. Yang
penting bekas makanannya sentiasa ada berisi biskut untuknya. Itu tidak menjadi
masalah kerana Eve akan uruskan.
“Eve.. ha ah.. mana Eve ya? Dia tak tahu lagi yang Hani nak pergi ni…”
omel Hani. Cepat-cepat Hani melangkah ke kuarter pembantu rumah di belakang
rumah. Hani tahu Eve ada di biliknya, kerana terdengar perlahan irama hip hop
dari luar bilik.
Terkuak sahaja pintu yang diketuk Hani, Eve sudah terkulat-kulat
memandang tuannya.
“Eve.. I will be away this week end. So, please take care of Manja and don’t
forget to on the alarm at night, okey?” pesan Hani.
“Tomorrow I will text you the game reserve’s number because there is no
coverage for cellphone..” sambung Hani lagi. Mana hendak ada coveragenya. Esok
Hani akan berada di tengah hutan simpan. Hutan simpan yang terbesar didunia
“Yes.. mem..” itu sahaja yang keluar dari mulut Eve.
Pembantu rumah yang sangat boleh diharap. Apakah akan terjadi jika tidak
ada Eve membantu dirinya.
No comments:
Post a Comment