Bab 39
Ke hulu ke
hilir Khalid berjalan, menunggu keputusan pemeriksaan tulang sumsumnya. Dia
gabra bagaikan menanti kelahiran anak sulung.
Jika
sesuai, memang confirm Danny
anaknya.
Di belainya
tangan Eli yang lembut.
“Sabar Eli,
I berdoa ianya akan sesuai. I juga hendak lihat Danny sihat..“katanya membuat
Eli tercegang.
Apa
sebenarnya yang sedang dilakukannya.
Dia
seakan-akan memberi harapan.
Adakah satu
lagi harapan palsu, sama seperti yang pernah di berikan kira-kira 6 tahun lalu?
Eli sudah
tidak mahu mengharap.
Cukup-cukuplah!