Bab 37
“Didi, kau
hendak pergi lawat kawan kita yang baru deliver
baby boy tu nak? Lunch time nanti
kita pergi“kata Tirah kepada Didi yang diam tidak berkotek, menyiapkan minit
mesyuarat yang telah dihadirinya beberapa hari yang lalu.
Sudah tiba
giliran dirinya untuk menjadi pencatat minit, terpaksalah bertanggungjawab.
“Ah!
Apa?“tanya Didi, baru perasan si kawan bertanyakan dirinya.
“Nak lawat
Ayu, kerani depan tu. Dia dah dapat baby
boy semalam. Dekat aje, kat hospital Serdang. Kita pergi lunch time nak?“ ulang Tirah, tetapi
bersuara dengan lebih lengkap.
No comments:
Post a Comment