BAB 32
Sampai sahaja di KPJ aku terus mencari wad yang dikatakan, wad sutera
ditingkat 3. Tidak susah mencari wad berkenaan kerana hospital swasta yang
terkenal ini hanya menempatkan beberapa bilik sahaja di setiap wing. Malahan
signagenya juga teratur, mudah dan ringkas.
Malu juga aku pada mulanya apabila aku melangkah masuk ke bilik sebaik
sahaja aku menolak pintu masuk, kerana sudah ramai saudara dan adik beradiknya
yang mengelilingi katilnya. Aku terpinga-pinga, perasaan malu bertukar hairan.
Mereka seperti memberi laluan dan ruang kepada aku.
Apa ni!.. Aku hairan.. memang aku sungguh hairan. Aku
yang tidak ada kena mengena dengan dirinya tetapi aku diberi keutamaan,
sehinggakan siap sebuah kerusi khas buat aku yang sudah