Tuesday 30 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 32



BAB 32

Sampai sahaja di KPJ aku terus mencari wad yang dikatakan, wad sutera ditingkat 3. Tidak susah mencari wad berkenaan kerana hospital swasta yang terkenal ini hanya menempatkan beberapa bilik sahaja di setiap wing. Malahan signagenya juga teratur, mudah dan ringkas.
Malu juga aku pada mulanya apabila aku melangkah masuk ke bilik sebaik sahaja aku menolak pintu masuk, kerana sudah ramai saudara dan adik beradiknya yang mengelilingi katilnya. Aku terpinga-pinga, perasaan malu bertukar hairan. Mereka seperti memberi laluan dan ruang kepada aku.

Apa ni!.. Aku hairan.. memang aku sungguh hairan. Aku yang tidak ada kena mengena dengan dirinya tetapi aku diberi keutamaan, sehinggakan siap sebuah kerusi khas buat aku yang sudah
tersedia menunggu aku di hujung katil bersebelahan sekujur tubuh lelaki yang hendak aku ziarah. Tubuh abang Rafiq.
“Duduk untie.. untie cakaplah something pada Paksu..” kata Kelly perlahan di telingaku sebaik sahaja aku duduk.

Aku rapatkan mulutku ke corong telinga abang Rafiq. Kasihan dia aku lihat, sudah bergantung dengan mesin penyambung hayat yang berdecit setiap saat dengan aliran carta berwarna hijau, berombak-ombak mengikut helaan nafas abang Rafiq. Kedua belah matanya yang tertutup rapat, ibarat orang sedang tidur lena.






4 comments:

Rose Ezadora said...

Sudah berpuluh kali saya edit chapter ni, dengan harapan boleh menjiwai pembaca. Nampaknya ini sahaja outcome yang berbaik yang dapat saya luahkan.. Harap mendapat tunjuk ajar atau teguran dari kawan-kawan pembaca..

blu4sky said...

pepagi dah menitis air mata..aaiisshhh..

Rose Ezadora said...

Bila dah hendak penghujung, cerita dah tak ada kick! Tak apa, lepas ni, kita layan 30 Jam Yang Indah Bersamamu pulak ya!

blu4sky said...

Makin nak penhujung ler makin berdebar2..kawin ke tidak..and i wonder apa sebnrnya terjd dgn abg rafiq dulu..