Bab 3
Banyak doa dan istighfar yang Didi baca selepas solat
maghrib. Didi sedar, hanya DIA sahaja tempat dirinya berserah. Bertakung air
matanya sewaktu melafazkan doa-doa diakhir solat. Dia terasa lega, sekurang-kurangnya ada tempat mengadu. Cuma dia tidak
faham kenapa dia cepat marah sejak akhir-akhir ini. Cemburunya juga
berganda-ganda. Apabila dia bertafakur, dia rasakan dia sudah membuat banyak
kesalahan. Kenapa perlu mencari punca masalahnya dengan hati yang panas, kenapa
tidak secara tenang. Bukankah didalam tenang, fikiran boleh berfikir secara
rational. Kenapa perlu risaukan hal yang
belum berlaku. Hargailah dengan apa yang kita ada. Baiki mana yang silap. Tidak
rugipun jika beriktiar. Berkajang-kajang senarai yang bermain dikepalanya.