Bab 3
Banyak doa dan istighfar yang Didi baca selepas solat
maghrib. Didi sedar, hanya DIA sahaja tempat dirinya berserah. Bertakung air
matanya sewaktu melafazkan doa-doa diakhir solat. Dia terasa lega, sekurang-kurangnya ada tempat mengadu. Cuma dia tidak
faham kenapa dia cepat marah sejak akhir-akhir ini. Cemburunya juga
berganda-ganda. Apabila dia bertafakur, dia rasakan dia sudah membuat banyak
kesalahan. Kenapa perlu mencari punca masalahnya dengan hati yang panas, kenapa
tidak secara tenang. Bukankah didalam tenang, fikiran boleh berfikir secara
rational. Kenapa perlu risaukan hal yang
belum berlaku. Hargailah dengan apa yang kita ada. Baiki mana yang silap. Tidak
rugipun jika beriktiar. Berkajang-kajang senarai yang bermain dikepalanya.
Belum sempat Didi mendekatinya, “Hulurkan abang mangkuk tu..“ pintanya untuk Didi
menghulur mangguk berisi bawang yang sudah dimayang. Didi jenguk didalam
mangguk, punyalah kasar bawang yang dihiris, agaknya sebiji dihiris paling
banyak 8 hirisan. Didi bukan setakat menghulur, dia turun sama berada disebelah
suaminya. Didi ingin tahu apa yang ada didalam kuali yang tidak henti
dikacaunya. Bawang puteh yang sudah hampir coklat warnanya. Bawang yang didalam
mangkuk dicampaknya kedalam kuali. Berdesir bunyi bawang yang dicampak, asap
berkepul. Johan senyum kerana perasan, gayanya seperti Jimmy
Oliver, the naked Chef, lelaki yang hanya memerlukan kurang dari sepuluh minit
untuk menyediakan resipinya. Memanglah tidak perlukan masa yang banyak, jika
semua bahan sudah disediakan. Penyediaan bahan yang memerlukan masa. Jika bahan
sudah tersedia, jangka masa untuk memasak kurang dari lima minitpun boleh. Lagi
satu masalah si Jimmy tu, jika memasak, bahannya tidak dibasuh. Jika mengambil
bahan-bahan terus dari pasu dan dicampaknya terus kedalam lauknya. Hissy,
kalaulah ada tahi burung ke atau kotoran lain, nampaknya blend sekali dengan
masakan yang disediakan,itu agaknya menambah ramuan, secret ingrediantsnya.
Johan sudah lama ditingkat bawah. Hanya Didi yang lama
ditikar sejadah untuk muasabahkan dirinya dalam usaha untuk menjadi isteri solehan.
Pengajaran yang diberikan Mutiah terlintas dikepala. Perempuan yang perlu Didi ambil sebagai iktibar. Perlahan Didi turun menuju kedapur. Dia tahu suaminya sedang memasak,
menunaikan janjinya hendak menyediakan makan malam. Kelentang kelentung..
begitulah caranya jika orang lelaki kedapur. Masaknya mudah, tetapi
bising dan sepahnya yang lebih.
Didi senyum memandang Jimmy Oliver Malaysia yang
sedang mengacau bawang puteh dan bawang dengan penyudip kayu. Didi tidak mahu
berkata apa-apa, biarkanlah resipi apa yang sedang disediakannya. Janji boleh
dimakan, dari tidak ada apa-apa untuk mengisi perut mereka yang tiba-tiba terasa
lapar. Tangan Johan mencapai bekas
berisi cili kisar. Di skopnya dua sudu besar cili dan terus masuk kedalam
kuali. Sekali lagi berdesir dan mengeluarkan asap. Jangan
sampai terbakar rumah sudahlah!. Johan terbatuk-batuk. Didi juga. Cepat-cepat
Didi menghidupkan kitchen hood.
Tertalu excited hendak memasak, kitchen hoodpun tidak
dibukanya. Dalam terbatuk-batuk masih sempat tersengeh.
“Bang.. isi air sikit.. nanti hangus“ akhirnya
Didi bersuara, tidak tahan dia yang terbatuk-batuk disebabkan kepedasan cili.
“Api tu kecilkan sikit..“ kata Didi lagi. Johan
senyum, assistant Jimmy Oliver sudah bersuara. Tangannya laju mengikut arahan assistant. Kemudian dia mengambil pula
udang yang sudah dicucinya didalam penapis yang terletak didalam sinki.
Berdesir lagi kuali, tetapi kali ini sudah tidak ada
asap.
Didi melingkar tangannya dipinggang sisuami. Pipi sudah dibelakang suami. Haruman rambut yang masih belum kering, cukup
semerbak, bercampur dengan bau shampoo dan bau cili.
“Sedap.. baunya sedap..“ compliment dari
assitant chef kepada sambal tumis udang atau rambut?. Johan senyum lagi. Nasib baik sedang masak didapur, jika didalam
bilik, mahu sekali lagi dia ...hemm., tergoda. Johan senyum nakal.
Ditutupnya kuali dengan penutup periok dan juga
dapur dimatikan. Sudip kayu diletakkannya ketepi.
Tangan meleraikan pelukan si isteri yang entah termakan apa, tiba-tiba menjadi kucing parsi, manja.
“Dah okey ke..“ sambil tangannya mengulit jari Didi
yang cedera. Tidaklah teruk mana.
“Dah” jawab Didi. Berbaloi juga rupanya terluka kaca.
Perama, dia tidak perlu memasak. Kedua dia dapat bermanja dengan si suami.
“Malam ni menu a abang simple aje, sambal tumis udang, telur dadar
dan tumis air sayur sawi..’
“Hemm.. yummy..” kata Didi manja. Apa yang yummy, hanya dia yang mengerti.
“Dah boleh makan dah.. jom..“ tangannya menarik tangan
isteri si kucing parsi!
Tanpa Johan ketahui,
Didi memasang strategi. Dia akan berusaha mengembalikan keintimannya bersama
Johan. Mungkin masa lima tahun bersama dia sudah mula perlahan-lahan lalai
dengan tanggungjawabnya. Didi akan pastikan kegembiraan Johan sama seperti
waktu mula-mula melayarkan rumahtangga. Mustahil untuk mengembalikan perasaan
itu seratus peratus, jika dapat tiga puluh peratuspun sudah cukup baik. Didi
mahu membahagiakan dia dan Johan. Jika takdir Johan masih hendak mengkuisnya
ketepi, dia reda, setidak-tidaknya dia sudah berusaha. Itu tandanya hanya
setakat itu jodoh mereka.
“Sedap tak?“ tanya Johan
“Hemm, sedap“ jawab Didi yang perlahan sahaja menyuap
rezeki mereka malam ini. Bukan dari air tangan isteri, tetapi dari air tangan
suami.
“Abang memang pandai macam-macam..“ memuji suaminya.
Memuji ada makna.
No comments:
Post a Comment