Bab 2
Terkejut
Didi apabila terasa ada tangan kasar di dahinya, namun dia tetap membatukan
dirinya. Dia tahulah suaminya seorang doktor, sampai terbawa-bawa tugas seorang
doktor dirumah. “Sudah balik rupanya
syaitan gondol” bisik hati kecil Didi.
Didi tidak
menyedari kepulangan suaminya kerana terlelap setelah penat mengamuk dan
menangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap didahinya. Tidak
mampu ditepisnya Tadinya bukan main lagi
marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau. Tetapi hanya kerana sentuhan tangan
kasar lelaki yang dibenci itu sudah didahinya telah berjaya meredakan sedikit
rasa marah. Mudah sungguh Didi mengalah, hanya dengan sedikit sentuhan, dia
sudah cair. Betul kata Atirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah
mengalah. Salah satu sebab Johan mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya.
Hendak
mengamuk atau hanya berdiam diri. Jika dia mengamuk, apakah hasil yang dia
dapat. Yang dia tahu, tangannya luka kerana mengamuk tadi. Jika dia mengamuk
sekarang, adalah dia bakal mendapat gelaran janda. Jika itu yang berlaku,
saingannya, siperempuan tadi pastinya bertepuk tangan. Peluang untuk berdamping
dengan Johan menjadi lebih mudah.
Baru
beberapa minggu yang lalu dia terbaca di ruangan blog, mengesahkan Siti Aisyah
bertanya kepada Rasullullah SAW, siapakah perempuan pertama yang akan masuk syurga.
Rasullullah menjawab Ummu
Mutiah, wanita yang akan mendahului kamu masuk syurga. Wanita yang begitu setia
dengan suaminya. Walaupun sisuami hanya insan biasa, seorang petani. Dia akan
pasti menunggu kepulangan suami didepan pintu dengan segelas air dan sebatang
tongkat. Jika sisuami dahaga, air akan diminumnya. Jika sisuami marah,
nampaknya tongkat itu akan singkah dibadannya. Yang mana tongkat tidak pernah mencicah
tubuhnya. Malah dia sudah bersedia untuk diperlakukan apa sahaja oleh sisuami.
Begitu tabah, setia dan hormatnya kepada suami. Sehinggakan Rasullullah SAW
memberitahu Aisyah anaknya sendiri bahawa bukan Aisyah perempuan yang pertama
masuk syurga, tetapi perempuan yang bernama Mutiah.
Terfikir
Didi, apa yang dilakukan sekarang adalah sebaliknya. Sebagai isteri, dia tidak
menunggu Johan pulang didepan pintu. Tidak
menyediakan minuman untuk diteguk suami yang baru pulang mencari rezeki. Tidak
ada tongkat untuk sisuami membuat pilihan. Jika Didi menyediakan tongkat, sudah
pasti tongkat tersebut singgah dibadannya. Mana tidaknya, kepulangan suami
hanya membangkitkan kemarahannya. Suami penat-penat baru pulang disambut
dengan protest.
“Aku tidak
mampu menjadi sepertimu Mutiah, tidak sebesar biji sawipun.. malah aku sudah menjadi isteri yang ingkar..” tersedar Didi
dan dia mengucap panjang.
Dicapainya
tangan Didi. Johan terperasan jari Didi yang sudah diplaster.
Tetapi jika
difikirkan, Johan tidak pernah membuat kesalahan kepadanya. Kenapa mesti dia
hendak marahkan suaminya. Johan sentiasa pulang kerumah, walaupun ada sesekali
pulang lewat, tetapi pasti memberitahu penyebab kelewatannya. Jika kepercayaan
yang diberikan oleh Didi membuat Johan mempergunakannya, itu adalah tidak adil.
Menyala semula api kemarahan Didi.
“Okey!
Kalau abang hendak mempermainkan Didi ya?, fine!. Lets the game begin..” bisik
suara geram Didi.
“Sayang..
sayang tak sihat ke?” Tanya Johan kepada Didi yang tidak bergerak, masih
membelakangkan dirinya. Johan
kerut muka. Tidak ada haba yang boleh dikategorikan sebagai demam. Tetapi
dibiarkan sahaja, perempuan. Bukan dia tidak kenal perempuan yang terbaring
itu. Bukan sehari dua dia kenal perempuan itu, sudah lebih dari lima tahun,
berkongsi segalanya. Dia tahu luar dan dalam, juga apa yang tersirat dihati.
“Sayang.. kut iapun tak sihat, nak rehat.. tukarlah baju tu.. tentu sayang tak selesa” sambung Johan cuba memujuk.
“Nak abang
tukarkan..” dengan nada mengoda, cuba bersuara kerana tidak ada jawapan yang
diterima. Ibarat berbicara dengan dinding.
Didi masih
membatukan diri. Johan julingkan matanya disiling. Difikirannya memikirkan,
memang ada yang tidak kena dengan perempuan ini!
“Kalau sayang
tak sihat, malam ni abang aje yang masak..sayang rehat ..ubat dah makan..?”
tanyanya lagi. Walaupun tidak ada jawapan, Johan tahu Didi mendengarnya.
Johan tidak
berputus asa walaupun hanya dia bersuara sendirian. Selimut dihujung kaki Didi
dicapai dan dibentangkan bagi menutup kaki Didi yang terdedah. Didi sungguh
terharu dengan perbuatan itu. Suaminya masih saying kepadanya, dia masih mengambil berat tentang dirinya. Tindakan Johan membuat dia menjadi serba salah. Dia tahu itu adalah
Johan, Johan yang dia kenal. Johan suaminya. Lelaki yang menjadi teman
sekatilnya selama lebih darilima tahun. Begitu susah untuk dia menerima hakikat
yang suaminya sudah berlaku curang kepadanya. Didi tidak percaya, sungguh!
memang Didi tidak dapat menerima dengan apa yang dilihatnya petang tadi. Didi
berfikir dua kali.
“Mungkin
juga patient. Salahkah jika seorang doktor keluar bersama patient? Mungkin patient itu memerlukan perhatian yang
lebih..“ berkata-kata hati Didi. Banyak sangat “bermungkin“. Didi masih
bersangka baik.
“Aku
pastikan itu tidak akan berlaku..aku kena fikir yang terbaik..” bisik hati
kecil Didi. Menanam semangat untuk mencari jalan yang terbaik untuk dia dan Johan.
Didi
memandang kepada dirinya. Dia terlena dengan pakaian pejabat masih
dibadan. Terlena sehingga tidak sempat berukar pakaian gamaknya
Menyedari
dia sudah jauh tersasar sebagai seorang isteri, terutama apabila tidak menjawab
pertanyaan suaminya. Perlahan dia duduk,
namun masih tidak ada bicara yang terkeluar dari mulutnya. Diperhatikan Johan
sedang meleraikan tali lehernya, kemudian membuka kemeja dan mencapai tuala
untuk membuka seluar panjangnya. Semua pakaian di masukkan kedalam bakul ditepi
pintu kamar mandi. Didi hanya
diam memerhatinya. Suaminya jemu agaknya kerana setiap persoalan tidak
berjawab.
Tersenyum
sahaja Dr. Johan maju dan duduk ditubir katil memandang Didi. Hanya dengan kain
tuala terlilit dipinggang. Meleset rupanya sangkaan Didi. Johan masih boleh
tersenyum walaupun sudah diperlakukan sedemikian oleh Didi. Dia ingin
membersihkan diri sebelum janjinya untuk menyediakan makan malam.
Johan tahu
Didi menangis. Matanya masih nampak merah. Kenapa dan penyebab tidak pula dia ketahui,
namun akan ditanya apabila terluang. Perempuan yang ada disisinya perlu
dipujuk.
“Ni..
kenapa pulak!” tanyanya dengan harapan ada perbualan tercetus.
Cepat-cepat
Didi menarik
tangannya. Hendak diberitahu yang dia mengamuk memecahkan barang sehingga
mencederakan dirinya sendiri…tidak mungkin. Marahnya masih berbaki.
Tangan
Johan melengkar dibahu Didi, dirapatkannya tubuh Didi didadanya. Terdengar dendangan degupan jantung Johan yang
berirama.
“Bang..”
akhirnya Didi bersuara.
Sudah
cukuplah kesalahan yang telah dilakukannya cukup-cukuplah tu.. penjelasan perlu
diraihnya.
“Hemm..”
jawab Johan yang sebok mengulit rambut isterinya..
“Didi nak tanya
ni, abang jangan marah..” Didi perlu
bertanya perkara utama,hendak jadi apa, jadilah. Didi nekat.
“Hem.. apa dia?” ujar Johan.
“Didi..
Didi nak tanya, siapa perempuan yang abang keluar petang tadi..” Tersentak
Johan, mana pula isterinya tahu mengenai perempuan itu.
Tegak
lehernya yang tadinya terlentuk dileher isterinya.
“Perempuan
yang mana? Hari ini.. hari ini.. ada a few ladies.. which one?” Tanya Johan.
“Perempuan
yang abang keluar sebelah petang..“
“Mana Didi
tahu.?.“ terperanjat Johan, Didi ada spykah?
“Jawab aje
lah..Tadi Didi konon nak suprise abang, tapi Didi yang suprise..” kata Didi dengan nada merajuk. Johan mengetatkan lagi
pelukannya. Johan ketawa kecil.
“Nak
suprise abang apanya..“ tanya Johan lembut. Dia perlu bersikap lembut lidah dari gigi.
“Didi
tengok, abang bukan main lagi tergelak-gelak dengan betina mana entah..“
“Didi..
betina mana pulak!“
“Yang abang
keluar petang tadi tulah!“ulang Didi
“Puteh,
kurus, tak pakai tudung? yang tu!“ tanya Johan hendak mempastikan perempuan yang mana satu yang dimaksudkan.
Didi hanya
menganguk. Itulah perempuan yang dia lihat.
“Hemm..Tracy
kut... memang abang ada keluar dengan Tracy, budak Sarawak tu..Tracy Keduit” berulang-ulang Johan
menyebut nama perempuan yang Sarawak itu.
“Sayang
cemburu ya!” Tanya Johan sambil senyum.
Johan rasa
lega, kerana cemburu seorang isteri tandanya sayang.
“Tak lah!” Didi menyangkal, sedangkan memang Didi cemburu.
Cemburu
giler. Johan suami yang
baik, rugi jika dia melepaskan Johan kepada perempuan Sarawak itu.
“Sayang jangan
cemburu, dengan Tracy abang strickly business..” katanya kendur.
Cuba
menyakinkan tiada apa-apa hubungan dengan perempuan Sarawak itu.
“Betul?”
“Beetuul..”
jawab Johan. Perbuatan nakalnya memikirkan yang lain.
“Sayang,
sayang dah okey ke.. abang ingatkan tadi
tak sihat. Kalau sayang tak sihat, rehat aje” bisik Johan ditelinga Didi.
Diselaknya rambut Didi ketepi, dikucupnya bahu yang terdedah. Tangan kasarnya sudah mula merayap, namun Didi biarkan. Memang betul Johan ingin membantu Didi menukarkan pakaian pejabatnya. Perlahan zip ditarik kebawah. Terasa angin menerpa dibelakang Didi. Angin dingin dan campuran cukupan Johan sudah membuatkan Didi merasa seram sejuk. Pengajaran dari perempuan yang bernama Mutiah membuatkan Didi hanya membiarkan sahaja Johan memperlakukan apa sahaja terhadapnya. Didi pejamkan matanya, Didi rasa bahagia. Bukan dia tidak biasa, malah dia tahu apa yang sedang dilakukan oleh suaminya, dia mengerti dan dia akan tunaikan.
Diselaknya rambut Didi ketepi, dikucupnya bahu yang terdedah. Tangan kasarnya sudah mula merayap, namun Didi biarkan. Memang betul Johan ingin membantu Didi menukarkan pakaian pejabatnya. Perlahan zip ditarik kebawah. Terasa angin menerpa dibelakang Didi. Angin dingin dan campuran cukupan Johan sudah membuatkan Didi merasa seram sejuk. Pengajaran dari perempuan yang bernama Mutiah membuatkan Didi hanya membiarkan sahaja Johan memperlakukan apa sahaja terhadapnya. Didi pejamkan matanya, Didi rasa bahagia. Bukan dia tidak biasa, malah dia tahu apa yang sedang dilakukan oleh suaminya, dia mengerti dan dia akan tunaikan.
Kononnya
hendak bersemuka dengan Johan, tetapi lain jadinya. Hanya terdengar bisikan
manja'. Hanya Didi dan Johan
sahaja yang mendengar. Baju Didi sudah
berselerak di lantai, tuala di pinggang entah terbang kemana.
Yang kini
hanya ada dua penghuni didunia yang luas, Nurnadirah Salmi dan Johan Irfan.
Didi rela,
kerana Johan adalah suami, dunia dan akhiratnya.
No comments:
Post a Comment