“BAB
1
“Prangg…” bunyi kaca berkecai. Berselerak kaca di lantai, tetapi Didi hanya memerhati sahaja, Puas rasa dihatinya. Direnungnya gambar yang tersadai dicelah kaca-kaca yang terselerak.
Tidak! Didi masih tidak puas hati. Frame
gambar kristal pecah, tetapi tidak langsung mencemarkan gambar yang ada didalam
frame itu. Gambar sepasang pengantin yang nampak mesra. Si pengantin perempuan
tersenyum dilebar sehingga ketelinga, berada didalam pelukan sipengantin
lelaki. Sama cantik dan sama lawa, seri pangantin, Kebaya dan baju melayu yang
sedondon, siap bertanjak. Itu semua gara-gara aksi membunuh yang diabadikan
selepas mereka bernikah 5 tahun lalu. Itupun hasil dari tunjuk ajar
photographer professional yang mereka tempah. Sudah biasa dengan pose-pose
mengancam begitu. Ini bukan hasil kerja yang pertama, sudah beratus-ratus pasangan
pengantin yang menjadi model rakaman kamera canggihnya.
Jika dulu Didi akan tersenyum apabila
mengimbas kenangan indah bersama Johan. Tetapi tidak petang ini. Hatinya sakit,
sangat sakit. Jika boleh, mahu sahaja dia memadamkan gambar dirinya dari berada
disebelah lelaki itu.
Gambar yang tersadai dikutipnya, tanpa
mempedulikan serpihan kaca yang berselerak. Didi tahu, kaca-kaca yang tajam itu
mampu melukakan jarinya. Namun dia tidak peduli kerana luka dihatinya lebih
parah, malah sudah bernanah. Gambar
dicariknya, dari sekeping menjadi dua, kemudian dikoyakannya lagi menjadi
empat, lapan dan hancur, entah menjadi berapa keping. Yang kelihatan hanyalah
cebisan kecil yang sudah tidak boleh dicantum lagi. Sama seperti hancur
hatinya.
“Padan muka..” bisik hati geram Didi.
Gambar yang tidak bersalah, bukan
menjejaskan apa-apapun kepada insan yang didalam gambar itu, janji hati Didi
puas, itu yang penting.
“Tak guna punya laki.. apa lagi yang dia
hendak sebenarnya..” air jernih mengalir dari kelopak matanya. Dia cuba
berlagak tabah.. tetapi sebenarnya tidak.. Jika dia tabah, perkara bodoh yang
dilakukannya tidak berlaku.
Memarahi lelaki yang didalam gambar
bukan boleh berbuat apa-apa, malah merugikannya. Frame mahal musnah dan yang
sedihnya, diri sendiri juga yang terpaksa membersihkan kaca-kaca yang
berselerak itu.
“Aduh!..”
segera di tekan jarinya yang sudah luka. Terkena serpihan kaca kerana tidak
berhati-hati sewaktu mengutip serpihan itu, salah sendiri Cepat cepat dia mengambil bekas ubat yang dia
tahu dimana berada. Plaster kecil ditampal, luka kecil sahaja. Masih tidak
dapat dibandingkan dengan luka dihatinya.
Mahu tidak mahu, Didi membersihkan
kaca-kaca yang berselarak bersama air mata yang berjurai turun.
Badan dihempaskan diatas katil, air mata
masih mengalir bersama sedu dan esakan. Seribu satu soalan bermain dikepala.
Tidak satu soalanpun yang mempunyai jawapan. Didi tidak tahu punca yang membuat
Johan berubah.
“Kenapa kau jadi begini, sebab kita
tidak ada anak ke?” omel Didi bersendirian.
“Abang.. kalau abang dah jemu dengan
saya atau abang sudah ada perempuan lain yang abang suka, kenapa abang tak
beritahu.. saya boleh terima. Bukan macam ni, bukan dengan abang berlakucurang!
Sampai hati abang. Apa lebihnya perempuan itu? Apa kurangnya saya?” suara Didi
semakin terang dan nyata diluahnya.
Terkenang Didi
perbualan dirinya bersama teman baik bffnya di kaferia.
“Didi.. aku
ni bukan nak masuk campur hal urusan rumahtangga kau. Akupun serba salah
sebenarnya nak beritahu. Tapi sebab kau kawan baik aku, aku terpaksa jugak
beritahu. Kalau kau hendak thau, dah banyak kali aku terserempak dengan Johan
keluar dengan perempuan Perempuan yang sama pulak tu! Mulanya aku ingatkan dia
keluar dengan patient, tapi bila dah kerap dan dengan orang yang sama, aku dah
mula sangsi..”Terdengar-dengar suara Atirah, kawan baiknya.
Terhenti
Didi menyuap mee bandung, yang sepatutnya menjadi kegemarannya. Terus dia
hilang selera. Teman baiknya menyampaikan berita yang membuatkan dia hilang
selera. Rasanya bagaikan makanan tersekat dikerongkong. Air liur menjadi
kesat.
“Kau jangan
salah faham..Di, aku sayang kau. Kita dah berkawan lama, sejak dari Uni lagi.
Aku kenal kau. Suka duka, semua kita kongsi sama-sama. Aku tak mahu Johan
sakitkan hati kau..Aku tak mahu dia permainkan kau“ Tertunduk sahaja wajah
Atirah apabila dia hendak menyampaikan perkara yang kurang enak untuk didengar
oleh Didi.
Didi tahu
Atirah ikhlas, walaupun pahit untuk dia telan.
“Kau jangan
beritahu Zaim pulak apa yang aku cakap ni.. mati aku nanti. Dia dah pesan jangan campur..” sambung
Atirah lagi, tangan masih mengodek godeh mee bandung.
Dia juga
hilang selera kerana terpaksa memberitahu perkara yang dia sudah simpan begitu
lama. Didi tunduk, muka sudah merah, hidung sudah merah dan air jernih sudah
bertakung dikelopak matanya.
“Betulke
Johan yang kau nampak?” Didi
meminta penjelasan, takut pula kawannya itu tersalah orang.
“Betulll..
memang Johan. Kan kau tahu aku akan ambil Zaim dipejabatnya. Pejabat Zaim kan
satu blok dengan klinik Johan“ katanya lagi.
Memang Didi
tahu dimana Zaim bekerja.
“Aku bukan
apa Didi, kau kena perlahan-lahan tanya dia. Aku tak mahu kau dipermainkan si
Johan tu...“ sambung Atirah lagi.
“Apa-apapun
kau jangan serang dia pulak! Aku tahu kau takkan buat perkara tu. Kau isteri
yang baik, lainlah aku, kalau Zaim lah..dah lama aku kerjakan..“ bunyi geram
sahaja suara Atirah.
Terhenti
Didi dari mengingati butir-butir kata Atirah.
“Abang..
kalau abang dah jemu Didi, buatlah yang terbaik bang.. jangan buat Didi macam
orang bodoh..“ Didi bersuara bersendirian. Air mata disikanya dengan belakang
tangannya.
“Didi,
lelaki macam tu patut kena ajar“ terfikir pula Didi hendak bertindak apabila
dia berfikiran kusut. Idea jahat muncul.
“Jangan
Didi, kaukan isterinya. Kena hormat dia suami kau. Baik aje tanya dia elok-elok“ terfikir pula untuk
tindakan yang lebih masuk akal. Terutama apabila Didi sedar statusnya disisi lelaki itu. Kepala otak Didi berserabut. Berserabut memikirkan apa
yang harus dia lakukan.
Lima tahun hidup bersama dengan ikatan suami isteri, tidak pernah Didi dan Johan membangkitkan soal anak. Walaupun Johan seorang doctor, tidak pernah dia menjadikan anak sebagai alasan untuk mengenepikan Didi. Mereka sama seperti pasangan-pasangan lain. Didi menaruh kepercayaan seratus peratus kepada Johan, Dr.Johan Irfan. Tidak sedetikpun dia sangsi kepada lelaki itu. Tetapi, apa yang didengar dari mulut kawannya tengahari tadi telah membuat dirinya goyah dan ragu. Yang paling sedih, apa yang dilihatnya beberapa jam lalu telah menghancurkan hatinya. Hatinya luluh!
Suaminya
curang.. sudah sah sah didepan mata dia melihat Johan berjalan seiring dengan
seorang perempuan cantik sambil tertawa. Mereka tertawa sedangkan hati Didi sakit
dan pedih. Namun dia cuba bersabar, dia tidak perlu bertindak melulu. Nasib
baik mereka tidak melihat kehadiran Didi. Didi hanya memerhati gelagat mereka dari tempat pakir
dihadapan klinik. Mereka terus hilang bersama kereta yang dipandu siperempuan
itu. Entah kemanalah
agaknya.. Didi sungguh runsing dan bingong memikirkan.
“I can
smell something fishy is going on here..” kata Didi didalam hatinya.
“Wake-up
Didi, you need to do something now A.S.A.P..nak jadi apa jadilah” bisik hati
kecewanya.
Perasaan marahnya meluap-luap. Bagaikan gunung berapi Karakatau yang bersedia
memuntahkan lahar panasnya. Walaupun Karakatau yang selama ini dikatakan tidur
lena. Jangan disangka gunung berapi
yang tidur, tidak akan memuntahkan lahar panasnya.. Malah gunung berapi yang tidur inilah yang
lebih merbahaya, kerana bila-bila masa sahaja akan terjaga.
No comments:
Post a Comment