Wednesday 19 March 2014

Bila Kau Ada - Bab 8

Rindu pula dengan jejaka Indonesia ni.. mari kita jenguk, apa dah jadi!

Bab 8

Hanna berlari-lari anak, kearah lelaki penyelamatnya, siapa lagi jika bukan si lelaki Indon yang bernama Adi Irwan Kesuma. Kira jejaka ini, hero buat Hanna. Tidaklah seperti Hero orang puteh, knight with shining armor. Hanya sekadar Hero melayu nusantara sahaja.

“Adi..Adi..tunggu” laungnya. Adi menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Di lihatnya Hanna yang berlari-lari anak mendekatinya. Hanna sudah tidak merasa sengan diperhati oleh orang sekeliling kerana meninggikan suara. Suaranya kuat memanggil nama Adi, dia tidak perasan. Dia menjadi perhatian orang dengan pandangan yang kurang sopan. Ahh.. peduli apa, asalkan Adi dengar dia memanggil. Adi hanya tegak seperti patung batu, menunggu Hanna dan kemudiannya berjalan seiring.