Minggu depan kita sambung chapter 37 eh! Sabar, kita habiskan cerita Mengharap di Tanjung Harapan, final chapter, esok, insyallah..
BAB 31
“Mr.
Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas
Zamri kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower. Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri
sangat berharap agar Mr. Lim akan memberitahu bossnya tentang apa yang telah
dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain yang disuruh lain pula yang akan
dibuatnya kelak.
“Yes,
Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau..,
tadikan saya sudah belitahu, memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr.
Lim berdalih, sedangkan sekiranya tidak