5 chapter lagi kena marathon...jika sudi hendak baca silakan..
BAB 16
Pagi Sabtu yang cerah, terlihat awan
cumulus dan sirrus seperti rendah sahaja di awangan, menutup Banjaran
Titiwangsa. Sungguh indah alam yang diciptaNya. Awan dan gunung bagaikan sudah
berjanji, bekerjasama bagi mengindahkan lagi alam ciptaanNya. Kabus pula sudah
malu-malu hendak menjengah kerana sudah tidak tahan dengan bahang mentari yang
baru mencelah. Munculnya hanya seketika, hanya kelihatan di waktu menurun Bukit
Fraser. Sampai dikaki bukit, ianya sudah menghilang.
Zamri tenang sahaja memandu Pajeronya. Didalam hati bergendang riang sebenarnya. Diperhatikannya
perempuan yang duduk sebelah, hanya berdiam diri. Tidak mengapa, perjalanan
baru bermula. Andaikata Murni tetap berdiam disepanjang perjalanan selama 3 jam
itupun, Zamri rela. Yang penting dia sudah ada disebelahnya. Pandangan sekali
sekala dilontarkan ke arah Murni, mengharap akan terkeluar sepatah dua kata
bagi memecah sunyi. Tetapi hampa, telinga Zamri tetap di paksa mendengar kipas
menghawa dingin menjalankan tugasnya. Buat ketika ini, Zamri hanya mengikut
rentak Murni, iaitu berdiam diri. Tengoklah berapa lama dia boleh bertahan
dengan perlakuannya. Zamri perlu bertolak ansur dan bertindak bijak agar Murni
tidak berasa tertekan. Yang penting Zamri sudah nampak hasil selama 8 tahun
memujuk, akhirnya hari ini tertunai jua hajatnya untuk memperkenalkan Murni
kepada keluarganya, insyallah.
Tersenyum
sendiri, didalam hatinya berkata “tembok pertama telah berjaya di tembusi”.
Murni masih
memandang keluar. Mila ditempat duduk belakang, menyambung tidurnya. Walaupun
dia gembira apabila diberitahu akan ke kampung uncle Zamrinya, tetapi tidurnya
terganggu di hujung minggu ini. Dua jam lagi perjalanan untuk sampai ke Jengka.
Jalan kampung, bukan lebuhraya, sengaja Zamri mengikut jalan tersebut, agar dia
dapat lama sedikit bersama Murni. Bergeliga juga otak mamat ini. Dia dapat
membaca gerak geri Murni, dan dia dapat meneka Murni sedang runsing. Memang
benarpun Murni sedang runsing. Runsing memikirkan apakah akan berlaku apabila
dia sampai di rumah keluarga Zamri nanti. Adakah dia akan di sisih atau di terima
dengan baik! Apakah penerimaan mereka terhadap dirinya. Dia tidak mempercayai
langsung apa yang telah diberitahu Zamri. Bukan boleh pakai sangat dengan apa
yang dicakapnya. Mungkin hanya sekadar ingin menyedapkan hatinya. Yang dia paling tidak percaya, ialah dirinya
sendiri, tiba-tiba terbuka hati untuk menerima pelawaan Zamri. Ubat guna-guna
jenama apakah yang telah Zamri guna untuk membuat dia tiba-tiba membuat
keputusan diluar jangka. Keputusan yang tidak pernah terlintas
dikepalanya. Keputusan yang sekian lama dia elak. Yang pasti ubat guna-guna itu sungguh mujarab dan
hebat!
“Muni…”
Zamri bersuara memecah kesunyian. Mengantuk pula rasanya, jika hanya mendengar
desiran alat pendingin kereta. Zamri mengalah.
“Hemm..”
Murni menjawab pendek tanpa berpaling, pandangannya masih dibuang keluar. Orang
sudah memanggil namanya, takkan dia tidak menyahut. Itu sudah jatuh kurang
sopan.
“Kenapa ni..?.. relaxlah sayang.. my
parents tu okey.. , jangan runsing sangat…” Zamri cuba menenangkan Murni yang
memang sedang runsing sekarang ini, tahap gaban.
Jika tidak kerana dia mengetahui bekas
suaminya sedang mencarinya dan mempunyai agendanya sendiri..sudah pasti Murni
tidak berada didalam kereta Zamri sekarang ni.
Ehhh.. baru dia teringat, Zamri tidak
mengguna apa-apa ubat guna-guna, dia sendiri yang setuju untuk menerima
cadangan Zamri. Semuanya kerana tidak mahu jantan keparat menganggu dirinya dan
mengambil Mila, nyawanya. Murni lupa jantan yang dikatakan keparat itu adalah
bapa kepada anaknya.
Dikepala memikirkan, sama ada dia
membuat keputusan yang betul. Adakah keputusan ini merupakan penghujung
pelariannya atau permulaan sengsaranya.
“I’m
sure they will love you as I love you.sayang, trust me..”
Zamri membebel sendiri.
tanpa mengetahui fikiran Murni entah
kemana, bukan mendengar apa yang Zamri lafazkan. Fikirannya melayang..
entah-entah sudah sampai ke Gurun Sahara.. kalau tidak ke situ mungkin juga
sudah sampai ke Kutub Selatan. Kerana sebenarnya pada saat dan ketika ini, dia
ingin lari.. lari dan terus lari bersama Mila dari semua orang, lari keceruk
dunia yang tidak ada penghuni, tempat yang
boleh dia huni dua beranak sahaja, jika boleh!!
“Hemm..hemm” itu sahaja jawapan yang
boleh diberikannya kepada Zamri sekarang ini.
Zamri pun satu, dia masih tidak dapat
membaca hati perempuan yang disebelahnya, mahu
tidak rasa gementar, dia hendak berjumpa dengan orang yang tidak pernah
dia kenal. Lainlah Zamri, mereka adalah keluarganya. Dari itu untuk mengelakkan
dari bertengkar yang tidak berfaedah, baiklah Murni diam sahaja dan melayan
perasannya yang gementar. Yang mana, Murni membuat pilihan yang baik. Nasib
baik ada Mila, penguat semangatnya.. Mila adalah nyawanya, Mila adalah udara
untuk dia bernafas, Mila segala-gala buat dirinya.
Masa
bagaikan berlari, cepat sungguh ianya berlalu. Kecut perut Murni sebenarnya
apabila Zamri memberitahu mereka sudah sampai ke destinasi. Mahu tidaknya,
perempuan berkunjung kerumah keluarga lelaki, berkali-kali Murni memikirkan tindakannya
ibarat perigi mencari timba!!
Di
dalam kepala otaknya masih lagi mencari kepastian, sama ada tindakan yang
dilakukannya betul atau tidak. Sudah sampai ke destinasipun, masih ada
peluangkah untuk dia mengubah fikirannya? Sudah terlambat, Murni terpaksa
redah, sudah tidak ada opsyen untuk dipilih.
Perasaan
gelabah bertambah apabila Murni melihat beberapa batang tubuh sudah berdiri di depan
pintu, pastinya menunggu ketibaan mereka. Kaki Murni sudah terasa kebas dan
berat hendak melangkah keluar, dia tidak mengerti kenapa berlaku kebas begini,
mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak atau mungkin juga kerana takut,
mungkin campuran kedua-duanya sekali.
Sehinggakan Zamri terpaksa membuka pintu kereta dan menunggu Murni keluar, setelah lama melihat
Murni yang susah sangat hendak bangun dan keluar dari pajeronya. Malu juga pada
mulanya, takut disalah anggap oleh mata-mata yang sudah terpacak menunggu
mereka di depan pintu rumah kayu style rumah melayu kampung.
Tetapi
perasaan takut dan gabra itu hilang apabila mendengar suara dari seorang
perempuan yang separuh umur, mungkin sebaya dengan umur mama Seri. Perempuan
ini pastinya ibu Zamri. Lembut suara perempuan itu menyambut Murni. Murni lega.
“Jemput..
jemput.. ..masuk.. masuk..jangan malu-malu” berbicara tanpa apa-apa dialeg.
Selalunya orang Pahang berbicara dengan dialeg
yang seakan-akan dialeg Kelantan, tetapi
tidak dengan perempuan ini.. lancar sahaja bahasanya tanpa sedikitpun dialeg
dari mana-mana negeri. Tangan secara
spontan dihulur dan disambut, Mila juga berbuat demikian. Murni gagahkan juga
berdiri, walaupun masih terasa kebas di kaki.
Murni hampir terjatuh kerana kakinya masih kebas,
segara didakap oleh perempuan itu dan memapahnya naik tangga perlahan. Nasib
baik ibu Zamri yang sempat menahannya dari jatuh, jika Zamri yang memapahnya,
apalah agaknya sangkaan mereka ya?
Buat
malu sahaja Murni, muka sudah satu inci tebal. Apa hal pulak kaki kemas, time
time begini.
“Naik…
Murni..” bersuara lagi perempuan itu. Seingat Murni. Dia belum memperkenalkan
dirinya tetapi perempuan itu sudah tahu namanya. Ini mesti kerja si Zamri.
Entah apa lagi yang telah diceritakannya perihal Murni kepada mereka.
“Hah.. ini mesti Mila kan…” Perempuan itu mengusap kepala Mila. Tengok
tu! Nama Milapun dia tahu. Hisy..hisy..Hisy.. Zam!
Mila
mendongak kearah perempuan tersebut. Begini agaknya semua perempuan yang sebaya
umur Wan Seri lakukan setiap berjumpa dengan budak perempuan sepertinya. Kerana jika
pulang ke kampung neneknya Wan Seri, dia juga diperlakukan sedemikian.
“Murni, ini Mek saya…” sambil tangan Zamri melengkar
dibahu perempuan separuh umur itu.
Pengenalan diteruskan kearah beberapa lagi ahli
keluarga Zamri yang masih tercegat dimuka pintu.
“Baba..” tersengeh sahaja lelaki tua itu apabila
diperkenalkan.
Begitu juga Murni menyambut dengan senyuman balas.
“Apa khabar Pakcik..” Murni memberi hormat
“Pakcik baik aje nak..” jawabnya.
“Syakhira.. panggil Khira” bersuara seorang perempuan
mungkin kakak Zamri.
“Halim..” suara garau seorang budak lelaki belasan
tahun bersuara.
“Shazlina.., orang panggil saya Lin” seorang lagi
kakak Zamri gamaknya, Nampak sebaya Khira.
“Lin
dan Khira kembar tu..tapi tak seiras..” terdengar suara dicorong telinga Murni.
Suara Zamri yang seakan berbisik. Murni kerut muka. Wahai Encik Zamri oi,
jangan bisik-bisik, buat Murni rasa tidak selesa.
“Adelina…” berkerut muka Zamri memperkenalkan
gadis yang satu ini. Seingat Murni, Zamri ada memberitahunya dia mempunyai dua
orang kakak dan seorang adik lelaki. Yang seorang lagi adik perempuan dia lupa
hendak beritahukah?
“Adik
sepupu I, anak mak ngah Nuri, adek Mek..” jelas Zamri apabila memperkenalkan
seorang lagi perempuan yang mmemandang tidak lepas ke arah Zamri.
“Ohhh..” terangguk-angguk Murni, kini baru dia
mengerti. Sepupu rupanya.
“Ade bila balik sini.. cuti ke?” tanya Zamri kepada
gadis yang tidak disangkanya akan bertemu dirumahnya.
“Ha
ah.. cuti, seminggu habiskan cuti tahun.. dengar dari
Maklong abang nak balik, tu.. yang Ade datang ni.. hem.. ingatkan abang balik
sorang, rupanya ada tetamu istimewa..” sambil pandangan dan senyuman diberikan
kepada Murni.
Murni kurang mengerti dengan apa yang dibicarakan oleh
sepupu Zamri yang satu ni.. mungkin hanya Zamri yang mengerti.
Mereka terus dibawa ke sofa ruang tamu. Rumah kayu
yang yang sederhana besar dengan hiasan
yang serba sederhana juga.
Semua mengambil tempat, kecuali Mek dan Khira. Mereka
hilang entah ke mana. Beberapa minit mereka muncul sambil menatang dulang yang
berisi gelas minuman sejuk. Memang tepat waktunya untuk Murni menghirup apa
sahaja cecair yang dapat menghilangkan kekeringan tekaknya. Bertalu-talu soalan yang datang dari semua
penjuru. Nampaknya mereka memang menanti kunjungan Murni.
Disepanjang berbual ramah mesra, Murni perhatikan Ade
asyik duduk disebelah Zamri. Apa sebenarnya hubungan mereka, selain dari
sepupu, mereka ada hubunga lainkah? Rasa curiga sudah mula menyelinap di dada Murni. Kini
perasaan curiga pula muncul dibenak hatinya. Jika sehari dua yang lalu Murni
bersetuju dengan permintaan Zamri hanya semata-mata kerana dia hendak lari dari
bekas suaminya. Takut bekas suami merampas Mila. Zamri adalah heronya kerana
Zamri bakal menjadi penyelamatnya.
Andai
kata si hero yang diharapkan berubah fikiran, apa agaknya akan terjadi kepada
Murni? Bagaimana agaknya dia akan berdepan dengan bekas suaminya? Murni sudah
bersedia memikirkan apa tindakan yang perlu dia lakukan. Dia perlu bersedia
dengan banyak plan. Bukan setakat plan A atau plan B, malah lebih. Jika sampai
ada plan Z lagi bagus. Plan A sampai Z, tak banyakpun 21 plan aje. Buat masa
ini proceed dengan plan A. Plan yang lain-lain tu, fikir kemudian.
“Zamri
.. Zamri apa yang telah kau ceritakan kepada mereka-mereka ini .. ini baru
langkah pertama.. banyak langkah lagi yang perlu kita lalui..” bisik hati kecil
Murni.
Disudut
serambi Murni perasan tersusun bekas-bekas seperti hantaran dan peralatan
membuat bunga telur.
“Siapa
pulak hendak kahwin. Zamri sudah membuat persiapan ke? Biar betul !…“ bisik hati Murni.
Mila
hanya duduk disofa melayan bapa Zamri yang mengelarkan dirinya Tok Ki..
sengkatan dari perkataan Zaki.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki. Pandai orang tua
itu melayan budak-budak.
“Boleh
akak panggil Murni dengan panggilan Muni aje..” tiba-tiba suara Khira,
mematikan pandangan Murni dari peralatan membuat bunga telur.
“Ah..ha..
boleh .., saya pula hendak panggil Khira aje kut.. sebab Khira lebih muda dari
saya sikit..” mengetahui Khira dan Lin hanya setahun lebih muda darinya,
maksudnya dua tahun beza dari Zamri.
“Tak
kesah.. nak panggil Kak Khira pun tak apa, Murni kan berkawan dengan adik
akak..” Murni kurang mengerti apa maksudnya. Belum apa-apa pun bersetujuan yang
diberi kepada Zamri. Ini pasti Zamri sudah memberitahu apa-apa yang tidak
diketahui Murni. Murni hanya senyum sumbing.
“Muni
pandai buat bunga telur..” tanya Khira sambil mengajak Murni ke penjuru serambi
dimana peralatan bunga telur terkumpul.
“Siapa
yang nak kahwin ni ..Khira?” akhirnya Murni mengambil keputusan memanggil
dengan panggilan nama sahaja, tidak berkakak seperti yang diminta.
“Tak
apa, nanti-nanti Khira ceritakan…saje buat persediaan awal. Jom!” Murni hanya
mengikut tuan rumah.
Perkataan "persiapan
awal,, bunga telur, kahwin, persiapan awal, bunga telur, kahwin",
berulang-ulang bermain dimata Murni. Bagaikan news crawler dikaca
TV, mengumumkan berita terkini... Mahu rasanya Murni menjerit hendak meminta
penjelasan dari seorang lelaki... Siapa lagi kalau bukan Zamri!
Bab
17
“Murni
tolong akak potong dawai ni ikut saiz ni ya?” Khira meminta Murni membantunya
untuk memotong dawai halus yang berbalut hijau mengikut saiz ukuran yang
diberikannya.
“Boleh
ke saya ni… saya tak pernah buat kerja-kerja kraftangan macamni.. keras tangan
adalah..” kata Murni, hal-hal seni yang halus memang bukan bidangnya.
Murni ketawa kecil dengan,
konon hendak berlawak, tetapi tidak menjadi. Segera dia mengambil beberapa
barang dawai dan pemotong wayar yang dihulurkan. Termalu, kerana dia perasan,
apa yang dikatakan bukan gurauan buat Khira.
“Bukan
perlu apa-apa kepakaranpun, Murni buat macamni, akak tunjuk..” Khira masih
membahasakan dirinya kakak, maklumlah Zamri adalah adiknya, dan perempuan
dihadapannya adalah bakal adik iparnya. “Bakal” dalam inveted coma!
“Siapa
yang nak kahwin ni..” Murni masih menanti jawapan, lantas mengulang pertanyaan
yang sama sekali lagi.
“Takkan Zam tak beritahu
Murni?” soalan yang diberi, tetapi soalan juga yang Murni terima.
Murni hanya mendiamkan diri.
Didalam hati tidak usah dikata, Murni sangat geram. Tetapi di sorok dengan
senyuman. Hanya wajah Zamri yang terpampang diruang mata. Lelaki itu perlu
membuat persiapan, mental dan fisikal. Murni akan mengamuk dengannnya. Murni
cukup geram sekali. Dia bagaikan tidak sabar-sabar, sampaikan sudah membuat
persiapan. Seminggu yang lalu berjanji, dia hanya akan memberi jawapan
sama ada untuk meneruskan rancangan atau tidak selepas kunjungan ini. Yang
sudah siap bunga telur berpahar-pahar tu, apa cerita!
“Saya…
saya yang nak kahwin masa cuti sekolah
nanti… hem.. lagi 4 bulan la..” kata Khira dengan suara girang, setelah melihat
wajah Murni yang sedikit pucat dan hanya mendiam diri sambil memotong dawai.
Dari pergerakan Murni memotong dawai, boleh dilihat dawai menjadi mangsa, Murni
melepaskan gerammnya kepada dawai tersebut.
Murni
menarik nafas lega, dengan ucapan “Alhamdullillah…” sebaik sahaja Khira
menjelaskan.
“Murni
sama Mila datang la ya..jangan tak datang pulak.., nanti boleh kenal dengan
ramai saudara mara kami..”sambung Khira lagi yang sudah duduk bersila memintal
daun-daun untuk dicantumkan menjadi bunga pahar.
Murni
juga sudah memulakan pemotongan dawai-dawai mengikut ukuran yang telah Khira
serahkan kepadanya. Mila menunjukkan minatnya hendak mencuba, tetapi dihalang
oleh Murni.
“Mila
tengok aje ya sayang, biar untie Khira buat.. “ pujuk Murni,
“Biarlah
Muni.. kalau dia nak cuba pun lebih baik, budak perempuan, benda-benda macam ni
memang dia orang suka, perlahan-lahan kita lentur dia” tegur Khira.
“Nah..
cuba buat yang ni..” Khira menghulur beberapa helai daun, kuntuman bunga yang sudah
siap dan pelilit hijau, sarung telur dan sebatang buluh kecil kepada Murni.
“Eh…
pandai rupanya Murni buat..” setelah melihat Murni ligat tangannya memintal
pelilit hijau menjadikannya sebagai satu batang bunga pahar.
“Sikit-sikit
boleh la…tapi taklah sekemas Khira” Murni merendah diri. Sebenarnya memang dia
suka membuat semua kerjatangan.
“Panggil
kakak Murni.. kakak, biasakan diri memanggil saya kakak..” tegur Khira apabila
Murni masih dengan panggilan namanya sahaja.
“Okey
la tu.. kemas lagi, kalau macam tu boleh tolong Khira selesaikan ya..Murni..?”
seperti permintaan sahaja dari Khira.
Murni
hanya mendiamkan diri dan mengambil satu set lagi untuk dipasang. Sepasang ke
sepasang yang lain, laju sahaja dia memasangnya.
Khira
juga menghulur satu set kepada Mila, tetapi Mila mengelengkan kepala. Betul
juga kata mamanya. Nanti jika rosak, sudah tentu akan rugi satu bunga telur. Dari itu
lebih baik dia menjadi pemerhati sahaja buat masa ini.
“Untie
Khira nak Mila try.. tak apa, cantik ke tidak, belum tahu.. entah-entah lebih
kemas dari untie Khira punya.. kan Mila?” ujar Khira, cuba memberi semangat
kepada Mila untuk mencuba.
Mila
masih geleng.
“Tak
apa, bila Mila dah ready nak cuba, beritahu untie hem? “ sambung
Khira lagi.
Mila angguk.
“Mek ajak makan ni..” terdengar suara Zamri yang
berdiri dibelakang Murni.
“Jom Murni!” bersuara Khira.
“Cik abang dah panggil tu…” usik Khira. Murni cebik
muka, Zamri yang terdengar gembira, walaupun dia perasan Murni membuat muka
kepadanya.
Murni bangun serentak dengan Khira dan Mila setelah
meletakkan bunga pahar yang sudah siap didalam bekas plastik besar yang sudah terkumpul
bunga-bunga pahar yang lain.
“Jom..” berjalan seiring bersama Zamri dan Khira ke
ruang dapur yang terpaksa menunuri beberapa anak tangga kayu.
Adelina
tidak kelihatan, kemanalah agaknya dia.
“Mari..duk
makan..” pelawa Mek Ros, yang rupanya sedang menunggu mereka..
Terhidang
semua makanan kegemaran Murni. Masak kurma ayam, jelatah darat, ikan jenahak
masak masam manis, sayur kailan kicap dan sambal belacan.
“Zamri..
Zamri..bersungguh-sungguh betul rupanya dia, sampaikan lauk kegemaran pun dia
beritahu emaknya..” bisik hati Murni.
“Zam..
hulurkan nasik kat Murni tu..” bicara Mek Ros lagi, sambil tangan memanjangkan
mangkuk yang berisi nasi.
“Tak
pa Zam.. I ambil sendiri” Murni terasa malu pula dilayan seperti puteri.
Terhenti
Zamri hendak menyeduk nasi ke pinggan Murni, yang secara tidak langsung duduk
disebelahnya. Mila sudah memulakan suapan, berselera sahaja dia.
“Mila
nak apa-apa, cakap dengan nenek ya.. “ Mek Ros membahasakan dirinya nenek
kepada Mila.
“Hemmm”
jawab Mila sambil mengangguk.
“Susah-susah
aje, makcik masak untuk kami..” segan pula Murni dibuatnya, mereka memang
benar-benar gembira akan kehadiran Murni.
Soalan
pertama Murni sudah terjawab. Tidak perlu ragu, yang pasti keluarga Zamri sudah
bersedia untuk menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka.
Persoalan itu sudah boleh dibuang dari senarai.
“Dah lama Mek dengar nama Murni.. ni baru jumpa. Zam
tu..tak sudah-sudah cerita pasal Murni..setiap kali balik kampung” Mek Ros
membuka cerita.
“Mek dah lama minta dia bawa Murni ke mari.., tapi
jawapan Zamri ada aje alasannya, Murni seboklah, Murni tak sihat la..Murni
balik kampung la.. sampailah hari ini, akhirnya jumpa jugak Mek dengan Murni
yang disebut-sebutnya tu..” cerita
Mek sambil menjamah rezeki.
“Oh..
itu kerjanya dia selama ini, menceritakan hal dirinya.
Murni bermonolog sendiri.
Murni bermonolog sendiri.
Pandangan
Murni beralih kepada Zamri yang relax mengatur suapan, tanpa rasa bersalah.
“Ni..
Mek nak jemput Murni la.. sebab dah ada ni.. baik jemput aje, cuti sekolah
nanti Khira nak langsung.. Murni datang ya.. sama Mila..kan Mila?” kata Mek Ros
lagi. Mila yang tidak mengetahui hujung pangkal hanya mengangguk.
“Insyallah..
kalau tak ada apa-apa sampailah kita orang.., cuma kena beri tarikh dan alamat
ajelah, sampailah kami nanti..” jawap Murni.
“Eh..
kenapa nak alamat bagai… ikut aje Zam.. bolehkan Zam..bawa Murni kat sini
nanti” Mek memandang kearah Zamri yang rancak menjamu. Mek Ros meminta
kepastian dari Zamri untuk membawa Murni dihari pernikahan Syakira kelak.
“Zam.. dengar tak apa Mek kata ni..” ulang Mek
“Zam dengar mak..tapi kena tanya orang sebelah ni
dululah Mek..kalau dia nak ikut Zam balik, Zam tak ada masalah..” akhirnya
Zamri bersuara.
Muka Murni sudah masam masam kelat. Hendak terus
bersetuju, risau pula dikatakan tidak tahu adap, belum apa-apa sudah berkepit
kehulu kehilir dengan anak teruna orang. Jika tidak setuju, bimbang pula
dikatakan jual mahal. Hari ini gatal boleh ikut pulak!
“Muni..?” tanya Zamri.
“Hemm.. Terima kasih atas jemputan tu, tapi, nantilah
saya fikir dulu Mek..” akhirnya Murni memberi jawapan yang belum pasti, sama ada
sanggup untuk hadir ke majlis tersebut bersama Zamri.
“Kalau Murni setuju boleh terus buat majlis tunang
Murni dengan Zam sekali?” terpacul permintaan Mek Ros.
“Uhukk!” Tersedak Murni apabila Mek Ros menghabiskan
kata-katanya.
Nasi tersembur keluar dan dia terbatuk-batuk. Zamri
terkejut apabila melihat wajah Murni yang sudah merah padam dan terbatuk-batuk.
Hendak ditepuk belakang, nanti takut pula nak kena flying kick dari Murni.
Hendak tahu cuba buat la.. mana tidaknya, apa hak dia nak pegang-pegang
perempuan yang tak ada apa-apa ikatan. Tambah-tambah didepan keluarganya. Mek
segera bangun dan mengurut belakang Murni dan Khira menghulur air sirap. Mila
juga terhenti menyuap, terkejut melihat mamanya yang terbatuk-batuk.
“Maaf makcik.. apa makcik kata tadi?” Murni meminta
Mek Ros mengulangi apa yang baru sahaja didengarnya tadi.
“Tak
apa la.. mungkin Murni belum sedia.. maafkan makcik.. makan dulu nanti kita
cerita” Mek baru perasan, Murni tidak tahu menahu dengan hal yang baru
diberitahu tadi. Itu pasti kerja Zamri. Ishy.. pandai-pandai dia.. Zamri tenang
sahaja disebelahnya.
Murni
sudah hilang selera, walaupun sebenarnya masakan Mek Ros memang enak, terkejut
dengan rancangan yang diatur untuknya. Memang dia belum bersedia. Namun untuk
menghormati orang tua yang telah bersusah payah menyediakan makanan untuknya,
di suapkan juga nasi yang berbaki di pinggan perlahan. Di dalam hati rasa geram
pula dengan Zamri. Kenapa dia tidak memberitahu rancangan keluarganya.
Sedangkan Murni juga belum lagi memberitahu rancangannya kepada keluarganya di
Johor. Niatnya akan dimaklumkan selepas kunjungan ini. Murni ingin mengetahui
bagaimana penerimaan keluarga Zamri terhadapnya terlebih dahulu, baru akan
diajukan rancangannya kepada Mama dan Papa.
Insiden
di meja makan terus dilupakan, apabila Lin membuka cerita lain. Cerita mengenai
tugasnya sebagai nurse di hospital besar Kuantan dan kesah Halim yang masih
belajar ditahun akhir di UNITEN. Pak Zaki pendiam orangnya, tidak banyak cerita
darinya.
Pak
Zaki rupanya seorang pesara tentera dan Mek Ros, masih bekerja sebagai kerani
besar di Pejabat Daerah Jengka. Patutlah mereka tidak ada dialeg bahasa dari mana-mana
negeri, sebab mereka selalu merantau. Pernah beberapa tahun di Kedah,
beberapa tahun di Port Dickson dan beberapa tahun di Sarawak. Pak Zaki bersara
awal tentera dan sekarang ini membuka bengkel membuat grill di Pekan Jengka,
hasil pengalaman sebagai jurukimpal tentera. Zamri berasa bangga dengan usaha
orang tuanya yang telah mendidik dirinya, kakak dan adik sehingga berjaya dalam
hidup. Sedikit sahaja diselitkan cerita Khira yang akan berumahtangga cuti
sekolah nanti, kerana Khira seorang guru lulusan Universiti Utara, yang akan
bertemu jodoh dengan guru juga, lulusan Universiti Malaya. Patutlah Murni
perhatikan Khira sangat pandai melayan Mila. Cikgu rupanya, patutlah dia pandai
mendekati kanak-kanak.
Cikgu bertemu cikgu, senang mereka mengatur hidup
rumahtangga mereka. Cuti pasti bukan masalah dan tidak perlu difikirkan kerana
sudah tahu mereka akan cuti bersama mengikut penggal. Waktu kerja usah
difikirkan kerana pastinya mereka akan dapat
bersama setiap petang. Mereka mudah merancang untuk bercuti reaht, tidak perlu
mengambil cuti extra dan tidak perlu risau si isteri atau si suami akan pulang
lewat, cikgu mana ada overtime.
Mata Murni tertancap kearah sejambang bunga pahar,
duduk cantik di sudut rumah. Murni tersenyum sendiri. Tersenyum kerana bunga
telur itu, dia hampir mencetuskan perang dingin sekali lagi kepada Zamri, dan
hampir menggagalkan rancangan Murni untuk lari dari ex-husband. Semua bermula
dengan salah tafsiran, ingatkan bunga telur tersebut adalah persiapan untuk
dirinya dan Zamri. Rupanya bukan. Malunya!
BAB 18
Selepas minum petang dengan hidangan teh kosong dan cucur bawang, Zamri
meminta dirinya untuk membawa Murni dan Mila pulang. Selalunya dia akan
bermalam, hanya bergerak awal pagi esoknya untuk pulang ke Bukit Frazer, tetapi
kali ini disebabkan dia bersama Murni dan Mila, dia terpaksa pulang pada hari
yang sama. Tambahan pula dia terpaksa bergerak sebelum hari gelap nanti bahaya
pula untuk menaiki bukit yang berliku-liku itu.
Murni memberi salaman selamat tinggal dan terima kasih kepada semua ahli
keluarga Zamri. Mek Ros memeluk kejap Murni. Sungguh! Dari pergerakan wanita
separuh umur itu, dia mengalu-alukan kehadiran Murni kedalam keluarganya.
Insyaallah, akan Murni fikirkan semasak-masaknya keputusannya kelak. Mereka
melayan Mila juga seperti anak buah atau cucu mereka sendiri. Murni sungguh
terharu. Baik sungguh penerimaan mereka. Jauh betul tersasar dari jangkaan
Murni selama ini.
Di dalam kereta Zamri berulang-ulang kali meminta maaf di atas kejadian
sewaktu makan. Memang dia tidak mengetahui sama sekali rancangan yang diajukan
oleh Mek. Yang dia pasti, keluarganya dapat memerima Murni dan Mila menjadi
sebahagian dari keluarganya. Tetapi sehingga kini, Zamri masih tidak mengetahui
penerimaan dari pihak Murni. Mila nampaknya juga boleh menerimanya.
“Ah.. macammana? My family.. okey tak?” tanya Zamri memecahkan kesunyian
di dalam kereta setelah setengah jam bergerak.
“I tak sangka, your family treated me that good… cuma..” jawab Murni sambil
membuang pandangan ke arah Zamri yang menumpukan pandangannya ke jalanraya.
Kali ini mengikut jalan lebuhraya supaya sampai Bukit Fraser awal sedikit,
sebelum gelap.
“Cuma apa?” Zamri agak risau apabila
Murni tidak menghabiskan soalannya..soalan tergantung-gantung.
“Cuma Mek buat kejutan.. betul-betul
I terkejut dengan rancangan Mek sampai macam tu..” Murni menjelaskan kenapa dia
tersedak.
“Kenapa.. Muni tak suka ke?” soal
Zamri
“Taklah macam tu.. Cuma I takut
nanti Mek menyesal.. ini kan baru first time jumpa.. tak tahupun lagi my true colours..I ni.. banyak
kekurangannya Zam.. I pun sebenarnya hairan, kenapalah Zam tak pernah putus
asa..” Murni masih cuba menyelami niat sebenar Zamri, walaupun sebenarnya dia
sudah ada jawapannya.
“Can we drop the subject..we talk something else.. boleh tak?” Zamri sudah tidak
kuasa mendengar, ada sahaja alasan yang diberi oleh Murni.
“Pulak! Tadi tanya! Bila dah beri
pandangan.. suruh drop the subject
pulak.. yang mana satu ni.?.” angin pula Murni.
“Maksud I, drop kesah yang sesal
menyesal tu.. yang lain boleh carry on.. “ jawab Zamri lembut.
“Hemm.. okeyla..I cakap benda
lain..oh ya..sepupu you .. you tu.. apa namanya?.. Adil..? Ade ? cantik budak
tu ya? Cantik.. lembut dan muda lagi..I nampak suka kat you…kenapa you tak
pilih dia aje..” kata Murni.
“Dia adik sepupu I ..Murni.. kenapa
sampai kesitu pulak you ni..I dah anggap dia macam adik I aje ? cemburu ke?”
Murni kena sedas oleh Zamri.
“Bukan cemburu.. I tak mahu dituduh
jadi penghalang pulak..I nampak budak tu sayang betul pada you, pandangan mata
dia tak lepas tengok you..”
“Yeke? I tak perasanpun? Halang apa?
Apalah Murni.. okey cerita ni pun kena drop juga..”kata Zamri tegas.
“Semua yang I cerita asyik kena drop
aje.. habis nak cerita apa?” Murni pun bingong dibuat si Zamri, semua topic
hendak digugurkan.
“Ceritalah yang elok-elok.. pasal
cuaca ke? Pasal Mila ke? Or else pasal proposal Mek.. itu lebih
berfaedah…”terus Murni tersenyap. Dia cuba mengelak dari berbicang mengenai
perkara itu, tetapi Zamri pula yang membangkitkannya.
“Kenapa senyap..” Zamri mengalihkan
pandangan pantas kearah Murni kerana nampaknya hanya dia sahaja yang bersuara,
perempuan yang disebelahnya sudah buat hal, mogok tidak mahu bersuara nampakya.
“Sayang.. dengar tak apa I cakap
ini.. think about Mek proposal jugak!..” Zamri menyambung bicara.
“Hah.. are you serious..? Zam.. my
family pun tak tahu lagi la..I have to inform them first..” akhirnya Murni
bersuara, apabila Zamri mengulangi persoalan yang tidak ada jawapan.
“Kalau you nak tahu, yang ikut you
balik kampung you ni pun mereka tak tahu tau? Kalau mereka
tahu, matilah I. Macam I ni desperate sangat!” kata Murni bersungguh-sungguh.
“Ya la..I know, they will not have any objection.. believe me..” jawab
Zamri dengan penuh yakin.
“Eh wah… you pulak
pandai-pandai..macamlah you tahu keluarga I sangat..” Murni mencebek mukanya ke
arah Zamri.
“Yes
.. I do..” Zamri menjawab dengan sengeh gembira.
Murni lupa, Zamri sudah kenal
keluarganya sama seperti dia mengenal keluarganya sendiri.
“Ya la..ya la..nanti I beritahu mama
dan papa dulu, kita tunggu apa kata mereka okey..”
“Hem.. jangan lama-lama.., kalau
jadi, kita buat simple aje, hantar cincin, kalau you dah ready, nikah teruspun
boleh.. boleh ada dua pengantin..” Zamri sengaja menyakat Murni.
“You giler.. ke apa Zam .. jangan
buat cadangan giler macam tu ya.!.” Murni melenting dengan permintaan Zamri.
Zamri sudah tahu, itulah jawapan
dari Murni. Menuduhnya sudah gila, memangpun Zamri sedang gila sekarang ini,
gilakan dirinya.
“Apa salahnya, kita nikah kat masjid
dan buat keramaian sekali dengan majlis Khira, afterall orang yang sama juga
yang akan dijemput nanti..” Zamri senyum nakal.
Lagi Murni melenting, lagi galak
Zamri menyakat.
“Aduh..” rupanya Murni mencubit peha
Zamri, tidak disangka Murni sudah berani bergurau dengannya.
“Padan muka.. jangan buat hal
okey..” sambil mengetap bibirnya.
“Kenapa uncle” tiba-tiba Mila
mencelah setelah mendengar jeritan kecil unclenya.
“Hem.. tak da apa-apa, uncle kena
gigit semut…” selamba sahaja Zamri menjawab
“Oh.. ada semut dalam kereta uncle
ke?” Mila ingin tahu lebih lanjut mengenai semut didalam kereta Zamri.
“Aha…ada.. semut besar..’ Zamri masih ingin bercerita mengenai semut.
“Oh…ya.. ke..bahaya tak uncle?”
tanya Mila lagi.
“Memang bahaya Mila.. unclepun
takut..” bersahaja Zamri bercerita kepada Mila mengenai semut ilusinasinya.
“Heee..Milapun takut jugak la uncle”
Tersenyum Murni dan Zamri dengan jawapan Mila. Sungguh innocent.
Murni sampai d irumah sebelum masuk waktu maghrib, baik betul
perancangan Zamri. Kini dia perlu fikirkan masak-masak. Apa yang diraguinya
selama ini sudah terjawab. Dia sudah tidak perlu bersusah hati lagi, mengenai
penerimaan dirinya oleh keluarga Zamri. Ternyata apa yang diberitahu Zamri
adalah benar, mereka boleh menerima kehadiran Murni di dalam keluarga mereka. Mengenai keluarganya pula, Murni
yakin seratus peratus, ini adalah satu berita gembira buat mama dan papa.
Mereka harus dimaklumkan segera, termasuk memaklumkan cadangan Mek Ros.
Cadangan Zamri juga sudah dalam perhatiannya K.I.V dulu. Asalkan semua
rancangan dijalankan sebelum kemunculan bekas suaminya. Jika dia muncul sebelum
rancangan dapat dilaksanakan, akan porak perandalah hidup Murni. terutama Mila
Segala rancangan akan huru hara, silap-silap segalanya terbatal. Harap-harap
itu tidak akan berlaku. Yang diharapkan rancangan yang direncanakan bersama
Zamri akan berhasil. Harapan juga rancangan ini akan mengakhiri
pelariannya. Benarkah ini penghujung pelariannya?
BAB
19
Pandangan
Murni dilepaskannya keluar dari jendela yang dibukanya luas. Suasana pagi yang
sunyi, hanya kedengaran desiran daun daun yang bergesel diantara satu sama lain
apabila ditiup angin dingin yang turut sama menyapa wajahnya. Murni hanya
membiarkan rambutnya yang separas bahu mengerbang oleh hembusan angin segar dan
nyaman.
Tersenyum
sendirian, memikirkan pasti Mila masih berselimut, di waktu-waktu begini. Membalas
dendam mengkhadaq tidurnya dihujung-hujung minggu begini. Murni juga mengambil
peluang untuk memanjakan dirinya. Senyuman semakin lebar apabila terkenangkan
kunjungan terpaksa mereka ke rumah keluarga Zamri minggu lalu. Tidak disangka
keluarga Zamri melayannya begitu baik sekali. Keluarga yang sederhana, tetapi
kaya dengan budi bahasa. Beruntung sesiapa yang menjadi ahli keluarga sederhana
ini.
Panggilan
telefon kepada mama di Johor Baharu juga telah dilaksanakannya. Mama dan papa
menyambut baik, apa sahaja cadangan Murni. Murni hanya mencadangkan majlis
pertunangan, tidak langsung menceritakan cadangan Zamri untuk nikah serentak
bersama Khira, kakaknya. Jika cadangan itu dikemukakan kepada mama dan papa,
pasti lebih gembira orang tua itu agaknya. Tidak cukup nyiru, padang bola stadium
Johor Bahru ditadahkan. Sudah 8 tahun mereka menunggu berita gembira seperti
ini berlaku.
Cepatnya masa berlalu, kesah minggu lepas bagaikan
baru sahaja semalam berlaku. Esok sudah hari Isnin semula, Murni berjalan
perlahan ke almari baju, memilih pakaian yang hendak dipakainya esok. Disusun
dihujung katil untuk disterika. Mengelamun boleh, tetapi jangan pula sampai ada
baju yang berlubang kerana asyik hangau. Aungau dengan lelaki yang pada satu
ketika dahulu, dia nekat tidak mahu ada apa-apa hubunganpun. Baru kau rasakan
Murni!
.
****
“Muni, dah seminggu I tunggu jawapan you.. macammana?”
Zamri bersuara di depan Murni yang sedang menjamah mee goreng mamak sewaktu
makan tengahari di restaurant mamak..
“Hem.. jawapan apa dia?” Tanya Murni pura-pura tidak
mendengar soalan dari Zamri yang memang sudah jelas, tidak perlu ditanya lagi
sebetulnya. Jawapannya sudah ada, sengaja Murni simpan untuk diberitahu pada
waktu dan tempat yang sesuai. Hendak beri kejutan konon. Alahai cik abang
sayang.. nampaknya Murni akan menjawab proposal kahwin di dalam kedai mamak! So
not romantic at all..
“I
tanya, dah seminggu I tunggu jawapan.. you tak beri lagi.. Mek dah tanya? I dah
tak ada alasan lagi nak beri, I dah penat pekakkan telinga..kasihanlah pada I
ni Murni oi..” kata Zamri seakan merayu. Siap tangannya menunjuk kearah
telinganya, memang berdengung agaknya setiap kali Mek bertanyakan hal yang
sama. Gasaklah kau Zamri!
“Ya
ke?” pendek sahaja jawapan Murni.
Membiarkan
Zamri mengerutkan mukanya, betul ke tidak si Murni ni, atau dia masih sangsi
dengan dirinya. Susah betul perempuan ni. Murni seperti main tarik-tarik tali
sahaja dengannya. Sekejap memberi signal yang dia bersetuju, sekejap signal macam
tidak bersetuju. Susah betul Zamri membaca fikiran perempuan yang bernama
Murni, membuatkan perkara mudah menjadi susah.
“Kalau
I jawab tidak, macammna?” Murni ingin menduga Zamri dengan
jawapan teka teki.
“Tak
apa la.. I terima.. at least I ada jawapan nak jawab, bila Mek tanya nanti..
so.. jawapannya “Tidak” la ya..?” tanya Zamri yang agak kecewa dengan jawapan
teka teki Murni. Tetapi apakan dayanya,
yang dia hendak jawapan. Sudah terjawab, jadi terpaksa terima apa sahaja
jawapannya..
“Tak
la.. I kata “Tidak” I kata Ka…lau.. Kalau jawapannya tidak..hisy.. you ni,
soalan simple macam tu pun you buat jadikan dia complicated..” gumam Murni.
“Tak..
bukan I yang buat benda ini complicated, you yang beri jawapan yang buat orang
tanya balik.. jadi yang mana satu sekarang ni!.. jawapannya Ya atau Tidak..”
Zamri sudah naik geram apabila soalannya seperti dipermainkan oleh Murni.
“Hemmm..you
rasa?” kemudian menyedut air jus tembikainya.
Membiarkan
Zamri memerhatikannya, menunggu apa sahaja ayat yang terkeluar dari mulut comel
Murni. Geram juga Zamri dibuatnya, namun dia perlu bersikap cool.
“Apa
pulak main rasa-rasa.. cakap ajelah sayang oi..apa aje jawapan dari you I akan
terima” sudah hilang tahap kesabaran
Zamri. Hilng sifar Mr. Cool Zamri
dibuatnya.
Sudah
malas Zamri bermain teka teki dengan percakapan Murni.
“Cepat
lah..” memang Zamri sudah hilang kesabarannya dengan perangai Murni.
“Hemm…”
Murni mengangguk-angguk kepalanya terus menyambung semula menyedut air jus
tembikai yang sudah hampir kering digelas.
“You
setuju…?” Zamri cuba mendapat kepastian, kerana Murni hanya menanggukkan
kepala.
“Betul
ni.. Muni..alhamdulillah..” Zamri senyum segaris, gembira walaupun tidak
mendengar jawapan yang sangat indah ditelinganya, tetapi cukuplah sekadar gaya
perbuatannya dengan angukan kepala.
“Hey…
nanti..nanti, yang angguk ni.. setuju, I faham.. tapi setuju yang mana?
Bertunang atau nikah?” Zamri masih ingin mengetahui maksud persetujuan Murni.
Masih samar-samar, dia perlu mendapatkan penjelasan, sejelas-jelas yang boleh.
Yang
pasti, akhirnya berjaya juga melembutkan hati seorang perempuan yang
ditunggunya selama 8 tahun.
“You
setuju yang bertunang ke atau yang mana? Kalau tunangpun I tak mahu lama-lama,
paling lamapun mungkin 6 bulan gitu.. boleh..!” Gesa Zamri, memang tidak sabar
sahaja bunyinya si Zamri ini hendak memiliki Murni.
“Hey..
cek abang sayang.. relax la okey, apa yang nak cepat-cepat sangat, nanti Mek
tak hilang penat langsungkan perkahwinan Khira dah nak buat majlis kita pulak..
kesihanlah sikit orang tua tu....” jawab Murni.
“Itu
lah sebab.. kita buat sekali harung aje ya..macam yang I cadangkan tu..” Zamri
memberikan pendapat 2 centnya.
“Zam
you giler ke apa?, kurang dari 4 bulan ni…mana ada persiapan langsung, ingat ni
nak kahwin macam main pondok-pondok tu ke? Atau you nak kita kahwin cowboy aje?”
gumam Murni
“Tak
kesahlah.. kahwin pondok-pondok ke, kahwin cowboy ke? kita buat kecil-kecil
aje, ikut syarat cukup la.. you ni tak faham-faham memang I dah
giler.. giler kan you..” bulat mata Murni dengan jawapan bersahaja Zamri. Jika
benar dia sudah giler, Murni terpaksa berfikir dua kali, malah sepuluh kali.
Siapa yang hendak bersuamikan orang gila..nauzubillah.. Murni tahu, Zamri
membuat pengakuan Zamri mengaku dirinya tergila-gilakan janda beranak satu yang
berada dihadapannya ini. Dirinya sendiri.
“Memanglah I nak buat kecil-kecil aje, I ni kan ibu
tunggal,… Zam.. nak kahwin hari ini pun boleh, tak perlu ada walipun.. “
jawapan Murni mengusik Zamri. Ingin melihat apa reaksi Zamri.
“Jom..” tiba-tiba Zamri menarik tangan Murni untuk
berdiri. Eh! Apake halnya pulak ni..
“Nak
gi mana pulak ni.!.” termangu-mangu Murni diheret oleh Zamri untuk berdiri.
“Nikah..”
pendek sahaja jawapannya. Hanya satu perkataan. Perkataan yang bukan boleh
dibuat main. Sah, Zamri sudah hilang satu skru dikepalanya..mereng..
“eheh..
Zam.. I main-main aje la..okeylah kita tunang sebelah pagi dan nikah lepas
Zohor pada hari yang sama..macammana, puas?” jelas Murni.
Zamri
melepaskan tangan Murni dan duduk semula.
“Jadi,
seminggu sebelum majlis Khira, keluarga I datang hantar cincin kat rumah you di
Johor la..and then nikah.. ya… jadi kenduri Khira nanti, you dah jadi isteri I,
macam tu..?” Zamri masih tidak percaya dengan apa yang telah dirancang oleh
Murni. Memang dia tidak percaya,
ingatkan Murni hanya akan bersetuju dengan majlis pertunangan, ini tidak, terus
bernikah.. biar betul!! Berjaya juga rancangannya memujuk Murni untuk nikah
terus. Hatinya sudah tidak dapat berkata apa-apa, dia gembira, dia jadi
clueless.
“Setuju
tak cadangan I, I dah malas yang meriah-meriah, bagi I you terima I seadanyapun
dah cukup baik..” mendatar sahaja suara Murni.
“Of
course sayang I setuju, giler tak hendak setuju, I sayang you dan Mila..
Murni.. please understand that..”
Zamri meluahkan hatinya yang sangat gembira.
“I know.., dah jom balik ofis, nanti kita
cerita panjang lagi, lepas I cakap dengan mama pasal hal ni..”
Zamri
hanya mengekori Murni yang sudah berjalan mendahuluinya menuju ke kereta Pajero
Zamri yang terpakir untuk pulang ke pejabat. Hatinya berbunga-bunga, akhirnya
terjawab sudah penantiannya. Malam tadi, apalah agakya yang membuat perempuan
ini membuat keputusan yang jauh dari perancangan. Tidak kesahlah apa yang
berlaku kepada dirinya malam tadi, yang penting, tidak lama lagi Murni akan
menjadi Mrs. Zamrizal. Tanpa Zamri ketahui, Murni ada agendanya yang
tersendiri!
BAB
20
Musim hujan telah berlalu, cuaca pun tidak sesejuk sebelumnya. Mentari
sudah tidak malu-malu lagi untuk bersinar, sudah kerap menyinarkan cahayanya
untuk menerangkan alam semesta tanpa jemu. Tidak pernah lupa menjalankan
tugasnya walaupun sesaat.
Murni senyum, sambil mengeliat dan membuat pergerakan ringan. Sungguh
segar rasanya. Menghirup udara yang diberi percuma, tidak pernah ada bill
setiap bulan. Mila
menghabiskan kerja sekolah di ruang tamu, terdengar sesekali suara TV yang
dibiarkannya bersiaran. Perlahan-lahan Murni merapati si anak yang sedang
tekun. Janjinya kepada si anak membuat si anak, terus menutup kerja sekolahnya
Bersyarat, harus menyambung semua kerja sekolah apabila semuanya sudah di uruskan.
Seperti selalu Murni akan menanam pokok bunga baru. Mereka ke Forever
Buds Nursery untuk membeli anak-anak bunga yang baru, di kepala sudah terbayang
pasu-pasu bunga yang akan dibelinya kelak.
Bunga dahlia, bunga merry gold, dan bunga-bunga lain yang dia rasa
berkenan.
"Mila nak tanam bunga apa ye tahun ini?.." 'Murni yang sedang
memandu, memulakan bicara dengan Mila yang duduk disebelahnya, sedang leka
membelek beg sandang kecil. Beg
pemberian dari Wan Seri dua tahun lalu sewaktu dia pulang memunaikan umrah.
Cantik begnya, dengan sulaman bunga dan manik yang berwarna warni. Budak
perempuan, biasalah suka benda-benda yang berwarna warni. Tambahan juga dengan
sulaman cermin-cermin kecil. Nama saja beli di Mekah, tetapi buatan India
sebenarnya. Manalah negara Arab Saudi ada hasil tangan mereka sendiri, semua
diimport, kecuali minyak mentah dan yang paling masyhur, ialah Kota Mekah. Tak
mengapa, buatan dari negara manapun, asalkan mendapat berkat pemberian dari
tanah suci.
"Ma...Mil nak tanam bunga ros lah ma... boleh tak?” tanya Mila,
jari-jari kecilnya masih memintal tali beg kecil tersebut.
"Mil nak tanam ros? Ros apa?” Tanya Murni, ingin menyelami hati
anak perempuannya.
"Ros merah.. yang macam jual kat kedai bunga kat pekan tu..kalau dia berbunga nanti, masa Valentine, bolehlah Mil beri kat mama.." beriya-iya Mila menerangkan hasratnya untuk memiliki bunga ros kepada mamanya.
"Ros merah.. yang macam jual kat kedai bunga kat pekan tu..kalau dia berbunga nanti, masa Valentine, bolehlah Mil beri kat mama.." beriya-iya Mila menerangkan hasratnya untuk memiliki bunga ros kepada mamanya.
“Apa Mil? Ros?” ulang Murni.
“Hah! Ros..” jawab Mila mendatar.
“Iyalah.. nanti Mila pilih, ros yang mana ya sayang..” kata Murni,
memberi semangat kepada anaknya.
Murni tersenyum, amboi bukan main besar angan-angan Mila, ingat senang
wahai anak ku hendak mendapat hasil bunga seperti yang dijual dikedai. Tak usah
hendak cerita tentang bunga, jika pokok itu hidup pun sudah cukup baik. Senyum
tak sudah Murni dibuatnya. Tahun lalu Murni membelikan Mila pokok kekwa. Pokok
yang senang dijaga dan tidak memerlukan tangan seorang pakar tumbuhan untuk
menjaganya. Pokoknya memang hidup, tetapi sampai sekarang tidak berbunga
langsung. Itu pokok yang senang dijaga, inikan pula pokok Ros yang manja, yang
memerlukan penelitian yang lebih. Tidak mengapa, Murni tetap akan membelikan
Mila anak bunga ros, sama ada hidup atau berbunga adalah menjadi factor kedua.
Di nursery Murni membeli beberapa kampit tanah, tanah hitam dan tanah
merah yang akan dicampurkannya nanti. Baja semestinya, beserta dengan beberapa
buah pasu. Pasu ada banyak lagi di rumah. Ini hanya sebagai tambahan sahaja.
Mila sudah hilang di celah-celah pokok
ros. Mencari-cari ros yang dia berkenan. Murni sudah memilih semua pokok
bunga yang dirancangnya. Kini hanya menunggu Mila dengan rosnya.
Majlis bertunangan dan nikah, tinggal sebulan sahaja lagi, tetapi Murni
relax sahaja, tanpa membuat apa-apa persiapan. Dia sudah memaklumkan Zamri, apa
yang akan diberi dari pihaknya sebagai hantaran nanti. Hanya 7 dulang sahaja
yang syarat. Dia hanya akan menyediakan bunga rampai, sirih junjung, bunga telur.
Semua sudah ditempahkannya dengan Maria, satu-satunya kedai persiapan pengantin
di Raub, minggu lalu. Lagi 4 barang akan disediakan oleh mama Seri. Pandailah
orang tua itu menguruskannya nanti. Gubahan makananlah nampak gayanya, jika
tidak wajik sirat Mak Som, kek masam manis atau buah hulu Kak Noor, itu
kebiasaan yang dibuat hantaran. Murni juga sudah menempah baju kurung moden
warna beige untuk dirinya dan Mila, agar dia nampak sedondon dengan anaknya.
Zamri juga menempah baju melayu warna yang sama agar nampak sedondon kelak.
Amboi, sudah main mula sedondon.
Rasanya sudah cukup persiapannya yang simple. Bukan hendak beriya
sangat, yang penting majlis nikah, itu wajib, yang lain ikut syarat sahaja.
Tambahan pula ini adalah pengalamannya kali kedua. Teringat dia kepada
persiapan yang bersungguh-sungguh semasa perkahwinannya dengan bekas suami,
sepuluh tahun yang silam. Sampai sakit jari dan pinggang, membuat seribu biji bakul
telur dari ribbon sendirian. Hendak rasa sendiri macammana penat membuat
persediaan orang hendak berkahwin, bukan sekadar mendengar cerita dari
kakak-kakak senior. Memang penat, menyediakan persiapan dari A sampai Z, semua
Murni cuba sedaya upaya melibatkan dirinya. Dari membeli barang hantaran
sehingga memilih tempahan pakaian pengantin, untuk dirinya. Tetapi apa
kesudahannya, tidak sampai dua tahun memegang gelaran “Puan”, sudah mendapat
gelaran “Cik” semula.
Dari pengalaman itulah Murni hanya memberikan penglibatan yang paling
minima.
Tidak mahu terlalu ghairah seperti yang lepas. Penglibatannya didalam persediaan perkahwinan mungkin
20 peratus sahaja di tumpukan. 10 peratus persiapan dan 10 peratus lagi
kehadiran semasa nikah nanti. Lagi 80 peratus semua diuruskan oleh Mama Seri
dan Zamri. Yang penting penting sahaja, ikut syarat sudahlah katanya setiap
kali ditegur mama Seri, seperti tidak serious sahaja lagaknya. Mama Seripun
naik bingong, si Murni ni setuju atau tidak dengan majlis ini. Kena paksa ke
apa?
“Ma.. Mil ambik yang ni..” tersentak Murni dari lamunannya apabila
terdengar suara Mila, yang sedang menunjukkan bunga ros yang sudah ada bunga
sekuntum berwarna merah, kecil sahaja kelopaknya. Sebenarnya untuk membeli
bunga, jangan membeli yang sudah berbunga kembang, jawabnya tidak bertahan lama
bunga tersebut kerana ianya sudah kembang. Hendak harapkan untuk ianya berbunga
lagi? Entah bila tahun. Sepatutnya pilih yang masih berkudup ataupun bunga yang
baru hendak kembang, sekurang-kurangnya dapat juga menekmati bunga tersebut
lama sedikit. Tetapi tidak mengapa, jika itu sudah yang Mila pilih, Murni juga
ingin mengajar anaknya agar belajar membuat pilihan sendiri dengan yakin. Tidak mahu dia terlalu berharap kepada dirinya untuk
membuat keputusan. Dari kecil perlu dididik untuk yakin dalam setiap keputusan
yang dia buat.
“Hemm.. okeylah tu.. letak sini, biar taukey tu kira..” Murni meminta
Mila meletakkannya pasu bunga ros Mila ditempat longgokan tanah.
“Mr. Lee.. boleh kira sekarang..kasi bagus punya harga ya?” pinta Murni
kepada tuan punya nursery mengira berapa jumlah yang perlu dibayar. Mr. Lee
yang sedang menyusun pasu di bangsal, datang menuju ke arah Murni apabila
namanya dipanggil. Tangan memegang calculator hitam kecil. Nasib baik
calculator, kalau sempoa, jenuh pula Murni hendak faham. Tersenyum Murni
melihat Mr. Lee yang sekali sekala mengelap peluh dilehernya dengan tuala puteh
good morning.
“Cik Muni..sudah ambil itu tanah 5 peket hitam punya plus 5 peket
merah..ah.. saya kila halaga untuk sembilan aja ma..satu kasi flee.. okey..”
Bercakap terhenti-henti tetapi jari laju menekan calculator.
“Bunga los RM14, lagi bunga taik ayam..10 bungkus RM20, itu dahlia RM10,
4 pasu besar, lagi baja.. kasi awak..cincai cincai punya halaga ..semua kasi
RM102.. kasi lagi discount.. RM100 cukup la..” jawabnya.
Seronok pula mendengar pelat carca marba Mr. Lee. Lelaki cina separuh
umur yang sudah Murni kenal sejak menjadi pemastautin tetap Bukit Frazer.
Murni menghulurkan dua keping note RM50 kepada Mr. Lee. Note bergambar
agong berwana biru bertukar tangan, Mr. Lee memasukkan calculator ke poket
seluarnya dan mengeluarkan buku resit pula. Hebat peniaga cina ni, semua benda
berada dibadannya. Mudah dan handy, tak perlu berulang alik masuk ke pejabat.
Selesai sahaja menulis resit, salinan diberikan kepada Murni. Buku Resit dimasukkan semula kedalam poket seluar .
Tangan lelaki cina itu terus
memasukkan semua tanah ke dalam bonet suzuki swift Murni yang sudah sedia terbuka, dan bunga pula di tempat
kaki di seat belakang. Mila sudah menunggu di tempat duduknya, di sebelah
kerusi pemandu. Selesai semua belian dimasukkan ke dalam kereta, Murni memandu
perlahan pulang. Murni perhatikan Mila sudah terkuap-kuap di sebelah. Penat
agaknya budak ni, memang betul telahannya, tahu-tahu Mila sudah terlentok di sebelah.
Ini baru memilih bunga yang sudah ditanam, belum lagi tugas menanam, dah nampak
letih. Yang hairannya, apabila kereta sampai sahaja depan rumah, Mila terjaga
dengan sendirinya. Sampai di rumah hari
sudah masuk asar, Mila membantu mamanya mengeluarkan barang beliannya. Dia
hanya mengambil yang ringan-ringan sahaja, seperti tanah dan bunga yang didalam
polithin beg. Yang berat seperti pasu, Murni uruskan. Memandangkan sudah
Asar malas pula Murni hendak menanam
pokok bunganya yang telah tersusun di depan rumah. Esok sahaja la.. lagipun
esok hari Ahad. Apalah yang hendak dikejarkan, pokok-pokok bunga itu bukannya
boleh lari!.
Lagu favorite saya...tak ada kena mengenai dengan coretan ni...he..he..he..
No comments:
Post a Comment