Marathon...Marathon..lari..kejar..lari..kejar..
Please, anybody or someboday, jika ada idea yang baik, tolong kongsikan disini, agar saya dapat baiki apa yang silap! Dah tahap merayu..hu..hu..hu..
BAB 21
Murni mengikat scaft dikepala. Lantas mencapai sarung tangan kain yang
selalu digunakan untuk berkebun. Pagi ini dia ingin mengalih beberapa pasu
bunga yang sudah sempit kedalam pasu yang lebih besar sedikit agar pokok-pokok
tersebut boleh bercambah lagi.
Sudah terbayang dimata, apa yang hendak dibuatnya dengan pokok-pokok
bunga itu. Dia tahu, dia bukannya ada sijil didalam hal horticulture. Menanam
pokok bunga hanya sebagai hobi sahaja, itupun dia main hentam sahaja.
Adalah juga sikit-sikit ikut panduan dari internet. Tetapi
kebanyakan panduan bagi pokok bunga
dinegara yang mempunyai empat musim. Di tanah air, mana ada majalah khas
mengenai panduan penjagaan pokok bunga yang boleh dijadikan panduan. Tahu
sahajalah, di tanah air hanya banyak menjual majalah mengenai gossip artis atau
kesah politik. Kerana cerita-cerita begitu yang laris dan mendapat sambutan.
Berapa kerat sangat pembaca yang hendak membeli majalah mengenai cari berkebun.
Murni membebel sendirian. Hendak menanam beberapa pasu bunga sahaja, itupun
perlu memerlukan panduankah?
Okey! Projek pertama penanaman, dimulakan dengan pokok bunga merry gold
atau bunga taik ayam. Pokok bunga ini
akan ditanamnya berderet di tepi pagar. Murni hendak mengambil kesempatan
sementara cuaca tidak berapa panas. Berpeluh-peluh Murni membuat lubang
disepanjang tepi pagar sedalam 10 inci lebih kurang dan meletakkan sederet
bunga merry gold a.k.a bunga taik ayam yang sudah dikeluarkan dari beg
polythene hitam. Hani menarik nafas dan memandang sambil mencekak pinggang.
Cantik pula warna kuning bercampur merah hati yang terang, sungguh menenangkan
hati, ditambah dengan harumannya yang sedikit keras.
Projek kedua, bunga ros
Mila. Murni hendak menyalin ke pasu yang besar sedikit. Berikutnya urusan pokok
jari lipan yang sudah sedia ada, hendak ditanam semula agar dapat berbunga
lebih banyak lagi tahun ini.
Lengan tangan mengelap dahi yang sudah mengalirkan peluh. Murni suka
begini, sekurang-kurang badannya berpeluh. Tidak perlu berjoging, bersilat
dengan pokok-pokok bunga sudah membuat dia berpeluh, sama seperti dia berjoging,
beriadah melalui hobi yang dia suka, berkebun.
Mila tidak membantunya
hari ini. Mila didalam
bilik menghabiskan kerja-kerja sekolah yang tertangguh. Jika tidak, dia juga
turut sebok, suka berkebun seperti Murni. Kemana pula tumpahnya kuah,
jika tidak ke nasi. Set! Semua urusan, Murni puas hati, harap-harap semuanya
hidup. Penanaman semula bunga jari lipan yang dipanggil japanese rose juga
sudah selesai, banyak yang berwarna merah jambu yang sedang kembang, yang
berwarna merah pekat dan puteh hanya sedikit. Kelakar juga bunga japanese rose
ini, ianya hanya akan kembang apabila matahari rembang. Jika tidak ada cahaya
matahari, ianya tidak kembang. Jawabnya, terpaksa menunggu matahari bersinar,
barulah dapat menekmati bunga ini in full
bloom. Tak kesah, kerana kita tahu, negara kita diberi nekmat oleh Allah
dengan sinaran matahari yang sentiasa terang sepanjang tahun.
Tinggal satu lagi
projek, iaitu mengalih pokok dahlia ke pasu yang besar sedikit. Berat pula pasu
yang baru dibelinya. Belum diisi tanah sudah berat, bagaimana pula nanti bila
sudah berisi tanah? Murni berfikir sejenak..Ha..ada idea!
Murni mengolekkan pasu
yang besar itu terus ketempat yang hendak ditempatkan. Dengan cara itu, dia
tidak perlu mengangkatnya lagi. Setelah campuran tanah dimasukkan setengah ke dalam
pasu, Murni mengeluarkan pula pokok bunga dari pasu yang kecil ke pasu yang
sudah ada tanah setengah itu. Kemudian menambah tanah bagi menutup pangkal pokok
sehingga pasu hampir penuh. Pokok tersebut dibiarkan di hujung pagar, kerana di
situ sedikit teduh. Murni mendongak kelangit, cuaca sungguh indah, walaupun
sedikit berbahang. Dia lega kerana dapat menyelesaikan penananam semula pokok-pokok
bunganya seperti yang direncanakan. Macamlah kebunnya besar? Sedangkan
sekangkang kera sahaja, tidak sampai 20 langkah sudah bertemu dinding
pagar!
Kini hanya tinggal
untuk mengemas pasu-pasu yang telah kosong untuk disimpan kebelakang rumah. Untuk mengelakkan Murni berulang alik, Murni
mengangkat 3 pasu sekali gus.
“Alamak berat pulak..”bisik hatinya.”Tak apalah, angkat perlahan-lahan“
“Pranggg….” Terdengar seperti benda pecah dan diikuti dengan perkataan “Aduh”.
Murni mengerang kesakitan. Entah apa yang tidak kena, mungkin Murni
tidak memegang pasu-pasu yang telah disusunnya, dengan betul. Akibatnya, salah
satu pasu telah jatuh ke atas kakinya. Pasu yang pecah telah menghimpap kaki
Murni dan pancaran darah sudah mula keluar di hujung jari kakinya.
Dengan terjingkit-jingkit Murni masuk ke dalam rumah mencari apa sahaja
kain yang bersih untuk menahan darah yang tidak berhenti-henti keluar dari luka.
Berjejeran kesan darah mengikut arah Murni membawa kakinya. Teruk lukanya,
mungkin dalam..
Mila yang terdengar suara mamanya mengerang, segera keluar dari bilik
dan turun mendapatkan Murni. Di lihat mamanya sedang mengelap kakia dengan
tissue puteh yang sudah berwarna merah.
“Ma..ma.. kenapa? Lah!.. kaki ma luka terok tu..apa Mil boleh tolong mama
ni..!” cemas sahaja bunyi suaranya. Mila panik! Air mata sudah berjujai turun, takut apa-apa terjadi
kepada mamanya. Dia belum bersedia menjadi anak yatim piatu. Sudahlah dia tidak
ada ayah, jika mamanya tiada, dimana dia hendak bergantung.. Sedangkan Murni
hanya luka di kaki aje pun. Tetapi kanak-kanak apalah yang dia tahu, jika darah
dah banyak keluar, dia ingatkan kematian sahaja!
“Sayang.. ambikkan mama minyak gamat dalam first aid kit yang mama
simpan kat bilik study...cepat!
cepat!.” pinta Murni membantunya.
Tanpa menunggu lama, Mila berlari naik menuju ke bilik study, mengikut
sahaja arahan Murni. Tidak lama kemudian, dia muncul dengan
bekas first aid yang tidak lengkap mana, lalu dihulurkannya kepada Murni.
Mila berlari semula ke tingkat
atas. Tanpa disuruh dia membuat panggilan. Orang yang dipanggil, sudah tentu
uncle Izam. Hanya lelaki ini yang pertama muncul di kepala otaknya.
“Uncle .. Mila ni..
mama entah kenapa.. kaki dia berdarah..” nada suara Mila cemas menyampaikan
berita membuat Zamri kaget.
“Hah.. mama kena apa Mil..” Zamri juga turut cemas, dia mengetahui Mila
tidak akan menghubunginya jika tidak ada perkara yang betul-betul memerlukan
pertolongan.
“Apa hal pula Muni
ni..” bisik hati Zamri.
“Entah uncle..Mil tak tau.. tapi Mil nampak kaki ma berdarah.. ma sapu
minyak gamat aje..” ujar Mila
“Uncle.. mama panggil Mil ni.. bye..” terus Mila memutuskan talian,
sebaik sahaja terdengar suara Murni memanggilnya. Zamri kaget dan terus bersiap
untuk ke rumah Murni. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang dia
faham, ada sesuatu yang berdarah.
“Mila buat apa tu..” terdengar suara Murni dari dapur ditingkat bawah.
“Tak ada apa-apa, Mil turun ni..” Mila bergegas semula ke
arah Murni.
“Ya.. ma..”
tercungap-cungap Mila di hadapan Murni yang masih sebok mengelap darah yang
masih keluar, walaupun sudah disapu
minyak gamat, darah dari luka masih juga keluar. Teruk nampaknya luka di kaki
Murni.
“Ma nak gi clinik
tak..” aju Mila, bercakap seperti dia boleh membawa mamanya ke klinik.
“Tak apa.. tak teruk
mana pun.. ma nak stop
bleeding ni aje dulu.. lepas tu kita boleh gi clinik.. kalau tak macammna ma
nak drive..?” jelas Murni
Mila hanya menganguk. Bersetuju dengan apa sahaja rancangan Murni.
“Assalamulakum.. “ suara Zamri memberi salam.
Murni menoleh dengan wajah
hairan. Kenapa
mamat ni datang dan bagaimana pula dia tahu yang Murni cedera? Tiada orang
lain, segera pandangan tepat ke arah Mila yang hanya buat tidak tahu.
“Muni.. you okey ke.?. “.tanya Zamri dan
terperanjat apabila melihat kaki Murni yang sudah berbebat, namun masih
kelihatan pancaran darah yang masih keluar.
“La.. kaki cedera teruk
tu.. jom I bawak pegi klinik ..” sama ada Murni setuju atau tidak Zamri tetap akan
membawanya ke klinik.
“Mil.. ambil beg mama
dengan kunci rumah..jom ikut uncle, kita bawa mama gi klinik” jelas Zamri.
“I okeylah Zam.. sikit aje ni..” Murni masih enggan ke klinik bersama Zamri.
“Sikit apanya.. tengok tu masih berdarah..sebelum kena infection baik
pergi klinik cepat..” tegas Zamri, kini dengan nada memaksa.
“I okey!” Murni mula
dengan sifat degilnya.
“Okeynya apa, kalau
macam tu.. tengok, masih berdarah tu…dah! Jangan degil?” Zamri tetap memaksa.
“Ishy! You ni..” jawab
Murni sambil mengerutkan mukanya.
Mahu tidak mahu, Murni
terpaksa menurut. Mila sudah sedia dengan beg tangan Murni tersandang di
bahunya.
Zamri terus mengunci
pintu rumah Murni setelah memapah Murni masuk kekeretanya bersama Mila. Berhati-hati dan dengan pemanduan perlahan, Zamri
menuju ke klinik yang dia tahu. Bukannya banyakpun klinik di Bukit ini.
Di klinik, Zamri hanya bertanyakan bagaimana boleh terjadi begitu Bila ditanya Mila, jawapannya dia berada di bilik,
dan hanya mengetahui mamanya cedera setelah mendengar mamanya mengerang
kesakitan.
Bila ditanya Murni, Zamri hanya mendapat jawapan “Dah nak jadi, pasu
terlepas”. Yang dia mengangkat 3 pasu sekali kerana malas hendak berulang alik,
tidak diceritakan.
Setelah doktor merawat luka di kaki Murni, doktor memberikan dua hari
cuti rehat. Cuti di beri kerana lukanya agak dalam dan mungkin akan bengkak untuk
beberapa hari. Murni diminta tidak membuat banyak pergerakan dikaki tersebut
agar luka tidak terus mengeluarkan darah.
“Thanks ..Zam.. I dah menyusahkan you aje, sebenarnya memang I nak pergi
klinik bila dah boleh drive!” Murni
bersuara selepas keluar dari bilik pemeriksaan, hanya menunggu nama dipanggil
untuk mengambil ubat.
Mila mendekatinya, dirautnya Mila rapat kebadannya dan mengucup atas
kepala anaknya. Mila, satu-satunya harta yang dia ada. Bagaimanalah agak
kehidupannya tanpa budak perempuan ini di sisinya.
“Macammnalah boleh jadi macam ni.. nasib baik Mil call..
nak harap you.. bila kaki tu dah bengkak agaknya baru you nak call?” Tinggi
juga suara Zamri, antara marah dengan simpati.
Takut juga dia hendak
marah lebih-lebih, takut Murni mengubah fikirannya, akibatnya Zamri gigit jari.
“Bukan macam tu.. I tak
mahu menyusahkan you, dah banyak benda you bantu I… I dah banyak terhutang
budi” keluh Murni.
“Murni.. I bukan orang
lain lagi dengan you, you bakal isteri I.. ingat tu…kalau tak I yang jaga you,
siapa lagi? Lain kali jangan
buat macam ni lagi....janji!” Zamri sudah mula berleter.
Murni hanya diam, tak
gunapun membantah, memang salah dirinya, hendak tunjuk pandai konon.
“Nombor kita tu.. you
duduk, I yang pergi ambil ubat...” Zamri mengarahkan Murni hanya duduk sahaja
sementara dia yang mengambil dan membuat pembayaran kepada ubat yang akan
dibekalkan oleh farmasi klinik tersebut.
Murni hanya diam,
tangan masih mengusap rambut Mila yang duduk dikerusi sebelahnya. Mila hanya
mendongak apabila Murni mengusap rambutnya, Mila mengetahui mama sayang
kepadanya. Mamapun sudah selamat, tidak jadi meninggalkannya. Dia juga sayangkan
mama, tetapi Mila merasa sedikit risau apabila uncle Zamri menjadi sebahagian
dari keluarganya kelak. Mama terpaksa membahagikan kasih sayang. Jika kini
seluruh kasih sayang hanya untuk dirinya seorang. Nanti dia akan berkongsi dengan uncle Zamri. Adakah
dia akan disisihkan oleh mama? Mila berharap agar itu tidak terjadi, kerana dia
juga sayang kepada uncle Zamri. Mila hanya memandang
lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya berjalan menuju kepadanya.
“Dah jom. Kita balik.”
Zamri menghulurkan bungkusan ubat kepada Mila dan memapah Murni yang berjalan
terjingkit-jingkit dengan sebelah kaki menuju ke keretanya.
“Assalamulaikum Kak..
Izam ni..ha.. nak beritahu, Murni cedera kat kaki dan dapat cuti sakit dua
hari..” Zamri menghubungi Kak Melah memberitahu apa yang berlaku sebaik sahaja
sampai dirumah Murni.
“Ha.. ya… kak..saya kat
rumah Murni ..” Zamri berhenti bersuara kerana memberi laluan Kak Melah
berbicara dihujung talian.
“Okeylah kak saya
tunggu.. assalamulaikum..” menamatkan perbualannya.
“I dah inform Kak
Melah.. kejap lagi dia sampai, at least ada orang dewasa sementara you tak
boleh bergerak banyak. kalau perlu apa-apa..
call I..okey..jangan degil.. makan ubat tu” tegas bunyi arahan Zamri.
Murni hanya mengangguk.
Tidak guna berdegil, lagipun nasihat Zamri adalah betul. Jika melarat, lagi
susah.
“Mila tolong tengokkan
mama, kalau dia degil tak makan ubat, beritahu uncle ya!.” Zamri memberitahu
Mila yang terkebil-kebil mendengar arahan uncle Izam, kemudian mengangguk laju.
“Murni.. I better go now.. nanti tak pasal-pasal
kena tangkap basah pulak...tak sempat nak buat majlis kita bulan depan.. terus
nikah free..unless you still want me to
stay..I will stay!” Zamri bergurau, cuba menghiburkan hati Murni.
Eh..eh.. pakcik ni..
sempat lagi bergurau. Murni jeling geram. Sempat pula hendak bergurau senda
disaat-saat orang sedang sakit ni.
“Mengada-ngada..”
pendek sahaja jawapan Murni. Zamri lupa, kehadirannya bukan yang diatur oleh
Murni, malah Murni tidak tahu menahu si cilik Mila yang memainkan peranan.
“Macammana Muni ..
Zam..” bersuara Kak Melah, Zamri tidak menyedari keujudan Kak Melah yang muncul
tiba-tiba.
“Muni okey aje kak..
kaki dia tak boleh gerak banyak, takut berdarah semula..” jelas Zamri
“Macammana pulak pasu
tu boleh jatuh.. Isssy…tak apa la.. akak tidur sini malam ni.. takut bengkak nanti, tentu Muni sakit..”
tukas Kak Melah dan dia akan mengikut rancangan yang sudah diatur Zamri.
Meminta dirinya menemani Murni, prihatin sungguh Zamri kepada perempuan yang bakal
menjadi orang rumahnya, selebihnya memang dia sayang.
“Akak jangan risau, jauh dari nyawa..” kata Zamri sambil mata melerek
kearah Murni, cuba bergurau lagi.
Dah tahu jauh dari nyawa, yang amanat menjela-jela tu kenapa?
“Nanti kau.. sekarang bolehlah perli-perli.. mentang-mentang
kita sakit” Murni mengomel di dalam hati.
“I gerak dulu.. jangan
lupa pesan I tu.. okey sayang.. see you
tomorrow..” laju sahaja Zamri bercakap dan meninggalkan Murni yang
tercegang dengan ungkapan “sayang” dari Zamri yang makin hari semakin berani
meluahkan hatinya. Dia tidak perasankah dengan kehadiran Kak Melah yang sudah
senyum simpul. Membuat muka Murni memerah. dek kerana malu. Cukup tak senonoh
si Zamri ni. Sedangkan Zamri hanya meluahkan perasaan yang sudah lama disimpan,
hanya Murni sahaja tidak mamahami, atau dia sengaja tidak mahu faham.
BAB 22
Seperti yang
dijanjikan, setiap hari Zamri akan singgah ke rumah Murni selepas waktu
pejabat. Sengaja hendak
melawat minah yang hendak buat kerja senang. Malas hendak berulang alik punya
pasal, kaki jadi mangsa. Kenapa hanya ambil sekali tiga? Kenapa tidak ambil
empat atau lima pasu sekali? Boleh hempuk kedua-dua belah kaki tu.. baru adil.
Ini sebelah sahaja yang cedera! Zamri memerlinya dengan cerita itu, Murni masam
berkerut, ada ke buat main-main orang tengah sakit, kecederaan dijadikan jenaka
pula, tak patut betul.. Ada-ada sahaja Zamri, dia sebenarnya ingin meghiburkan Murni.
Tetapi Murni salha faham.
Kak Melah tidak pulang ke rumahnya, dia menumpang tidur di rumah Murni
sepanjang 2 hari tersebut. Kak Melah kasihankan Mila,
memandangkan Murni tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Nasib baik anak-anak Kak
Melah sudah besar dan dia mempunyai suami yang memahami. Abang Kamal memang
seorang lelaki yang baik. Sejak dari dulu lagi dia sanggup beralah, apabila ada hal mengenai Murni yang Kak Melah
terpaksa bantu. Besar sungguh budi pasangan ini.
Nampaknya bengkak di kaki
sudah susut dan luka sudah tidak bernanah dan nampak hampir kering. Esok Zamri
perlu membawa Murni ke klinik semula untuk rawatan susulan. Kelmarin Shiha dan
beberapa rakan sepejabat datang melawat dengan membawa sejambak bunga kiriman
khas dari Tuan Megat Qalif, boss mereka. Mereka hairan bagaimana boleh pasu
terhempap di kaki, Murni berbohong dengan mengatakan dia tersadung kampet
tanah. Sebenarnya, dia juga tidak mengetahui puncanya. Yang nyata adalah
kecuaian dirinya sendiri, ingin buat kerja cepat tetapi tidak berhati-hati.
Mereka memerli,
macammana hendak jadi pengantin kalau sudah tempang. Cerita Murni akan bernikah
sudah tidak menjadi rahsia lagi, semua orang di Pejabat Daerah sudah
mengetahui. Cepat betul berita mengenai dirinya dan Zamri tersebar. Namun Murni
sudah tidak kesah lagi, memang benarpun dia akan bertunang dan bernikah dengan
Zamri, tidak mengapalah kerana dia melakukan perkara baik, ingin membina
masjid. Diharap terhentilah gossip-gossip mereka nanti kerana sudah tidak ada
isu lagi yang hendak digossip. Nampaknya mereka yang suka bergossip terpaksa
mencari mangsa mereka yang baru. Siapalah agaknya yang malang itu?
***
Doktor memberi Murni
dua hari lagi cuti sakit, walaupun kakinya sudah tidak bengkak dan luka sudah
kering, namun doktor berharap agar Murni berehat sahaja di rumah, berjalan
hanya jika diperlukan sahaja. Kerana ingin segera masuk bertugas, Murni
mengikut nasihat doktor. Dia betul-betul berehat, memang sungguh dia juga tidak
mahu menjadi pengantin yang jalan terhenjut-henjut atau tempang. Segala kerja
rumah diuruskan oleh Kak Melah. Tidak kecuali Zamri yang setiap pagi dan petang
muncul dengan membawa makanan. Ada sahaja yang dibekalkannya, jika dia sampai
disebelah pagi, dia akan membawa sarapan. Jika dia muncul disebelah petang,
adalah goreng pisang atau cokodok pisang sebagai minuman petang. Semuanya untuk
dikongsi bersama Murni, Mila dan Kak Melah semestinya.
Sempat juga dia berbincang mengenai hal majlis pertunangan dan
pernikahannya kelak. Nampaknya Murni sudah tidak ragu-ragu
mahu menerima Zamri sebagai sebahagian dari hidupnya. Lelaki yang bakal
dipanggil suami. Sekali gus memberi status ayah kepada Mila.
Murni sudah memberitahu
Mama dan abah rancangannya. Mereka
menyambut dengan hati yang girang. Abah sudahpun mengatur persiapan pertunangan
dan pernikahannya. Kemudian akan ke rumah Zamri minggu berikutnya, serentak
dengan majlis nikah Syakira seperti yang dicadang Zamri sebelum ini. Nampaknya
Mek Ros menerima dua menantu sekali gus, seorang menantu perempuan dan seorang
menantu lelaki, malah dapat cucu segera yang sudah besar lagi. Cuma Murni tidak
mahu bersanding, cukup sekadar meraikan majlis persandingan Syakhira sahaja.
Zamri tiada halangan, asalkan Murni sah menjadi isterinya, itupun sudah cukup
baginya.
“Zam… apa kata Mek Ros dengan rancangan kita tu..” tangan mencapai goreng
pisang yang baru sahaja diletakkan oleh Kak Melah di atas meja ke dalam piring
dan dihulurkannya kepada Zamri yang sedang duduk bertentangan dengannya. Goreng
pisang yang dibawa oleh Zamri, apa lagi!.
“Mek!..orang tua tu setuju aje.. kenapa?” Zamri hairan dengan soalan Murni.
“Baba!” Murni bercakap dengan mulut yang berisi goreng pisang. Kaki aje
yang sakit, langsung tidak menjejaskan seleranya.
“Emm.. baba..dialah yang paling gembira bila I beritahu rancangan kita,
semua happy, sebab dah lama sangat I tunggu you, you aje yang tak
faham-faham..suka menyeksa perasaan I” omel Zamri.
Muka manis Lee Min Ho terserlah apabila bergurau. Membuat Murni baru
perasan, kacak juga rupanya dia. Mana hendak perasan, Murni menutup pintu
hatinya rapat sehingga tidak ada ruangpun untuk sesiapa menjengah.
“Ialah awak tu Zam.. siapa seksa siapa sebenarnya ni?” bidas Murni.
“Munilah seksa I, nasib baik tak jadi bujang terlajak sebab lama sangat
tunggu jawapan dari you..” katanya.
“Macammana nak ada jawapan? Sebab tak ada soalan yang hendak dijawab?” kata
Murni lagi.
“Ah! Murni, selama ni
yang I duk tanya tu bukan soalan?” Bila bersama ada sahaja bahan untuk dijadikan modal bertekak.
Itu belum serumah, jika serumah entah mahu terangkat bumbung agaknya,
bertekak sepanjang masa.
Murni melerek matanya ke arah Zamri yang
terus mengigit goreng pisang yang dibelinya. Malas dia hendak menyambung
bertekak. Murni lalu menuang air teh kosong yang telah disediakan oleh Kak
Melah. Menghulurkan air agar kesah “soalan dan jawapan” tidak berpanjangan. Kak
Melah naik ke atas untuk memanggil Mila agar dapat minum petang bersama. Yang
sebenarnya dia hendak beri ruang kepada Zamri
dan Murni bersendirian.
“I tak sangka, lagi
sebulan I akan jadi suami you.. macam tak percaya aje..you betul-betul ke dah
sedia ni?”soalan apa pula yang diajukan oleh mamat ni? Tersenyum Zamri
memikirkan keputusan yang tergesa-gesa dari Murni, bagaikan dia bermimpi. Kini
hanya menunggu hari, untuk mereka akan diijabkabulkan, dalam masa sebulan lagi.
Muka Murni kelat! Kalau
jawab “tidak” adakah dia akan tercekek goreng pisang yang sedang dikunyahnya.
Murni tidak berani mengambil resiko itu. Tidak mahu pula dia menjadi janda buat
kali kedua sebelum menjadi isteri. Persoalan sedia atau tidak sedia harus
ditolak tepi. Persoalan “mampu” atau “tidak” yang perlu diambil kira. Oh ya,
lagi satu, yang paling utama, Murni perlu seorang lelaki yang mampu melindung
dan membantunya menghadapi rintangan hidup, jika ya ‘JIKA’ bekas suaminya muncul tiba-tiba untuk
menuntut haknya. Zamri, kaulah lelaki itu!
BAB
23
Sepasang
mata dari dalam kereta hanya memerhati dari jauh, melihat Murni keluar dipapah
oleh seorang lelaki. Murni masih cantik, tidak banyak bezanya dari dirinya 8
tahun lalu, malah kelihatan lebih cantik, mungkin kerana susuk badannya sudah
sedikit berisi, tidak kurus keding seperti dahulu. Murni dahulu yang dia ingat,
kurus, kurus sekeping. Lelaki itu mengecilkan matanya, untuk memastikan betul
Murni atau mungkin perempuan lain yang mirip Murni, dia seperti tidak percaya.
Degupan
jantungnya bagai dipalu kencang apabila sudah pasti itu memang Murni. Perempuan
yang pernah menjadi isterinya. Itu kesah 8 tahun lalu. Tidak dapat dipastikan
perasaannya tatkala itu. Marah, geram, cemburu bercampur campur. Tetapi adakah
wajar dia menyimpan perasaan itu dihatinya kini. Hanya terdengar keluhan yang
panjang, apabila lelaki itu menyedari tindakan yang diambilnya adalah tindakan
salah. Kini dia hanya mampu memerhati Murni dari jauh, memerhati, bekas
isterinya, Murni dipapah oleh seorang lelaki yang nampak mesra bersama seorang
budak perempuan yang comel. Dikepala bertanya-tanya, itu suami Murnikah? Ya,
itu pasti suaminya dan budak perempuan itu anak mereka. Sendiri yang bertanya,
sendiri pula yang memberi jawapan. Mengapa pula Murni ke klinik? Ehh.. apa
punya soalan? Sudah tentulah sakit, baru pergi klinik, takkan pula hendak beli
ikan.. apa dahhh! Lelaki itu terus mengeleng-gelengkan kepala, apalah soalan
bodoh yang muncul difikirannnya. Kemudian tersenyum sendiri, hilang sekejap
perasaan marah, geram dan cemburunya. Bila difikirkan semula, kenapa mesti dia
cemburu, Murni bukan haknya lagi. Kenapa mesti dia geram mahupun marah, jawapan
yang sama juga iaitu Murni bukan lagi miliknya. Pandangan lelaki itu masih
kepada keluarga Murni, tetapi tumpuan tertarik kepada budak perempuan yang
menjinjing plastik ubat nampak gayanya.
Apabila
melihat gerak geri budak perempuan itu hatinya terasa sayu, ada seperti satu
suara memanggil untuk dirinya mengetahui lebih dekat lagi gadis cilik itu.
Hatinya bertanya-tanya, kenapa? Dia menarik nafas panjang, dia bingong. Nampak
gayanya Murni sudah bahagia sekarang ini, pencarian nampaknya sia-sia sahaja.
Dia sudah melihat sendiri kebahagian Murni, dirinya bukan zalim hendak
menghancurkan rumahtangga perempuan yang pernah dia lukai, 8 tahun lalu.
Biarkanlah dia bahagia. Tambahan menyedari, tidak mungkin dia dapat memiliki
Murni lagi setelah tindakan bodoh dirinya yang menceraikan Murni dengan talak
tiga sekali gus. Sesal tak sudah diatas tindakan yang tidak berfikir. Kini diri
sendiri yang nampak seperti lelaki yang gila talak. Tindakan bodoh yang memakan diri sendiri.
Akhirnya lelaki itu reda. Dia
memandu perlahan keretanya meninggalkan kawasan klinik mengekori kereta pajero
keluarga Murni. Diharap suami Murni tidak perasan keretanya yang mengekori
sejak dari mereka keluar rumah lagi. Sebenarnya, lelaki itu sudah mengetahui
dimana rumah Murni, hasil dari tindakannya bertanya kepada beberapa orang yang
diterimui. Ala.. Frazer Hill.. kecil sahaja, memang mereka kenal
diantara satu sama lain. Nampak
gayanya lusa dia akan mengatur langkah pulang ke Kuala Lumpur. Pulang dengan
tangan yang kosong. Apakah faedahnya dia marah, atau geram mahupun cemburu
lagi, Perasaan itu sudah patut dibuangnya jauh-jauh, demi kebahagia Murni.
Berpuluh kali dia cuba menerima hakikat sebenar bahawa Murni bukan miliknya
lagi, tetapi hatinya masih menafikannya dan sangat berharap untuk memiliki
Murni semula. Oh.. hati, cukup-cukuplah! Kini dia hanya mampu berastagfar
panjang. Rancangan untuk bertemu Murni hari ini gagal, kerana dia tidak
sempatpun untuk kerumah Murni. Hanya setakat luar rumah, kerana dia telah
bertembung dengan Murni dan keluarga sedang keluar rumah. Apa yang boleh dia
buat hanyalah mengekori kereta suami Murni yang akhirnya membawanya ke Klinik.
Murni sakit rupanya.
Walau bagaimanapun, esok lelaki itu
bercadang untuk ke rumah Murni sekali lagi, sebelum berangkat pulang. Dia ingin
mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhirnya secara baik, bukan seperti
yang pernah dilakukannya 8 tahun lalu. Menghalau Murni keluar dari rumah
seperti anjing kurap tanpa mendengar penjelasan dari Murni terlebih dahulu.
Sekurang-kurangnya dapat juga dia bertemu suami Murni, lelaki yang bertuah
memiliki Murni. Bukan seperti dirinya yang tidak pernah menghargai Murni dulu.
Apabila Murni sudah pergi baru pula teringat-ingat. Itulah kata orang tua-tua,
manusia ini hanya akan dapat menghargai keujudan seseorang itu apabila dia
sudah pergi dari kita. Semasa bersama tidak nampakpun, apabila sudah
tiada, tercari-cari pulak.
Tambahan
pula bukan senang dia hendak ke Bukit Fraser ini. Untuk kesini, dia terpaksa
menangguh beberapa kes dibawah kawalannya semata-mata ingin bertemu dan
memastikan sendiri keadaan diri Murni. Lelaki ini ingin melihat sendiri dan
memastikan kebahagian Murni seperti yang disampaikan oleh Badri.Kini sudah
terjawab, memang benar Murni bahagia, dirinya yang kecewa!
Walaubagaimanapun,
ucapan terima kasih banyak-banyak perlu diberikan kepada Badri, jika tidak
kerana dia, sampai sudah dirinya tidak mengetahui di mana Murni berada.
Akhirnya dia lega dan redha, mengetahui Murni kini sudah bahagia. Dirinya kini
harus melupakan Murni dan seterusnya memulakan hidup baru tanpa Murni, walaupun
berat hatinya untuk berbuat demikian. Tidak sudah-sudah, ungkapan itu yang
diulang-ulangnya.
Kereta
lelaki itu seperti mengekori kereta Zamri. Bukan tujuannya untuk mengekorinya,
tetapi keadaan jalan yang sempit, yang hanya meluluskan sebuah kereta sahaja
melaluinya dari satu arah. Hampir dua puluh minit pemanduan, akhirnya lelaki
itu membelok keretanya menuju ke pakir hotel penginapannya. Dengan longlai dia mengatur langkah berjalan ke
Shahzan Inn, tempat dia bermalam untuk beberapa hari ini. Apa hendak dikata,
alang-alang sudah sampai di Frazer Hill ini, eloklah dia gunakan masa
yang ada untuk menenangkan fikiran kecewanya. Bukan senangpun dia hendak
bercuti!
Yang
pasti, dia sudah terlambat, 8 tahun terlambat. Bukan seperti nyanyian Michael
Learns to Rocks “25 minutes too late”. MLTR kehilangan gadis yang disayang
hanya kerana terlambat 25 minit. Inikan pula dirinya yang sudah terlambat 8
tahun, 8 tahun lama tu! Cuba bayangkan sampaikan Murni sudah mempunyai anak
yang sedang meningkat remaja. Itulah.. si lelaki hanya tunduk, mengenangkan 8
tahun pencarian yang berkesudahan hampa.
Langkah
dihajun laju, cuaca yang sedikit dingin membuatkan dirinya tidak rasa penat,
malah merasa segar walaupun berjalan kaki, tambahan bukannya jauh mana, tidak
sampai 100 meterpun. Sebaik sahaja sampai di lobi resort, lelaki itu terasa
telefon bimbit yang disimpan di poket seluarnya berketar. Baru berangan hendak
berehat, sudah ada gangguan. Dia tahu panggilan dari pejabatnya apabila dilihat
nama Swee Mee, Setiausahanya apa lagi kalau bukan hal kerja. Cepat-cepat talian
dijawab, kerana dia mengetahui Swee Mee tidak akan menalifonnya jika perkara
tidak penting, kerana dia telah berpesan, jika ada perkara penting sahaja untuk
menghubunginya. Jika tidak, tunggu sahaja dia pulang.
“Hello..
ya Swee Mee.. apa hal..” tegas nada suaranya.
Maklumlah
perbualan diantara boss dengan majikan. Perasaan kecewa dilindung. Macho tetap
macho. si setiausahapun sebenarnya tidak tahu kemana bossnya berada. Yang dia
tahu bossnya bercuti.
“Tuan..
kes Datuk Kareem.. kena masuk court juga lusa, tak boleh postpone.. I hope
you will be home by then..” berita yang kurang enak bagi lelaki itu telah
disampaikan oleh secretarynya.
Hati
sedang kecewa, tetapi apa boleh buat, kerja perlu diteruskan. Itu periuk nasi, jangan sekali-kali mencampur
adukkan hal kerja dengan hal peribadi.
“Hemm..
why?”tanyanya, banyal soal pula. Peguam biasalah, perlukan infomasi terperinci.
“Ada
saksi dan penemuan yang baru, boss” jawab si setiausaha.
“Okey,
I’m going home tomorrow.. prepare all the documents, see you later..”pendek
sahaja arahan boss tetapi padat, Swee Mee tahu apa yang dimaksudkan oleh
bossnya. Kerja.. kerja.. dan kerja.
Nampaknya
lelaki itu terpaksa membatalkan kunjungan untuk berjumpa Murni kali ini. Tugas penting harus diselesaikan
dahulu. Mungkin lain kali, dia pasti akan ke sini lagi dalam masa terdekat ini.
Sudah tidak guna untuk dia menyimpan perasaan kepada jandanya, kerana
dia sudah berpunya. Kunjungan susulan hanya sekadar ingin bertanya khabar dan
berkenalan dengan keluarga baru jandanya, tidak lebih dari itu.
Selesai
sahaja perbualan telefon, dia sudah sampai betul-betul di kaunter reception
untuk mengambil kunci biliknya. Niat hendak menenangkan fikiran terpaksa dibatalkan.
Susah betul hendak berehat, ada sahaja yang mengganggu.
“Bilik
201” pinta lelaki itu kepada penyambut tetamu.
Segera
kunci beralih tangan. Tidak berapa jauh menapak, lelaki itu berpatah balik ke
kaunter.
“Oh..ya,
saya nak batal sehari reservation saya, ada hal penting.. jadi esok saya check
out..” jelasnya mendatar. Jelas terdengar suara seorang yang sedang kecewa.
“Okey
Encik .. saya akan batal tempahan Encik dalam system..ada apa-apa lagi yang
boleh saya bantu? ” tanya pekerja hotel memaklum dengan senyuman.
Senyuman
yang kelat dan gelengan kepala dibalasnya, kerana difikirannya dipenuhi
dengan pelbagai persoalan mengenai diri Murni, dimulut kata redha, tetapi tidak
sepenuhnya dihati. Masih ada saki baki rasa terkilan.
Lelaki
itu berjalan perlahan menuju ke lift untuk ke biliknya di tingkat dua. Elok
sahaja berehat didalam bilik. Leka mengelamun sehingga dia tidak sedar, berdiri
disebelahnya seorang lelaki yang berpakaian kemas, yang juga sedang menunggu
lift, mungkin pelanggan resort sama seperti dirinya, atau mungkin tetamu yang
hendak ke tingkat 4, dimana Cafe resort itu terletak.
“Apa
khabar?” ramah pula lelaki tersebut, menegur orang yang tidak dikenalinya
sementara menunggu lift yang agak lama terhenti di tingkat 4. Siapalah agaknya
yang menahan lift tersebut? Memang kurang asam. Kemudian Ammar memandang sambil
tersenyum. Pelik orang ini, over ramah, bisik hatinya
Tangan dihulur untuk berjabat
tangan. Tangan sudah dihulur, apalah salahnya disambut.
“Saya
Shahzan, bagaimana layanan yang Encik terima di Resort ini..?” tanya si lelaki
over ramah.
“Ooohh..saya
Ammar..” tersedar dari nama yang disebut, tuan punya Resort rupanya, patutlah
apabila sahaja menyebut nama Shahzan, seperti nama itu pernah didengarnya,
taukeh Resort.
“Hem..bagus..
bagus saya puas hati..” terketar-ketar Ammar menjawab soalan itu secara
spontan. Takkan pula hendak beritahu tidak puas hati? Mahu nanti kena tidur
didalam kereta pula, kena halau oleh tuan Resort, mengutuk.
“Terima
kasih..Encik Ammar.. next time boleh datang lagi ..” lift terbuka dan kedua-dua
lelaki tersebut masuk. Ammar
menekan punat 2 dan Tengku Shahzan menekan tingkat 4.
“Eh.. dah nak masuk bilik dah ke?
Kalau sudi, boleh minum kopi sama saya..” Tengku Shahzan mempelawa Ammar untuk bersamanya.
Pintu lift untuk ketingkat 2
terbuka, Ammar serba salah sama ada hendak menerima pelawaan lelaki itu atau
terus ke biliknya.
“Apa salahnyakan…” Ammar mengambil
keputusan untuk bersama Tengku Shahzan. Tengku Shahzan tersenyum apabila
pelawaannya diterima. Ya, betul, apasalahnya, sekurang-kurangnya dia ada teman
untuk berbual. Terubat sedikit rasa kecewanya. Duduk sorang-sorang melayan
kecewa buat apa? Bukan boleh memulangkan 8 tahun yang sudah berlalu!
Meja bulat mengadap tingkap di tuju.
Pelayan segera mendapatkan Tengku Shahzan. Big boss sudah mari, layanan first
class mesti diberi.
“Encik Ammar nak kopi atau teh.?.” tanya
si tuan rumah.
“Earl grey please” jawab Ammar. Memang
dia penggemar teh, siap request earl grey lagi.
“Saya
juga..” Tengku Shahzan memandang kearah pekerja yang memang sudah mengerti apa
yang menjadi kegemaran big boss mereka.
“Ahhh…
bawa cheesecake dan blueberry muffin sekali ya..” pinta si tuan resort lagi.
“Encik Shahzan.. janganlah
berencik-encik dengan saya.. panggil aje saya Ammar..”pinta Ammar, rasa janggal
berencik. Seperti formal sangat dengarnya.
“Hemmm.. okey, okey.. Ammar
kemari kerana business ke atau leisure.. saja tanya, bukan nak jaga tepi kain
orang pun..” sambil Tengku Shahzan ketawa kecil.
Soalan
yang biasa, tetapi mungkin tidak disenangi jika ditanya kepada orang yang
sensitive.
“Dua-dua..”
jawab Ammar pendek.
“Dua-dua?..
saya tak faham” tanya Tengku Shahzan.
“Business
pun ada, leisure pun ada…” jawab Ammar.
Yang
sebenarnya kedua-dua urusan yang disebut “leisure dan business” itu sudah
hancur berkecai. Urusan “business” pencarian, memberi jawapan kekecewaan.
Urusan “leisure” berehat pula terbantut oleh kerja yang perlu habiskan.
Kasihan, kau Ammar!
“Haaah..sekarang
baru saya faham..” jawab Tengku Shahzan lagi.
“Berapa hari menginap kat sini..?” soalan
Tengku Shahzan seperti polis pencen sahaja. Sessi suai kenal..
“Sepatutnya
sampai lusa.. tapi terpaksa cancel sehari.. ada hal pulak di ofis, kena balik KL
esok, anyway tempat ni not bad, I like
it! I will come back” feedback yang diberikan oleh seorang peguam yang
bernama Ammar Aidid. Puji melambung-lambungpun bukannya dapat penginapan
percuma. Tak percaya cuba tanya?
“Thanks.
Tak apa la..this time kena balik sebab ada urusan, jadi datang lagi next time..jangan
tak datang!” ujar Tengku Shahzan sambil tersenyum.
“Assalamulaikum..”
kedua-dua berpaling kepada suara yang memberi salam.
“Mualaikumsalllammm..Eh..
Megat.. come come and join us..” Tengku Shahzan mempelawa seorang lagi tetamu. Kedua-duanya
berdiri dan menyambut tangan yang dihulur.
“Megat..
this is Ammar.. datang sini for business and leisure..” ulas Tengku
Shahzan.
“Ammar..
ini Tuan DO kita, Megat Qalif” sambung Tengku Shahzan sambil memperkenalkan
lelaki yang baru sahaja sampai.
Ammar
hanya menganggukkan kepala apabila diperkenalkan kepada Megat Qalif.
Megat
Qalif menarik kerusi dan duduk bersama seperti yang dipelawa oleh Tengku
Shahzan. Rezeki jangan ditolak! Kerana dia sudah tahu apa rezeki yang akan
disajikan buatnya.
Sebaik
sahaja pesanan minuman sampai, Tengku Shahzan meminta satu set lagi untuk teman
baiknya, Megat Qalif.
“What’s
bring you here Qalif… minggu ni tak ada golf ke?” tanya Tengku Shahzan
lagi.
“Tak
ada, I tak ada kaki.. lagipun orang rumah I bawa driver turun Kuantan gi beli
hadiah kahwin, for my officers. Remember the one yang arrange games
sama makan last family day..!” ujar Megat Qalif.
“Majlisnya
tidak lama lagi, lagi sebulan..kat Johor, tu yang wife I just get ready, nanti
takut tak sempat nak cari” sambung Megat Qalif lagi.
“Ohh..ya..perempuan
cantik yang dah ada anak perempuan comel tu ke.. apa nama dia ..hemm..” Tengku
Shahzan lupa namanya, tetapi diperjelaskan oleh Tuan DO.
“The
bride is Murni.. dengan Zamri is the groom…, they are both my officers,
both are very good and they really committed to their works…tadi ni.. I jalan kaki aje ke sini, setengah
jam jugaklah jalan..” tersengeh Megat Qalif memuji Murni dan Zamri, selebihnya
kesah dia berjalan kaki.
Ammar terlopong tanpa bersuara
sepatahpun. Mata membulat, leher tiba-tiba menjadi panjang. Terkejut
mendengar nama yang sangat familier, Murni..itu nama bekas isterinya? Kenapa
pula disebut-sebut, kecuali ada nama Murni lain di Bukit Frazer ni.
Dengan
tekun Ammar mendengar satu persatu perkataan yang terkeluar dari mulut Tengku
Shahzan dan Megat Qalif tanpa mahu tertinggal sepatahpun. Dia harus jakin, nama Murni yang diperbualkan
itu adalah nama bekas isterinya. Perlahan-lahan Ammar akhirnya memahani, memang
sah Murni jandanya dan secara tidak langsung mengetahui, lelaki yang memapahnya
tadi bukan suaminya. Mereka belum lagi menjadi suami isteri. Dan yang paling
nyata, budak perempuan yang bersama mereka bukan anak dari lelaki itu. Tetapi
anak siapa ya? Adakah Murni sudah bernikah dengan orang lain selepas berpisah
dengannya? Ammar memang tidak tahu menahu langsung mengenai diri Murni, kerana
Murni terus menghilangkan diri tanpa khabar dan tanpa jejak, sejak dihalau
keluar. Yang dia tahu, Murni ada menumpang beberapa bulan di rumah kawan
baiknya, Atie sebelum menghilangkan diri. Pandai dia mencari lokasi, di atas
bukit dan jauh dari orang luar. Ammar pula malu hendak bertanya kepada bekas
mertuanya di Johor, setelah apa yang telah dilakukannya kepada anak mereka. Hendak
kena penyapu, cuba tanya? Tidak sia-sia rupanya dia menerima pelawaan taukeh
resort. Dia dapat infomasi yang sangat berguna. Tidak termasuk dapat minuman
free.
“Sila..sila..
Megat.. Ammar.. jemput.. cuba rasa cheesecake tu.. home made, speciality
kat ni.. chef Azizul.. dia tu kalau baking, kalah Chef Wan tau?” terkejut Ammar
dari lamunannya, apabila Tengku Shahzan menjemput makan.
Perbualan
rancak dari satu tajuk ke satu tajuk sehinggalah Megat Qalif meminta diri
kerana baru mendapat pesanan ringkas yang isterinya sudah menunggunya di depan
Resort.
“Saya pun kena minta diri juga..nak
rehat, esok pagi-pagi dah nak turun..” ujar Ammar.
Tidak dihiraukan apa yang
diperbualkan. Di kepala dipenuhi dengan strategi yang harus dia mainkan.
“Hem.. iya.. jumpa lagi lain kali..”
Taukeh resort hanya bersetuju.
“Insyallah..” jawab Ammar.
Semua bersalaman diantara satu sama
lain lalu meninggalkan Tengku Shahzan menghabiskan minuman teh Earl Grey yang
sudah suam-suam kuku bersendirian.
Ammar melangkah longlai menuju ke
bilik. Setiap kata-kata semasa perbualan dengan Tengku Shahzan dan Megat Qalif
mengenai Murni dan pasangannya.. entah apa namanya, Ammar tidak mengingatinya,
masih teriyang-iyang lagi di kepalanya.
Yang pasti Ammar akan ke sini lagi. Banyak
soalan yang memerlukan jawapan. Soalan yang hanya boleh dijawab oleh Murni.
Ammar akan segera kembali sebaik sahaja kes tuduhan rasuah Datuk Karem selesai.
Lebih cepat selesai, lebih bagus, agar dia juga cepat mendapat jawapan kepada
soalannya yang masih tergantung-gantung menunggu jawapan.
Dihatinya
sedikit gembira. Murni masih belum menjadi isteri sesiapa, dia masih ada
peluang. Dia hanya ada sebulan lagi untuk cuba memujuk. Adakah masih ada sinar
dan harapan untuk Murni menjadi miliknya kembali? Sedangkan dia tahu dia telah
menceraikan Murni dengan talak tiga? Berkerut semula muka Ammar. Untuk dia
kembali mendapatkan Murni semula, Murni perlu berkahwin dahulu..Ahh.. memang
Murni sudah kahwinpun sebelum ini, sebab dia sudah ada anak. Ammar tersenyum
semula dengan senyuman senget.
Susah
jadinya, jika seorang peguam terkenal sudah gila talak. Jangan terbawa-bawa di
mahkamah kelak, mahu dia akan kalah teruk, kewibawaan syarikatnya akan
tercemar. Hebat juga rupanya penangan perempuan yang bernama Murni menguasai
fikirannya. Dia mengaku kalah.
Tidak disangka dia jadi sampai begitu sekali. Persoalannya sekarang, adakah
Murni mahu menerimanya kembali?
“Murni, abang minta maaf, abang dah
buat kesilapan yang amat besar?’ bisik hati Ammar.
Tanpa dia ketahui, Murni sanggup
membuat keputusan untuk menerima Zamri dalam hidupnya, semata-mata hendak lari
dari lelaki yang bernama Ammar Aidid dari mengetahui apa sebenarnya hubungan
Ammar kepada Mila. Berjayakah Murni menyembunyikannya?
BAB 24
Murni duduk bersimpuh diruang tengah masjid
dikelilingi sanak saudara, rakan sekerja dan teman rapat yang hanya beberapa
kerat. Majlis nikahnya, kali ini tidak ada kumpulan marhaban mahupun paluan
kompang. Cukuplah sekali pengalamannya merasa di majlis perkahwinan yang lepas.
Perkahwinan yang cukup meninggalkan bekas parut di hati. Yang Murni kasihan
ialah Zamri, dia tidak dapat melalui semua itu.
“Maafkan Murni, Zam.., kali ini Murni mahu majlis yang
kecil dan ringkas aje, harap you faham”
“Tak apa, sayang, yang penting you jadi isteri I dan
kita bersama sehingga ke jannah” jawab Zamri.
“Insyallah.. semuanya ketentuan dariNYA..” kata Murni.
Zamri hanya senyum, dia mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Ya,
kita hanya manusia biasa, insan kerdil yang hanya boleh merancang, yang
menentukan hanya DIA.
Murni bertanya bukannya apa, dia masih ingin memberi
Zamri peluang. Manalah tahu dia mengubah fikirannya, tidak mahu meneruskan
pernikahan ini. Manalah tahu, tiba-tiba Zamri menjadi cool feet. Manalah tahu Zamri tiba-tiba sedar dan menjadi runaway groom. Macam-macam boleh berlaku
jika persoalan “manalah tahu” difikirkan. Murni tidak mahu memaksa, walaupun
memangpun dia terdesak! Terdesak giler!
Itu perbualan mereka kelmarin. Tetapi jawapan Zamri
membuat Murni lega. Murni harap Zamri menerima dirinya dengan ikhlas.
“Murni..” tersentak dari mengimbas perbualan singkat
dirinya bersama Zamri. Sempat lagi Murni mengelamun, di dalam masjid yang
selesa dan nyaman, walaupun bukan ada pendingin udara. Yang ada hanya tiupan
kipas yang ligat berputar di atas
kepala.
“Eh Mek,
Lin, ah..Khirapun ada.. bila sampai?” Murni menyambut dengan salaman akan
kehadiran tetamu-tetamu yang bila-bila masa akan menjadi ibu mertua dan
kakak-kakak iparnya. Murni yang memakai persalinan beige yang ditempahnya untuk
majlis pertunangan dan juga baju nikahnya. Terkejut juga sebenarnya dia akan
kehadiran tetamu-tetamu ini. Menurut Zamri, hanya Baba Zaki dan Halim sahaja
yang akan hadir kerana keluarganya sebok dengan persiapan perkahwinan Khira
minggu hadapan. Tetapi kini, lain pula jadinya, nampaknya semua ahli keluarga
Zamri turut sama hadir memeriahkan majlis mereka, termasuk bakal pengantin, si
Khira dan tunangannya. Syukur, alhamdullillah.
“Mila..Mila,
mana Muni..” tanya Khira apabila melihat sekeliling ruang masjid Jamek Bandar
Baru, Johor Bahru. Mila tidak kelihatan.
“Entahlah
Khira, tadi ada.. tentu dia bermain dengan sepupu-sepupu dia kat luar tu..
anak-anak abang Ghaous lebih kurang baya dia aje..” jawab Murni.
Manalah dia
sempat mengawal pergerakan si anak, diwaktu-waktu begini. Murni
tahu Mila berada di dalam pengawasan keluarganya.
“Cik Ros… bila sampai..” mama Seri terus memeluk dan mencium ke kiri dan ke kanan
pipi bakal besannya. Salaman juga kepada kedua kakak ipar anaknya.
“Baru aje,
terima kasih aturkan rumah berangau untuk kami.. “ berkerut muka Murni apabila
Murni mendengar perbualan dua perempuan separuh umur itu. Dari gaya perbualan,
mama mengetahui akan kehadiran Mek. Mama sudah siapkan rumah penginapan mereka.
Itulah..nampaknya dia seorang sahaja yang tidak mengetahui.
“Tak apa-apa, Mimi tu sepupu Murni…”kata
Seri.
“Oh ye ke.. “ jawab Mek.
“Cik Ros, tadi dia orang ada hantar
minum.. untuk rombongan sebelah lelaki tak?..”tanya mama Seri lagi.
“Terima
kasih untie, ada siap bee hoon goreng lagi..kami dah minum kat rumah
berangau tadi..” Khira pula yang menjawab.
“Ha.. bagus macam tu.. duduk duduk..
jemput..”
“Murni okey..”tanya mama Seri.
“Okey..” jawab Murni pendek.
Majlis
nikah Murni yang diatur sebelum Zohor berjalan lancar. Disebelah Murni, Atie
yang tersengeh-sengeh. Entah yang keberapa ratus kali dia membisikkan ke
telingga Murni, terkejut dengan berita pernikahannya, beberapa minggu lalu
memberitahu kahwin adalah the last thing
in her list, lepas tu kata ingin bertunang, tup-tup jadi majlis nikah pula.
Nasib
baik cutinya lulus untuk dia turut sama memeriahkan majlis. Murni sudah dua
kali menjadi pengantin, yang dirinya bila pula lagi.. belum ada jodoh lagi, itu
sahaja jawapannya. Memang betullah jawapan itu, jodoh pertemuan, hanya Tuahn
sahaja yang tahu.
Di tengah-tengah ruang masjid kelihatan
kumpulan lelaki mengelilingi Zamri yang duduk ditengah-tengah di atas cushion
empat segi berhadapan Tok Khadi, beberapa orang saksi dan Pak Majid sebagai
wali. Zamri nampak
segak dengan berpakaian baju melayu beige dan bersamping songket berwarna merah
hati, serta bersongkok.
Terdengar
seperti pembesar suara dipasang, semua suara tenggelam oleh si pembesar suara.
Tok Khadi
ingin memulakan nikah. Semua saksi dipanggil, termasuk wali, walaupun Murni
sudah pernah berkahwin sebelum ini dan berwalikan papanya, kali ini buat kali
kedua, Pak Majid menjadi walinya.
Terdengar
dengan jelas Tok Khadi membacakan beberapa ayat sebelum memulakan majlis nikah.
“Sudah sedia…” tanya
Tok Khadi lagi, tegas.
“Ya..saya sudah sedia tuan..” jawab
Zamri, bunyi seperti yakin sahaja. Entah-entah didada bergendang laju.
“Bismmillahhirramahman
nirahim.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki..” Tok Khadi memulakan
bicara.
“Ya.. saya..” Zamri menjawab tenang.
Tangan sudah berjabat dengan Tok Khadi.
“Aku nikahkan dikau dengan Murni Saleha
binti Majid dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai..” Tok Khadi membaca lafaz nikah
untuk Zamri ulangi.
“Aku terima nikahnya bla..bla..bla..” Zamri dapat mengulangi dengan sekali nafas. Mahu
tidaknya, entah-entah sudah bertahun-tahun dia menghafal ayat-ayat keramat itu
dengan menyebut nama Murni, supaya tidak terlupa menyebut Saleha..nama kedua
Murni, nama yang tidak pernah digunakannya, yang juga ramai tidak mengetahui
kecuali kawan-kawan rapatnya sahaja.
Alhamdullillah
sekali lafaz sudah mengesahkan Murni menjadi miliknya sebagai isterinya yang
sah. Zamri bersalaman dengan semua yang hadir. Baba Zaki memeluknya, begitu
juga Halim adiknya. Murni dan Mila kini menerima Zamri menjadi ahli keluarganya
yang baru.
Tok Khadi
terus memanjatkan doa sebaik sahaja diakui sah oleh saksi-saksi yang hadir. Tok
Khadi meneruskan majlis dengan lafaz taklik nikah.
“Ni..
lafaz taklik kena dengar baik-baik… pengantin perempuan pun kena dengar ya…”
Tok Khadi terhenti sebentar kerana terbatuk kecil.. sudah kering tekaknya asyik
bercakap sahaja, ini hendak membaca
taklik pula.
“Encik
Zamri dan Puan Murni kena tahu hak masing-masing dalam taklik ni ya..Encik
Zamri kena ingat.. apa yang terkandong dalam taklik ni.. mana lah tahu, kita
tak sedar melakukannya, hemm.. okey saya bacakan sekarang…”
"Manakala saya tinggalkan isteri
saya, Murni Saleha Majid selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan
sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya
selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang
mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian
ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di
sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia ATAU wakilnya memberi kepada kadi bagi
pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu "Talak
Khulu", atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu
tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata
ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya
tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz Taklik saya".
Habis
sahaja Zamri melafazkan Lafaz Taklik, Zamri bangun dan terus pergi ke penjuru masjid
yang telah disediakan sejadah untuk dia menunaikan solat syukur dua rakaat.
Selesai solat syukur, Zamri menghampiri Murni yang duduk bersimpuh disebelah
Mek Ros dan kakak-kakaknya. Zamri memeluk Mek Ros yang mengalirkan air mata
gembira. Kemudian Zamri membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin
ke jari manis Murni. Sebaik sahaja haba tangan Zamri menyentuh Murni, Murni
dapat rasakan satu perasaan yang tiba-tiba dia terasa shahdu. Perasaan yang
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, perasaan kasih dan sayangnya kepada
Zamri datang tiba-tiba. Murni membalasnya dengan mencium tangan Zamri. Matanya
berkaca, kenapalah dia buta selama ini, tidak dapat menilai keikhlasan hati
Zamri.
“Hari
ini sudah terbukti, Zamri maafkan Muni yang selama ini menutup hati untuk
menerima keujudan Zamri” bisik hati kecil Murni.
Zamri
pula kemudian mencium dahi Murni yang bertudung. Sebenarnya bukannya dia
mencium dahi, lebih kepada mencium kain tudungnya. Setiap detik dirakam oleh
Halim adik iparnya dan Musa, anak buahnya, anak kepada Abang Ghaous. Selesai
sudah majlis pernikahan Murni dan Zamri. Rombongan kemudian dibawa ke rumah Pak
Majid untuk sedikit jamuan. Cukup sederhana, melakukan hanya yang wajib. Tiada
anak-anak kecil yang membawa bunga, seperti flower girl, tidak ada makan
adap-adap dengan hiasan makanan yang cantik, tidak ada perancangan pakaian sedondon dan yang lebih ketara, tidak ada pelamin yang
dihias cantik seperti raja sehari. Demi tuhan,
benda-benda itu tidak penting bagi Murni kini. Yang penting, Zamri ialah raja
dihatinya kini, bukan setakat sehari, malah buat selama-lamanya akan terus bertahta
dihatinya. Diharap Zamri juga akan menjadikan dia sebagai permaisuri hidupnya
seperti yang pernah dijanjikannya. Hari ini Murni Saleha sah menjadi isteri
Mohd Zamrizal.
Sedang mereka hendak
beredar, muncul Mila disisi Murni. Dia juga mengerti, mulai hari ini uncle
Zamri akan tinggal bersamanya sebagai satu keluarga dan nama uncle akan gugur
dan diganti dengan panggilan ayah Zam. Cuma harapan dan tandatanya, adakah mama
akan terus menyayangi dirinya sama seperti sebelum kehadiran ayah Zam didalam
keluarganya. Itu yang membuat
Mila tergugat, kasih mama terpaksa dibagi dua. Diantara dirinya dan ayah Zam,
adakah mama akan melebihkan ayah Zam?
Bab
25
Majlis
jamuan kecil sahaja yang disediakan bagi keluarga terdekat. Keluarga Kak Ramlah
juga sebok, bagaikan mereka juga ahli keluarga terdekat. Memangpun, keluarga
Kak Ramlah adalah keluarga Murni di Frazer Hill. Rumah teres dua
tingkat, lot tepi itu rioh juga walaupun jemputan tidak ramai. Sekadar jiran tetangga, kaum keluarga terdekat, rakan
sekerja dan orang-orang masjid. Alhamdullah, majlis kecil tetapi meriah.
Zamri dan
Murni mengambil cuti tiga minggu. 3 hari sudah habis untuk persiapan. Seminggu
akan dihabiskan di Johor Bahru, dan akan pulang ke Jengka dua hari sebelum
majlis persandingan Khira. Mereka akan berada di sana 5 hari lagi. 2 hari cuti
yang berbaki akan dihabiskan di Bukit Frazer, untuk Mila berehat secukupnya
sebelum sekolah dibuka semula.
Boss, Tuan
DO Megat Qalif sebelum beredar, sempat lagi memerli pasangan pengantin yang
menghantarnya ke depan pagar, “jangan bercuti sampai sudah tidak jumpa jalan
hendak ke bukit Frazer semula. Alasan sesat, tidak boleh diterima kerana
sekarang sudah ada GPS”. Gurauan disambut dengan gelak ketawa dari teman-teman.
Mereka
mengerti boss hanya berlawak. Manakan boleh mereka lupa, bukit Frazer, bagaikan
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat persembunyian! Eh lupa pulak,
juga tempat bercinta, dot, dot, dot?
“Terima
kasih kerana menjadi ahli keluarga kami Murni, Mek harap Zamri jaga Murni
betul-betul, kalau dia buat tak betul beritahu Mek tau?..” kata-kata yang
keluar dari mulut Mek Ros ke telinga Murni sebelum berangkat pulang ke Jengka
petang itu. Mereka yang terakhir meninggalkan majlis.
“Zam.. jaga
Murni baik-baik…” nasihat juga diberikan kepada anaknya Zamri.
“Insyaallah Mek..” jawab Zamri sambil
memeluk Mek Ros.
Zamri terus bersalaman kepada Baba Zaki
dan Baba Zaki menepuk-nepuk belakang anaknya yang kini sudah mempunyai satu
tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang suami, tanggungjawab besar. Zamri
mendekati Murni dan dengan berani memegang pinggang Murni. Murni memaling ke
arah Zamri, memikirkan apa tindakan yang perlu dilakukannya. Nasib baik didepan
keluarga, mahu tidak mahu Murni membalasnya dengan merapatkan dirinya
betul-betul disebelah Zamri. Lakonan drama ke apa ni.. jangan over acting
pulak.
“Khamis minggu depan kami pulang sana..”
Murni bersuara.
“Nanti jumpa kat sana…” Khira
mengingatkan akan majlisnya.
Mila yang tidak lepas memegang tangan
ayah barunya yang masih berpakaian baju melayu tanpa samping songket dan
songkok. Songkok dan samping telah diletakkan di dalam bilik, bilik yang bakal
dikongsi bersama Murni.
“Cik Ros.. kami pun akan kesana minggu
depan.. insyallah.. ah.. kalau ke JB lain kali, jemputlah singgah kat sini.!.”
pelawa Mama Seri kepada besannya. Ramah tak sudah.
“Ialah Cik Seri oi..” sambil berjalan
perlahan menuju ke kereta Unser yang akan dipandu Halim.
“Minggu depan jangan lupa..” ulang Mek
Ros kepada semua
“Insyallah Cik Ros..kalau tak ada aral,
kami sampai” hanya Mama Seri yang menjawab.
Habis satu kes, berkemas itu and ini,
tup-tup malam menjelang.
Semua tetamu sudah pulang, hanya tinggal
keluarga Pak Majid. Zamri masih didalam
mood suai kenal dengan keluarga barunya. Berbual berbagai topik kedai kopi
sampai tidak sedar sudah hampir tengahmalam.
Murni yang kepenatan sudah lama terlelap dalam posisi duduk, terlentok
disofa panjang dengan Mila yang juga sudah terlelap di atas pangkuannya.
“Zam..”
Mama memanggil Zamri. Tertoleh Zamri.
“Tu.. tengok?” kata Mama menuncungkan mulut kearah
Murni yang lena.
Zamri hanya
memandang, apa yang patut dilakukanya.
“Kejutkan,
suruh naik, kalau nak tidur..” kata Mama Seri.
Zamri hanya
angguk.
“Maaflah,
saya nak kejutkan dia tu ah!” kata Zamri kepada Abah, abang Ghaous dan beberapa
orang yang dia baru kenal. Perlahan dia mendekati Murni.
Kemudian Zamri
mengangkat tubuh kecil Mila perlahan-lahan, tidak mahu mengganggu lena Murni.
Dia ingin membawa Mila dahulu masuk ke dalam biliknya di tingkat atas. Baru
sahaja menjejak beberapa anak tangga, Zamri di tegur oleh Mama Seri.
“Zam nak
bawa Mila kat mana tu..?” tegur Mama Seri dengan nada perlahan apabila melihat
Zamri sedang mendukung Mila.
Mila yang
tidak sedar, menyambung lena di atas bahu Zamri. Lagi lena dirasakannya berapa
di dalam pelukan seorang ayah.
“Bilik
atas!..” jawab Zamri jujur.
“Ishy.. tak
usah.. Zam bawa Mila kat sini…” Mama Seri melambaikan tangannya, mengarahkan Zamri mengikutnya ke bilik
tetamu.
Zamri hanya
mengekori wanita separuh umur itu. Terkuak sahaja bilik tetamu, dilihat
anak-anak abang Ghaous bergelimpangan di atas comforter, semua sedang melayan
mimpi masing-masing. Mama Seri mengambil satu cushion kecil.
“Zam..
baringkan Mila kat sini..” tanpa banyak bicara Zamri hanya menurut sahaja
arahan ibu mertuanya.
Mila
mengeliat, tetapi masih lena, mungkin agak kurang selesa lenanya ditanggu.
“Kenapa tak
masuk tidur lagi.. dah pukul satu ni..” tanya Mama Seri.
Zamri hanya
menganguk mengiyakan yang jam sudah menunjukkan lebih dari jam satu.
“Dah tu..
pergilah rehat.. Nanti Mama kejutkan Murni naik kemudian....” .
“Biarlah
saya aje yang kejutkan Muni Ma.. dia pun letih agaknya tu..” Zamri cuba memberi
alasan.
Mama Seri
hanya tersenyum mendengar Zamri cuba membela Murni yang baru sahaja beberapa
jam menjadi isterinya.
Wajah
terlentok Murni diamatinya, buat pertama kalinya Zamri melihat Murni dengan
jarak dekat tanpa tudung di kepala. Zamri jatuh kasihan pula hendak
mengerakkannya. Perlahan dia mencepong Murni yang memang lena sungguh sehingga
tidak sedar dirinya sudah diangkat perlahan oleh Zamri.
“Ishy..
berat juga rupanya minah ni, nampak aje badan kecil..?” tersenyum Zamri
bermonolog sendiri mengenai isterinya.
Perlahan
Zamri mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Mama Seri
memandang Zamri yang mengendong Murni sambil mengelengkan kepala. “Zamri..
Zamri.. kenapa tidak dikejutkan saja si Murni tu.. yang pergi kendong tu buat
apa.. , bukannya anak kecil seperti Mila.. dah besar macam anak gajah dah..
tahulah sayang.. sayangpun kenalah berpada-pada“ omel Mama Seri sambil
tersenyum.
Selangkah
demi selangkah Zamri berjalan berlahan menuju ke biliknya. Ekor mata Mama Seri masih
memandang Zamri sehingga hilang dari pandangannya .
Perlahan
tubuh Murni diletakkan di atas katil. Murni terus menyambung lenanya dengan
mulut sedikit ternganga. Zamri amati wajah perempuan itu lagi, lena sungguh
sehingga tidak dapat merasakan apa yang telah dilakukan Zamri keatas dirinya. Tidur
mati lagaknya, jika bom meletuppun belum tentu Murni akan terjaga. Rambut yang
sedikit menutup wajah Murni diselaknya perlahan. Murni memang cantik,
lebih-lebih lagi apabila mengamati wajahnya yang sedang lena begini. Namun
kerana keletihan, Zamri terlena juga, walaupun belum puas menatap wajah si isteri.
Perempuan degil yang ditunggunya selama 8 tahun. 8 tahun yang penuh berbagai
pancaroba. Ada suka, duka dan macam-macam hal. Doanya, jika diizinkan tuhan,
mahu sahaja dia menatap wajah perempuan itu sehingga akhir hayatnya. Aminn..
The song that I like, once upon a time...
Why always me..me..and me ah! Bercakap sorang-sorang. Masih waras, belum lagi hilang ingatan screw!!
No comments:
Post a Comment